........... Leong Pei Koe Mengaku Salah Dan DiHukum - Syukur Cepat Selesai... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Leong Pei Koe Mengaku Salah Dan DiHukum - Syukur Cepat Selesai...

Thursday, February 14, 20137comments

Leong Pei Koe
Leong Pei Koe yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong semalam telah MENGAKU BERSALAH dan dihukum sebulan penjara dan denda RM8ooo oleh Mahkamah. Berita dari Bernama saya copy dibawah.

Pertamakali saya baca berita ni petang tadi rasa macam tak percaya ! Biar betul ....... CEPATNYA ! Rekod ke apa ni ? Dalam masa 2 hari dah boleh settle semua ? WOW !

Tapi tak perlah, saya malas nak berspekulasi tentang itu. Nanti orang komen pulak - Bila orang bertindak cepat, ko komplen pulak .... hehehehe .

Jumlah Denda - 1Bulan Penjara DAN RM8000 ....... ada yang minta apek ni dibuang kerakyatan, tapi bagi sayalah, mengambilkira soal kepentingan awam, dan kerelaan ahPei untuk mengaku salah dan tidak memanjangkan kes sehingga boleh dipolitikkan - OKlah.

Sekurang2nya ahPei tak boleh jadi wakil rakyat dah hahahahahaha .....

OK, serius, saya mahu bersangka baik dan terima ahPei sudah insaf. Saya harap kes ini membuka mata rakyat Malaysia supaya tidak lagi memandang remeh Institusi DiRaja kita. Lebih baik jika kesedaran itu menberi pengajaran bukan setakat menakutkan.

Point ini saya suka nak perasan dan highlite kan - Ternyata peranan bloggers dan media sosial BERKESAN dalam memberi tekanan kepada pihak2 tertentu supaya memandang serius dan bertindak SEGERA tanpa campurtangan politik. TAHNIAH !

TAHNIAH juga kepada pihak berkuasa yang bertindak pantas dan berjaya mengelakkan kes dari menjadi satu polemik yang berpanjangan. Saya boleh bayangkan kesan negatifnya jika kes ini dipolitikkan, yang bakal menjadi mangsa cemuhan dan remehan adalah MARUAH BANGSA MELAYU. Tak perlu saya komen panjang, anda faham sendirilah.

Akhirkata, saya suka melihat insiden ini sebagai satu pemberi semangat kepada orang Melayu, Maruah kita Terbela ! Dan kepada rakyat Malaysia seluruhnya, Fahami dan Hormatilah Rukun Negara walaupun apapun pendirian politik kita.

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN

                                **********************************

BALIK PULAU, 13 Feb – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas. 

Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini, pada pukul 11.50 pagi, 11 Feb lepas.

Bagi pertuduhan kedua, Leong didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Bagi pertuduhan kedua Leong dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak dari tarikh tangkapan iaitu 11 Feb.

Leong membayar denda itu.

Muhamad Hidayat menjatuhi hukuman itu berdasarkan pengakuan salah dan rayuan Leong bahawa dia memohon maaf atas kesalahan itu selain kepentingan awam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2013 at 7:06 AM

Akhirnya kementrian amaran sudah berfungsi kembali...welcome back KDN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2013 at 8:03 AM

Patut ada blogger yang boleh senaraikan dan buat kronologi cina-cina yang kurang ajar. Senaraikan nama, tindakan/perkataan biadap supaya menjadi rujukan untuk kita semua.

Bahasa biadap cina ni macam serupa aje dengan bahasa biadap cina yang mencetus peristiwa 13 Mei 1969.

....................
Reply To This Comment ...................
February 14, 2013 at 10:12 AM

Kalau di Thailand babi ni buat perangai mcm 2,mmg dh mampus kena bunuh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2013 at 12:15 PM

Tahniah gov sbb bertegas. Harap ketegasan ni diteruskan.

Tp yg masih mengganggu bila keluar penang ni cina punya. The fuck!?

Semacam masih ade isu yg belum selesai.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2013 at 3:03 PM

Aku bersyukur bahawa Ah Pei dan keluarga tidak rela ditunggang DAP seperti kes sebelum dan aku beri penghormatan kepada beliau dan keluarga!!
Biarla kes ini menjadi contoh tauladan untuk kita hidup harmoni dan elakkan sebarang konfrontasi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 14, 2013 at 5:38 PM

Bagusla, berani makan berani tanggung. Lainkali bsopan lah skit. Nasib baik settle dah, kalo tak pening kpala abg din tulis cerita ni hari hari. *!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 15, 2013 at 10:09 AM

tapi tak puas hati sebab penjara sebulan je. paling cikai pun kena setahun. baru dorang tahu adab!

Post a Comment