........... Boikot Mamak - Tergamak Pencacai Pas Ini Cuba Menabur Pasir Kedalam Periuk Mereka ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Boikot Mamak - Tergamak Pencacai Pas Ini Cuba Menabur Pasir Kedalam Periuk Mereka !

Monday, February 25, 201321comments


Perhatikanlah cara pencacai Pas cuba menabur pasir kedalam periuk nasi para peniaga mamak negara kita. Benarkah artikel itu hanya semata2 untuk menceritakan keadaan yang sebenar ? Benarkah tidak ada kaitan dengan tindakan BOIKOT yang dicanangkan oleh para pencacai Pas ekoran berita ini ? - KLiK -


Hanya menggunakan sekeping gambar keadaan dapur yang kotor yang entah dari mana dia kutip..... mungkin saja dari dapur rumahnya sendiri, pencacai Pas ini tergamak menuduh KEBANYAKAN restoran mamak punya keadaan yang sama !

Amatlah tidak adil malah bagi saya ia satu tindakan yang KEJAM dipihak pencacai Pas itu.  Mungkin inilah hasil doktrinisasi tarbiah Islam ala Pas. Matlamat menghalalkan cara..... biarpun menzalimi PULUHAN RIBUAN mereka yang tidak bersalah. Dan berapa ramai pula dari mereka yang beragama Islam ? 

Ada mereka kisah kesan dari boikot yang mereka canangkan itu ? POLITIK PAS lebih penting ?

Kalau betul nak ubah / perbetulkan keadaan, nyatakan nama dan lokasi restoran itu bukan main pukul rata menuduh kebanyakan restoran mamak pun begitu.

Memang sial !

copypaste dari omakkau -



Ini bukan nak mengaibkan tetapi menceritakan keadaan yang sebenar.

Rata-rata beginlah pemandangan didapur di kebanyakkan restoran mamak dinegara kita.

Sudah menjadi pengetahuan umum kebersihan kebanyakkan restoran mamak adalah amat tidak memuaskan sekali.

Belum disaentuh tentang kebersihan makanan  yang disediakan.

Sampai ada dijadikan bahan guruan yang sinis tapi serius berbunyi " BERI SAYA ROTI CANAI KUAH KARI SEMINGGU"

Semoga rakyat berfikir sebelum menjamu selera di restoran mamak.

Jagalah kesihatan anda... jangan sampai kena keracunan makanan cirit birit..




Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 1:43 PM

Kedai mamak sokong BN pakat boikot.. 711 yang Hassan Ali rampas beer tak Kena boikot, Hassan Ali Pulak Kena boikot... Betul2 otak dah kelabu sebab taksub parti politik yang entah apa2

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 1:56 PM

@AnonymousKatakanlah persatuan Mamak itu menarik balik kenyataan atau mengatakan yang kenyataan itu disalahlapor, adakah pencacai Pas itu akan keluarkan satu lagi artikel yang menunjukkan gambar dapur yang dah bersih ?

Kalau nak boikot atas dasar politik pun janganlah kaitkan dengan perkara lain.

Ini dah masuk kategori FITNAH !

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
February 25, 2013 at 3:44 PM

senang...minta si penulis bagi tahu nama premis...kalau takut bg tau tempat premis beroperasi....biar kita masing2 menilai samda FITNAH atau FAKTA

ni gambar main serkap, adoyaiii....rendahnyolah tahap penyampaian penulis & penerimaan pembaca

secara FALSAFAH TINGGInya dipanggil
"AKU SUAP, KAU NGANGA & NGAP JE"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 3:50 PM

Dari majukan Mamak..baik kami majukan kedai makan melayu...mari teruskan boikot...kita takkan mati kalu xmakan kat kedai mamak..tapi mamak akan mati kalu kita tak makan kat kedai dia...mamak tetap mamak dan tidak boleh menjadi melayu..

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
February 25, 2013 at 3:54 PM

bro DT, kalau Restoran Mamak buat pusingan 180 darjah.....of kos la kedai tu bersih, putih melepak, wangi bak kasturi

maklumlah setelah menerima tarbiyah PAS, kaunseling dr Ostad 3 pagi PKR....lagipun baiDAPigs dah bg sermon ayat2 Al-Quran & hadith...takkan tak insaf kot...hehe

mungkin begitulah perkara yg akan terjadi seadanya...OMAK KAU!!...terperanjat la bloger tu nampaknya...hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
February 25, 2013 at 4:21 PM

Mrk memusuhi sesama Islam dan membiarkan bahkan menyokong dan bersekongkol dgn penyembah berhala ! Siapakah mrk ?

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 4:25 PM

@AnonymousMelayu ? Nik Aziz ajar ke ? hehehehe ....

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 4:27 PM

@XpasNak cover line, mereka cuba gambarkan yang mamak ni semuanya bukan Islam....

