........... Baik Punya Bos PR ada ..... Hadi Jadi Kambing | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Baik Punya Bos PR ada ..... Hadi Jadi Kambing

Thursday, February 28, 20138comments

Sebelum anda mula membina sebarang preconception, maka saya tulis CONTOH / ANALOGI ini terlebih dahulu supaya penilaian yang anda buat boleh diaplikasikan dalam satu lagi kes yang hampir sama. Bukan apa, selalunya bila membabitkan pemimpin2 tertentu, pemikiran kita dari awal lagi sudah punya presciption, jadi payahlah nak bersikap adil.

OK, ini CONTOH JER -

KATAKANLAH kerajaan buat satu dasar baru tapi ternyata mendapat kritikan dan bantahan hebat dari rakyat yang tidak bersetuju. Disatu ceramah di Negeri Johor, Najib berkata -

Untuk pengetahuan semua, Dasar X itu walaupun merupakan satu Dasar Kerajaan dan telah mendapat kelulusan kabinet sebelum kita umumkan dulu, YANG SEBENARNYA ia merupakan usul asal yang dibawa oleh Muhyiddin iaitu TPM kita. 

Muhyiddin merupakan pakar dalam isu berkaitan dengan Dasar X, jadi saya telah mnyerahkan segalanya untuk di handle oleh beliau. Apa yang Muhyiddin kemukakan kepada kabinet untuk kelulusan dan seterusnya diumumkan kepada rakyat, setiap ayat, setiap huruf datang dari beliau sendiri. 

Akhir sekali Muhyiddin sendiri yang sain dan umumkan pada rakyat tempoh hari. Jadi walaupun ia merupakan dasar BN tapi Muhyiddin merupakan mastermindnya.

OK, apa pandangan anda ? Pasti ramai yang akan hentam Najib kan ? 

- Apalah punya bos, nak lepas kan tengkok sendiri jer, 
- Ni mesti nak aniaya Muhyiddin ni sebab takut jadi pencabar, 
- Sebagai bos, Najib harus bertanggungjawab penuh apajua tindakan yang menggunakan nama BN, 
- Takde semangat setiakawan langsung
- Kalau berjaya Najib kaut nama tapi bila gagal, Muhyiddin yang kena 
- Ni apahal Najib gi sebut semua tu di negeri Muhyiddin ?

Pendekata, memang teruklah Najib kena.

Sekarang bandingkan precaution itu dalam laporan dibawah pula -


KOTA BHARU 27 Feb. - Pas tidak menarik balik kenyataan bersama pemimpin pakatan pembangkang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain kerana kenyataan itu telah disedia dan ditandatangani oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu berkata, dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut, beliau telah meminta Presiden Pas itu sebagai seorang yang tahu agama dan faham Islam, supaya memberikan pandangan untuk diteliti oleh pemimpin pakatan pembangkang.

"Maka Tok Guru Hadi Awang pun atas nama Pas buat, dengan ayat al- Quran nama Allah itu bagaimana dari segi orang Islam bagaimana dimuliakan, orang (bukan Islam) nak sebut insya-Allah, alhamdulillah tak dilarang kalau sebut itu dengan memuliakan, tetapi syaratnya jangan menghina, jangan menyalah erti, jangan menyalah tafsir.

"Kemudian saya kena runding, ha itu kerja ambo, kenyatae (kenyataan) itu Pas setujulah (sebab) kenyatae ia, Keadilan tak susah tapi DAP, kena beri penerange (penerangan) pada dia.

"Jadi ambo terang kepada Kit Siang (Penasihat DAP, Lim Kit Siang) kata begini, ini (kalimah Allah) bagi orang Islam sensitif dia benar orang bukan Islam (guna). Orang Cina kata insya-Allah saya nak pergi, kita tak hukum dia kerana dia sebut dengan molek.

"Jadi apabila syarat-syarat itu dia tanya, saya kata beginilah, kita pakatan, kita setuju jangan dok baloh (berbalah) soal ini, soal Hindu orang Hindu tu bagi dia cakaplah, tapi hok Isle (Islam) ini, biarkan kita bagi penjelase (penjelasan).

