........... BR1M - Mohon Pandangan, Sokong Atau Tidak ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

BR1M - Mohon Pandangan, Sokong Atau Tidak ?

Sunday, February 17, 201333comments


Kalau anda perasan, saya tak pernah nak tulis tentang BR1M baik part 1 atau part 2 ... apatahlagi memuji langkah kerajaan memperkenalkan benda ni. Kali ni saya terpanggil juga nak tulis selepas bertubi2 telinga saya disumbat tentang segalanya yang positif tentang BR1M, tentang betapa baiknya kerajaan memberi wang tunai RM500 kepada rakyat, tentang BR1M sebagai BUKTI bagaimana BN tunaikan janji .... tentang janji Najib mahu lanjutkan BR1M ke part 3dan 4 sekiranya BN dipilih semula.... tentang hasrat kerajaan yang mahu naikkan lagi nilainya kepada RM1000.... bla bla bla...

Secara jujur saya tak setuju dasar BR1M. 

Tidaklah saya nak kemukakan angka2 dan fakta2 bagi menguatkan kenapa saya tak sokong BR1M. Saya fikir secara logik jer. Tapi ketidaksetujuan saya itu tidaklah tahap kronik sehingga melalak menentang, sekadar tidak setuju saja.

Bagi saya kalau betul kerajaan nak bantu rakyat dengan menggunakan dana yang mencecah billion2, ada cara lain yang lebih efektif dan menyeluruh.

Sepertimana pengagihan wang ehsan kepada yang layak sepertimana diamalkan diTerengganu sekian lama, saya melihat pemberian wang tunai seumpama ini seperti mengajar/menggalakkan rakyat supaya menjadi peminta sedekah. 

Pada awalnya mungkin bagus sebab ia sesuatu yang tidak dijangka, umpama durian runtuh tapi kalau dah dilanjutkan ke beberapa tahun saya khuatir rakyat yang menerimanya tidak lagi menganggap BR1M sebagai satu bentuk pemberian 'ehsan' tapi sebagai satu kemestian.

Mereka akan masukkan nilai BR1M kedalam bajet awal setiap tahun mereka dan dari situ akan bermulalah penggantungan mereka kepada BR1M. Dari segi politik mungkin itu yang diharapkan, Nak BR1M - Undi BN.... entahlah.

Kemudian BR1M akan menjadi satu lagi bentuk tambahan 'subsidi' yang perlu ditanggung oleh kerajaan setiap tahun. Ironinya, tahun2 sebelum ini kita sering disajikan dengan alasan betapa tingginya perbelanjaan subsidi kerajaan dan kerajaan perlu kurangkan subsidi bla bla bla ..... jadi disini saya lihat BR1M tidak membantu dalam jangka sama panjang.

Saya tak mahu komen bagian bagaimana caranya sipenerima membelanjakan BR1M yang mereka terima, apakah benar digunakan bagi mengurangkan beban belanja kehidupan harian.

Satu lagi, berapa % rakyat yang menikmatinya ?

Tidak ada cara lainkah yang lebih baik mampu difikirkan oleh para penasihat Najib untuk membantu rakyat ?

Saya harap anda dapat berikan pandangan anda pula untuk dikongsikan bersama. Saya nak tahu juga - Adakah saya sorang saja yang berfikiran begitu ,,, yalah, saya sendiri tak pernah baca mana2 blogger yang kritik BR1M, semuanya puji belaka. 

Kritikan tidak semestinya hendak menjatuhkan. Kerana sayanglah makanya kita kritik.... tak gitu ? Anggap saja komen anda sebagai hak anda untuk bersuara sebagai rakyat. Nak sokong atau tidak, itu juga hak anda.


PS - Dua hari ni saya payah sikit nak update blog sebab sedang menghadiri kursus di KL. Line celcom broadband macam &%@$#!  Mungkin sebelah lewat petang nanti saya update lagi.

