........... Kerajaan ZALIM - Bila Pas Terjemah Ayat Quran Mengikut Agenda Mereka ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kerajaan ZALIM - Bila Pas Terjemah Ayat Quran Mengikut Agenda Mereka !

Wednesday, February 6, 201317comments

Kita sering bertanyakan orang Pas apakah dan dimanakah yang dikatakan kerajaan sekarang ini ZALIM, kan ? Pada pemikiran kita, tergambar kezaliman dalam bentuk fizikal sepertimana yang sering kita lihat berlaku dinegara2 luar dimana rakyatnya JELAS kita lihat sedang menderita. Selalunya kita ingat hujah sebegitu mampu mengubah persepsi ZALIM yang ada dalam kepala mereka ..... minta maaf la, mereka tetap juga tuduh kerajaan ZALIM !

Biasanya mereka akan menjawab - ZALIM itu maksudnya meletakkan sesuatu bukan ditempat yang ditetapkan Allah - atau menafikan hak rakyat seperti contoh favoret mereka iaitu tuntutan Royalti oleh Pas Kelantan. Itu ZALIM tahap tertinggi bagi orang Pas.

Kerajaan BN ZALIM kerana tidak mengikut alQuran dan Hadis, menolak Hudud bla bla bla ..... macam biasalah. 

ZALIM pada orang Pas TIDAK SAMA maksudnya dengan zalim pada orang biasa. Zalim pada kebanyakan orang diDUNIA ini merujuk kepada fizikal, kesengsaraan zahir dan batin. Hak kebebasan sepenuhnya yang dinafikan kerajaan juga dikatakan zalim tapi perkara sama yang dilakukan oleh kerajaan Singapura tidak pula mereka labelkan sebagai zalim. 

Jadi perdebatan mengenai maksud kerajaan yang ZALIM juga tidak kemana ..... kerana zalim Pas itu lebih berbentuk Retoriks. 

Kebetulan tadi saya terbaca satu posting di FB Paspusat yang copy dari FB dewanulamapas, yang saya percaya menjadi rujukan mereka untuk menjustifikasikan betapa kerajaan BN ZALIM -

Ingatan kepada golongan yang melakukan kezaliman ke atas orang lain ... zalim bererti anda meletakkan sesuatu bukan ditempat yang ditetapkan oleh Allah s.w.t (termasuklah tidak menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan kehidupan di dunia ) ... semoga Allah menghindari kita daripada perlakuan zalim ... Amin Ya Robbal 'Alamiin .. semoga Rahmat Allah ke atas kita semua .



Terusterang, saya memang tak tinggi ilmu agama tapi saya tetap merasakan ada yang tak kena dengan TERJEMAHAN PAS kerana saya tidak dapat terima sebarang terjemahan yang membenarkan PERPECAHAN Umat..... maksud saya, pasti ada lagi syarat2 yang ketat sebelum kita dibenarkan menentang sesama Islam. Tidak semudah sepertimana yang cuba digambarkan oleh posting diatas.

Jadi saya bertanya kepada yang lebih mahir dan ternyata persoalan saya ada asasnya !

Ayat diatas TIDAK bermaksud sebagaimana yang admin FBdewanulamapas cuba gambarkan. Ia BUKAN merujuk kepada kepada golongan yang melakukan kezaliman ke atas orang lain TAPI merujuk kepada golongan yang MENZALIMI DIRI SENDIRI kerana melakukan perkara2 mungkar dan meninggalkan suruhan Allah.

Jauh lari dari maksud asal ayat itu diturunkan !

Dan terjemahan TAMBAHAN yang dilakukan Pas seperti yang didalam kurungan -
( penindasan ) tidak terdapat pada terjemahan asal ayat tersebut. Tambahan itu serta penerangan Pas mengenai Surah Ibrahim ayat 42 ditulis sebegitu rupa supaya selari dengan agenda mereka.

Mungkin ada yang lebih berpengetahuan dapat berikan pandangan anda pula.
 

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2013 at 12:34 AM

Salam Tuan Din.

Dalam perjalanan balik ni teringat warong Tuan Din. Singgah punya singgah .... pergh .... ada hidangan istimewa rupanya hari ini.

