........... Tun M - Jika Gagal 2/3, Najib Baik Berundur ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun M - Jika Gagal 2/3, Najib Baik Berundur !

Thursday, January 31, 201311comments


Dari TMI, Tun Mahathir dilaporkan memberi nasihat keras atau KATADUA kepada Najib -

Jika gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU13 -  "Jika dia gagal, sudah tentu dia harus berundur,"

"Ianya terpulang kepada ahli untuk tentukan masa depannya."

"Ahli berhak untuk tentukan siapa akan menerajui parti selepas pilihan raya," kata Mahathir menjawab soalan kepada wartawan tentang sama ada Najib perlu memberikan laluan kepada Muhyiddin ataupun tidak jika gagal meraih majoriti besar.

MENGEJUTKAN ! Menggemparkan !

Penulisan saya seterusnya mungkin akan buat beberapa pihak marahkan saya, tapi kalau anda dah lama mengikuti blog ini, anda akan faham pendirian saya.

Bukan kenyataan itu yang mengejutkan saya, tapi timing Tun menyebutnya yang buat saya terkejut hehehehehe .. 

Mungkin TMI salah lapor, atau lapor diluar konteks seperti alasan yang selalu digunakan orang politik, tapi mungkin benar juga. Tapi saya SOKONG, saya SETUJU, dan ia menjadi syarat saya untuk menyokong Najib !

Jika benar Tun ada berkata begitu hari ini, saya melihat nya sebagai satu mesej kepada Najib @ Umno @ BN supaya ALL-OUT, berpatah arang, tidak menoleh kebelakang dalam menghadapi PRU13 nanti.

Sudah banyak yang diperabiskan untuk mendapat kembali sokongan rakyat sejak mengambilalih jawatan dari Paklah.  Kalau tak menang besar juga, maknanya adalah yang tak kena dengan Najib.

Tapi seperti kata Tun, itu cuma PANDANGAN saja, bila satu2 jawatan itu dipilih, maka terpulang kepada pemilih untuk menentukan nasib pemegang jawatan seterusnya.

Kalaupun menang kecil, Najib tetap PM. Tapi kalau Najib tidak lagi dipilih oleh Umno sebagai Presiden Umno, apakah beliau masih jadi PM ?

Dr Mahathir sebelum ini juga berkata kerajaan sedia ada ketika ini adalah sebuah kerajaan yang lemah dan menyifatkan keberanian serta kelantangan banyak pihak yang mengecam kerajaan adalah berpunca daripada keputusan lalu yang menyaksikan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) hilang majoriti tradisionalnya.

“Ini soal kuat dan lemah, sekarang kita (Umno) lemah dan tanpa majoriti 2/3 kita akan terus menjadi lemah,” kata mantan perdana menteri itu.

“Kalau kerajaan kuat, orang tidak akan berani mencabar kerajaan,” kata beliau pada satu forum 17 Januari lalu anjuran Karangkraf.


PS - Gesaan diatas bagi saya termasuk dalam kategori - AKAUNTABILITI. Satu konsep yang pemimpin kita baik dalam politik, GLC atau NGO agak payah nak ikut.

PS2 8:37pm - Tambah lagi, ada baiknya juga pesanan ini diberikan sebelum mengundi. Takut ditakdirkan menang kecil jer nanti, mulalah liat nak berundur, macam2 alasan diberikan contohnya - majoriti kecil pun tetap menang juga. Tidakkah itu juga alasan yang cuba diberi PakLah dulu ? 

Sebenarnya benda ni bukan baru hehehehehe... dah ada precedent masa PakLah. Jadi bila dah diberitahu sekarang, mungkin ada baiknya PM Najib jawap samada dia setuju atau tidak. Sekarang, bukan lepas PRU13 !  

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 31, 2013 at 8:53 PM

ada kah perlu untuk Najib menjawab samada bersetuju atau tidak?

