........... Beratus Juta Lagi Untuk Tasik Kenyir - Harap2 Berjayalah Kali Ni ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Beratus Juta Lagi Untuk Tasik Kenyir - Harap2 Berjayalah Kali Ni ...

Monday, February 4, 20134comments


MB Mat Said mengumumkan pembinaan lebuhraya baru yang akan mula dibina tahun ini sepanjang 24 kilometer dari Gemuruh di Kuala Terengganu ke Kuala Jeneris dengan kos RM400juta.

"Pembinaan lebuh raya ini dapat dapat memendekkan masa perjalanan kepada 20 minit berbanding 90 minit sebelum ini dan harap kemudahan ini dapat merancakkan lagi sektor ekonomi dan pelancongan di Kuala Berang khususnya di Tasik Kenyir,"

Tumpuannya adalah Tasik Kenyir dan diharap kawasan sekitar juga mendapat limpahan pembangunan. Hmmmm ... dimana Jeneris ya ? Tanda A dibawah adalah Kampung Kuala Jeneris -


Ahmad juga berkata sempena Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013), kerajaan negeri akan membeli lebih banyak bot besar yang mampu memuatkan 100 penumpang pada satu-satu masa untuk ke Tasik Kenyir. - SINAR


Projek Kompleks Bebas Cukai diTasik Kenyir dikatakan akan siap tahun ini -

  • Lokasi di Pulau Bayas, Tasik Kenyir
  • 18 ekar untuk kawasan bebas cukai
  • Sebuah kompleks bebas cukai dan kompleks kastam akan dibina
  • Beroperasi pada tahun 2012
  • 300 unit chelaet dan hotel bertaraf 3 - 5 bintang akan dibina.
  • Mewujudkan rangkaian gedung yang akan menjual barangan berkualiti berkonsepkan Factory Outlet
  • Menyambung bekalan elektrik dari Kampung Kepah ke Pulau Bayas 
  • Memperuntukkan RM100 juta untuk pembangunan prasarana pelancongan di Tasik Kenyir, antara lain menempatkan taman tema air di Pulau Besar, Taman Orkid, Santuari Kelah, Santuari Gajah, Taman Herba, Taman Burung, Taman Rama-Rama dan Taman Anggur.
  • Kemudahan jalan raya ialah Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Kuala Berang - Simpang Pulai
  • Sebanyak 340 buah pulau terdapat di Tasik Kenyir


Hmmmm .... RM400juta untuk 24km @ RM16.67 juta untuk satu km ..... Juta2 lagi untuk kemudahan di Tasik Kenyir sempena TMT......  KLiK

Tak ke mahal harga lebuhraya itu ? Berapa ramai yang akan gunakan lebuhraya RM400juta itu ? Seorang rakan blogger yang berasal dari kawasan sana ada komen di SINI

Entahlah, saya tak tahu nak kata apa .... mahal ke murah ke, berbaloi ke tidak, TAPI SAYA HARAP ANDA YANG BACA NI, SILA2 LAH KE TASIK KENYIR !

Kesian pulak bot 100 penumpang kalau yang naik cuma 10 orang.

Ada Pulau Rambutan beb ! Siapa nak perabih buah rambutan banyak2 tuh ....

PS - Dah ada penjelasan ke kenapa kos baiki bumbung stadium perlukan RM120juta ?

PS2 - Kalau dikumpul2kan kos promosi Tasik Kenyir sekian lama campur ratus2 juta kat atas, rasanya kalau dibahagi pada penduduk kawasan berkenaan - KAYA RAYA DAH SETIAP KELUARGA, kan ?

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2013 at 5:23 PM

bila pembangkang ckp umno guna duit rakyat sesuka hati mcm duit mak bapak dorang ramai yg ckp fitnah..walaupun data dr jabatan audit negara...tp.aku yakin projek ni pasti akan runtuh mcm stadium trengganu jgk..

....................
Reply To This Comment ...................
February 4, 2013 at 6:21 PM

sejak bila blog ni jadi blog promosi produk tempatan? walau bagaimana pun syabas Trengganu. Saya takut kalau kalau pelancong yang nak ke Kelantan akan disesatkan di Trengganu. tak sampai pulak mereka kat Kelantan. tak kesian ker kat Nik Aziz?

lihatlah segala pembangunan dari segi positivenya. bila negeri membangun, rakyatnya juga dapat faedahnya jangka panjang sebab taraf hidup akan menjadi lebih baik dengan kedatangan pelabur pelabur asing yang akan menyumbang kepada lebih banyak peluang pekerjaan. minda juga akan turut berubah, taklah saperti negeri pantai timur sebelah utara tuh. bila negeri tidak membangun, minda rakyatnya menjadi bertambah jumud saperti kata katak bawah tempurunglah. pemimpinya bila bercakap, merapu dan dah sampai keliru mana haram dan mana halal. keputusan dibuat saperti orang memacak pancang lembu, sekejap kat sini dan sekejap kat sana. mana mana jer dia fikir rumputnya panjang.

saya kira MB Trengganu punyai wawasan dan saya kira Trengganu banyak potensinya. dari segi pelancungan, negeri itu punayi banyak tempat tempat yang indah, tapi janganlah pulak bila dengar jer nama tempat tu kita dah fikir yang negative. kata orang, walau pun namanya tak cantik dan tak sedap didengar, tapi, seeing is believing. untungnya Trengganu, ia punyai pantai yang indah dan ada diantaranya pantai yang belum tercemar.

percayalah kepada blogger Trengganu yang satu ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 4, 2013 at 7:09 PM

Tasik kenyir mempunyai pontesi besar sekiranya kerajaan negari melantik consultant berkaitan reka bentuk dasar dan tema pelancongan berasaskan riadah,kecerahan pantulan cahaya,pergerakan ikan di dalam gua(dasar sebenar) ke lapisan dasar permukaan kedua yg mirip kepada kejernihan air dan pantulan cahaya yg banyak.Kesannya akan memberi impak yg besar pada nilai hartanah di kawasan sekitarnya utk masa hadapan.Biarpun kosnya agak tinggi tetapi memberi kepelbagaian industri pelancongan yg berkaitan.Tak payah nak buat highay RM 400 juta dulu.Keutamaan pada mewujudkan nilai yg tinggi pada tasik kenyir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
October 3, 2013 at 5:22 PM

Kerajaan Terengganu memang banyak membangunkan kawasan, terutamanya untuk dijadikan kawasan tumpuan. Samada jadi bandar dgn mewujudkan bandar baru atau sebagai tempat pelancungan. Tetapi sayang dengan apa yang dah berlaku, sekadar membangunkan asas saja kemudian dibiarkan terbengkalai sebagai bandar hantu. contoh Bandar Baru Kerteh, Bandar Al-Muktafibillah Shah dan yang terbaru Bandar Baru Kijal. Bandar Baru Kerteh...terbiar, tiada kemudahan asas yg sempurna walaupun daripada sini boleh disumberkan pelbagai pendapatan hiliran kerana asasnya sebagai satu-satunya bandar minyak di Semenanjung Malaysia. Kesempatan dibazirkan begitu saja. Tak tahulah bagaimana nasib pembangunan di kenyir ni nanti...sedangkan sumbernya baru nak diwujudkan daripada zon bebas cukai itu. kita tengoklah nanti...nasib-2...

Post a Comment