........... Isu Nasha - Fahami Mentaliti Pas | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Nasha - Fahami Mentaliti Pas

Sunday, February 3, 20139comments


Menarik satu entri ini yang saya baca di blog Pas Kelab Greenboc, komen mereka tentang kenyataan Nasha yang mahu kekal bersama Pas. Saya copy kerana ia menjelaskan mentaliti orang Pas -

                      ***********************

GB rasa keputusan Nasharuddin itu dapat diterima oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS malah kita mengalu-alukannya.

Akan tetapi, apabila kita membuat keputusan untuk bersama dengan jamaah, berarti kita sepatutnya menerima hakikat bahawa:

Dalam hubungan 'amal jama'i setiap ahli hendaklah jelas akan konsep tanzim kita dan keperluan kepada konsep ketaatan kepada keputusan jemaah. Kerja kita di sini adalah kerja yang dihasilkan dari konsep syura dan bukannya pandangan individu.

Seseorang anggota yang telah beriltizam dengan sesuatu organisasi Islam / jamaah itu hendaklah mengekalkan keiltizaman dan kedudukannya tanpa tergugat oleh mana-mana sebab atau situasi yang boleh menyebabkan ianya keluar dari organisasi Islam/jamaah tersebut.

Jangan pula mudah terpedaya dengan habuan kesenangan dan merajuk lantaran kerana terpengaruh dengan situasi dan persekitaran terutama oleh nilai kebendaan.

Sebagai pengajarannya, kita dapati para sahabat di zaman Rasulullah saw tidak sedikitpun berganjak dari kebenaran Islam walaupun terpaksa menerima berbagai ancaman dan azab yang tidak terperi.

Mereka yang memimpin organisasi Islam/jamaah tidak pernah luntur keiltizaman mereka walaupun terdapat beberapa kepincangan di dalam organisasi atau jamaah tersebut. Mereka tetap berusaha memperbaiki dan memperteguhkan kelemahan yang sedang dialami oleh organisasi/jamaah dan bukan menggunakan kesempatan itu untuk menyerang jemaah disamping berbaik-baik pula dengan mereka yang selama ini diketahui sebagai "syaitan yang dikenali".

Renung baik-baik firman Allah swt ini:


“Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati dan satu perjalanan yang dekat dan senang nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu, tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata ” Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang - orang yang berdusta”. (Surah at-Taubah:42)


                            ***********************

Orang Pas masih beranggapan perjuangan Pas adalah perjuangan Islam. Mereka menyamakan penglibatan mereka bersama Pas dengan perjuangan para sahabat dizaman Rasulullah.

Sebab itu saya setuju dengan kenyataan Tun Mahathir sebelum ini - KLiK -

"Orang Islam berperang dengan orang Islam disebabkan ada pihak yang 'hijack' agama Islam untuk kepentingan diri sendiri."

"Oleh itu masyarakat Islam perlu kembali berpegang kepada al-Quran bagi mengembalikan semula keamanan dan menghapuskan kekeliruan yang berlaku disebabkan kurang pemahaman terhadap kandungan al-Quran.


"Kita kena baca terjemahan al-Quran dalam bahasa yang kita fahami dan juga memahami hadis-hadis sahih. Al-Quran diturunkan sebagai panduan tetapi kalau kita tidak faham, macam mana nak dijadikan panduan,"


Orang Pas mendakwa mereka juga merujuk kepada alQuran. Siapalah saya untuk menuduh pemahaman sesiapa salah tapi yang saya tahu, Islam melarang umatnya dari mencerca, menghina atau mendoakan kehancuran sesama saudara seIslam.

Hendak berpolitik, dipersilakanlah tapi jangan sampai umat Islam berpecah belah ! 

Benarkah sudah tidak ada cara lain lagi untuk menegakkan Islam dinegara kita selain dari menghancurkan parti dominan yang dianggotai oleh orang Islam untuk digantikan dengan parti yang orang Islam TIDAK LAGI DOMINAN ?

Allah sendiri melarang umatNya dari meletakkan sepenuh kepercayaan kepada orang kafir tapi Pas seperti menyeru kita ke arah itu. 

Tiada parti dominan dalam Pakatan Rakyat   - Ini artikel dari Harakah, kenyataan dari Dr. Mujahid.


Dalam Pakatan Rakyat tiada parti yang dominan, sebaliknya yang dominan adalah prinsip bersama pakatan itu sendiri iaitu keadilan dan ketelusan bla bla bla...

Disebalik segala kata2 manis bersifat retorik beliau, semuanya bergantung kepada NIAT juga. Dan Pas tatkala menyeru umat Islam supaya kalahkan BN dan menangkan PR, SAMAlah maksudnya dengan menyeru umat Islam supaya melepaskan kuasa dominan orang Islam keatas kerajaan untuk digantikan dengan kerajaan baru dimana orang Islam TIDAK LAGI berkuasa sepenuhnya DAN meletakkan sepenuh kepercayaan kepada keikhlasan orang kafir - berikan mereka lebih kuasa ketahap SAMARATA dengan orang Islam supaya sama2 kita perintah negara.

Kerajaan Umno BN dituduh zalim, rasuah bla bla bla ....tapi cuba fikirkan .... tidakkah jalan yang Pas mahu kita pilih itu LEBIH ZALIM ?

Sekali lagi saya tanya - Tidak adakah cara lain ? Atau Pas sebenarnya berjuang untuk kepentingan sendiri dan menggunakan Islam untuk tujuan itu bukannya berjuang menggunakan Islam demi Islam ?

Balik kepada isu Nasha diatas , tidakkah orang Pas terfikir akan kemungkinan perjuangan Pas telah diHIJACK oleh mereka yang berkepentingan sendiri ? Tidak mungkinkah terdapat kebenaran dalam teguran2 yang diberikan oleh beberapa pemimpin tertinggi Pas seperti Hasan dan Nasha ?

