........... HARAM Undi Umno - Majlis Fatwa Kebangsaan Wajib Bertindak ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

HARAM Undi Umno - Majlis Fatwa Kebangsaan Wajib Bertindak !

Friday, February 1, 201310comments

Artikel dibawah saya copypaste dari Zamkata mengenai Adun Gaal Datuk Dr Nik Mazian yang bersilat lidah konon kenyataannya disalahlapor.

Beliau di'salahlapor' sebagai berkata pengundi perlu undi Umno jika lawannya adalah calon kafir. Dalam keadaan lain, yang ini merupakan prinsip asas Nik Mazian @ Pas - undi UMNO ADALAH HARAM.


Yang betulnya adalah -
“Walaupun calon itu bukan beragama Islam, namun kita perlu memilih mereka bagi menumbangkan kerajaan yang zalim. Itu asas yang telah dipersetujui. Saya tidak kata kena pilih calon Islam daripada Umno, itu tidak masuk akal langsung,” 

Alahai .... tak habis2 lagi dengan modal HUKUM - Undi Umno Haram, Wajib Undi Pas, Wajib Undi Dap .... Sepatutnya senang bagi Pas, tak perlu nak berkempen menghina, mencaci, memburuk2kan Umno ... buat dosa jer. Hebahkan saja HUKUM HARAM bagi umat Islam mengundi Umno ! Sudah...senang kerja. 

Untuk kes2 Umno lawan calon kafir dari PR, perjelaskan pula ABU dalam Islam.

Entahlah ...... tak reti nak cakap apa dah. Saya minta Majlis Fatwa Kebangsaan ambil perhatian perkara ini dan bertindak SEGERA. Nyatakan Fatwa Kebangsaan pula mengenai Undi Umno Haram.

Ni dah masuk bab akidah, hukum halal haram ... Jika benar -Nyatakanlah dengan berani, Jika Salah -PERBETULKAN. Jangan dibiarkan umat Islam tertanya-tanya atau terjerumus kedalam ajaran sesat. 

Hmmm ... apa bezanya Pas dengan semua ajaran2 sesat yang telah diharamkan dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa ?

Fatwa Kebangsaan mungkin tak berkesan kepada orang Pas tapi saya percaya akan memberi kesan kepada RAKYAT BUKAN PAS terutamanya pengundi atas pagar.

Itu saja cara paling berkesan berdepan dengan politik menghukum ala Pas ini.

Pengundi bukan Islam juga pastinya akan berfikir dua kali untuk memilih parti EKSTRIM seperti Pas.


KOTA BHARU: Adun Gaal, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad menafikan beliau menyebut  pengundi beragama Islam perlu mengundi calon beragama Islam daripada Umno sekiranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan calon kalangan bukan muslim.

Beliau berkata, wartawan yang menulis berita tersebut tidak faham apa yang beliau maksudkan kerana prinsip asas iaitu haram mengundi calon Umno dan BN kerana mereka terang-terangan menentang perjuangan Islam yang dibawa PAS.

“Wartawan terbabit tanya saya apakah haram mengundi Umno, saya kata memang haram kerana parti tersebut secara jelas menentang perjuangan Islam seperti diperjuangkan PAS sekarang,” katanya dihubungi di sini.

Hari ini sebuah akhbar berbahasa Inggeris mendakwa Nik Mazian berkata, perlu mengundi calon Umno sekiranya PKR meletak calon bukan Islam. Berita itu dipetik daripada portal Mole.my.

Dr Nik Mazian yang juga bekas anggota Exco kerajaan negeri berkata, beliau menyebut pada prinsip asas dipersetujui Pakatan Rakyat di mana kawasan majoriti Melayu ditandingi calon Islam dari PAS atau PKR.

“Memang orang Islam wajib mengundi calon beragama Islam bagi memastikan agama Islam terus dipertahankan. Namun di kawasan majoriti bukan Islam sudah tentu calon yang bukan Islam dari Pakatan yang bertanding.

“Walaupun calon itu bukan beragama Islam, namun kita perlu memilih mereka bagi menumbangkan kerajaan yang zalim. Itu asas yang telah dipersetujui. Saya tidak kata kena pilih calon Islam daripada Umno, itu tidak masuk akal langsung,” ujarnya.

Menurutnya juga sebelum ini ada sedikit dilema dalam kalangan pengundi Melayu bagi memilih calon bukan Islam kerana dibimbangi kesucian Islam tidak mampu dipertahankan.

Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak berbangkit berdasar kepada kaedah yang telah dipersetujui di mana kawasan majoriti Melayu ditandingi calon Islam seperti digunapakai pada pilihan raya umum lepas.

KOMEN:

Sebelum berita mengenai  ADUN Gaal  mahukan orang Islam jangan undi calon bukan Islam tersiar di akhbar The Star , Blog ini telah pun menulis perihal ramai pemimpin pemimpin kecil  Pas dan orang orang Pas yang sedang menjalankan kempen sulit meminta orang Pas jangan mengundi calon PKR. 

Ini adalah oleh kerana mereka telah mendapat tahu semakin ramai  anggota  Dewan Ulama Pas  yang percaya mengenai masalah moral Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang mahu dijadikan Perdana Menteri dan menyebabkan Presiden Pas Haji  Hadi ditolak.