-----------------------

Ayat ini merujuk kepada mereka yang menolak Allah swt dan RasulNya (ketika itu di zaman Rasulullah saw), iaitu kezaliman ke atas diri sendiri dengan penolakan tersebut.

Bukan merujuk kepada "penindasan" keatas orang lain seperti yang dibayangkan oleh penulin dalam FB Pas itu.

Lagi satu. Dalam FB tersebut ditulis "..semoga Allah menghindari kita ..."
"menghindari kita" bererti menjauhkan diri dari kita; sp menghindari racun ... menghindari persengketaan dll sbgnya. (Segi nahu Melayu, ini peruatan pasif, perbuatan ke atas diri sendiri)
"menghindarkan" sesuatu bererti menjauhkan sesuatu dari kita sp menjauhkan racun dari kita dengan membuangkannya jauh2 dll sbgnya. (Perbuatan aktif, iaitu perbuatan ke atas orang lain)

Kalau orang PAS berdoa supaya Allah menghindari mereka bererti mereka mohon supaya Allah jauh dari mereka.

Kalau tak tau perbezaan antara penambahan "i" dgn "kan" penulis PAS di FB tu, tak hairanlah dia tak tahu perbezaan2 yg banyak pada perkataan "zalim" dalam Al Quran.

....................
Reply To This Comment ...................
Tukang Karut
February 6, 2013 at 12:42 AM

Alaaah, persoalan zalim pada PAS tu maksudnya senang saja nak faham ...

1. PAS dari dulu kini dan selamanya tidak dan tidak akan menang2 dlm PRU utk mengalahkan UMNO/BN. UMNO tak kasi can langsung utk PAS tadbir Malaysia, ZALIM le pada PAS tu!

2. PAS nak jual atau gadai agama utk menang pilihanraya, tapi UMNO kacau daun, jadi gagal dan nampak terserlah kebodohan dan putar-belit politik mereka, spt jual kalimah Allah. Kan ke UMNO ZALIMI dan jadi terbantut hajat PAS tu ...

3. PAS nak jadi keldai dan kuda tunggangan PKR dan DAP secara senyap2, harapan nak dapat merasa duduk Putrajaya, tapi UMNO dah dedahkan niat dan cita2 PAS kpd rakyat. Kan ZALIM namanya tu?

Dan banyak lagilah ...

Apa2 pun PAS (Pan-Malayan/Malaysian Islamic Party) samalah lebih kurang dgn Pan-Malaysian Pools Sdn Bhd, tempat org2 mengadu nasib utk kesenangan didunia, didunia fana saja. Tak lebih dari itu rasanya dah sekarang ni ...

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2013 at 12:43 AM

@Tam DalyellWaaaah ... lebih setahun tak muncul disini ! Kebetulan pulak topik yang saya percaya tuan lebih arif.

Lega juga baca yang tuan sependapat.... saya ni takut2 berani jer tadi masa nak post artikel sebegini hehehehe

errr... saya harap sesekali tu jengoklah artikel ni, takut perlu bantuan tuan untuk menjawap kot2 ada peluru berpandu dari orang Pas !

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2013 at 12:49 AM

@Tukang KarutPatutlah bunyi Pan Malaysian tu macam pernah dengar jer ......rupanya KUDA ! Padanlah Hadi awal tahun lepas duk sebut Pas ni macam kuda hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2013 at 12:51 AM

Maksud atau pengertian zalim bagi orang biasa seperti saya ialah penganiayaan, penindasan, menafikan hak asasi manusia dan melakukan penderaan terhadap mental atau fizikal. Syukur Alhamdulillah, setakat ini saya belum lagi rasa dizalimi oleh kerajaan yang memerintah. Saya rasa pas hanya berimaginasi tentang kezaliman kerajaan yang mereka sendiri ciptakan hasil daripada mendengar ceramah2 yang menjurus kepada membentuk persepsi negatif terhadap umno dan bn.

Bagi saya, membina silaturrahim sesama umat Islam lebih penting daripada hanya memikirkan soal politik sepanjang masa. Islam menitikberatkan soal dakwah dan kekuatan umat Islam terutamanya dari segi memantapkan aqidah, iman, ilmu pengetahuan dan ekonomi umat Islam. Inilah yang dilakukan umno selama ini dengan mempergunakan politik demi mencapai matlamat Islam. Berbanding dengan pas yang mempergunakan Islam demi mencapai matlamat politik.

