........... Menteri Itu Akan Masuk Neraka ! - Nik Aziz | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Menteri Itu Akan Masuk Neraka ! - Nik Aziz

Friday, February 1, 20136comments


Membaca artikel Utusan ini, apalagi menggunakan kenyataan mengHUKUM dari Nik Aziz sebagai tajuk. buat saya mati akal nak komen. Bukan sebab takde idea nak komen tapi ....... rasa sia-sia kalau layan hujah yang level ia tak sama. 

Bukan soal level ia lebih tinggi atau rendah tapi sebab hujah sebegitu berada didimensi yang lain !

Mereka yang percaya dan terima bulat2 hujah sebegitu tidak akan mampu mencerna apatah lagi menerima pandangan orang lain yang tidak sehaluan.

"Menteri itu akan masuk neraka" - Nik Abdul Aziz

KOTA BHARU 31 Jan. - "Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW." 

Seolah-olah mempunyai kuasa menentukan balasan seseorang, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat 'memutuskan' bahawa menteri yang bertanggunjawab dalam agihan royalti minyak kepada negeri akan masuk neraka kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.

Biarpun tidak menyebut dengan khusus nama menteri yang dimaksudkan, dapat difahami bahawa beliau merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.

Nik Abdul Aziz mempertikai kenapa royalti minyak tidak diserahkan kepada kerajaan Pas Kelantan sedangkan mereka dengan mudah telah mendapat habuan daripada perlombongan emas yang diusahakan sebuah syarikat dari negara Cina.

"Sepatutnya emas dan petrol sama sahaja, sama-sama milik kerajaan negeri, kenapa emas diberi kepada kita tetapi petrol tidak diberi? 

"Orang ini bertanggungjawab dunia akhirat, dan dia kena sumpah, rakyat sumpah kepada menteri-menteri yang tidak bertanggungjawab jaga royalti, akhirat kelak dia akan masuk neraka, tidak ada kuasa boleh sekat menteri ini masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW.

"Royalti baik, balak baik, ia sama ada boleh bawa kita ke syurga atau ke neraka, ini masalah besar, golongan sekular tidak fikir masalah syurga neraka, sedangkan benda itu benda ada, kerana syurga neraka ini bukan projek kerajaan, bukan projek parti, tapi daripada Allah," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan baki royalti emas dan sumbangan daripada syarikat CMNM Mining Group Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat CNMC Goldmine Holdings Ltd. kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri sebanyak RM386,926 dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebanyak RM347,115. - UTUSAN

Ada sesiapa yang terasa nak komen ?

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2013 at 9:44 AM

hot news nie... unfortunately quote dr utusan.
bukanlah aku nk ckp utusan penipu, tp bila dh byk kali kalah saman, smthg wrong smwhere la dgn editor utusan nie..

unless berita ni turut diulas oleh other mainstream mcm BH n Sinar, baru aku percaya sikit..
-aldan.

....................
Reply To This Comment ...................
February 1, 2013 at 10:48 AM

@Anonymoushehehe... good point. Kalau dah selalu sangat kalah saman, kredibiliti pun makin hilang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2013 at 11:03 AM

yes! credible. tu yg wa nk ckp..
sbnrnya utusan ok, cuma bila masuk bab politik, esp muka depan..mmg fail..
mslhnya kalau setakat kalah saman ok lagi..worst thing bila umno/bn pun terpalit sama.. persepsi skrg apa yg kuar kat muka depan utusan tu la umno pnyer plan..
skrg ni bg wa utusan=perkasa cuma burden bg umno..
-aldan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2013 at 11:13 AM

Bila baca berita ni, aku teringat ciri2 khawarij

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2013 at 11:27 AM

macamana pulak isu air bersih??? menteri yg bertanggungjawab akan dapat syafaatkah di akhirat nanti???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2013 at 4:25 PM

betul ke nik aziz ckp mcm tu ??
kalau betul, mari kita sama2 jumpa nik aziz mintak dia tolong tilik, kita masuk syurga atau masuk neraka, jommmm

Post a Comment