........... Kajian Umcedel - Hanya 2% Jer Kaum Cina Pilih Hadi ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kajian Umcedel - Hanya 2% Jer Kaum Cina Pilih Hadi !

Friday, February 22, 20132comments


Membaca analisis politik di Sinar - PRU13 : 'Pertembungan Najib-Anwar sama hebat' agak menarik juga untuk saya mencelah sikit. Mulanya perhatian saya tertumpu pada perkataan ' SAMA HEBAT ' ..... mesti orang Umno melenting ! 

Analisis bukan kepada parti tapi kepada kedua pemimpin itu secara individu.  Penganalisis politik, Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, kedua-dua tokoh ini nyata sama kuat, sama hebat, menjadikan pilihan raya kali ini berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Najib mempunyai kuasa, pengaruh kurang. Anwar mempunyai pengaruh yang besar tetapi tidak ada kuasa

"Jadi sekarang ini, ia tentang orang yang punya kuasa dan orang yang punya pengaruh. Jika kuasa ini digunakan sebaik-baiknya, pengaruh itu akan habis. Tetapi kalau kuasa tidak digunakan sepenuhnya, pengaruh akan menguasai,"


Celahan saya pula dari sudut lain - Benarkah rakyat melihat Pilihanraya ini merupakan pertembungan antara Najib-Anwar ? ATAU BN-PR ? 

Sebab saya melihat ia lebih kepada pertandingan antara NAJIB - PR !

Pengaruh Anwar sudah semakin tidak terasa. Aura Anwar sudah semakin redup. Akhir2 ini pun, orang dah tak berapa nak kisah tentang pandangan Anwar dalam isu-isu politik. Nama Anwar semakin tenggelam. 

Bila merujuk kepada pembangkang selalunya akan digunakan nama PR. 

Berbeza pula dengan BN, Najib LEBIH MENONJOL dari BN. Sikit-sikit Najib, apa-apapun Najib cuma kekadang je kita guna BN. Kalau guna perkataan kerajaan BN pun, akan ada satu underlying reference yang ia merujuk kepada Kerajaan Bawah NAJIB. 

Secara umumnya BN adalah Najib dan Najib adalah BN.  Ternyata berjaya pendekatan yang diambil oleh penasihat2 beliau bila banyak kempen lebih menonjolkan diri Najib dari BN. Mungkin mereka mengikut cara Amerika cuma disana mereka memilih Presiden, kita pula memilih kerajaan.... PM datang secara pakej.

Apakah ada kesan kepada undi ? Wallahualam ....


                                          ****************************
Lebih menarik dari artikel itu adalah Kajian Umcedel berkaitan POPULARITI -

Calon PM - Najib  43% ,  Anwar  42%

Calon TPM - Hadi  26% ,  Muhyiddin 22%

Di kalangan Melayu, Najib adalah yang paling popular dengan 46 peratus, diikuti oleh Abdul Hadi 36 peratus, Anwar 34 peratus dan Muhyiddin 26 peratus.

Keputusannya adalah berbeza di kalangan kaum Cina di mana Anwar muncul paling popular dengan 61 peratus, diikuti Najib 35 peratus dan Muhyiddin 15 peratus.

Abdul Hadi adalah yang paling kurang popular, meraih hanya dua peratus
.


Satu je saya nak sentuh - Kenapa orang Cina cuma beri 2% saja kepada Hadi @ Pas ?

Bukankah digembar-gemburkan yang kaum Cina sudah mula menerima parti Pas ? Tapi....... 2% jer ?

Hehehe... Pas tak usah nak perasan la.... Memanglah akan ada undi cina kepada Pas tapi sedarlah sikit, undi itu diberi atas nama Pas sebagai pembangkang PR BUKANNYA atas nama Pas itu sendiri. 

Tak adanya TARBIAH !

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anak cine + jawe
February 22, 2013 at 2:22 PM

Berjaye le tu dakwah dan tarbiah serta tahaluf siyasi PAS ? Nampaknye org cine tak paham lagi le tu ! mcm kene lbh tahaluf ni ! masih kurang lg le tahaluf PAS utk kaum cine !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2013 at 8:07 PM

Bagi aku PAS ni guna TOhoLOL SialSI...4 kali mati idup balik pun tak ada nya cina nak sokong dia orang ni...yang sokong tu yang mata kelabu jer... tak pun saja nak kasi puak-puak bahalol tu perasan

PAScib*i

Post a Comment