Share this article :

+ comments + 33 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 17, 2013 at 4:48 AM

Saya bersetuju dan saya sendiri berpendapat bahawa BR1M bukanlah satu bentuk transformasi. Bntuan yang diberikan itu akan dianggapkan sebagai satu tanggungjawab kerajaan kesudahanya. Apa yang kerajaan telah berikan itu saya kira mencukupi, MELAINKAN jika ianya benar benar dapat menaikkan taraf hidup rakyat bagi jangka panjang. Jika diberikan mereka saekor ikan, dapat mereka berlauk sehari, tetapi jika diberikan mereka ilmu mengail, akan mereka berlauk seumur hidup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 7:24 AM

ada dua jenis org yg suka BR1M.
1. yg memang perlu duit disebab kan faktor internal ke atau external
2. mereka yg menangguk di air keruh. memang ada duit, tanpa BR1M, pun tak de pe.

tapi yg memilukan jenis no. 2 ni, asyik mintak tu mintak ni, membuat tuntutan dan bermacam macam lagi hanya sekadar "boleh buat". fonemena ini malangnya lebih berlaku kepada melayu dan cina dan india yg kuat melalak dan menganggap mereka ini golongan istimewa. jika tidak di layan maka undi tak jatuh pada pihak pemberi BR1M.
anda boleh lihat hingga org kuat PAS / DAP dan org UMNO yg benci UMNO ambil tanpa segan silu.

jadi salah nya BR1M bukan pada kerajaan memberi atau dasar pemberian, tapi seperti biasa, kerajaan selalu buat sesuatu "delivery syste" atau sistem pengagihan yg tak dapat kepada golongan sasar atau golongan 1, tapi lebih kepada golongan sasau atau no 2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 7:36 AM

Saya setuju dengan pendapat Din kerana BR1M boleh buat orang kita jadi semakin "lemak". Misalnya dalam NST semalam, ada satu Mamat tu mengesyorkan BR1M diberikan juga kepada orang muda untuk mereka membayar sewa rumah dan instalmen kereta. Pada saya ini sudah "lebih". Takut-takut negara kita ini boleh end up jadi "welfare" state dan buat orang jadi malas sebab ada ready money waiting for them pada tiap-tiap tahun.

Laksa Johor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 8:30 AM

@Anonymous

Najib bukanya berasal dari orang susah. kalau dulu diminta supaya jangan mempolitikkan BR1M atas niat ikhlas kerajaan, tetapi sekarang dah lain. jika mahu BR1M diteruskan, malah akan dijadikan RM1'000.00, undilah BN. apa citer ni?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 8:37 AM

SAYA DARI AWAL LAGI MEMANG TIDAK SETUJU.

SEBAB SAYA PASTI MEMANG IA AKAN DISALAHTAFSIR AKHIRNYA. CONTOHNYA BONUS KAKITANGAN KERAJAAN, BILA TAK DIBERI, HABIS KERAJAAN KENA MAKI. INGAT LAGI ZAMAN PAK LAH DULU, DAH LAH FLIP FLOP, TAKDE BONUS PULAK TU..NAH, PRU12 HILANG 2/3.

JIKA KERAJAAN BETUL2 NAK BANTU RAKYAT, BANTU SECARA MENYELURUH TERMASUK YANG BERPENDAPATAN SEDERHANA ATAU SEDERHANA TINGGI. SEBAB MEREKA2 ITULAH PEMBAYAR TAX DAN PEMBAYAR ZAKAT JUGA. MEREKA2 ITU PENYOKONG KERAJAAN JUGA. KALAU NAK SANGAT BANTU YANG MISKIN, PERKASAKAN DAN AKTIFKAN SEPENUHNYA PUSAT ZAKAT DAN BAITULMAL (SEBAGAI CONTOH)..

SEDANGKAN SEKARANG INI PUN DAH DENGAR DESAS-DESUS BAHAWA TOKSAH BELAJAR TINGGI2 PUN TAKPE SEBAB KERAJAAN AKAN BAGI MACAM2 KAT ORANG2 BERGAJI DAN BERKELULUSAN RENDAH.. TAK KE HARU TU???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 8:37 AM

@Anonymous

bukan saja "lemak" tapi lebih bergantung kepada kerajaan. kalau dahulu, seingat saya, abah saya kalau nak besarkan longkang, digalinya sendiri, kalau nak gantikan atap bocor dibeli dan dibuat sendiri. kami bukan dari keluarga senang pun. tapi sekarang, segalanya bergantung kepada kerajaan. kalau tak dapat, tak sokong BN. kalau dulu dikatakan PERIKATAN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 8:38 AM

BR1M ni dari segi jangka pendek, saya akui ada gak serba-sedikit membantu dari segi mengurangkan beban kos hidup sekarang. Cuma, dari pemerhatian saya sendiri kebanyakan duit yang diterima itu akan habis dibelanjakan dalam sekelip mata. 100% digunakan untuk perbelanjaan dan tiada langsung tabungan atau simpanan.

