........... Isu Bumbung Stadium Runtuh - Jika Raja Bahrin Bersalah Kenapa Beliau TIDAK DISAMAN ? ? ? Artikel Mencari Kebenaran | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Bumbung Stadium Runtuh - Jika Raja Bahrin Bersalah Kenapa Beliau TIDAK DISAMAN ? ? ? Artikel Mencari Kebenaran

Friday, February 22, 20135comments


Sejak kes kerangka bumbung stadium runtuh dua hari lepas, ramai bloggers kembali memainkan semula isu asal bumbung yang runtuh 4 tahun dulu dengan tumpuan khusus kepada kesalahan keatas pereka desainnya iaitu Raja Bahrin. Adakah Raja Bahrin dijadikan KAMBING HITAM kerana sejak akhir2 ini beliau dilihat semakin kearah menyertai kem Pembangkang dan ada khabar angin mungkin beliau akan bertanding Parlimen Kuala Terengganu atas tiket Pas ATAU memang sebenarnya beliau BERSALAH ?

DULU saya pun ikut sama mempersoalkan sejauhmana akauntabiliti Raja Bahrin dalam insiden itu dan saya menanti berita Raja Bahrin di SAMAN atas kes bumbung stadium runtuh tapi sehingga kini selepas hampir 4 tahun, RAJA BAHRIN MASIH TIDAK DISAMAN ! 

Dari dulu sok-sek yang mengaitkan Raja Bahrin dengan bumbung stadium runtuh kedengaran, sekarang pun ia masih bertaraf SOK-SEK. KENAPA TAK SAMAN ? Kenapa masih SOK-SEK ?

Ini kes yang melibatkan JUTAAN RM WANG RAKYAT, bukan sekadar cerita2 gossip atau RHETORIKS yang mengaitkan sipolan dengan sipolan. Bumbung stadium RUNTUH, kerugian BERJUTA-JUTA RM, nak baik pulih juga melibatkan JUTA-JUTA RM dan semuanya wang rakyat, tapi kenapa sehingga kini TIDAK ADA SESIAPA PUN yang bertanggungjawab ? ? ?

                                        **********************************
Hasil pencarian, saya bertemu satu artikel BERITA HARIAN  mengenai seorang Jurutera perunding bernama Wan Manan Wan Ali, 51, yang didakwa

Wan Manan didakwa memberi pandangan dan menandatangani dokumen itu kepada Pengarah JKR negeri (ketika itu), Rosli Zainal dan turut bertindak memperdaya Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong untuk mempercayai dia adalah pemeriksa yang diiktiraf.

Pandangan diberi dalam dokumen bertarikh 15 Januari 2009 itu adalah pandangan pengiktirafan sebagai pemeriksa, sedangkan tertuduh mengetahui dia tidak diiktiraf sebagai pemeriksa.

Dokumen itu berkaitan sistem sokongan bumbung utama dan kerja yang berkaitan dengannya, bagi cadangan membina dan menyiapkan stadium utama atau dikenali Kompleks Sukan Negeri Terengganu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 15 Januari dan 29 Mac 2009 di pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu di Wisma Negeri, Kuala Terengganu
.


 Saya tidak ketemu sebarang artikel susulan kes itu, apa kah keputusan hakim bersalah atau tidak ? TAPI KENAPA BUKAN RAJA BAHRIN YANG DIDAKWA ?

                                         ******************************

TAHUN LEPAS saya ada mengopypaste satu artikel bertajuk - Jawapan Kepada Isu Bumbung Stadium Runtuh yang KONONnya menjawap isu bumbung runtuh dan KONONnya menjawap isu kecurian barang stadium seperti peralatan sukan, generator dan kabel2 letrik. Tadi saya baru perasan yang kedua-dua link kepada berita ASAL telah tidak lagi wujud / telah ditarik balik. 



Saya tidak tahu kenapa ditarik balik dan saya tidak dimaklumkan kenapa. Jadi saya telah tulis nota kemaskini yang artikel saya itu TIDAK LAGI menjawap isu sebagaimana tajuk.

Gambar2 yang KONONnya menjawap kes kecurian telah hilang sebab saya cuma copypaste dan saya dimaklumkan gambar2 sebegitu akan dihilangkan oleh google. 

ISU kecurian barang stadium adalah hasil pendedahan BERITA HARIAN. Klik link untuk gambar2 lain..


MB ada 'menjawab' di Utusan 1 Feb 2012 -

"Kerugian saya rasa lebih rendah daripada yang dilaporkan. Macam mana mereka dapat RM50 juta, siapa yang berikan angka itu,"



Tapi sehingga kini tidak pula diberitahu berapa nilai kerugian / kecurian yang sebenarnya sebagaimana hasil siasatan ? Siapa yang BERTANGGUNGJAWAB dan apakah sudah dikenakan tindakan ?

                                    ************************************

Bagaimana pula dengan artikel Bernama yang saya copy dari Utusan 14 November 2009 ini -

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, semua kos untuk kerja-kerja baik pulih itu dipertanggungjawabkan kepada kontraktor asal kerana stadium berkenaan masih dalam tempoh jaminan mereka. 