Walaupun ADUN Gaal menapikan beliau sendiri menyuruh orang Pas menyokong calon Islam UMNO tetapi inilah sebenarnya yang terpendam di hati  penyokong penyokong Pas sekarang.

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2013 at 9:11 PM

Dia kata haram undi U dasarmno kerana menghalang PAS memperjuangkan Islam...Kalau BN lawan DAP macam mana..BN lawan PKR macam mana??? DAP dan PKR tak perjuangkan Islam pun...malah PAS sekarang pun dah tukar dasar??? dalam pilihanraya nanti kita tak akan nampak UMNO lawan PAS tapi BN lawan PAS??? Kenyataan yang tak bijak dari ADUN???

....................
Reply To This Comment ...................
February 1, 2013 at 9:19 PM

@AnonymousMaksudnya, apasaja yang ada kaitan dengan Umno adalah HARAM. Antara Dap dengan BN, Dap lebih baik sebab BN itu kejam.

Fatwa sebegini akan memecahbelahkan umat Islam. Seperti kes Amanat Hadi jugalah.

Majlis Fatwa MESTI bertindak !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2013 at 10:15 PM

Kalaulah pas tu bukan parti politik, dah lama jakim dan majlis fatwa dah ambil tindakan mengharamkan pas. Tau kenapa? Walaupun pas kerap mengeluarkan fatwa karut marut, tapi mereka masih boleh survive atas dasar mereka itu parti politik. Sebarang tindakan yang akan diambil kerajaan akan dilihat dari sudut politik. Mereka akan mengheret pengikut untuk memberontak dan berdemo jika pas diharamkan. Jadi mau tak mau, walaupun pas menjalankan ajaran sesat sekalipun, kerajaan pada dasarnya tidak dapat bertindak demi menjaga keharmonian dan keamanan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
February 1, 2013 at 10:21 PM

@AnonymousFaham yang itu, tapi takkan Fatwa tak boleh keluar juga ? Dibiarkan umat Islam terpengaruh dan disesatkan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
February 1, 2013 at 11:44 PM

Saya setuju tu bro DT...masalah Malaysia sekarang ni adalah "ulamak" Politik lagi laju lidahnya mengeluarkan fatwa yg SESAT lagi MENYESATKAN sedangkan ulama' yg ada dlm majlis fatwa begitu LEMAH & LAMBAT utk mengeluarkan FATWA utk menjawab FATWA SESAT "ulamak" politik.

sampai bila umat Islam nak dipermain2kan??....isu ni bukan baru timbul, tapi dah lama....sekarang, umat Islam yg TAK BERPEGANG pd FATWA SESAT ni nak tanya.....apa HUKUMnya mengundi UMNO?...bukan tu je...hukum undi PAS, PKR, biaDAPigs etc juga perlu disenaraikan....biar jelas.

ke majlis fatwa kita ni mmg SENGAJA...atau dlm erti kata lain diKUASAI org sana??....ni persepsi buruk ni dah makin menebal ni....naik meluat dgn kerja lambat majlis fatwa Malaysia ni.

Contohi ILMU....betapa pantas mereka menjawab isu....sibuk sgt ke Majlis Fatwa sampai takda masa nak menjawab fatwa2 SESAT dr PAS ni?....letak jawatan je la kalau lembab!

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
February 1, 2013 at 11:57 PM

Wajib, haram, sunat, harus, makruh, halal; sila rujuk kitab fekah. Klu tak jumpa, rujuk kat majlis fatwa. Klu takde jugak, jgn memandai mandai, diam ajele. Sila lihat surah Al Hujurat ayat 1.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 2, 2013 at 12:04 AM

Bro Din, serta kawan2 diluar sana,jangan bimbang, dulu tampa Dap, dlm Pakatan, kita risau juga dgn fatwa & hukum haram dari Pak2 lebai Pas (Parti Agama Songsang) ne, bila dah ada Dap didlm tu, Pas fatwa & hukum macam mana pun, kebanyakan orang, kecuali yang bengap sejak dari Azali, akan tersenyum sinis & berkata, puak2 Pas ne dah semakin karut serta hanyut ditelan ketamakan kuasa dunia, x kan orang x tahu, Najib & kapal singh, apa agama mereka, aku setuju, agar majlis Fatwa bertindak, supaya Agama tidak dipolitikan.

....................
Reply To This Comment ...................
Salleh
February 2, 2013 at 12:37 AM

Ade sekor lagi "moron" PAS nih. Dulu aku x gamak nk ngate kt PAS. Tp skrg ni....aku cukup benci sgt2 dgn PAS. Nk perjuang islam dkt mulut shj....setakat air liur je.....spe pn bleh. xpe...aku yakin ramai org islam dimalaysia ni lebih berakal utk menilai PAS yg terkini. Terlalu buruk sgt.

....................
Reply To This Comment ...................
February 2, 2013 at 1:12 AM

@AnonymousBagaimana jika ada orang Islam yang terimapakai fatwa Pas itu kerana pada pengamatannya, pihak Majlis Fatwa diam seolah merestuinya.... tidakkah menunjukkan KEGAGALAN dalam melaksanakan tugas /tanggungjawab ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 25, 2013 at 7:15 AM

Bagi aku Majlis Fatwa nie hanya mahir bab nikah kahwin dan harta pusaka je ...

Post a Comment