Saya lebih suka jika kerajaan memberi dalam bentuk wang amanah seperti ASB. KSetiap tahun disalurkan ke dalam akaun rakyat tetapi tidak dibenar dikeluarkan selagi belum mencapai tempoh matang. Anggaplah wang berkenaan sebagai pelaburan untuk masa depan.

Kerajaan sepatutnya tidak mengajar rakyat supaya boros berbelanja. Jika kerajaan nak kasi terus dalam bentuk wang tunai tiada masalah. Tetapi biarlah yang menepati kriteria berikut : warga emas, anak yatim, ibu tunggal, miskin tegar, oku dan pesakit kronik. Bagi rakyat yang tiada apa-apa masalah dan sihat tubuh badan serta masih mampu bekerja, eloklah wang berkenaan disimpan sahaja sebagai pelaburan tetap.

Bagi saya, biarlah rakyat yang kurang bernasib baik sahaja diberi bantuan dalam bentuk tunai. Ini kerana, mereka memerlukan pembelaan dari kerajaan agar nasib mereka terbela. Lihatlah di sekeliling kita, masih ada lagi rakyat yang menderita dan ditimpa kesusahan. Ada yang hidup bergelandangan di ibu kota, ada yang tinggal di bawah jambatan dan ada yang ditimpa musibah. Mereka semua sepatutnya didahulukan oleh kerajaan kerana mereka lebih memerlukan daripada orang lain.

Akhir kata, BR1M ini baik dan wajar diteruskan tapi perlu ada kawalan dan batasan supaya tidak diberi sewenang-wenangnya sehingga rakyat diajar bahawa kerajaan wajib memberi angpow kepada rakyat walaupun hakikatnya diri sendiri masih mampu mencari nafkah untuk keluarga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 8:41 AM

Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bekerja untuk menanggung bebanannya, maka dia adalah seperti mujahid di jalan Allah. Sesiapa yang mencari dunia secara halal dalam keadaan menjaga kehormatan diri, maka dia berada pada darjat syuhada.” (Riwayat Tabrani)

Golongan muda dilihat mempunyai semangat kerja yang tinggi dan bertenaga dalam memenuhi tuntutan agama. Namun, ada sebilangan belia dan remaja yang memilih dunia lepak bagi mengisi kehidupan yang langsung tidak menyumbang apa-apa manfaat.

Sedangkan dalam agama, bekerja adalah fardu yang sangat dituntut. Sabda Rasulullah SAW: “Bekerja mencari rezeki adalah fardu ke atas setiap Muslim.” (Riwayat Tabrani)

Diceritakan pada suatu hari, Baginda SAW sedang duduk bersama sahabat lalu sahabat terlihat seorang pemuda yang kuat yang sejak awal pagi keluar berusaha untuk mencari rezeki. Mereka berkata: “Alangkah baiknya sekiranya pemuda ini menggunakan kekuatan dan kemudaannya itu di jalan Allah. Rasulullah SAW bersabda: “Jangan kamu berkata seperti ini, kerana sesungguhnya jika pemuda itu bekerja untuk mencari bekalan hidup untuk dirinya dan untuk menghalang dirinya daripada meminta-minta, maka dia di jalan Allah.

