........... Allah Lebih Mengetahui Dan Kita Terimalah Apajua Keputusan PRU13 Dengan Hati Terbuka ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Allah Lebih Mengetahui Dan Kita Terimalah Apajua Keputusan PRU13 Dengan Hati Terbuka ...

Wednesday, February 27, 201316comments

Cantik grafik ni yang saya copy dari FB Pas -


Saya bukannya pandai nak beri huraian, jadi kita sama2 kongsi pandangan. Terlebih dahulu,  Surah AlBaqarah ayat 247 tu panjang lagi dan ia kesinambungan dari ayat 246 -

Tidakkah engkau ketahui (wahai Muhammad), tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani Isra`il sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah". Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. - KLiK


Dan Nabi mereka pula berkata kepada mereka: "Bahawasa- Allah telah melantik Talut menjadi raja bagi kamu". Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan ia pula tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Nabi mereka berkata: "Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya. Rujukan - KLiK


Bagi saya yang tidak pandai agama ni, saya baca scara ringkas sebagai peringatan Allah supaya kita redha dengan ketentuan Nya kerana Allah Maha Mengetahui.

Ya, kita berusaha tapi akhirnya apajua yang telah ditentukan, kita terimalah dengan hati terbuka.

Untuk menjadi pemimpin tidak semestinya kaya tapi lebih penting adalah ilmu pengetahuan dan keberanian. Ilmu itu pula luas dan harus menepati keperluan semasa rakyat dan negara.


Dalam konteks negara kita, kalau ditakdirkan menang, pikullah tanggungjawab itu sebaik mungkin. Dan kalau ditakdirkan tewas, terimalah kekalahan itu dengan lapang dada kerana pemenang mungkin LEBIH LAYAK dari kita yang merasakan kita yang lebih layak.

Tak perlulah memaki hamun dan melontarkan pebagai fitnah seperti pengundi hantu ..... atau melepaskan air empangan ..... itu seperti tidak redha dengan ketentuan Allah.

Wallahualam ...

PS - Jika salah huraian saya, sila perbetulkan ..

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
February 27, 2013 at 2:40 PM

Salam.

Tepat sekali tuan Din. Hamba Allah mesti sentiasa "pleased with the decree of "providence" (ie Allah).

Kita elak dari seperti kelakuan Yahudi tu. Bila mereka minta seorang pemerintah (raja) untuk mereka, mereka bermaksud merekalah yang layak dilantik sbg pemerintah. Bila Allah lantik Talut, mereka ingkar. Bantah. Cari alasan menghalalkan keingkaran mereka.

Hari ini ada segolongan insan tak rela saudara sebangsa dan seagama sendiri ditentukan menjadi pemerintah selagi bukan mereka.

Bila nyata hampa, bila nyata tak munkin mereka boleh menang sendirian, mereka rela mengkeldaikan diri kepada musuh-bangsa-musuh-agama-sendiri. Habis maruah dan tapak rumahnya tergadai.

Selurus2bendil Pak Kadok tak semalang mereka ini. Paling tidak Pak Kadok menang sorak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2013 at 2:43 PM

sebuah parti yang tidak mampu membuat kiraan undi (kurang lebih perwakilan CEC) hendak diberikan mandat untuk menduduki putrajaya dan seterusnya mengagihkan kekayaan negara secara telus? fikir 1000 kali, saudara-saudari.

....................
Reply To This Comment ...................
February 27, 2013 at 2:46 PM

@Tam DalyellSelurus2bendil Pak Kadok tak semalang mereka ini. Paling tidak Pak Kadok menang sorak. - I LIKE ! !

TerimaKasih Tuan Dal :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2013 at 2:50 PM

Din mu cayo ko puok-puok bewok dan baghal ni akan terima keputusan dengan tenang kalu puok dio kaloh teghuk...? Nati tengok la...tunggang tebalik negara kita nyo mengamok nati...aku yakin terutama puok-puok baghal PuKiAr....

....................
Reply To This Comment ...................
Pakcu Rantau Panjang
February 27, 2013 at 3:21 PM

Salam Buat Bro.

Amat menarik petikan terjemahan yang Pak Din sambung dan muatkan. Begitulah sebenarnya yang perlu terjadi dan diterima oleh kita dari catatan qada dan qadar seperti azali.

Cuma kadang-kadang bila sesuatu berlaku mudah benar "kita" terkesan dengan perkara zahiriah dan terlupa denga apa yang tersirat lalu dengan mudah menuding jari meletakkan kesalahan itu berpandukan apa yang berlaku.

Hilanglah "khutbah" azali lalu kesalahan itu dihempaskan keatas "kepala makluk" yang kita sandarkan itu sebagai "modal politik" yang baru yang tidak pun terikat dengan apa yang tersirat itu... walahualam

....................
Reply To This Comment ...................
February 27, 2013 at 3:44 PM

@Pakcu Rantau PanjangPeeerrrgh ...... ! Memang tabiklah sesiapa yang baca sekali je terus faham komen saudara ni :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2013 at 3:52 PM

mungkin juga grafik tersebut pukul Bn tetapi sindir kerusi MB kelantan kot?

