........... Fuziah - Biarlah Bible Nak Pakai Allah Pun .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Fuziah - Biarlah Bible Nak Pakai Allah Pun ....

Wednesday, February 20, 201314comments

SHAH ALAM: Naib Presiden PKR Fuziah Salleh hari ini secara terbuka menolak pendirian Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh diguna sebagai terjemahan God dalam Bible Bahasa Melayu. 


Fuziah turut menyokong desakan Setiausaha Agung, DAP Lim Guan Eng yang mahukan penganut Krisitian di Semenanjung menggunakan Bible Bahasa Melayu yang mengandungi kalimah Allah.

 

Beliau mendakwa adalah tidak wajar untuk melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah walaupun ia boleh menimbulkan kekeliruan mengenai maksud Allah. 

 

“Contohnya kalau konsep Allah dalam Bible dia rujuk kepada konsep trinity (Tuhan dalam tiga bentuk). Tapi Allah dalam konsep Islam ialah Allah yang satu. Jadi lain maksudnya,” kata beliau. 

 

“Akan tetapi (walaupun) perkataan itu membawa maksud berbeza kepada penganut agama lain,  ianya bukan hak mutlak umat Islam,’ katanya. 

 

“Di situ boleh timbul confusion (kekeliruan), tapi dengan timbul confusion itu tidak bermaksud kita (boleh) melarang yang lain ataupun kita menyekat yang lain sebab itu (tindakan) tidak wajar,” Fuziah memberitahu Antarapos.
Fuziah menegaskan kalimah Allah tidak pernah menjadi hak eksklusif umat Islam kerana  digunakan sejak zaman Jahiliah.
 

“Kalimah Allah ini telah digunakan oleh manusia daripada awal lagi..sebelum Islamnya datang,” kata beliau.

 

“Jadi kalau sebelum Islam datang orang-orang Arab Jahiliyah pun sudah guna perkataan Allah, jadi bagaimana boleh hina Islam?,” tambah beliau. 

 

Fuziah  berkata sekiranya Bible di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan kalimah Allah, maka kelonggaran itu juga harus diberikan di Semenanjung. 

 

“Selama ini boleh digunakan di Sabah dan Sarawak. Kenapa ada dua  peraturan berbeza di Malaysia. Jadi itu kena tanya kepada pihak pemerintah,” kata beliau.

Pendirian Fuziah itu dibidas oleh Harun Taib - PKR 'sama taraf' dengan DAP

"Kita sudah kata tak boleh (guna kalimah Allah), macam apa diputuskan Majlis Syura Ulama...tak perlu untuk kita ulang banyak kali kepada PKR dan DAP, Majlis Syura Ulama dah tetapkan macam itu ikut sahaja.
 
"PKR dan DAP serupa dan lebih kurang sama, (tidak arif) fahaman tentang akidah. Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa...saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama,"
                                       ***********************************

Letih dah komen isu ni sehari dua ni ! Tapi menarik juga komen balas Harun seperti yang saya highlite kan. ..... saya tak mahu nasihat apa-apa ....

Saya ternanti2 komen balas dari Datuk Haron Din pula ...

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2013 at 11:25 PM

Tak de apa yang nak dihairankan kenyataan orang PKR yang sememangnya lemah bila berhadapan DAP. Memang tak akan undi diaorang masa PRU nanti. Tak rela Malaysia diperintah oleh Melayu yang lemah.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
February 21, 2013 at 12:06 AM

“Kalimah Allah ini telah digunakan oleh manusia daripada awal lagi..sebelum Islamnya datang,” kata beliau."...kata Fuziah pakar Nuklear DUNIA

"Saya tak mahu komen banyak, saya tak mahu nasihat apa-apa...saya nak ingatkan (PKR dan DAP) jangan ganggu keputusan dibuat Majlis Syura Ulama,"....kata Harun Taib

kalau lihat kenyataan Fuziah...mmg JELAS kenyataannya menyatakan Islam ni AGAMA BARU...hanya dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, tidak pada nabi & para rasul lainnya.....siapa berani tanya pd Fuziah.....Nabi yg lain2 bawa agama apa??....Zabur, Taurat & Injil menerangkaan berkaitan agama apa?...& sebelum kedatangan Islam, Allah menyeru manusia utk menganuti agama apa?....mmg BETUL rasanya yg PKR membawa amalan PLURALISME agama dgn meletakkan Islam ditempat paling bawah atau secari simboliknya tempat PALING HINA

Kenyataan Harun Taib pula sememangnya WAJAR dikeluarkan oleh seorang yg berstatus PEWARIS NABI.....lagipun menTARBIAH rakan seperjuangan terutamnya KAFIR yg PALING RAPAT, PALING KITA SUKA, adalah perkara yg merugikan kerana boleh meretakkan kasih sayang yg terjalin....berdiam diri adalah lebih baik & menyerlahkan SIFAT TERPUJI seorang pewaris Nabi

tetapi jika org lain yg seagama dgn kita, tetapi bukannya yang kita SAYANG, PELUK, TIDUR SEKATIL, WAJIB sebagai pewaris NABI mengKAFIRkan org itu walaupun apa yg org itu buat adalah TIDAK SALAH...inilah yg dikehendaki oleh Islam dlm memartabatkan aajaran Islam....setiap PEWARIS NABI perlu menanamkan doktrin SUCI ini dlm sanubari, bahkan WAJIB mempraktikkanya..terutamanya apabila menjelang PRU....marilah sama2 kita TAKBIRRR!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
February 21, 2013 at 12:27 AM

Kecelaruan pendirian dikalangan pimpinan PAS sendiri menandakan kelemahan sistem pentarbiyahan dlm PAS. Jika dlm PAS sendiripun bermasaalah bgmn nak tarbiyah rakan pakatan !

