........... Debat Isu Ladang Gemilang - Kampung Saya Jadi Isu Politik beb ! Muahahaha .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Debat Isu Ladang Gemilang - Kampung Saya Jadi Isu Politik beb ! Muahahaha ....

Tuesday, February 5, 20131comments

  

Menarik sekali perkembangan terkini KAMPUNG SAYA sendiri bilamana Raja Baharin dilaporkan menyahut cabaran dan bersetuju untuk berdebat berhubung isu Pangsapuri Ladang Gemilang.

“Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa saya menerima cadangan untuk mengadakan debat tersebut demi kebaikan penghuni-penghuni Pangsapuri Ladang  Gemilang seperti yang dicadangkan oleh Pegawai Pembangunan Dun Ladang,” ( Pegawai DUN Ladang adalah Datuk Wan Hisham )


Sehubungan itu, beliau mengharapkan debat itu akan diadakan secara teratur dengan seorang moderator dari institusi pengajian tinggi yang berpengalaman mengendalikan debat seperti itu. Harakah

Hari ini sebuah NGO yang mendakwa bebas, Gabungan Anak Terengganu ( Gate ) menawarkan diri menjadi penganjur.

Isu Ladang Gemilang ini menjadi hangat sejak akhir2 ini dan menjadi antara isu utama kempen Pembangkang dalam menghadapi PRU13 di Terengganu selain isu Bumbung Stadium Runtuh dan isu2 standard macam rasuah, salahguna kuasa dll. Malah point2 sepertimana yang terkandung dalam Manifesto Pas Terengganu yang dilancarkan tahun lepas seperti sudah tidak diendahkan oleh Pas sendiri ! Tak boleh cari makan kot sebab rakyat diberitahu yang Manifesto kepada PR bukannya satu Janji yang perlu ditepati !

Saya tidak pasti apakah cadangan debat yang sudah lengkap cabar dan sambut ini akan berlangsung atau tidak memandangkan tarikh PRU13 yang semakin hampir. Kalau dah SELEPAS mengundi, saya percaya Harakah pun malas nak tulis, kan ?

Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan debat politik sebab seperti yang saya pernah tulis, orang kita belum bersedia lagi. Lihat sajalah reaksi kepada setiap debat yang pernah diadakan sebelum ini. Yang lebih ditumpukan adalah memenangkan wakil parti. Isi hujah tak dipedulikan, tumpuan lebih kepada body language dan kepetahan peserta. 

Saya tidak nampak sesiapa pun mengaku mereka dapat maklumat baru atau penjelasan baru hasil dari semua debat2 yang pernah diadakan. Debat politik di Malaysia lebih berupa pentas ego kepada yang terlibat.

TAPI kali ini saya SUKA SANGAT dengan debat yang dirancang sebab selaku penduduk yang terlibat, saya tidak nampak sebarang kerugian hasil dari debat ini. Sebab yang bakal diperdebatkan adalah NASIB dan MASADEPAN penduduk Ladang Gemilang, Yang akan dibentangkan pastinya masalah yang penduduk hadapi, yang diharapkan adalah pencerahan kepada nasib penduduk disini .... pendekkata kedua belah pihak akan cuba menjadi JUARA LADANG GEMILANG ... kan ? Kan ?

Pangsapuri Ladang Gemilang

ASALKAN NIAT DAN ISU PERDEBATAN TIDAK DIPOLITIKKAN !

Makanya saya harap debat ini jika dilangsungkan TIDAK AKAN melibatkan mana-mana parti politik baik Umno maupun Pas. Ia antara NGO dengan Pentadbir / Kerajaan Negeri, berkisar tentang nasib penduduk Ladang Gemilang. 
  Janganlah ada satu pun lambang mana-mana parti dan kalau boleh, hadkan hadirin kepada media dan penduduk Ladang Gemilang saja. Dan TOPIK Debat juga biarlah yang berkaitan dengan masalah yang KAMI hadapi, bukan topik bersifat retorik yang 3 Hari 2 Malam berdebat tanpa henti pun tak akan selesai.

Masalah adalah REAL, berdebatlah sepuas hati, berbincanglah dengan kami selaku penduduk Ladang Gemilang untuk mengetahui masalah sebenar, dan diharap HASIL Debat juga bersifat REAL. Yang kabur diperjelaskan, yang tersangkut dileraikan, yang bermasalah diselesaikan.

LET'S DO IT ! Muahahahaha ......

PS - Setelah Debat confirm akan dilangsungkan, baru sedap sikit nak bercerita apakebendanya isu Ladang Gemilang.


Sebahagian kawasan pembangunan yang dipertikaikan dalam isu Ladang Gemilang

Share this article :

+ comments + 1 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 6, 2013 at 7:58 AM

Ala,ingat din org seberang takir,blh order kropok lekor...lama xpegi nganu. Haha...
Pelik dgn org,masa dia ada kuasa,klw btl ada slh guna kuasa dan rasuah,xnak benteras,report,ambik tindakan. Bl dh bumbung runtuh,xdpt jd calon,xdpt projek br nk gegeh mnentang. Lps tu,org yg sama gak diangkat sbg ketua,ngo ada yg jd senator. Saya tulis utk dua2 pihak,krajaan dan pebangkang. Jd,sbnrnya apa kelayakan nk jd ketua,blh jatuhkan musuh atau mnguat dan mmajuka negara?itu psoalan...
Kemudian,raja bahrin ni arkitek,klw ada slh guna kuasa adakah dia anggap dia bkerja dgn org kotor,dia ja yg suci. Klw ada slh guna kuasa,dia yg laksanakan.klw ada rasuah,dia juga tlibat,sbb kelulusan dan kuasa ada kat dia. Harakah jgn mbela sgt sampai semua slh org,sembunyikan slh pihak diorg.
Semua pon jd politik,politik perabih beras...

Post a Comment