........... Hadi Nak Ungkit Soal Lubang ? Hahahaha .... Lubang Pas Takper Pulak Dap Jolok ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hadi Nak Ungkit Soal Lubang ? Hahahaha .... Lubang Pas Takper Pulak Dap Jolok !

Monday, February 4, 201310comments


Nah, terbaru Haji Hadi mengesahkan beliau @ Pas akan mengekalkan Perlembagaan negara yang 32 tahun dulu melalui Amanat Hadinya telah dianggap sebagai Perlembagaan Jahiliah, Kafir dan akan diangkat sebagai mati syahid kalau orang Islam gugur menentang kerajaan yang melaksanakannya.


"Mesej Pas, kita tidak akan berganjak. Kerjasama Pakatan Rakyat, Pas menerima dengan syarat apa yang ada dalam Perlembagaan, Islam agama Persekutuan, agama lain dilayan dengan adil, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera, hak adil kepada semua kaum, ini suruhan Islam.

"Bahasa Melayu bahasa kebangsaan, bahasa ibunda ada hak, bahasa asing boleh belajar, Raja mesti ikut Perlembagaan, ini kita terima," kata Hadi.
SINAR


Diartikel sama juga Hadi berkata tentang kerjasama bersama Umno - "Kita tidak akan dipatuk melalui satu lubang yang sama sekali lagi,"

Oooooo ..... lubang Umno berkira sangat, tapi LUBANG Pas, Dap duk jolok2 tak apa ?

Dari Wiki -

Sejak dari mula lagi, perikatan ini agak regang kerana keengganan PAS menarik matlamatnya secara umum iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara Islam, sesuatu yang tidak disetujui DAP, walaupun kompromi sementara diperolehi dengan PAS bersetuju tidak memasukkannya dalam manifesto bersama.

Namun selepas pilihan raya, dengan kemenangan besar PAS dan keputusan tidak seberapa parti lain, ketegangan ini meningkat. Lantas pada 21 September 2001, DAP mengumumkan pengundurannya dari BA.

Kita nampak dah betapa besarnya KOMPROMI yang dibuat oleh Pas demi menjaga hati Dap .... sampai Islam pun ditukarkan jadi Kebajikan ! Sebenarnya sikap BODEK Pas bila berdepan dengan kafir Dap bukannya baru, dari zaman Barisan Alternatif lagi. Nah, contoh2nya -


"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan tidak mendirikan negara Islam" (Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 12 Mei 1999)

Pas sedia gugur slogan negara Islam
"Jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa........"
(Nik Aziz Nik Mat : Berita Harian, 25 Jun 1999)

"Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu"
(Nik Aziz Nik Mat : Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001) 


"Kita akan berpegang kepada manifesto. Isu negara Islam tidak akan muncul dalam konteks pakatan"
(Fadzil Noor: Berita Minggu, 5 Ogos 2001)  


"Tiada apa yang perlu dibimbangi DAP sekiranya Pas mahu mengekalkan dasar penubuhan negara Islam kerana perlembagaan asal akan dikekalkan"  - Hadi Awang Berita Harian 2 Ogos 2001


Semuanya demi menjaga hati Dap yang sememangnya FOBIA dengan apasaja bernama Islam. Tapi Dap tetap juga merajuk dan keluar dari pakatan BA pada 21 September, 2001.

Antara komen menarik pemimpin Dap waktu itu -

" Negara Islam yang didirikan oleh Umno nampaknya lebih diterima oleh masyarakat Cina. Pas terlalu bising untuk menegakkan negara Islam. Umno pula melakukannya secara diam-diam tanpa disedari oleh rakyat. Pas seperti ayam bertelur sebiji tetapi riuh sekampung "
- Penasihat DAP Dr. Chen Man Hin : Mingguan Malaysia, 30 September 2001.