Sekiranya dia bekerja untuk menjaga kedua-dua ibu bapanya yang sudah tua dan lemah atau untuk keturunannya yang lemah demi mencukupkan keperluan hidup dan mengelakkan mereka daripada meminta-meminta, maka dia adalah di jalan Allah. Sekiranya dia keluar bekerja kerana riak dan bermegah-megah, maka dia berada di jalan syaitan.” (Riwayat Tabrani)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 8:42 AM

@انتارا_كيت

lepas ni mereka akan pulak menuntut. depa akan tuntuk kerajaan bagi elaun bagi penganggur. sedih aku kerana takut rakyat akan diibaratkan saperti ayam. bila taburkan makanan, semuanya akan datang. bukan caranya nak bantu rakyat, pemikiran rakyat sepatutnya dibukakan luas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 8:53 AM

Hmmmmmmmmmmmmm,sebenarnya saya pun setuju dgn abg. Kerajaan kita ni tak kaya mana. Nanti hutang menimbun baru tau.. Memberi kepada yg benar benar memerlukan. Macam yg single tu 250 tak perlu la. Unless gaji 1000 kat bawah, boleh di pertimbang kan. Ini tak , gaji di bawah 2000 boleh mohon? Single person gaji 1000 lebih agak nya dah cukup makan dah.. Tak perlu 250 tu lagi..tapi still got people greedy. Maaflah, bukan greedy, dah kerajaan beri ,ambik je lah . Ye tak? Rezeki jangan di tolak. Saya juga ada mohon. Single , gaji bawah 2000. Actually tak ada 250 tu pun tak apa. Ada tu, kira bonus la. Rugi kalau tak mohon.. Tapi kalau masa hadapan tak de lagi, saya ok je. Cuma yg menjadi kerisauan saya mampu kah kerajaan meneruskan bantuan ini pada masa depan? Berapa tahun lagi? Kalau terjadi pada masa depan dimana kerajaan stop bantuan ni, dapatkah rakyat menerima kenyataan ini? Yelah, tiap tiap tahun ada durian runtuh, suddenly tak ada lagi? Tak ke naya tu?*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 9:01 AM

Salam Din..

Berapa ramai org dapat BRIM? BRIM adalah satu umpan undi tak lebih dr itu...itu bukan cara terbaik tolong rakyat..rakyat harus ditolong dgn bagi kemahiran bukan WANG...memang benarlah UMNO/BN sangat suka pd WANG..sebab tu jgn marah jika persepsi rakyat selalu kata BN memang kuat rasuah....pemipin umno nak bertading PAU pun guna umpan wang macam BRIM gak...

BRIM satu idea paling buruk dr Najib....dan Najib amat kelihatan LEMAH sekali tak ubah mcm cerita Filem PRamlee.."ANAK KU SAZALI"


-ABUzarr-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 10:01 AM

Salam.kena cari kaedah lain agar ia benar-benar sampai kpd golongan sasaran.mereka yg betul-betul memerlukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 10:19 AM

salam,

dalam perjumpaan pm dengan kakitangan awam, abang orang cina ni ada bagi tau pasal br1m ni. menurutnya wang tu datang daripada subsidi yang telah dipotong . kalu bagi subsidi, rakyat tak tahu yg kerajaan dah kasi wang br1m. tak perasan pun atau pun tak dihargai langsung segala usaha kerajaan. jadi subsidi tu ditukar jadi br1m, rakyat yg terima amatlah suka.

so subsidi dah tak ada, so harga barang naikla. rakyat pun tak suka juga pasal mereka tak diberitahu bahawa mereka dah dapat subsidi dalam bentuk br1m. guna la duit br1m tu untuk beli makanan. tapi apa yg rakyat kata ialah, dapat juga kita duit kerajaan. tapi orang atas sapu beratus juta. tak kesampaian juga hasrat murni nak tunjuk kebaikan kepada rakyat yg jadi pembangkang. rakyat yg sokong dok tunggu habuan la saban tahun. kalu tak dapak, mau jatuh la kerajaan akan datang. puas la penyokong kerajaan berhujah nak mempertahankan kerajaan sedia ada.

saya tak setuju br1m ni pasal ramai rakyat malaysia suka sangat wang mudah. hari dapat, tak sampai esok dah habis. tak ramai guna untuk kebaikan tapi ramai yg gunakan dengan cara yg tak berapa tepat. kalu bapa enjoy guna duit, anak pun suka. tapi masa hadapan macam mana ye? takutnya memikirkan masa hadapan bapa yg kaki joli. takut negara bangkrap jer. mampuih kita.

