........... Kenyataan Tun Mahathir Yang GERENTI Buat Orang Pas MELOMPAT TINGGI ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kenyataan Tun Mahathir Yang GERENTI Buat Orang Pas MELOMPAT TINGGI !

Saturday, February 2, 20136comments


Saya GERENTI orang Pas akan melompat sampai ada yang tercabut serban tajam mereka selepas membaca kenyataan Tun Mahathir ini ! Dari Sinar - saya copy sepenuhnya dibawah -

Agama Islam mengajar kita supaya mengutamakan keamanan terutama sesama Islam.

"Memang pendapat manusia berbeza, tetapi tidak perlulah sampai membunuh atau mengkafirkan orang. Perbuatan ini tidak mengikut ajaran Islam
.


Termasuk juga perbuatan MENGHUKUM perbuatan mengundi lawan politik sebagai HARAM. Kalau menuduh orang lain sebagai kafir, tuduhan itu mungkin berbalik kepada kita jika ternyata salah. Bagaimana jika tersilap menghukum haram saudara seagama ?

Tidak adakah cara lain yang lebih baik  selain dari pendekatan menghukum kalaupun mereka yakin dengan pendirian itu ?

Dan yang ini pasti buat orang Pas melompat ! - 

"Oleh itu masyarakat Islam perlu kembali berpegang kepada al-Quran bagi mengembalikan semula keamanan dan menghapuskan kekeliruan yang berlaku disebabkan kurang pemahaman terhadap kandungan al-Quran.

 Sebab apa saya kata begitu ? Seperti kata Tun - 

"Ia datang dari orang yang mahu 'hijack' (merampas) agama Islam untuk kepentingan mereka,"

Orang Pas merasakan apasaja yang berkaitan dengan Islam adalah hak mereka. Orang lain tak boleh pakai. Dan mereka akan serang sesiapa saja pemimpin politik yang bukan Pas yang berani merujuk kepada Quran ! 

Kerana kalau dibiarkan, akan hilanglah 'kelebihan' yang mereka ada selama ini...

                                *********************


Tun Mahathir saran berpegang kepada al-Quran

SUNGAI PETANI - Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, peperangan yang membabitkan sesama masyarakat Islam berlaku kerana pengikutnya tidak menjadikan al-Quran sebagai pegangan mereka.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sejak zaman sebelum kedatangan Islam, peperangan dan pembunuhan telahpun berlaku di negara-negara Arab, walaupun pada masa yang sama masih terdapat kumpulan yang inginkan keamanan wujud.


"Peperangan dalam zaman Islam berlaku kerana kita mengabaikan ajaran Islam.


Agama Islam mengajar kita supaya mengutamakan keamanan terutama sesama Islam.


"Memang pendapat manusia berbeza, tetapi tidak perlulah sampai membunuh atau mengkafirkan orang. Perbuatan ini tidak mengikut ajaran Islam.


"Ia datang dari orang yang mahu 'hijack' (merampas) agama Islam untuk kepentingan mereka," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Islam dan Keamanan di Institut Pendidikan Guru kampus Sultan Abdul Halim di sini, hari ini.


Semasa berucap di forum itu, Dr Mahathir berkata, Islam adalah berkait rapat dengan keamanan, tetapi kerana perpecahan sesama penganutnya sehingga saling berbunuhan seperti yang berlaku sekarang, ia tidak membezakan mereka dengan zaman jahiliah.

"Orang Islam berperang dengan orang Islam disebabkan ada pihak yang 'hijack' agama Islam untuk kepentingan diri sendiri. Apa yang terjadi kini, orang Islam bunuh orang Islam, kadang-kadang orang Islam bagi senjata kepada orang bukan Islam untuk bunuh orang Islam. Ini amat menyedihkan.

"Oleh itu masyarakat Islam perlu kembali berpegang kepada al-Quran bagi mengembalikan semula keamanan dan menghapuskan kekeliruan yang berlaku disebabkan kurang pemahaman terhadap kandungan al-Quran.


"Kita kena baca terjemahan al-Quran dalam bahasa yang kita fahami dan juga memahami hadis-hadis sahih. Al-Quran diturunkan sebagai panduan tetapi kalau kita tidak faham, macam mana nak dijadikan panduan," katanya.

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
February 2, 2013 at 7:09 PM

dlm sejarah Islam, golongan yg mudah mudah mengeluarkn hukum sendiri tanpa kaedah kaedah yg sepatutnya, dan mudah pula mengkufurkn org lain yg tak sependapat, bahkan sering juga berbeza pendapat sesama sendiri adalah golongan KHAWARIJ !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2013 at 10:38 PM

Pasal dia mengikut Al Quran lh,dia membiar kn anak ny menjadi pengerusi syarikat arak San Miguel.

....................
Reply To This Comment ...................
February 2, 2013 at 11:11 PM

@Anonymoushehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2013 at 1:11 AM

anon 10:38 tu baru terlompat katak je..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2013 at 9:24 AM

Anon 10.38, tolong jgn sebar fitnah. San Miguel Corp adalah milik keluarga San Miguel Filipina. Tidak ada pemegang saham lain dari Malaysia. PR termasuk PAS telah banyak sebarkan fitnah. Jgn subahat. Selamatkan diri anda dari api neraka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2013 at 9:52 AM

bodohnya anon 10:38

sejak bila pulak iman anak sama dgn iman bapak? ramai anak ustaz kantoi jugak buat maksiat..ramai jugak ustaz dan ustazah kantoi buat dajjal..

bapak baik, belum tentu anaks sebaik bapak.. bapat jahat, belum tentu anaks sejahat bapak..anak2 ko pun pasti ada yang melawan cakap2 ko walaupun ko dah bagi baaaaaikkk punya didikan..

sendiri mau ingat laaaa..aiyoyoyoyo

Post a Comment