" Setakat dapat menawan dua buah negeri tak perlu mendabik dada. Orang Melayu sudah menerima Malaysia sebagai negara pelbagai kaum dan budaya, dibentuk menerusi pelbagai agama. Kita kena ikut Perlembagaan Negara. Ahli Parlimen Pas kena ingat bahawa mereka telah mengangkat sumpah mematuhi perlembagaan " - Karpal Singh : RISIK Feb-Mac 2002

MAKANYA bila Pas menjolok lubang Dap errr ... atau Dap yang jolok lubang Pas ?.... sekali lagi menerusi Pakatan Rakyat, kita dapat saksikan DARI AWAL LAGI Pas sudah berkompromi ! Saya tidak hairan kalau Pas diberi katadua terlebih dahulu sebelum Pas-Dap berpakat.

Semua tahu betapa Dap jenis yang degil, payah untuk mengubah pendirian mereka dan semua pun tahu Pas jenis yang bagaimana .... 

Bagaimana mungkin Lim Kit Siang atau Karpal boleh menelan ludah sendiri tanpa kompromi dari Pas -

" The reason why Dap pulled out of the front was because of the failure to resolve the Islamic state issue. The question of Dap returning does not arise " - Lim Kit Siang : The Star, 18 Dec, 2001. 

Dap keluar dari BA kerana kegagalan menyelesaikan isu negara Islam. TIDAK timbul soal Dap kembali bersama Pas ? ?

" Pas should search its conscience befor levelling such charges that are devoid of basis or logic. The Dap cannot compromise its stand. The Dap does not believe in running with the hares and hunting with the hounds " - Karpal Singh : The Star 3 Jan, 2002.

Dap tidak akan kompromi pendirian. Dap tidak mudah terpedaya kepada sebarang hidangan kek.  erk... betul ke ni ?

Lubang apa yang Hadi sebut diawal artikel tadi ?

PS - Saya terfikir satu hal ...... kenapa kalau berpakat dengan Dap, Pas sanggup berkompromi begitu besar tapi kalau mahu berpakat dengan Umno, Pas langsung tidak mahu bertolak ansur walau sedikit pun ?

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2013 at 9:22 PM

sebab sesetengah pemimpin pas tu syiah kasar x bahasa aku?orang2 syiah dgn khawarij ni ja yang suka musuh2 dengan orang islam lain toi dak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2013 at 9:42 PM

Maknanya umno tak la kfir lg

....................
Reply To This Comment ...................
February 4, 2013 at 11:02 PM

satu komen anon saya padam kerana terlalu kasar bahasanya ie main babi2 :)

....................
Reply To This Comment ...................
February 5, 2013 at 12:06 AM

Selebihnya,jgn pcaya mainan politik. Jgn emo,sampai nyumpah org... Klw xsuka cara pas melebel org,jgn la sampai mcerca org babi..tahniah din.
Perjuangan pas skrg ni bkn nk tubah negara islam, matlamat utama ABU...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2013 at 12:46 AM

Saya betol2 confuze dengan pas. Jika pas boleh menghalalkan hubungan dengan dap melalui tahaluf siyasi. Mengapa pula pada masa yang sama pas mengharamkan bertahaluf dengan umno? Tak lain tak bukan, segala-galanya kerana politik. Politik yang menjurus kepada mendapatkan kekuasaan tampuk pemerintahan negara. Pas telah mengenepikan konsep silaturrahim iaitu dengan berbaik sangka dan bermesra sesama umat Islam biarpun berlainan parti politik.

Jalan mengeratkan ukhuwah telah dirintis oleh ustaz nasha sendiri yang asalkan menggunakan nama kerajaan perpaduan. Tapi ianya gagal hanya kerana dendam kesumat terhadap umno oleh sesetengah pemimpin pas.

....................
Reply To This Comment ...................
February 5, 2013 at 1:01 AM

@AnonymousRAMAI terutama kanak2 yang akan confused. Islam mengajar perpaduan tapi Pas menentang sebarang usaha untuk bersatu dengan Umno.