....................
Reply To This Comment ...................
February 17, 2013 at 10:24 AM

AsSalam Din..saya layak tapi tak brani nak mintak BR1M..nanti orang ingat kita tamak..BR1M untuk orang really2 susah..kita susah2 pun ada jugak rezeki..Alhamdulillah.
Actually memang sedap dapat duit kocek sekali sekala tapi kerajaan jangan terlalu kerap bagi..gunakan duit tu untuk subsidise barang2 keperluan atau turunkan tariff letrik..then ramai merasa..sebab ramai jugak yang layak tapi tak mintak.
Segan kalau orang kata macam pemintak sedekah beratur tunggu lama2 sambil tercongok..kalau tolong masukkan dalam akaun selesa jugak..muka taklah malu sangat..:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 10:35 AM

bagi saya brim ni bagus coz kerajaan dh bg syarat, income 1 keluarga rm3k ke bwh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 10:44 AM

Assalamualaikum. ..

Ada pro ada contra... bg sy bagi je jika x mudarat ekonomi.. yg penting penerangan dan rangsangan... lbh kurang ..duit ni..mana2 peniaga kecil..pasar malam.. buat tambah modal utk niaga lbh kuat..untung lbh...

Tapi eloknya kalau kerajaan buat mcm Trengganu buat dulu.. bagi 5k dalam ASDI... pokok takleh ambik... ambik dividen je tiap2 tahun.. tapi sayang asdi jatuh...

So apa kata bg je rm5k ke 10k ke kt keluarga miskin...dlm bentuk ASB.. atau Tabung Haji... pokok 5k nie takleh keluar kecualo dividen je tiap2 tahun... kalu TH bg 8% maknanya dah ada dpt rm400 @rm800 utk belanja.. jadi bg yg rajin nak menabung lagi elok..

Duit 5k 10k.. kalu sampai 3bilion mcm br1m... mautak gempak lg syarikay atau glc berniaga... ( bagi ikut turn... tahun ni 1juta org.. dpn 1 juta dll)


Semoga yang terbaik utk Negara

Zz

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 12:46 PM

bg sy br1m ni bagus psl kerajaan direct bg duit terus pd rakyat..kerajaan boleh bg 250j pd kak ijat..boleh bagi beratus juta pd kroni bg buat stadium runtuh..apa salahnya bg sedikit pd rakyar marhaen...
inilah untungnya kerajaan lemah.rakyat dpt mcm2..mari kita teruskan lemahkan kerajaan next pru..mari kita buat smpai rakyat dpt br1m tiap2 dua bulan...kerajaan lemah baik unt rakyat...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 12:52 PM

saya rasa lebih baik disalurkan ke kementerian bertanggungjawab terhadap kebajikan rakyat.salurkan kepada yang benar2 memerlukan.barulah bersamamu tv3 boleh tutup kedai.(cc. baitulmal dan lain2)

secara peribadi,saya berpendapat rakyat Malaysia semakin dimanjakan dengan kewangan daripada kerajaan.mungkin bagus untuk undi,tapi kesan jangka masa panjangnya? terutamanya bangsa kita orang Melayu,sejak dahulu nak duit dengan cara mudah sahaja. kurang semangat untuk berusaha/memajukan diri.asal dapat, oklah. dan BR1M secara tidak sedar menjuruskan ke arah ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 12:54 PM

dengan permberian BR1M kuasa membeli akan meningkat. seterusnya keuntungan syarikat perniagaan pun meningkat.apabila keuntungan meningkat pendapatan hasil cukai pun akan meningkat. dari situ pendapatan cukai kerajaan akan bertambah.

....................
Reply To This Comment ...................
February 17, 2013 at 12:54 PM

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Abg. Din, BR1M nih OBJEKTIFnya BAGUS tapi perlukan KAJIAN menyeluruh sepanjang MASA.. Tanpa BR1M ni pun dah memang BANYAK bantuan yang kerajaan beri cumanya melalui BR1M nih NAMPAK la sikit macam kerajaan buat kerja..

Memang SIFAT orang kita dah, diberi BETIS nak PAHA.. Untuk itu, pemBERIan BR1M nih patut diSELITkan dengan ELEMEN keSYUKURan kepada keMAKMURan NEGARA..