"Kertas siasatan mengenai kejadian itu termasuk puncanya telah dibentang dalam mesyuarat pasca-kabinet 6 November lalu dan kabinet mengarahkan pihak kontraktor membaiki semula stadium berkenaan,”

TAPI kenapa pada 14 Ogos 2012 SINAR melaporkan -

Menurut anggaran kasar, sebanyak RM120 juta diperuntukkan bagi membaiki keseluruhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang mengalami kerosakan akibat bumbungnya runtuh pada Jun 2009.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib berkata, angka sebenar bagi kos itu akan diketahui selepas semua kerja membaik pulih selesai.


Kalau ada jaminan kenapa kerajaan negeri perlu keluarkan kos RM120juta ? Itu pun belum kira RM20juta untuk membersihkan sisa runtuhan bumbung ! Kenapa tidak diletakkan beban itu keatas RAJA BAHRIN jika benar beliau bertanggungjawab ?


                                                   ************************

TERBARU semalam dalam SINAR 21 Feb, semalam Raja Bahrin mengungkit kembali -

Beliau turut meminta kerajaan negeri menampilkan pereka bumbung stadium berkenaan yang berasal dari Korea Selatan kerana sehingga kini, identiti individu berkenaan tidak jelas.

“Sehingga kini, kita tidak tahu siapa sebenarnya orang Korea yang mereka bumbung ini (stadium). Apa nama dia kerana rakyat berhak tahu. Jadi kita minta kerajaan tampilkan orang ini (pereka bumbung).

“Apa perjanjian kerajaan (Terengganu) dengan pereka tersebut (Korea), kita minta kerajaan jelaskan kerana ia mesti ada pertalian kontrak dengan pereka asal,” 


Kenapa kita tidak tanya syarikat Korea itu cerita dipihak mereka, bukankah mereka itu yang sepatutnya menjawab kerana mereka yang bina ! Kenapa tidak ada seorang pun nak sebut tentang SYARIKAT KOREA ini ?


                                             ****************************

Saya bukan hendak memihak kepada sesiapa. Kalau diperhatikan, artikel saya lebih banyak menimbulkan PERSOALAN YANG TIDAK BERJAWAB  -  KENAPA ? KENAPA ?


Dan tuduhan kepada Raja Bahrin .... saya pun nak ikut sama menuding jari kepada beliau, senang cerita TAPI saya tertanya juga, JIKA BENAR RAJA BAHRIN BERSALAH KENAPA TIDAK DISAMAN ?

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 22, 2013 at 6:49 PM

alah brooo..projek umno mmg mcm ni..tuduh menuduh satu sama lain.lps tu senyap.pastu satu lagi bangunan runtuh.lantik kobtraktor baru.duit rakyat rembat berjuta2 bg kontraktor kroni...hidup melayu!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
February 22, 2013 at 7:54 PM

@Anonymoussaya tidak mahu melihat isu dari sudut politik umno-pas, saya lebih suka melihat Kebenaran.

Kenapa tidak ada sesiapa pun bertanggungjawab atas ratusan juta RM wang rakyat yang dibelanjakan akibat bumbung runtuh ? Kenapa harus terus digunakan wang rakyat lagi bagi membaikpulih kalau benar kontrektor asal bertanggungjawab ?

....................
Reply To This Comment ...................
February 23, 2013 at 7:50 PM

memang kalau melibatkan kroni, kepentingan peribadi,ianya berlaku tak kira parti..tak kira anda org umno, pkr,pas atau dap..masalah kroni tetap akan berlaku..selagi kita manusia, sikap bias dan lebihkan rakan,saudara sendiri memang payah nak dielakkan.

sy prnah kerja dgn kerajaan..jadi sy tahu sedikit sedikit mengenai projek yang dijalankan oleh kerajaan di tempat saya..walaupun projek ini untuk rakyat, tetapi ianya kadang kadang diberi kepada kroni walaupun kononnya ia dibuat melalui tender terbuka..bab pusing sana sini, markup harga lebih daripada asal,songlap duit peruntukan sudah jadi kebiasaan mereka.

bila melibatkan org dalam, tak pelik kalau banyak isu yang disenyapkan..

soal stadium ni, sy sendiri x tahu siapa salah..tapi ianya memang ada melibatkan org dalam..

apabila melibatkan kos berjuta juta ringgit..sudah pasti ada tangan ghaib dibelakangnya untuk mengaut keuntungan..sebab itu mengapa sehingga kini banyak persoalan msih belum terjawap..

p/s : sy org umno tpi sy x sokong amalan kroni,org dalam dan lain lain..

....................
Reply To This Comment ...................
February 23, 2013 at 8:21 PM

@YB RazTujuan utama artikel ini bukan mahu menyanggah sesiapa tapi sebagai peringatan sebelum nenuduh sesiapa, pastikan dulu fakta, takut termakan diri.

....................
Reply To This Comment ...................
April 23, 2016 at 12:24 PM

sehingga tahun 2016, siapa yang didapati bersalah...bagaimana pula dengan wan maman?

Post a Comment