........... AMANAT HADI II | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

AMANAT HADI II

Wednesday, February 20, 20138comments

"Saya tidak berikan nama amanat, tetapi orang lain yang berikan nama amanat. Mereka petik ucapan saya dan bentang dalam Dun." demikian kata Hadi pada 6 Januari 2013 mengenai polemik Amanat Hadi.


Yang terbaru, kenyataan Hadi di Banggol Peradong pada 16 Februari 2013, kenapa Pas sendiri yang menamakannya sebagai 'AMANAT II' ?  Tidakkah itu sebagai mengakui kenyataan Hadi tahun 32 tahun dulu dianggap sebagai Amanat I ?

Jadi biarlah entri ini menjadi BUKTI bahawa Pas sendiri yang menamakan kedua2 kenyataan Hadi itu sebagai AMANAT HADI.



Perlu diingat ketika mengucapkan Amanat Hadi I pada,  7 April 1981  tidak siapa menduga ia bakal menimbulkan pelbagai masalah. Waktu itu, orang Pas berpegang teguh kepada interpretasi literal mereka. Tapi SEKARANG ? Berputar lidah orang Pas cuba menafikan apa yang mereka pegang 32 tahun dulu ! Malah Hadi pula cuba menafikan kenyataan itu diberi label Amanat oleh orang Pas sendiri.

Tidak siapa tahu apa yang AKAN berlaku dimasa depan. Saya percaya kita tidak perlu tunggu lama untuk menyaksikan apakah Hadi dan orang Pas akan berpegang pada AMANAT II ini atau kembali berputar lidah cuba menafikan pegangan mereka.


KALAUPUN ditakdirkan PR menang dan ketika menjadi kerajaan PR, Dap bertindak merugikan Islam, apakah Pas berani keluar dari pakatan dan akibat dari langkah itu membubarkan kerajaan PR ?

Entah kenapa hati saya yakin yang saya tidak perlu tunggu selama itu .... mungkin semasa berkempen PRU13 saya akan gunakan link entri ini untuk mengingatkan orang Pas akan janji AMANAT II !

Dan ketika itu orang Pas akan berputar lidah memberikan takrif baru apa yang mereka maksudkan dengan 'MERUGIKAN ISLAM' pula ....

Sekarang ini pun Pas tergagap2 menjawap isu Kalimah Allah ....tidak mahu mengaku bahawa pegangan PR yang membenarkan Kalimah ALLAH digunakan oleh Bible Melayu sebagai merugikan Islam dan umatnya.



Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 20, 2013 at 1:26 PM

jauh betui lari dari amanat yg no 1...hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2013 at 4:50 PM

JADI SEMUA ISI KANDUNGAN AMANAT 1 YANG DIA CERAMAHKAN PADA RAKYAT TEMPOH HARI, YANG TERUS2AN DIHEBAH OLEH AHLI2 PAS SELAMA INI, TERBUKTI ADALAH BOHONG BELAKA..JADI SELAMA INI HADI BERKUASA SEBAB AMANAT BOHONG?

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
February 20, 2013 at 4:53 PM

dlm isu amanat 2 ni, HH awal2 sudah berlepas diri dgn menyatakan org lain yg anggap apa yg diucapkannya sebagai amanat...lankah awal HH ni sememangnya GENIUS kerana jika pada masa akan dtg, amant 2 dibangkitkan, maka HH akan berlapang dada menuding jari pada org lain & tindakannya adalah BENAR

tidak sebagaimana amanat 1, HH juga tak menyangka org lain akan mengangkat ucapannya sebagai amanat sehingga dipraktikkan dlm kehidupan sehari sehingga ke liang lahad

walaupun secara logiknya, pencapaian amanat 1 adalah amat membanggakan, TETAPI kejayaan UMNO dgn dibantu oleh bekas pemimpin/ahli PAS utk menelanjangkan kebobrokan amanat 1 menyebabkan HH menutup dadanya dgn rapat kerana dia terlupa utk menyatakan
"ORG LAIN YG ANGGAP ITU SEBAGAI AMANAT" pada masa ucapan itu masih lagi HOT & umphh

bertitik tolak dr kesedaran inilah, HH mempersiapkan ayat "ORG LAIN YG ANGGAP ITU SEBAGAI AMANAT" & kenyataan ini adalah amat bertepatan sekiranya dianggap sebagai GENIUS

....................
Reply To This Comment ...................
February 20, 2013 at 5:03 PM

@AnonymousHadi masih belum jelaskan Perlembagaan dulu yang dituduhnya jahiliyah hingga dihukum syahid jika gugur menentangnya, apakah masih Perlembagaan yang sama beliau ikrar akan pertahankan sekarang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 20, 2013 at 5:27 PM

Dok mikir nie...pening... betulke dia nak kekalkan undang2 lord reid nie...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 21, 2013 at 11:41 PM

tapi bro din, semenjak pondok dan ngo kata haram sokong pas sebab kawin ehhh kawan ngan dap, aku rasa amanat hadi I memang boleh diterima, sebab dulu umno pun kawan ngan mca, yang dalam diam sokong isu kalimah ni, rasa macam dah jadi haram undi umno / pas... pening aku nak pangkah sapa ni... semua dah jadi haram diundi.... tolong bagi clear skit bro din..

....................
Reply To This Comment ...................
February 21, 2013 at 11:49 PM

@AnonymousBETUL TU ! Kita UNDI ROSAK ! ! Muahahaha ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 17, 2013 at 12:50 PM

Ini orang ulama berputar belit mengakibatkan dua generasi orang Melayu berperang dan bermusuhan sesama sendiri dalam keluarga, kampung, masjid, dan negara. Cukuplah buat mulutnya yang melempar kecelakaan. Sekarang dia mahu kelabukan akidah orang Melayu sekali lagi dengan bercampur-aduk dengan kesalahfahaman agama kafir dan mushrik. Ulamak ahli sunnah wal jamaah tok guru pondok se-Nusantara tak perlu kepada wahhabi-modernist ahli politik ini ...

Post a Comment