Janganlah bab BERI memBERI nih kalau tak SETUJU diTALAkan kepada UMNO/BN aje.. Pasal belah-belah PR tuh lagi banyak diJANJIkan DUIT tapi ada ke dibaginya? Kalau nak BUKTI, tengok aje BANNER PR dari Ampang hingga ke Klang yang dok tunjuk MUKA MB GAGAP dengan Azmin ALI anak DERHAKA tuh.. Ada ke mereka TUNAIkan apa yang diTULIS dalam BANNER tuh?

Wallahualam..

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
February 17, 2013 at 1:08 PM

Akhirnya ada juga blogger yg mengeluarkan kenyataan KURANG bersetuju dgn BR1M....sama la kita bro Din.

balik kg raya cina ada bincang hal ni dgn rakan2....majoriti kata SUKA sbb dapat duit....hanya saya ja yg kata sebaliknya kerana dlm jangka masa panjang, NEGARA RUGI disebabkan terpaksa menanggung subsidi sepertimana yg bro DT utarakan....tp ye la, kita sorang, depa ramai...kena henjut je la...baik pro PR/BN...sama je...hehe..saya cuma nak tanya, BERAPA RAMAI yg menipu DATA TANGGUNGAN?

bagi saya, adalah lebih baik duit tu diberi kepada mereka yg betul2 memerlukan...fakir miskin, mualaf, mereka yg nak mulakan perniagaan etc....sekurang2nya dptlah menyekat gejala murtad

saya dah lama fikir ttg benda ni & skrg saya nak luahkan....samada nak terima/tak terpulang....kepada kerajaan, ambilah mereka yg benar2 susah ni utk diberi latihan percuma kelas jahitan, memasak, etc & tanggungan menggunakan subsidi2 yg diberikan kerajaan skrg

sbg cth: arahkan jentera2 di setiap kawasan kenal pasti mereka yg benar2 susah, kumpulkan mereka ni & latih mereka utk berdikari.....kerajaan boleh latih mereka wujudkan kumpulan catering yg dipantau oleh ADUN masing2 sehinggalah mereka mampu berdikari.

begitu juga dgn kumpulan jahitan samada di rumah masing2 atau di kedai (lbh baik kedai)...bagi satu ruang niaga free sementara pada mereka sehinggalah mereka boleh bernafas sendiri...itu lebih baik dr menabur duit semata-mata.

saya juga KURANG BERSETUJU dgn baucer BUKU & KAD SISWA utk pelajar2 U....bukan dengki, tapi bg saya, saya TAHU ke mana duit tu ditujukan....berapa kerat yg beli buku/keperluan pembelajaran....siapa yg TERASA harap maaf

duit PTPTN takkan cukup jika gaya hidup seperti org bekerja, berkereta, hp mahal, laptop mahal, makan di tempat mahal, pakaian mahal, enjoy setiap hujung minggu etc.....pelajar2 sebelum menerima SUBSIDI ni Alhamdulillah dpt hidup & saya yakin lebih menghargai WANG...maaf kalau terasa

bagi saya, adalah lebih baik baucer/kad siswa tu di tolak utk pembayaran PTPTN...kan ringan sikit beban, tgh belajarpun PTPTN dibayar setiap tahun

saya juga cadangkan kerajaan cuba cari langkah utk mengelakkan subsidi gula, minyak etc digunakan oleh org BUKAN RAKYAT MALAYSIA....saya ada terfikir caranya, cuma biarlah org yg lebih arif/bertanggungjawab kemukakan dulu cadangan

kepada kerajaan, saya tahu kerajaan terdesak sekarang & disebabkan kedudukan yg LEMAH menyebabkan subsidi yg dikurangkan sebenarnya dihantar ke bahagian lain.

akhir sekali, saya MOHON MAAF jika ada yg terasa tak kira pro BN/PR yg menyokong penuh segala subsidi yg BERWAJAH BARU ni....nak terima ok, x terimapun ok...cuma fikir JUJUR TAK MASA MINTA/GUNA SUBSIDI TU??

....................
Reply To This Comment ...................
February 17, 2013 at 1:18 PM

TerimaKasih diatas pandangan anda semua. Bukan layak saya untuk menilai, kita sekadar meluah dan berkonsi pandangan.

Percayalah, ADA yang baca pandangan anda semua .

