........... Mesej Penting Buat Majlis Fatwa - Jualan Murah Fatwa Sudah Tak Terkawal ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mesej Penting Buat Majlis Fatwa - Jualan Murah Fatwa Sudah Tak Terkawal !

Thursday, February 14, 201316comments

Ramai dah yang siarkan artikel Utusan mengenai ketetapan yang dikeluarkan oleh sekumpulan guru2 pondok dan Ngo Islam Kelantan ini - Beri Undi Kepada Pas Haram ? Dua perenggan pertama saja dah gempak !

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama, tok guru pondok, imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.
 
Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.

Video berkaitan temubual itu ada dibawah.

Sengaja saya komen lambat sikit sebab saya nak tengok apakah ada reaksi dari mana-mana pihak. Ternyata selepas beberapa hari, takde siapa ambil pot ! Mungkin sebab ramai yang tertumpu pada Pulau Pinang 3-4 hari lepas.

Saya mohon anda semua berfikir sejenak mengenai kenyataan ustaz2 pondok itu ..... campurkan dengan beberapa lagi kenyataan bersifat Politik Keagamaan baik yang datang dari Pas maupun para ulama sejak akhir2 ini ..... Apa yang timbul dalam fikiran saya ialah - APA NAK JADI NI ! ?

Para Agamawan kita sekarang begitu bebas mengeluarkan pelbagai ketetapan bersifat HUKUM - Undi Pas Haram, Undi Umno Haram, Itu Haram, Ini Haram, Itu tak mengikut syarak, Itu melanggar akidah bla bla bla ..... Kenapa tidak ada reaksi dari pihak yang berwajib menangani isu2 Agama negara ? Kenapa Majlis Fatwa terus berdiam diri ? Kenapa Jabatan Agama tak cakap apapun ? 

Kenapa dibiarkan JUALAN MURAH FATWA yang berleluasa ketika ini ? Tidak terlintaskah difikiran para ulama negara yang kemungkinan umat Islam negara ini sedang keliru dengan lambakan fatwa ini ?

Jelas sekali pertentangan antara fatwa kedua belah kem - Mana yang benar2 Haram ? 

Saya khuatir bila dah terlalu banyak fatwa yang bercanggah antara satu sama lain dilambakkan TANPA penjelasan dari pihak berwajib, umat Islam yang keliru akan mengambil langkah mudah - Tutup minda dan melabel secara UMUM bahawa golongan ulama negara tidak punya kredibiliti !

Orang bukan Islam pastinya akan mentertawakan agama Islam dan umatnya. Sibuk sangat dengan ancaman luar kononnya tapi sesama sendiri bercakaran.

Saya harap pihak Jabatan Agama, Persatuan Ulama dan Majlis Fatwa Kebangsaan perihatin dengan perkembangan ini dan BERTINDAK SEGERA ! 

Adakan pertemuan dengan SEMUA pihak yang merasakan mereka punya kuasa untuk mengeluarkan HUKUM dan FATWA bagi pihak umat Islam. Berdebatlah, Berbincanglah, Bermuzakarahlah, Ber-apasajanamaarabyangsesuailah - yang penting, JANGAN BIARKAN UMAT ISLAM KELIRU !

BE IN CONTROL ! Saya lihat keadaan sudah tidak lagi terkawal, rata2 ramai yang dah TIDAK RESPEK pada golongan ulama dek gara2 Politik Agama. 

Pihak mana yang BENAR ? Hukum HARAM mana yang HALAL / BENAR ? 

Kalau golongan ulama sendiri bercakaran tak terkawal, tak perlu hairanlah kalau umat Islam sendiri berpecah belah !






Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2013 at 12:59 PM

Salam din,baca artikel sblm ni bkn xbaca... Cuma bl dh main hukum2 ni xbrani nk komen.
Hukum undi pas haram,undi umno haram,tp mengundi wajib...undi rosak la klw gitu.. Dh tulis dl,tp delete sbb xbrani nk post.
Ttarik dgn ulasan UAI,yg blh kluarkan hukum qias hanyalah ijmak ulama,imam besar pon xblh suka2 kluarkan hukum.
Sedar xsedar,umno dh tiru cara pas yg suka kluarkan hukum kat org,tp malu nk mhukum kesalan diri...
Hehe,tp nnt rsnya undi bn gak kot..