"Itulah yang kita terima, kenyataan kita itu yang dibentangkan oleh Pas, satu perkataan pun ambo tak pinda, ya, dalam kenyataan itu satu perkataan sepenuhnya daripada awal sampai habis yang Tok Guru Hadi Awang sign (tandatangan) ana (saya) jadikan kenyataan majlis pimpinan pakatan rakyat yang dipersetujui oleh Pas, Keadilan, DAP," katanya ketika berceramah di Ketereh malam tadi. Utusan


Hampir SAMA kan kenyataan Anwar dengan analogi saya diatas. Apakah pandangan anda sudah berubah sebab ia melibatkan Anwar atau masih sama ?

Sepatutnya bila sudah jadi satu PENDIRIAN BERSAMA, tidak timbul lagi siapa yang tulis atau siapa yang sain... SEMUA harus bertanggungjawab, sebab itu ia dinamakan Pendirian BERSAMA tapi kenapa Anwar seperti mahu meletakkan semua beban isu Kalimah Allah keatas bahu Hadi seorang ?

Tidak ada disebut pun dalam artikel itu yang Anwar selaku Bos Besar dalam PR, berjanji akan menilai semula pendirian awal PR yang bertentangan dengan pendirian Majlis Syura. Anwar cuma tahu menyalahkan Hadi 100%  tanpa sedikit pun berusaha mahu menyelesaikan kemelut.


Ini semua Hadi punya hal, Hadi yang bertanggungjawab .... dah, itu saja saya nak kata dan Anwar pun balik ......

Baik punya bos PR ada .......

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
February 28, 2013 at 10:45 PM

Siapa pun yg redha apatah lagi menyokong Allah swt disyirikkan samaada oleh org Islam atau org bukan Islam, jelas sesatlah dia, rosak aqidahnya ! Kalau dia menjadi imam solat saya tidak akan menjadi makmumnya kecuali jika dia bertaubat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2013 at 11:26 PM

Kesimpulannya, bagi Pakatan Rakyat, jaan nak menuju ke putrajaya masih sedang dibaiki kerana masalah jalan yang rosak dan berlubang-lubang. Oleh itu, Pakatan Rakyat terpaksa menunggu dalam tempoh yang agak lama jika masih berkeinginan nak berkonvoi ke putrajaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2013 at 11:58 PM

Din,
Dsai bukan nk lepas tgjwb. Dia setuju dgn pendirian PR dlm hal kalimah Allah. Itu pendirian PR dan juga pendirian DSAI. Cuma dia musykil mengapa Hadi berubah fikiran sedangkan Hadi diberi peluang dan bertanggungjawab mendraf penyataan itu. Bukan nak jerut Hadi dan melepaskn pada Hadi tapi MUSYKIL/HAIRAN.
Saya faham begitulah apa yg diucapkan oleh DSAI.

akulamat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2013 at 1:02 AM

Mantap boss... boleh takbir nie... takbir pasal Allah bayar cash penipuan puak2 nie... insyaAllah... kebenaran pasti lebih terang....

P.s agak2 ada tak org nak saman utusan nanti..

Zz

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2013 at 1:03 AM

Puak2 nie dok caya kat utusan... kalu youtube video besi ada dok link dia... nak tengok gok..

Zz

....................
Reply To This Comment ...................
March 1, 2013 at 1:23 AM

@AnonymousAnwar mushykil ? Saudara betul2 yakin dengan jawapan anda ? :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2013 at 8:15 AM

yang pasti..

HUDUD memang tidak ada dalam agenda PR..apatah lagi dalam Buku Jinggay!

ada sesiapa berani menafikan FAKTA ini?

takde???

so..masih nak tegakkan belalai yang dilap dengan tisu terbang???... opppps silap, tegakkan benang yang basah? kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 1, 2013 at 12:22 PM

soalnya kenapa Harun Din dengan tidak mendakwahkan kepada Nwar Berahi ... Haji Adi ... dan Nik Ajis agar bertaubat ... kenapa dia dengan berani dan lantangnya menyeru Tun M... bertaubat ... kenapa dalam isu ini dia membenarkan kesyirikan masuk dan menetap di dalam hati Nwar Berahi ... Haji Adi ... dan Nik Ajis ... sebagai ulamak sepatutnya Harun Din berani menentang pemimpin yang mungkar ini kerana membenarkan nama Allah digunakan oleh agama lain hukumnya adalah syirik ... ini hujah Harun Din sendiri ... tetapi kenapa harun din diam adakah dia takut kepada pemimpin yang mungkar ... inikah pejuang islam sebenar ... pengejut kepada pemimpin tetapi berani kepada musuh ...

Post a Comment