Harap teruskan dengan komen anda :)

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
February 17, 2013 at 1:21 PM

To ABUzarr:

UMNO kuat rasuah....tapi berapa ramai pro PR yg beratur dr pagi bersemangat nak ambil rasuah?...ada yg pakai baju BERSIH, baju R, & ada juga yg malu2 tapi mahu??

menuduh biarlah KHUSUS, bukannya UMUM...tak tau la kalau benar ABUzarr adalah salah seorang yg sgt BENCI dgn wang..kononnyalah...kalau benci rasuh ada kemungkinan la.

beri kemahiran pada rakyat mmg disokong penuh.....tapi itupun akan dikira RASUAH dlm bentuk lain oleh org sealirang mung...x gitu?

nak kata idea paling BURUK, tak juga.....cuma merugikan negara/rakyat utk jangka masa panjang....lupa kot idea TABUR DUIT belah sana....hehehe..sukati ko lah ABUzarr

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 3:12 PM

Saya cadangkan kerajaan beri kursus keusahawanan secara percuma. Segala aspek perniagaan diajarkan seperti product branding, customer service, advertising, e-marketing, budget, accounting dan bisnes planning. Lepastu kenalpasti bidang yang diminati. Berikan mereka galakan dengan memberi kursus kemahiran secara intensif, bengkel dan seminar keusahawanan. Apabila rakyat Malaysia menceburi bidang perniagaan, budaya meminta-minta pasti akan dapat dikurangkan. Sampai bila kerajaan nak kasi ikan kepada rakyat? Kita mengharapkan semakin ramai rakyat mampu memiliki joran sendiri dan mengail sendiri ikan tanpa bantuan sesiapa pun. Sehinggakan mereka sendiri mampu memberikan lebihan ikan yang dikail kepada orang lain pula.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 3:42 PM

@mamasita

atau tutunkan harga hantaran yang dah semakin melambung nih. boleh juga anak anak muda cepat berumah tangga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 3:48 PM

@Anonymous

bagus kepala hotak kamu, bagi kerajaan lemah. betul juga tu, kalau dah lemah tentunya penakut. kita ramai ramai boleh gertak. kita boleh langgar undang undang dan boleh buat apa saja.

tapi masaalahnya, kalau kerajaan tumbang, boleh kah kita dapat BR1M lagi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 4:08 PM

Sekurang kurangnya kerajaan pusat buat sesuatu, byk perbincangan telah di buat utk memastikan sistem subsidi smp ke sasarannya.
Jika ada yg menipu utk mendptkan brim itu antara dia dgn Allah swt.
Aku harap sistem brim diteruskan secara tahunan dan sistem subsidi spt minyak dikurangkan sehingga sifar, biar sistem pasaran menentukan harga masing masing.
Subsidi makanan patut diteruskan ini adalah keperluan tak kira status rakyat.
Cukai kereta pun harus diteruskan bukan hanya utk melindungi proton tetapi ia adalah antara penyumbang pendapatan negara yg ketara juga.
Secara keseluruhan, aku dapati brim bukan sahaja berfaedah kpd rakyat tetapi kpd kerajaan juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 4:25 PM

@AnonymousMemang awak ni abu zarr, dasar pencacai pakatan.... yang awak tahu hanya komplen kerja dan usaha orang, bab nak bagi idea sendiri haram tak tahu. memang spesis awak ni spesis pembangkang sejak dari lahir sampai mati. kenapa tak utarakan cadangan untuk memperbetul?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 4:37 PM

Mari kita sebutkan satu persatu apa yang kerajaan dah bagi pada rakyat dalam bentuk wang tunai. Pertama, bantuan awal persekolahan RM100.00 dan kedua BR1M RM500.00. Persoalannya ialah apa yang rakyat buat dengan duit tersebut? Adakah sampai kepada kumpulan sasar?

Saya melihat kerajaan telah mewujudkan budaya memberi wang saku atau angpow meskipun tanpa wang tersebut pun rakyat masih mampu menyara keluarganya. Saya mencadangkan supaya kerajaan memperuntukkan sejumlah wang amanah dan wang tersebut dilabur ke dalam skim pelaburan yang berimpak tinggi dan kukuh seperti hartanah dan sumber tenaga.