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
February 14, 2013 at 1:08 PM

Majlis Fatwa MUNGKIN pandang isu ni SGT REMEH....ataupun dgn ulama'2 sendiri dah KELIRU.

cuma stu je yg perlu kita ambil peduli.....kenapa ulama'2/ustaz2/agamawan di KELANTAN sgt mudah menjatuhkan hukum?....spt kita sedia maklum...pelabelan HARAM/KHURAFAT/MURTAD/KAFIR biasanya dijuarai mulut2 kotor dr PAS....tp kini dah berjangkit kpd NGO yg pro UMNO/BN yg semuanya dr KELANTAN.

mungkin cara mereka dididik sedari kecil menyebabkan kaedah menjatuhkan hukum menjadi sgt mudah....sayang sgt dgn ILMU agama yg TINGGI, tapi PELABELAN mendahului MUZAKARAH

bagi aku spttnya "mereka" keluarkan kenyataan yg kurang natijahnya...spt:

1) Elakkan dr memberi undi kpd....
2) Jgn mengundi.....
3) Buat masa ini, jgn menyokong perjuangan.....

itu lebih baik drpd terus menjatuhkan HUKUM HARAM....tapi ntahlah, masing2 ada hujah sendiri.....terpulang.

Kalau nak menjadi JUARA, biarlah menjadi JUARA kpd menjernihkan keadaan, bukannya JUARA kepada menjatuhkan hukum.....JUARA menghukum KAFIR/MURTAD etc biarlah dipegang oleh PAS..malah kalau biaDAPigs nak join hukum2 ni pun dipersilakan.

utk Majlis Fatwa, KAMI di bawah ni x tau apa yg KAMU buat di atas....apa yg kami nampak, kamu semua nampaknya langsung tak endah dgn keadaan FATWA yg berleluasa skrg ni....malu ke sbb dah lama khayal/terpesona dgn fatwa seorang "TOK GURU"???....buka kitab & betulkan serban tu....tarik nafas panjang & berfikir dgn tenang...masih belum terlambat utk menegur....itupun kalau ada kesedaran nak tegur, walau kau menyokong BULAN/DACING/MATA SATU mahupun ROKET.

aku dah lama meluat dgn golongan ulama' ni...ilmu agama tinggi, tapi perangai mengalahkan org JAHIL....maaf kepada yg terasa

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2013 at 1:08 PM

@terjuntirukSiapa pula yang tergolong dalam ijmak ulama ? hehehehe... semuanya bergantung kepada tafsiran dan pemahaman kita.

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2013 at 1:51 PM

“Ber-apasajanamaarabyangsesuailah” pergh! Kalau tak betul betul sekolah tak akan faham. Ini betul betul luahan hati dan perasaan …. He! He! He!

Sememangnya dah lama perkara sebegini berlarutan. Kepada pehak pehak berwajib semuanya itu adalah saperti satu hiburan yang amat menyenangkan. Bolehlah kiranya kita buatkan andaian mungkin pehak yang berwajib mengelak dari menjadikan statement mereka sebagai isu politik atau pehak berwajib tidak dapat bertemu dengan titik dimana ianya akan dimulakan atau pek berwajib sememangnya dari kalangan mereka mereka yang tidak bertanggungjawab dan ingin menlihat agama Islam terhapus dari bumi Malaysia ini.

Golongan PAS sememangnya tidak akan mengiktiraf segala apa fatwa dari majlis kebangsaan sebab mereka lebih bijak. Jamil Khir? Hishamuddin? Terlalu banyak fatwa fatwa yang dikeluarkan yang sebilangan besarnya adalah “songsang” dan boleh serta sudah pun mengganggu gugat umat Islam hari ini. Tidak kah ada undang undang yang boleh digunapakai untuk mengekang dan mengatasi “gejala” memesongkan akidah ini? Kalau “muafakat” tidak mahu diterima oleh pehak disebelah sana, kenapa tidak undang undang diguna untuk memaksa mereka mereka itu tampil untuk memberikan alasan?

Kepada pemimpin pemimpin yang bersikak keterbukaan dan liberal, mungkin tak mengapa, tetapi bagaimana pula dengan mereka mereka yang menjadikan Islam sebagai anutan dan agama sebagai nasihat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2013 at 1:59 PM

@terjuntiruk

terjuntiruk

Kita bukanya nak mempertikaikan hukum dan rasanya UMNO tidak pulak mengeluarkan hukum (maaf kalau saya terlepas pandang), tetapi pada pendapat sayalah komen komen yang disiarkan admin hanyalah pandangan peribadi sahaja. Kadangkala kita sendiri tak nampak bahawa pandangan yang diberikan itu boleh membantu membimbing mereka mereka yang sudah terkeluar dari landasan. Kalau difikirkan apa yang kita fikirkan itu adalah satu kebenaran, berkongsilah dengan pelawat lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2013 at 2:04 PM

saya kira hujah yang diberikan oleh TG Abdullah itu ada kebenaranya, tapi bila diletakkan hukum kepada hujahnya itu yang saya kira kurang elok. Sekiranya dibiarkan atau diminta pendengar untuk membuat pilihan ada lebih baiknya dan tak nampak sangat bahawa hujahan beliau itu menyokong UMNO/BN. itu saja permasaalahanya.