....................
Reply To This Comment ...................
February 27, 2013 at 3:59 PM

Terusterang jer ok, walaupun tidak ada sebarang huraian cuma terjemhan kecil diletak bersebelahan gambar Hadi dan Nik Aziz, nampak seperti ada mesej tersirat yang cuba disampaikan oleh puak Pas ni.

Cakap jerlah terang2 apa maksud grafik tu, jangan dibiarkan tergantung begitu...

KONONNYa mreka berdualah pilihan Allah untuk memerintah negara.... kenapa tak letak sekali gambar Anwar dan Lim Guan Eng, bukankah PR yang bakal memerintah dan bukannya Pas sekiranya BN tewas ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2013 at 5:44 PM

@dinturtle

kalau Bn tewas, ia adalah ujian terbesar buat Pas. ujian dalam erti kata kalau Dap muncul dengan kerusi terbanyak, apakah Pas akan terima Dap sebagai Pm atau Pas akan gunakan agama untuk menafikan Dap dari menduduki kerusi Pm. dalam kata lain, ketewasan Bn bukanlah kemenangan buat Pas tetapi adalah satu ujian tuhan buat mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2013 at 6:40 PM

salam,

segala petikan dan maksud tu hanya terpakai untuk orang yang menyokong umno dan bn sahaja. andai kata pas dan pakatan kalah dalam pru 13 nanti, semua tu tak betul belaka. spr menipu. bn menipu dan pengundi hantu yang dibawa umno. syaitan pun tak dapat nak tolong pas. segala ayat quran dan hadis tu tak guna belaka. cari pun tak jumpa. solat hajat pun mereka dah lupa. tawakal pun dah tiada apatah lagi kesabaran. masa tu boleh la nampak, mereka sedang memusuhi dan berperang dengan Allah hanya kerana pilihanraya yang dicipta manusia. kata-kata yang hanya nak kelihatan indah tetapi dalam hanya Allah sahaja yang mengetahui niat orang yang menulis tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 27, 2013 at 6:43 PM

yang pasti, kami takkan undi PR lagi. setahu saya, cukup ramai pengundi protes akan kembali mengundi BN. jadi, jika ditakdirkan BN menang lagi, PR kena terima hakikat. sekian

....................
Reply To This Comment ...................
February 27, 2013 at 8:56 PM

@Anonymousbetul tu, Mencabar menyerang lebih senang dari bertahan.

Macam ujian dalam bentuk kesenangan.

....................
Reply To This Comment ...................
February 27, 2013 at 8:56 PM

@AnonymousSaya percaya orang Pas punya pemahaman LAIN !

....................
Reply To This Comment ...................
February 27, 2013 at 11:45 PM

Penuh bendera pas kat putrajaya,mana bendera malaysia? Ptt buat hadi peluk nik aziz dr belakang... Br mcm titanic

....................
Reply To This Comment ...................
February 28, 2013 at 1:03 PM

Puak pemimpin pas mentafsir ayat tersebut mengikut haluan politik mereka. jika ditakdirkan BN menang lagi, maka ayat kemana, tafsir kemana, suruhan agama kemana.pernah terjadi dikampung saya bilamana puak pas bersolat hajat dan baca yasin untuk pemilihan imam, supaya Allah tunjukkan dan pilih imam yang betul bagi mereka. bila imam yang terpilih dari kalangan yang tidak sehaluan (tabligh), maka mereka meneruskan upacara memulau jumaat dan sembahyang waktu serta lari ke masjid lain. Dimanakah makna penyerahan diri yang mereka war-2kan hanya kpd Allah? bila Allah buat keputusan masih tak puas hati?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 28, 2013 at 8:58 PM

1000 % benr ... mereka dok sembahyang hajat agar Allah menurunkan tentera Ahzab menghancurkan kebatilan ... dan agar puak yang batil berpecah belah ... Allah tunjukkan melalui kalimahNya yang agung ... namaNya sendiri ... nyatanya Nabi mereka membenarkan kalimah Allah boleh digunakan oleh semua agama di dalam dunia ini ... presiden mereka bersetuju ... sebelum kedua makhluk Allah penjual agama ini spin balik akibat desakan puak ulamak pimpinan Harun Din ... yang menyatakan sesiapa yang membenarkan nama Allah digunakan oleh penganut agama lain adalah syirik ... cuma malangnya Harun Din tidak menyuruh Nabi pas dan presiden pas bertaubat ... Apatah lagi untuk menyeru Nwar Berahi bertaubat ... jauh sekali ... bayangkan jika orang UMNO yang berkata demikian ... pastinya jika perkataan itu dikeluarkan sebelum maghrib ... belum masuk waktu isyak ... Harun Din akan suruh orang UMNO bertaubat ... dan belum masuk waktu isyak seluruh penganut agama pas akan mencerca orang UMNO tersebut ... orang kelate kata puak pas ni ... mulut manis ... jubor mase ... aku rasa ada benarnya ...

Post a Comment