Jika ternyata perjuangan/teguran mereka benar, bayangkanlah kemana halatuju anda semua mahu dibawa oleh kepimpinan Pas yang telah mencantas kedua mereka dan beberapa lagi nama besar hanya kerana mereka menegur demi Kebenaran ?

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2013 at 3:53 PM

Yg aku perasan selama ini kata kata retorik puak PR menyamai ayat ayat retorik bible yg tak sudah sudah menghamburkan kata kata 'indah' spt loving, mencintai keamanan dan sebagainya..
Adakah tahalul siyasi PAS lebih memihak kpd DAP yg mana dakwah DAP mengatasi dakwah PAS.. Fikir fikir kan..

....................
Reply To This Comment ...................
February 3, 2013 at 4:03 PM

Manusia adalah bebas antara manusia, tetapi tertakluk kepada syariah. Jadi manusia tidak boleh taat kepada sesiapa melainkan ia tidak bercanggah dengan syariat.

....................
Reply To This Comment ...................
February 3, 2013 at 4:05 PM

DT, pada saya, mungkin kewujudan pas pada awalnya mungkin berniat baik. Sebhg cerdik pandai islam mengasingkan diri dari perikatan/BN lalu menubuhkan pas dgn maksud untuk membetulkan keadaan (atau merebut jawatan?).
Dunia politik adalah dimana para politikus memburu kuasa pemerintahan, tentulah didalamnya mempunyai seribu satu taktik baik maupun kotot demi memenangi hati pengundi.
Para ilmuan islam dlm pas mulanya mungkin menggunakan pendekatan islam untuk berkempen, tapi bila ianya kurang berhasil, maka mulalah terjebak dgn pelbagai helah, tipu muslihat dan caci mencaci. Demokrasi sendiri bukan berasal dari islam, maka mana mungkin ianya boleh dicuba untuk menegakkan islam? umpama menggunakan saluran shubhah seperti permainan saham (ada orang kata nama lain bagi judi) untuk menjana kewangan islam, sudah tentu ianya tidah diterima Allah.
Maka para ulamak dlm pas kini turut terjebak dalam perkara buruk dalam dunia politik, tapi mereka ingin supaya mereka dilihat sangat islamik melalui kata-kata dan penampilan semata-mata, tidak melalui peribadi, tingkah laku dan manhaj (pembawakan). ini sebenarnya akan memporak poranda dan mengelirukan ummah.
Untuk melaksanakan islam, memperbaiki ummah, tidak boleh tidak kita perlu mengasingkan halal dan haram, baik dan buruk, islamik dan fasik.
sebagai contoh, nak membetulkan golongan penjudi, para ulamak tak perlu bersama main judi, nak betulkan pemabuk, para ulamak tak perlu jadi pemabuk.... begitu juga nak memperbetulkan urusan politik, para ulamak tak perlu berpolitik. Mereka perlu menghampiri para umarak dgn jalan dakwah dan kasih sayang. Betul pemimpin, maka betullah politik, baik pemimpin, maka mereka akan dgn sendiri memperbetulkan cara pemerintahan. Bukan berebut nak memerintah sendiri (macam ulamak pas). dalam sejarah, hanya Rasullullah sahaja yang merupakan pemimpin dan dlm masa yg sama juga pakar rujuk agama.

....................
Reply To This Comment ...................
February 3, 2013 at 4:59 PM

baru terperasanlah, ada suntikan baru kepada blog ni; disebelah atas kanan ada catitan rengkasa tetapi memberikan semangat yang tinggi. catatan Tun Dr Mahathir bin Mohammad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang teramat disayangi dan dihormati. maaf yer bro, terkeluar tajuk sikit tapi paling bermakna sekali untuk ditatapi.

....................
Reply To This Comment ...................
February 3, 2013 at 5:05 PM

@nonbalKomen yang BAIK - TABIK !

TerimaKasih:)

....................
Reply To This Comment ...................
February 3, 2013 at 5:07 PM

@انتارا_كيتKeperihatinan saudara terhadap setiap perubahan walaupun kecil juga amat bermakna :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 3, 2013 at 5:47 PM

salam,

sebab org pas dok sangka mereka berada di zaman nabi saw. so mereka fikir, org umno ni macam org arab jahiliyah. mereka dok terperasan macam mereka sahabat nabi dan mereka sahaja yg berjuang untuk Islam. apa org lain buat mereka tak pernah terfikir baik. apa yg mereka lakukan tak pernah mereka rasa bersalah dan berdosa. mereka rasakan mereka berada dalam perjalanan syahid sokmo dan bersedia untuk mati kerana dijanjikan sorga. basuh dan cuci mental mereka pun dah tak terbasuh kerana melekat kuat perasaan benci terhadap umno dan ahlinya.

....................
Reply To This Comment ...................
February 3, 2013 at 5:57 PM

Byk artikel pas yg xtnjk diorg ni mngamal demokrasi. Mgkin demokrasi hanguk2 dlm parti2 dlm pr ja,yg lain haram... Kluar pas kluar islam? Dr segi bg kenyataan pon xmcm islam. Islam bl bg kenyataan mst jelas,bkn mcm pas,bg samar2...asalkan semua org fhm,yg penting boleh dipusing dan blh elak saman.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2013 at 6:12 PM

Patuh pada jemaah pas hanya utk dlm pas saja bagi mereka padahal hukumotu juga terpakai pada pemerintah islam. Begitu la cth mereka menyesatkan org islam. Bukan main ingkar mereka pada pm kalau nkdilihat dr sudut islam sebenar.

Melayu hampa

Post a Comment