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2013 at 2:22 PM

@Otak geligaAsalnya saya nak tulis macam ni lah, tapi tak terPOST hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2013 at 2:29 PM

...adakah ulama2 dari Majlis Fatwa Kebangsaan mungkin rasa takut dan kerdil bila berdepan dgn kehebatan Mursyidul Am PAS yg sangat digeruni dan disegani oleh seluruh ulama dunia dalam bidang 'Berfatwa'...'fatwa' yg dikeluarkan akan boleh dibuat U-Turn bila2 masa sekiranya perlu sekiranya menguntungkan PAS dan PR...

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2013 at 2:31 PM

@Anonymousbila umat Islam sudah mula hilang hormat pada golongan ulama, ia hanya menunjukkan kita semakin menuju kehancuran... wallahualam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2013 at 2:47 PM

asalamu'alaikum,

tuan kenapa blog tuan diada blog list? ada kah masih lagi dalam pembinaan?

terima kasih.

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2013 at 3:02 PM

@din:majlis fatwa kebangsaan. Klw sapa2 xpuas ati dgn fatwa,blh bermusyawarah secara ttutup. Sbb soal maruah agama...
Apa yg saya cuba nk sampaikan mcm @otak geliga,cuma cara penulisan yg agak kucar kacir. Klw melebelkan parti,takut nnt blh jd fatwa ada tarikh luput. Jd,jgn fokus kepada siapa fatwa tsebut,fokuskan kpd kesalahan yg dibuat. Sapa2 pon,hukumnya tetap sama.dan jelas...mmg bergeliga otakmu...
Mcm haron din,dia kata sapa yg benarkan pgunaan kalimah Allah utk entiti lain,blh jd syirik. Sapa2 pon blh jd syirik klw benarkan.
Cuma mintak haron din jelaskan lg la,apa hukum bersekongkol dgn org yg membenarkan pulak?

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2013 at 3:11 PM

@AnonymousSaudara/i boleh klik ke BLOGLIST itu untuk kesenarai bloglist saya. Sengaja saya asingkan supaya blog utama ni tidak terlalu BERAT.

Dan juga sebagai langkah langkah berjaga2 penyebaran virus.

Penambahbaikan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2013 at 3:13 PM

Kenapa setiap perkara yg tidak menguntungkan pembangkang wajib dituding kpd UMNO??
Jika benar ngo dan alim ulama berkenaan condong UMNO maka ucapan berkenaan dari UMNO??
Lain la apa yg berlaku dlm PAS ketua mereka sendiri yg berlebih lebih mengeluarkan hujah/ucapan mengarut!! Itu boleh la di samakan kenyataan tersebut sebagai pendirian parti!!
Agak agak la nak bermain politik pun!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2013 at 3:33 PM

Pada saya klau nk berentap dgn emosi maka mmg adil lah sbb seingat saya dr zaman budak2 srhingga besa pnjang x pernah wlau sehari pun puak2 pas nie x brhenti brcakap psl umno kafir, pemimpinnya taghut dll. Dlm zaman internet di hujung jari pun puak2 pas nie masih x brenti lagi guna modal yg sama.

Tapi klau dilihat di sisi moral maka apabila menghukum sewajarnya di lakukan mengikut autoriti yg wajar. Cuma plsz mark this word ' pernahke wlau sesaat kita mndengar klgn pemimpin umno yg menjstuhkan hukum haram memangkah pas?'

Sekadar satu pndangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2013 at 7:04 PM

salam,

saya setuju fatwa dah dijual dengan murah. yg jual murah banyaknya daripada pihak yg ada kepentingan politik. lebih mudah jual fatwa dengan murah daripada berhujah kerana masing2 dah tau tak ada yg menang bila berhujah sebab dah pegang macam gam sesuatu bentuk perbincangan. tak boleh nak ubah kerana menjejaskan sokongan dan mungkin malu bila mati hujah.

dan yg paling penting, ramai yg takut iman tak cukup. gelaran besar tetapi tak cukup kesabaran. so kurang la iman. takut di dunia lebih daripada takut Allah (kita kurang agama senang cakap la) apa yg ditakutkan ialah maki hamun sumpah seranah label sampai kepada keturunan. tu yg tak boleh tahan. telinga, hati, otak semua sakit. susah nak cari ubat. zikir pun boleh sakit lagi. solat pun tak tenang. lebih baik tegur dalam hati, yg paling rendah sekali la sewaktu dengar ustaz ceramah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2013 at 7:25 PM

@dinturtle

terima kasih tuan. nampaknya bertambah baik dan very creative. maaflah tuan, saya selalu gunakan blog tuan untuk pergi ke blog lain.

Post a Comment