Kanak2 bukannya faham politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2013 at 7:48 AM

Macam mana pencacai angkat pemimpin mereka jadi tok guru sedangkan niat mereka amat licik..
Hari ini bersedia menyetujui apa sahaja asalkan menang, bila dah menang berubah!! Bukankah ia dipanggil munafik?? Mcm mana mereka ingin berdakwah kpd bukan Islam sebegini contoh tauladan yg buruk!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2013 at 10:25 AM

Takut kena patuk dlm lubang yg sama, tak takut nak kena patuk dlm lubang yg lain? Hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 5, 2013 at 12:03 PM

salam,

saya berpendapat bahawa para pemimpin pas telah berjaya membentuk satu fikiran yang tertanam dalam mental mereka seperti membentuk satu objek. objek tersebut ialah pas. kedudukan pas pula sama level dengan Allah swt, Nabi saw, Quran, Hadis, para sahabat, ulama-ulama. itulah yg dapat dilihat dan dinilai kepada ahli pas. terdapat banyak bukti yang membenarkan pandangan saya ni.(politik la bukannya kajian)

antaranya, pemimpin pas hanya berbunyi untuk membantah jika dipecat. walaupun dah tahu ada yg tak benar, tetapi mereka tetap mendiamkan diri dan tidak membantah. kalu dah tak bantah, tak sama level ke dengan tuhan kerana salah yg dibuat mereka itu bertentangan dengan ajaran Islam. mereka mampu untuk mengeluarkan hadis dan tafsiran ikut sedap mereka sahaja. tak setaraf ke dengan nabi dan para sahabat . ini la yg terdapat dalam minda mereka. pas ni ibarat dah macam agama dan tuhan mereka. biar mati bangsa melayu yg beragama Islam asalkan jangan mati pas.

masa nasha jadi pemimpin pas, apa yg telah beliau lakukan. sampai sekarang,tak ada pun dia nak ngaku salah sebab semua dia buat masa tu betul belaka. la ni, dia buat apa yg dia kata salah dulu. patut la kena pecat dan berlawan dengan pemimpin yg sedia ada. sebabnya, ahli pas meletakkan pas tertinggi berbanding Allah dan Nabi.

kenapa hadi berubah? ada ahli pas kisah. tak ada pun. sebabnya, dalam mental mereka, objek pas membentuk satu musuh iaitu umno. selagi mana pas berterusan memusuhi umno, selagi itu pas dapat bertahan di dalam politik malaysia. dap hanya mempunyai berlainan agenda sahaja. selagi musuh mereka adalah sama, maka syaitan pun pas boleh berkawan karib dan bersaudara. ada pengikut pas yg mahir dalam agama kisah. tak ada pun, sebab nilai pas lebih tinggi daripada ajaran Allah swt dan Nabi saw.

basuh dan cuci la mental mereka. selagi pemimpin pas meletakkan pas lebih tinggi daripada agama Islam, maka selagi itu la pengikut akan mengikut dan patuh. cuba la letakkan agama Islam itu tinggi dan mematuhi ajaran agama Islam yg sebenarnya, mufti pun mereka maki hamun tanpa belas kasihan. inikan pula pemimpin yg dah tak mahu mengikut perjuangan mereka.

kalu ada pemimpin pas yg berjaya mengubah pandangan dan mental ahli pas mengikut ajaran Islam sebenar dan membuang pas daripada senarai Allah, nabi, quran, hadis, sahabat-sahabat nabi, alim ulama dalam ajaran Islam, beliau memang layak jadi perdana menteri malaysia dan pemimpin kita.

....................
Reply To This Comment ...................
February 5, 2013 at 4:29 PM

@Anonymousorang Pas berfikiran begitu hasil didikan tarbiah pemimpin2 demi mengekalkan sokongan mereka. Pemimpin2 Pas MAHU ahli2 mereka taksub pada parti maka digalak dan dipupuk pemahaman Pas itu Islam.

Itu baru betul deposit undi !
Ia juga satu bentuk kukubesi menggunakan agama.

Post a Comment