........... Antara Banggol Peradong 16 Feb 2013 Dan 7 April 1981 - Bukti Pas TETAP, TIDAK BERUBAH PENDIRIANNYA ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Antara Banggol Peradong 16 Feb 2013 Dan 7 April 1981 - Bukti Pas TETAP, TIDAK BERUBAH PENDIRIANNYA !

Sunday, February 17, 20133comments

16 Februari 2013 di Banggol Peradong



PAS memberi jaminan, kerjasama PAS dengan pakatan rakyat, dengan Dap, dengan keadilan, selagi dapat mempertahankan islam, mempertahankan melayu islam, 

sekiranya kerjasama itu merugikan melayu islam, merugikan islam, pas keluar pakatan rayat,tidak ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini kita bersama pakatan rakyat. Apabila Dap orang bukan islam berbagai agama, dalam pakatan Rakyat menerima Islam agama persekutuan hak-hak agama lain diberi hak dengan adil, hak istimewa melayu bumiputra, hak kaum lain adil, bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa ibunda diberi, raja mengikut perlembagaan, semua parti Pakatan Rakyat menerima perjanjian ini.



7 April 1981 di Banggol Peradong



“Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”

Hak orang Islam dalam Negara Islam bukan sahaja boleh jadi RAKYAT, tapi dia boleh jadi PEMERINTAH, boleh jadi KERAJAAN, boleh jadi PEMIMPIN, tapi hak orang bukan Islam - Dia diizinkan menjadi RAKYAT, TAK BOLEH jadi PEMERINTAH !

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 5:59 PM

Allah membalikan perkataan Haji Hadi mengkafirkan UMNO melalui mulut haji Hadi sendiri yang kini meletakan hukum hudud sebagai 0.00001% dari keutamaan perjuangannya dan memberhentikan perjuangan mewujudkan negara Islam dan dengan lebih jelas lagi dalam ucapannya di Banggol Peradong pada 16 Feb 2013 tempat yang sama dia mengeluarkan amanat dan hujah mengkafirkan umno. Dengarlah intipati ucapannya dan gunakanlah akal fikiran, pasti kita dapat melihat bahawa Allah telah membei petunjuk bahawa perkataannya itu dikembalikan kepadnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 17, 2013 at 9:31 PM

ASSalam Bro Din,
Hj.Hadi dh 'andropause'...dengar je lhhh.....dh lama dahhh...(meminjam kata2 Tun M)

....................
Reply To This Comment ...................
February 18, 2013 at 10:40 AM

Lps ni pas nk gabung dgn mic mca semua parti sbb stuju dgn islam sbg agama rasmi,semua diatas la... Kecuali umno,umno xboleh nk deal sbb...ermmm...xbg ckp 1jam siaran langsung... Hadi hadi,dah kawan dgn anwar pandai ko belit ya?

Post a Comment