........... Tun Mahathir Bercakap Tentang Hak Melayu ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir Bercakap Tentang Hak Melayu !

Monday, January 21, 20135comments


Ada beberapa isu menarik pagi Isnin ni di Sinar dan saya pilih yang TERBAIK untuk dikomen. Satu isu yang pastinya amat dekat dihati setiap orang Melayu yang cintakan agama dan bangsanya, Melayu yang peka dengan nasib survival bangsanya, Melayu yang meruntun jiwanya setiap kali hak bangsanya di ceroboh dan dirampas ............ sedikit demi sedikit.

Dr M : Melayu serah banyak hak atas nama perpaduan

... Melayu suatu ketika dahulu mempunyai 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk negara ini tetapi sanggup berkorban dan menyerahkan sebahagian hak itu kepada kaum lain.

“Selepas itu, jumlahnya berkurangan kepada 60 peratus. Tiada penduduk di mana-mana negara di dunia ini yang mahu berbuat demikian. Hanya orang Melayu yang sanggup melakukannya. Kita banyak menyerah dan berkorban hak untuk orang lain."


“Segala-galanya kita serah kepada orang asing. Kita sanggup tukar nama Persekutuan Tanah Melayu kepada Malaysia. Tiada lagi unsur Melayu yang ada. Orang Melayu tidak marah tetapi merelakannya,”

Dari 80% turun kepada 60% ! Bukan kerana pasangan Melayu dicatu dari segi kelahiran anak. Keluarga Melayu secara puratanya mempunyai bilangan anak paling ramai antara kaum2 yang ada dinegara kita. Satu ketika dulu Merancang Keluarga membawa maksud merancang dimana lagi ruang dalam rumah hendak diletakkan anak yang semakin ramai !

Secara relatifnya, angka peratusan seharusnya semakin naik namun ternyata ia semakin kecil bermakna berlakunya proses pertambahan rakyat dari kaum lain yang datangnya bukan dari hasil perkahwinan - Imigrasi.

Hak Kewarganegaraan adalah juga Hak Menuntut Tanahair, dan itu dikorbankan oleh orang Melayu. Demi perkongsian dan persepakatan antara kaum, banyak lagi dikorbankan. Nama Melayu pada negara diubah, bahasa dinasionalkan, hak memerintah dikongsikan ...... mujur Melayu masih punya keretapi......

Adakah segala pengorbanan bangsa Melayu itu dihargai ?

“Walaupun kita penduduk majoriti tetapi orang Melayu hanya menguasai 30 peratus ekonomi. Berbanding penduduk kaum lain berjumlah 40 peratus, mereka menguasai 70 peratus dari ekonomi negara ini."

“Orang Melayu masih menyerah dan merelakannya. Tetapi apabila peluang 30 peratus yang ada pun masih mahu diganggu orang lain, orang Melayu mulai gusar dan menjadi marah,” 


Apakah Hak 30% yang diRezabkan untuk bangsa ASAL yang merupakan 60% jumlah rakyat itu diakui dan dihormati oleh bangsa lain ? Apakah usaha2 dan dasar2 yang dibuat oleh kerajaan untuk memastikan bangsa Melayu yang masih jauh ketinggalan dari sasaran 30% itu mampu mengejar matlamat, di akui dan di bantu oleh bangsa lain yang kerakyatannya dianugerahkan kepada mereka satu ketika dulu ?

Usahkan dibantu, malah untuk bersuara dalam isu2 Hak itupun di labelkan sebagai RASIS ! Dinegara lain di DUNIA, label RASIS itu diberikan kepada bangsa dominan yang menindas bangsa lain untuk mengekalkan penguasaan ekonomi negara mereka tapi di Malaysia bangsa yang kononnya ditindas pula yang mendominasikan ekonomi negara. 

Dahla dituduh mengamalkan dasar2 bersifat Rasis, TIDAK PANDAI pulak tu mengeksploitasikan dasar2 tersebut untuk menjadi dominan ? ? Bangsa Melayu merupakan satu2nya bangsa di DUNIA yang dicop sebagai RASIS dimana pemimpin2nya sendiri takut dan fobia untuk bercakap tentang hak bangsa !

Dek takut berterusan dilabelkan sebagai RASIS, bangsa Melayu yang sudah banyak kehilangan haknya menjadi SEMAKIN LIBERAL dan SEMAKIN MURAH HATI untuk terus meleraikan sisa2 kepunyaan mereka ........ juga atas nama perkongsian dan persepakatan rakyat.

“Tak cukup lagikah dengan penguasaan 70 peratus dalam ekonomi selama ini. Apa matlamat mereka untuk menguasai politik pula,”

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2013 at 4:14 PM

Salam din,blog tlalu besar la...nk loading lmbt sgt br dpt. Time internet ok,mmg bravo..time truk nk open pon xblh... Lebih suka yg simple n nice...comey2 gitu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2013 at 4:17 PM

Ttg isu ni,bagus gak tdm xjd wakil rakyat... Dia sbg sorg pemerhati bebas,yg blh mkritik. Tgk beliau mkritik dgn cara yg btl,xda maki hamun. Cuma, biasa la pihak pbangkang cuma guna point yg ada menangkan depa ja

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2013 at 4:35 PM

Dah letih dah bercakap pasal mahathir mamak perjuangkan Islam dan Melayu.

redhuan tee berdarah cina pun bercakap pasal melayu dan islam



tapi yang 100% melayu pun tak berani memperkatakan.bangsaswan melayu pun kecut teloq..yang mereka dok cakap..apa lagi nak bagi kpd bukan melayu..

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
January 21, 2013 at 11:15 PM

Salam Abang Din,

Ketuanan Melayu kepala hotak!
Kata seko tu hok nok jadi kononnya pemimpin Melayu.

Bila puok puok dia berkuasa, tiada lagi ketuanan Melayu, hok ada ketuanan rakyat!

Semua orang sama rata!

Lama doh dok dengo kata kata gitu sejak 2010 kalu dok saloh.

Saya memang dok kenan sungguh sungguh orang ning.

Kalu ditakdirkan orang ning jadi pemegang kuasa di Malaysia ni, saya pun rasa x nak jadi rakyat Malaysia lagi.

Saya rela berhujan batu di negeri orang dari tinggal di negeri sendiri yang dah jadi milik orang dan melihat satu persatu hak saya diambil.

Biarlah jasad disemadikan jauh dari tempat tumpah darah, asalkan hati tidak sakit melihat orang bukan anak bangsa memperkosa ibu pertiwi.

Namun sebelum itu semua jadi kenyataan, LANGKAH MAYATKU DAHULU...

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2013 at 1:11 AM

abangpi, kalau tak silap la, kelompok yang sama juga mendakwa mereka akan LEBIH jaga survival bangsa Melayu ! Habis mana satu ?


Cakap tentang hak Melayu, diorang tak mahu iktiraf. TAPI cakap tentang hak kaum lain kenapa mereka iktiraf ? Assobiyah itu bukan saja kepada kaum Melayu tapi apajua kaum.

Sepatutnya tiak ada dalam kamus mereka Melayu cina atau india, cuma Islam dan kafir saja.

Post a Comment