Rakyat perlukan jaminan masa depan yang lebih stabil kerana mereka mempunyai kadar simpanan yang rendah lantaran kos hidup yang semakin tinggi. Cuba tanya pada rakyat Malaysia berapa banyak yang mereka telah peruntukkan untuk tabungan atau simpanan. Sudah tentu amat rendah sekali kerana perbelanjaan harian terlalu tinggi.

Katakan apa sahaja perbelanjaan semuanya masih lagi tinggi seperti bil internet, bil utiliti, minyak kereta, sewa rumah, barang keperluan dapur, ansuran kereta, insuran dan apa sahaja. Semuanya melambung tinggi. RM500 sebenarnya masih tidak mengurangkan segala perbelanjaan berkenaan. Apa yang rakyat inginkan sebenarnya ialah kerajaan memberi mereka pendapatan sampingan daripada pelaburan yang memberi keuntungan jangka panjang. RM500 hanyalah sekadar untuk jangka masa pendek semata-mata.

Rakyat mesti diberi 'tangki oksigen' yang berpanjangan supaya mereka tidak kelemasan dalam mengharungi bebanan kos hidup semasa. Rakyat bukannya perlukan'oksigen' untuk hari ini sahaja, malahan juga untuk hari-hari mendatang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 4:45 PM

dlm keadaan ekonomi dunia yg masih tidak menentu dan belu stabil, penjanaan dan merancakkan ekonomi domestik amat penting. pemberian brim sebenarnya serampang banyak mata. selain meringankan beban rakyat yg bependapatan rendah 3k kebawah, secara langsung atau tidak langsung ekonomi domestik akan bergerak lancar. ini kerana, pnerima sudah tentulah akan membelanjakn duit tersebut utk mmbeli keperluan dan dgn ini para pekedai dan peruncit dan penjaja juga akan mendapat keuntungan dan manfaat. jadi penjaja spt penjual2 sayur yg kbanyakkn mrk ini juga adalah penerima brim akan mendpat manfaat yg besar apabila kuasa membeli rakyat meningkat. jadi pusingannya, lebih banyak meningkatkn taraf hidup rakyat berpendapatan rendah...tidakkah itu sangat baik!?
bila peniaga dpt bk untung, maka cukai dikutip kjaan juga akan banyak. jadi, hasilnya diberikan semula kpd rakyat. jd kalau nilai lebih tinggi, maka tidak hairan sbb kutipan cukai juga meningkat...
sbnarnya pemberian brim ini akan menjadikn duit itu berpusing2 sekitar rakyat miskin/sdrhana,peniaga dan kjaan. dan ekonomi akan stabil ,hidup rakyt semakin baik.

-wau

....................
Reply To This Comment ...................
February 17, 2013 at 11:41 PM

Terimakasih sekali lagi diatas pandangan anda. Terpulang kepada pembaca untuk menilai....

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
February 17, 2013 at 11:55 PM

@انتارا_كيت

Setiap tahun berapa billion kerajaan belanjakan untok subsidi barangan agar harga barangan perlu dapat dimampubeli olih rakyat biasa yang berpendapatan rendah. Sebagai contoh gula ,semua rakyat membeli dengan harga yang sama sama ada dia nelayan atau jutawan begitu juga minyak petrol ,yang pakai honda cup 70 cc membayar harga yang sama dengan yang memandu honda accord ,adakah ini dapat mreingankan beban rakyat miskin khasnya.

Target BR1M adalah mereka berpendapatan dibawah RM 3000 dan saya rasa bantuan seperti ini lebih menepati kumpulan sasar dan adalah lebih baik kalau kumpulan sasar itu ditujukan kapada golongan yang berpendapatan < RM 2000 agar matalamat membantu golungan memerlukan lebih mencapai matalamatnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 18, 2013 at 12:18 AM

Br1m adalah cara yang paling bagus untuk mengagihkan kekayaan negara kepada rakyat. Jika sebelum ini asyik2 bigshot/jerung yang selalu mendapat projek berjuta juta tapi sekarang seluruh rakyat Malaysia dapat jugak berkongsi kekayaan negara dalam bentuk wang tunai. Dengarnya jerung/bigshot tu dah kurang dapat projek sejak adanya br1m ni. baguslah. itu namanya rakyat diutamakan.

Post a Comment