Pas dan umno adalah sebangsa dan seagama. Biarpun pas selalu sebut bahawa mereka menolak asobiyah tapi hakikatnya mereka tetap berjiwa melayu. Pas tetap dipandang sebagai sebuah parti politik melayu. Cuma yang membezakan pas dengan umno ialah pas menggunakan label Islam. Tanpa label Islam, pas sebenarnya tidak jauh beza dengan umno.

Saya cabar orang pas supaya membuktikan di mana salahnya umno dalam membela orang2 melayu. Bukankah prihatin terhadap orang melayu sama seperti prihatin terhadap orang Islam. Di sinilah terletaknya kekeliruan yang ditimbulkan oleh pas yang cuba nak membeza-bezakan antara melayu dan Islam.

Bagi saya, dalam konteks Malaysia, definisi yang mengatakan bahawa melayu itu Islam dan Islam itu melayu adalah memang tepat. Tak usahlah kita peningkan kepala mengikut fahaman pas yang cuba nak mengasingkan kedua-duanya. Tapi jika ada yang mengatakan bahawa pas itu Islam dan Islam itu pas, ianya jelas patut ditolak sama sekali.

Akhir kata, jika ditoreh tubuh badan orang pas pasti akan mengalir darah yang sama dengan darah orang umno. Takde beza sama sekali.

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2013 at 12:57 AM

Mereka kenalah cari ayat yg merujuk kepada "penindasan" keatas orang lain, barulah bila diaplikasi terhadap keajaan umpamanya, dan dgn hujjah2 yang tertib, kerajaan akan tunduk.

Yang kelihatan sekarang ni, kebanyakannya mereka hanya berjaya menonjolkan kebodohan diri atau setidak2nya "kata dulang paku serpih" "the pot calling the kettle black"

Macamana nak pandu orang kalau sendiri pun buta juga?

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2013 at 1:00 AM

Kalau terjemah ikut sesuka kehendak politik tak ker zalim jugak tu..

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2013 at 1:02 AM

@AnonymousYa, dan Pas sering terperangkap dengan mainan kata2 mereka sendiri. Sering berubah2 pendirian.

Bayangkan satu perkara SAMA, baik pro atau con,dua-dua pun Pas boleh backing dengan terjemahan nas dan hadis !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2013 at 2:04 AM

@Sudir

Sendiri yg menzalimi diri sendiri; tuduh pula orang lain menzalimi dia.

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2013 at 4:48 AM

maksud zalim dan menzalimi pada mereka adalah bersifat sehala.ianya tidak menjadi suatu kezaliman jika ianya melibatkan sesuatu yang dimulakan mereka.sebagai contoh adalah tuduhan2 palsu yang dibuat oleh pemimpin2 mereka seperti isu pampasan rm207 billion,isu rosmah dan cincin rm24 juta dan berbagai lagi isu yang tak mempunyai asas yang jelas dan kukuh.ada masanya saya rasa malu sebagai muslim bila mereka yang melabelkan diri mereka sebagai pejuang islam berbuat sesuatu yang bodoh dan mungkar seperti itu...

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
February 6, 2013 at 6:56 AM

Zalim....1. Dan barangsiapa yg melanggar hukum hukum Allah swt,mereka itulah orang orang yang zalim - Al Baqarah 229 ; 2.....dan barangsiapa yang melanggar hukum hukum Allah swt, maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri- At Talaq 1 ; dan 3. ..., sesungguhnya mempersekutukan Allah swt adalah benar benar kezaliman yang besar. -Luqman 13. Demikian tafsiran Al Quran tentang zalim.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 6, 2013 at 8:56 AM

Saya teringat komen Nik Aziz ketika isu Amanat Hj Hadi ditimbulkan semula hujung tahun lepas. Antara katanya, UMNO harus ditentang kerana sepanjang pemerintahannya, gejala sosial berleluasa..etc.