BUSUK sungguh hati diorang ... mungkin itulah cerminan orang Pas

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 5:29 PM

kalau isunya kebersihan, rata-rata Muslim tidak faham apa itu kebersihan.

apa yang diperhatikan dalam gambar di atas adalah tukang masak tidak cermat bekerja hingga masakan yang digoreng tertumpah di sisi.

lojik akal mengatakan makanan yang tumpah itu tidak akan mencemari makanan dalam kuali atau akan dikutip lalu dihidangkan pada pelanggan.

pencemaran makanan banyak kaitan dengan bahan mentah yang tercemar, lalat berterbangan dan kehadiran roden di dalam premis..

pergilah ke pasar basah/borong di waktu subuh, anda akan dapat lihat bagaimana peniaga melonggokkan ikan daging dan ayam atas lantai dan bukan dalam bekas yang sepatutnya.

perhatikanlah penyembelihan lembu oleh pihak tidak bertuliah untuk merasai kurang pekanya mereka terhadap aspek kebersihan.

intiplah penjemur ikan kering untuk mendapat gambaran betapa kecewanya anda betapa aspek kebersihan paling asas diabaikan sewenang-wenangnya.

kalau nak jadi whistle blower biarlah matang, adil dan tidak pilih sasaran. kalau tidak whistle blower mungkin dapat dosa.

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 6:18 PM

@Anonymousmenarik cara saudara meluaskan skop topik :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 6:29 PM

Bersih dan tidak kemas dua perkara yang berbeza.

Contohnya, 1. Janggut P adalah kemas tetapi tidak bersih. 2. Jangut U adalah tidak kemas tetapi tidak kotor.

Dari sudut politik janggut P boleh dapat markah tinggi tetapi dari sudut kesihatan janggut U dapat markah tertinggi.

Dari sudut agama?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 7:59 PM

Restoran mamak kat sini boleh tahan kebersihannya. Saya nak share satu cerita lucu. Dulu saya suka sangat makan roti canai. Tak kiralah roti tisu ke, roti telur ke. Then, satu hari tu saya gi kedai mamak. Niat nak makan roti canai, so kitorang orderlah. Entah tengah tengah dia lambung lambung roti canai tu, mamak tu stop. Dia bagi signal sakit perut kat boss dia. After that dia gi toilet. Punyalah lama. Lepas kluar dari toilet dia sambung balik sesi' ramas meramas' n lambung melambung tadi. Saya ni jenis yang mungkin menghidap penyakit OCD , apalagi terus meninggalkan kedai mamak tersebut.. Bila pikir pikir balik, tindakan saya tu mungkin agak keterlaluan. Maaf ye mamak roti canai. :-)*!*
PCP84

....................
Reply To This Comment ...................
February 25, 2013 at 8:09 PM

@AnonymousLucu ? ?

Berderau darah ada lah ! sesi 'ramas meramas' ...... peeergghhh !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 8:40 PM

Fyi bukan kedai mamak jer sebegini kedai Melayu lagi lah menjelikkan jadinya org org pas nak makan kat mana?? Kedai cina??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 25, 2013 at 8:44 PM

Melayu ni dengan boikot jarang bertaut sbb Melayu cepat memaafkan, contoh oldtown coffee berapa kerat jer yg betul betul boikot??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2013 at 12:28 AM

@Anonymous

Pandangan anda tidak benar. Sebenarnya Muslim paling mampu memboikot kalau alasan untuk memboikot adalah kukuh dan realistik.

Contohnya bak kut teh (tidak halal), semua Muslim mampu boikot! Restoran terang-terang hidang makanan tidak halal, semua Muslim mampu boikot!

Satu masa dulu, apabila ada 'fatwa' undi kafir adalah haram, undi untuk kafir merundum!

Bukankah itu membuktikan Muslim mampu boikot kalau ada justifikasi?

Tetapi kalau tidak ada justifikasi dan tidak realistik, meskipun Tok Guru suruh boikot Brim, cadangan itu akan dibakulsampahkan kerana Brim 1 dah masuk perut dan temolok Pas!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2013 at 8:57 AM

@Otak geliga Saya rasa pelik tengok foto tu.

1) Lantai dapur tu bersih aje. Baldi (atau tong putih 2 bijik kat lantai tu tersusun elok aje)

2) Ada ke orang waras yang kotorkan dapur hingga keseluruhan dapur penuh dgn mee dan kuah. Tertumpah ke?

Wahai orang Islam, tolonglah jangan buat fitnah. Takutlah kepada Allah!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2013 at 9:01 AM

@dinturtle Setahu saya, di Penang ni kalau disebut 'mamak', ia merujuk kepada India Muslim. Kalau India hindu akan disebut 'Hindu'.

Rasanya orang sini akan gelak kalau kita tanya, " Mamak kat kedai tu orang Islam ke? " .. nanti malu je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 26, 2013 at 9:04 AM

@Anonymous Haruslah berbaik sangka... mungkin dia dah basuh tangan sebelum keluar toilet tu.. siap guna dettol lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
February 26, 2013 at 11:38 AM

Din,

Blogger ni syok sendiri(SS) la Din.Dia ckp org dh biasa dengar istilah ROTI CANAI KUAH KARI SEMINGGU.Tp sy tak penah dgr pon?Sy rasa Din pon x pnh dgr kan?Mmg syok sndiri btl la..

....................
Reply To This Comment ...................
February 26, 2013 at 1:21 PM

@XpasSatu yang saya nak utarakan ialah, adakah para pemimpin pas berani menegur blogger mereka, pengikut mereka yang memfitnah begini? sama jugak dgn kes amanat hadi yang dilaporkan puak pas mengkafirkan umno, adakah hj hadi atau mana2 pemimpin mereka berani atau bertanggungjawab menegur perkara mungkar sebegini? jawabnya tidak... hanya satu sebab .... UNDI. kini jelas, para pemimpin pas bertuhankan undi dari segala benda lain termasuk agama.

Post a Comment