........... Bumbung Stadium Runtuh - Penjelasan MB OK Tapi Cerita Lama Macamana ?I | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bumbung Stadium Runtuh - Penjelasan MB OK Tapi Cerita Lama Macamana ?I

Thursday, February 21, 20138comments


Dari jauh nampak kecil jer tapi dari gambar dibawah, kita dapat bayangkan saiz dan berat struktur kerangka bumbung lama stadium itu.


Ini penjelasan MB MatSaid mengenai dakwaan bumbung stadium runtuh kali kedua -

“Bukan runtuh, ini tak betul (jika stadium itu dikatakan) runtuh. Dia (pekerja kontraktor) sedang angkat (peralatan pembinaan) menggunakan kren tetapi terlepas (dan menyebabkan kecederaan itu). Dan itu adalah tanggungjawab dia (kontraktor).

“Bukan runtuhan, itu tanggungjawab kontraktor (kerana) tidak menjaga keselamatan. Ini yang tidak betul (mengenai runtuhan itu) kerana kerja-kerja sedang berjalan, jadi benda yang dipegang (kren) terlepas menyebabkan ia berlaku,” SINAR

Seperti yang saya tulis semalam, ia adalah berpunca dari kecuaian pekerja kontrektor. Struktur itu runtuh KETIKA kerja2 membukanya dijalankan, ia BUKAN runtuh dengan sendiri. Dan dari penjelasan dan gambar diatas, bayangkan jika benda yang dipegang (kren) terlepas.

SEMENTARA itu, versi Raja Bahrin pula -


“Selepas runtuhan pertama di bahagian tempat duduk tetamu kenamaan sebelum ini (2 Jun 2009) saya mencadangkan secara bertulis kepada kerajaan supaya bumbung yang tidak runtuh diturunkan segera kerana yang buat bumbung adalah kontraktor yang sama, pereka yang sama dan pekerja yang sama.

“Jadi kalau yang itu (bumbung) bermasalah (sebelum runtuh), yang ini (selepas runtuh) juga bermasalah, tunggu masa saja. Soalnya apabila kita beri cadangan, kenapa perlu tunggu sampai tiga tahun? Syukur tiada yang meninggal, tapi kita tidak ambil iktibar lagi,”


Ya, kerja2 menurunkan struktur lama itu seharusnya dibuat segera selepas bumbung runtuh, bukannya 3 tahun kemudian, dan saya juga setuju ada KEMUNGKINAN struktur itu lemah TAPI kejadian semalam saya terima sebagai KECUAIAN pekerja.

Kalau dibuat 2 atau 3 tahun lepas pun, jika pegangan kren terlepas, struktur tetap juga runtuh ! Saya bukanlah pakar binaan atau arkitek, cuma saya berfikir secara logik. Lainlah kalau struktur itu runtuh begitu saja, tak semena-mena .... 

TAPI saya hairan dengan kenyataan Raja Bahrin ini -


“Sehingga kini, kita tidak tahu siapa sebenarnya orang Korea yang mereka bumbung ini (stadium). Apa nama dia kerana rakyat berhak tahu. Jadi kita minta kerajaan tampilkan orang ini (pereka bumbung).

“Apa perjanjian kerajaan (Terengganu) dengan pereka tersebut (Korea), kita minta kerajaan jelaskan kerana ia mesti ada pertalian kontrak dengan pereka asal,”  SINAR


BENARKAH apa yang beliau dakwa ? Takkan tidak ada siapa kenal SIAPA Orang Korea yang bina bumbung itu dahulu ? Bunyinya kelakar ... dan TAK MASUK AKAL ! 

Kenapa perkara ini tidak pernah diperjelaskan oleh kerajaan ? Kita diberitahu yang kontrek pembinaannya diberikan kepada sebuah syarikat dari Korea TAPI seingat sayalah, TIDAK ADA siapapun individu atau syarikat dari Korea yang tampil memberi penjelasan mengenai isu bumbung runtuh dulu.

Dan jika benar Raja Bahrin dipersalahkan dulu, kenapa beliau TIDAK DIDAKWA ? 

Sebelum ini juga saya pernah terbaca yang kontrektor lama akan menanggung kos membaiki bumbung yang runtuh ........ kenapa sekarang tidak kedengaran lagi perkara itu ? Yang diberitahu sekarang, kerajaan negeri sendiri akan membelanjakan RM120juta untuk membaikinya.

Oya, kenapa tidak syarikat Korea SAMA yang membuat kerja2 membuka struktur lama yang mereka sendiri bina dulu ?

Cerita lama masih banyak yang tergantung !

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2013 at 11:20 AM

Bila pembangkang ckp UMNO mmg perasuah tegar..ramai yg marah..tp bukan stadium je runtuh bro..banyak binaan lain di terengganu yg runtuh..bayangkan Sultan terengganu ada kat stadium tu masa runtuh..x pun rakyat tgh tgk bola..inilah bahayanya amalan sub cond oleh kroni umno....umno terengganu akan mendapat kesan dr isu ini bro...buat stadium pun runtuh..mcmna nak buat logi nuklear..

....................
Reply To This Comment ...................
February 21, 2013 at 11:27 AM

@AnonymousKenapa tidak kita minta penjelasan dulu cara elok tanpa menuduh apa-apa ? selesaikan satu-satu isu, bukan kaitkan/longgokkan semua isu lain.

Kekadang tu saya rimas juga dengan orang main politik, diorang nak cari KEBENARAN atau diorang cuma nak cari alasan politik tanpa memperdulikan Kebenaran ?

....................
Reply To This Comment ...................
February 21, 2013 at 11:37 AM

Mungkin tak de doa selamat dulu kot masa nak buat tu.

Tak kesahlah runtuh secara sendiri ataupun kecuaian, ianya tetap satu kerugian. Aku cadangkan takpayah buat bumbung ataupun kena designed bumbung baru.

Kontraktor di Tranung ni tak hebat kot atau kerja tak bagus, banyak cilok.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2013 at 11:44 AM

@dinturtle
Penjelasan apanya lepas 3 tahun benda tu runtuh..patutnya MB siasat n publish pd rakyat siapa punya kontrek..ni MB pun buat diam seolah2 mcm menyembunyikan sesuatu..kalu stadium ni x runtuh buat kali kedua..rasanya isu ini kana terus sepi..

....................
Reply To This Comment ...................
February 21, 2013 at 11:47 AM

@putrarahmanTapi memang confirmed yang buat dulu syarikat dari Korea, masalahnya apa cerita ? Soal nak buat apa seterusnya dengan stadium itu bagi saya itu isu lain.

Cerita lama belum selesai lagi. Siapa yang bertanggungjawab ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2013 at 12:39 PM

apa2 hal pun semua info kat sini hanya spekulasi saja.... masih tak dak bukti hitam putih atau kaler...

tapi kalau dah ada bukti hitam putih .... bukan org percaya ponn....

video anwar membalon amoi sebagai contoh bukti hitam putih...

....................
Reply To This Comment ...................
February 21, 2013 at 12:49 PM

@AnonymousBetul, saya setuju !

Macam janji manifesto PR pun SPEKULASI juga hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 7:19 PM

masalah stadium tu lebih kepada cara pembinaan nya..ni salah arkitek..struktur x kukuh...sepatunya dirobohkan semua sekali dan buat baru..kos dibawa tanggunjawap kontraktor...

Post a Comment