Sepanjang 20+ tahun PAS perintah K'tan, gejala sosial di K'tan tak pernah berkurangan. Padahal setiap pagi Jumaat, masjid penuh dgn jemaah pergi dengar ceramah agama ('baca kitab'- istilah org K'tan).Yg pergi tu adalah orang-orang tua dan mereka yg memang dah baik. Sebabnya, PAS tidak gunakan kuasa dan ilmu yg mereka ada untuk mendekati kumpulan sasar. Maka yg hanyut terus hanyut. Mereka memusuhi sekolah-sekolah Kebangsaan dgn alasan pelajar2 tu bawah tanggungjawab K'jaan Pusat, biar K'jaan pusatlah yg jaga. Padahal, apa salahnya jika mereka dekati pelajar2 di sekolah k'bgsaan dgn buat program motivasi atau program agama. Tapi itu tidak berlaku, malah pelajar2 di sekolah bawah YIK pun mereka tak terjaga (masalah dadah, zina LGBT dan gangsterism sentiasa berlaku dikalangan pelajar2 sekolah agama ni). Tanya aje Dato' Daud Iraqi dan Dato Nasruddin Pasir Mas, mereka amat faham. Mereka bekas guru YIK. Nik Abduh juga tahu. Ramai lg lah yg tahu.

Boleh kita kata mereka juga telah 'menzalimi' diri sendiri?

Makna kata, PAS tahu bukan senang nak kurangkan apa lagi nak hapuskan gejala sosial tp demi nak burukkan UMNO, mereka guna juga alasan yg basi.

Satu lagi sifat hipokrit yg meluat saya baca ialah tentang tahaluf siyasi. Demi kuasa, mereka sanggup 'berpelukan' dengan penganut fahaman marxisme.
Padahal, pengikut PAS totok satu ketika dulu cukup anti dengan bangsa bukan Melayu. Kalau berjalan dengan mereka di barisan kedai-kedai, kami akan berjalan cepat-cepat melintasi kedai-kedai yg dipunyai oleh kaum lain. Nak pandangpun tak boleh apalagi nak berjual-beli. Masa tu saya masih budak jd terpinga-pinga la kita. Bila ditanya kenapa tak boleh masuk kedai-kedai tu, kata mereka ... (tak boleh nak disebut di sini). Mereka amat benci. Kerana tu mereka benci tengok BN.
Tapi sekarang... hmmm... demi kuasa semuanya takpe...

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2013 at 9:03 AM

@AnonymousYa, saya setuju pandangan saudara. Tapi tak sama pandangan orang didalam dengan pandangan orang diluar :)

Makanya digalakkan kita cuba melihat dari kedua2 sudut supaya pandangan kita tidak sempit.

....................
Reply To This Comment ...................
February 7, 2013 at 9:21 AM

Isu ni ada la kwn2 yg pengikut pas post kat fb. Diorg mmg smgt bab2 post ni,pantang ada isu,xkaji trus post. Trimakasih din,bg point... Jd saya tanya la huraian maksud terjemahan tu,dan sampaikan point yg din bg. Tp,adoi kita kena blk,dlm fb tu xckp pon tuju ke umno krajaan,yg trasa buat apa. Hmmm,ni din punya pasal,asal ko trase dl?
Haha,pas ni mmg klw xsalahkan umno,balikkan isu,asal ko trasa.

....................
Reply To This Comment ...................
February 7, 2013 at 9:27 AM

@terjuntirukIsunya tidak perlu dikaitkan dengan Umno. Apa yang kita timbulkan adalah perbuatan Pas yang MENGUBAH MAKSUD asal ayat Quran untuk menyokong dakyah mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 7, 2013 at 11:26 AM

siapa sebenarnya yang eksploitasi perkataan dzalim n? Paling awal saya tahu semasa anwar tanding PRK Ptg Pauh 2008, ada banner lebih kurang 'BN 50 tahun zalim' (saya kurang pasti slogan sebenar sebab peristiwa dah lama).

kalau gitu, anwar yang pelupor perkataan zalim ni, pas hanya pak turut saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 20, 2013 at 12:59 AM

Allah berfirman dalam surah hud ayat 113, jangan kamu cenderung kepada orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka...

Jadi, janganlah kita cenderung kepada orang yg zalim kalau takut disambar api neraka..

Tak kira lah zalim diri sendiri atau zalim kepada orang lain.. Contoh zalim terhadap diri sendiri ialah tak tutup aurat..

Post a Comment