....................
Reply To This Comment ...................
February 21, 2013 at 12:28 AM

@Otak geligaPas masih baru dalam soal berpolitik antara kaum / agama, jadi kita tengok siapa yang tarbiah siapa hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
February 21, 2013 at 12:40 AM

To bro DT:

maksudnya PEWARIS NABI ni masih tak biasa TARBIYAH org kafir?....selama ni mereka TARBIYAH siapa?....si comel Abby?.....:)

To Xpas: maksudnya PEWARIS NABI dlm PASpun terumbang ambing nak menTARBIYAH sesama mereka?....patutlah sembahyang kat stadium ada BANYAK KIBLAT...hehe

I like pewaris Nabi dlm PAS....how about u?

....................
Reply To This Comment ...................
February 21, 2013 at 12:47 AM

@Otak geligaApa kaitannya dengan Abby ? !

Weeelll ... antara Fuziah ngan Abby, saya rela tarbiah Abby lagi !

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
February 21, 2013 at 12:50 AM

Itulah yg saya maksudkan...Pewaris Nabi PAS khayal tarbiyah Abby yg merupakan Muslimah terakhir Malaysia...Hidup Abby!!....hehe

....................
Reply To This Comment ...................
February 21, 2013 at 1:38 AM

Dari segi Hujah, fuziah nampak lebih bernas, harun taib Dan majlis syura kena beri penjelasan yg lebih detail Dan terang Dan bukan sekadar menyatakan keputusan.

Apakah umat Islam hari ini Lemah Dan janggal berhujah, iTu belum lagi angkat senjata !

....................
Reply To This Comment ...................
February 21, 2013 at 2:21 AM



orang arab guna kata allah kerana maksudnya tuhan.serupalah melayu sebut tuhan.itu dari sudut bahasa.

dari sudut pengertiannya kalimah allah dalam kalangan orang arab adalah nama khas.khas bg orang islam.

zaman jahiliyah dulu walau pun sebut allah orang arab maksudkan tuhan mereka iaitu latta dan uzza.tak ada pun dalam kepala mereka mengiakan allah taala.sebab allah pada orang maknanya tuhan.

mudah cakap serupalah orang melayu,sebut tuhan yang bermakna yang layak di sembah.bila tanya melayu malaysia siapa tuhan kamu?jawabnya allah.tanya pulak melayu bali.kita sedia maklum jawapannya.

pergilah ke mana-mana didunia ini seruan azannya tetap sama.kalimah allah tak boleh diterjemahkan oleh mana -mana bahasa kerana ianya nama khas untuk allah taala.

tengoklah al quran dalam mana2 terjemahan dalam bahasa apa sekalipun tetap kekal dengan kalimah allah.baik bahasa inggeris ,tamil,urdu,melayu,dan lain-lain tidak dapat di terjemahkan dengan tepat sebab tak ada jumpa maknanya.
contoh.god untuk tuhan, bukan allah.
sedarlah kebijaksanaan allah maha besar dan agung yang memilih kalimah allah untuk dirinya.

jangan pandai-pandai makhluknya nak mencemarkannya.biarlah hj hadi dan nik aziz aje keras kepala nak jual kan kristian.

kepada mat periba dan gengnya nya janganlah nak bela ulama su'kau orang tu dalam kes kalimah allah.

ini kes direct menyentuh allah tuhan kita.bukan boleh berdolak dalih,benar tetap benar.salah tetap salah.

ulamak su' kauorang dah tersilap langkah jangan kau orang nak bela beria2 sangat.nampak sangatlah kau orang buta mata dan hati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2013 at 8:22 AM

mcm ni sajalah fuziah...kamu letak satu bible berkalimah Allah di rumah kamu dan kamu jadikan buku cerita kat anak2 kamu..nak tengok jugak apa perasaan kamu.

pasal sabah dan sarawak lagi kamu ungkit..kamu ni bodoh kah? bible di sabah sarawak ini bukannya dari malaysia. ia diseludup dari indonesia sana. palui!!!

....................
Reply To This Comment ...................
February 21, 2013 at 9:10 AM

TerimaKasih pada anda yang telah luahkan pandangan. Sesekali saya nak berehat juga :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2013 at 9:16 AM

yakin betul Fuziah ni cerita bab zaman jahiliyyah, apa dia berasal dari zaman tu ke?
si pengkhianat ni kita tak perlu layan, memang dia ni pengikut kaum nabi lut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2013 at 9:44 AM

@kluangman saya setuju dengan anda. Jawapan balas Datuk Harun Taib ni memang tabiat biasa orang PAS. Saya dulu bergaul rapat dengan geng mereka. Mereka lebih suka berkawan dengan orang-orang yg memang dah faham Islam.

Kalau orang macam Fuziah yang jenis bodoh sombong ni.. cakap hal agama penuh yakin tak sedar yg keluar dari mulutnya menyerlahkan kejahilan diri sendiri).. respon orang PAS macam tu lah- malas nak layan.. dah cakap banyak kali pun tak faham juga...

Sepatutnya mereka harus istiqamah dalam membuat rakan tahaluf siyasi mereka ni faham sifat 20 Allah. Mereka sendiri yang pilih untuk depa tu jadi rakan mereka so jangan dok buat kata malas pulak.

Ustaz Haron Din kata nak pertahan Kalimah Allah sampai mati lepas tu cakap orang-orang yg menyokong PR adalah orang2 yg dah diberi hidayah Allah... abis Fuziah tu dah dapat hidayah la tu ya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2013 at 9:14 PM

Dalam bahasa Melayu syadat tu bermaksud Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Fikirkanlah

Post a Comment