........... Life Of Pi - MALAYSIA BOLEH ! Tahniah Anak Tempatan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Life Of Pi - MALAYSIA BOLEH ! Tahniah Anak Tempatan !

Tuesday, February 26, 20134comments


Disebalik kemenangan filem Life of Pi arahan Ang Lee menggondol 4 anugerah Oscar di 85th Academy Awards termasuk BEST VISUAL EFFECTS, adalah hasil usaha dan kreativiti ORANG MALAYSIA !

Syarikat Rhythm and Hues R&H yang menghasilkan special effects filem itu mempunyai cawangannya di Malaysia dan dari keseluruhan 400 pekerja yang terlibat, 85 adalah di Kuala Lumpur dan 43 dari mereka diberi kredit dalam filem tersebut, kata Hasnul Hadi Samsudin Senior Manager R&H KL. 

Kejayaan ini membuktikan rakyat Malaysia juga punya bakat dan kreativiti bertaraf DUNIA !


Penggambaran dilakukan dalam tangki air maka mereka terpaksa menggantikan imej penyelam dan latarbelakang dengan imej komputer yang menunjukkan suasana laut dan langit.


Pasukan sama juga turut menghasilkan babak " enchanted forest" dalam filem Snow White yand mana telah dipuji oleh pengkritik filem terkenal Roger Ebert sebagai “a triumph of art direction and CGI”. The Star


Filem Life of Pi juga telah memenangi award di British Academy Film Awards.






“Winning the Academy Award for Visual Effects for Life of Pi is a great testament to the level of quality of what the Malaysian team can do. It’s all the work of everyone including the global Rhythm and Hues team and I hope this gets Malaysians excited to be part of the industry,” kata Hasnul - TMI


PS - Penerbit Filem tempatan dan mungkin juga kerajaan diharap tidak terlepas pandang akan kemahiran yang dimiliki oleh orang kita sendiri ..... Hasil kerja mereka diiktiraf peringkat dunia beb !

TAHNIAH Team R&H KL !

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2013 at 1:54 PM

salam,

mana yg baik dan mengharumkan nama malaysia wajar dipuji dan mendapat penghargaan. harap tak ada yg ambil dan jadikan isu politik. tu memang hampehh

....................
Reply To This Comment ...................
org johor
February 26, 2013 at 2:43 PM

masaalah utama production kita, market kecik, so budget pun kecik, tak mampu nak bayar kos production yg tinggi !

....................
Reply To This Comment ...................
February 26, 2013 at 4:26 PM

Klw x,mmg xnk tgk crita ni..jln crita yg plurisma. Tp,kawan mintak tolong tgk sbb dia slh sorg pkerja grafik... Bl tgk,mmg sempoiii...
Tgk gambar kat atas xnmpk lak muka kwn aku tuh..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2013 at 8:08 AM

Salam Din,
kan ke k'jaan dri awal2 lg dh buka mata & mengiktiraf kreativiti & kemahiran ank tempatan,xkan hang buat2 lupa plak...contohnye....."namewee" ank cina haramjadah tue!!!!iskh,iskh.iskhhhh hang ni Din...

Post a Comment