"bila satu2 jawatan itu dipilih, maka terpulang kepada pemilih untuk menentukan nasib pemegang jawatan seterusnya" -Tun Mahathir

oleh yang demikian, Najib tak perlu jawab dan yang perlu Najib lakukan ialah tingkatkan usaha dan pandulah jentera. Tun sudah pun memberikan suntikan semangat yang juga merupakan cabaran buat Najib. janganlah jadi saperti Pak Kadok sudahlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2013 at 10:03 PM

Setuju dengan Tun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2013 at 10:49 PM

Saya setuju. Setelah byk kali melayu makan hati setelah byk kali najib tunduk pada cina n kristian,

Kalau x dpt 2/3 x berbaloi

Eloklah berundur saja.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2013 at 10:51 PM

kalu dulu pru 2008 umno kalah kerana sabotaj ahli yg pro tun m,bn kalah teruk..pak lah dh letak orang2 dia.skng najib akan letak orang2 najib plak...habis ingat geng pak lah nak duduk diam ke?..pasti umno kena sabotaj lagi..pastu tun plak tambah perisa nak letak muka2 pro muhyiden...hahahah....pasti jahanam terus umno...najib pasti xkan berdiam diri bro...perseteruan najib n tun m akan meletus masa pru ni..tunggu..

....................
Reply To This Comment ...................
January 31, 2013 at 10:53 PM

@AnonymousBenda yang mudah dan straightforward tak payahlah diserabutkan dengan andaian2 konspirasi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2013 at 10:56 PM

konspirasi?..pru 2008 dh membuktikannya...teori umno cukup mudah...kalu orang aku tak dicalonkan...kami akan sabotaj..itulah tagline umno ketika pru...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2013 at 11:37 PM

salam,

ramai pelobi, punaisihat dan pembodek ah jib gor yg akan marah. akan terhinala TDM dengan kata2 marah kerana memberikan kata-kata yg meminta ah jib gor bertanggungjawab jika bn kalah. bersiap sedia la untuk membaca kritikan membara para penyokong i lap pm terhadap TDM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2013 at 11:54 PM

ape yg ko mroyan ni setan...? stim air ketum ke..? komen syok sndri

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2013 at 2:57 AM

Bro Din, untok meyebut 2/3 cukup mudah, tetapi untuk mendapat kemenangan 2/3 cukup sukar, buat masa ini, ahli Pas, tidak akan mengundi BN walaupun sekarang parti mereka bergolak hebat, kebanyakan orang2 china MCA telah termakan hasutan Dap ( pangkah BN mengkayakan Bumiputra saja), dalaman Umno juga berkenser, walaupun nampak diluar elok, yang bolih habuan & berjawatan bersemangat sungguh, yang x mempunyai apa2, mcm ayam berak kapor, suruh mengodek ekor sikit(buat kerja untuk Parti) pun x berdaya, kata pula, kita buat kerja terok2 depa yang sauk, hanya pengundi atas pagar serta rakyat yang insaf saja yang mahukan keharmonian, kemakmuran serta kesejahteraan hidup akan memilih BN,jika betul TUN MAHATHIR memberi kata dua kpd Najib, itu sudah x adil & x patut, era beliau & masakini cukup berbedza, beliau perlu insaf, perasit(Anuar aljuburi)ciptaanya lah yang bertanggung jawab merosakan orang Melayu & menyebabkan kerosakan Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
February 1, 2013 at 8:30 AM

@AnonymousKomen saudara mengundang banyak idea untuk menjawap tapi buat masa ni tidak tersusun dan panjang . Tengoklah, mungkin saya akan menulis satu artikel tentang benda ni

TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2013 at 8:36 AM

BETUL...AKU TIDAK SUKA KERAJAAN YANG LEMBIK. BIKIN PANAS!! AKU MAHU KERAJAAN YANG TEGAS MACAM KERAJAAN TUN M DULU. DIKTATOR PUN DIKTATOR LAH..MAHAFIRAUN PUN MAHAFIRAUN LAH..YANG PENTING AKU MAHU NEGARA INI AMAN DAMAI. TIDAK ADA ISU2 SENSITIF KAUM DAN AGAMA. YANG BUAT HAL, TERUS KASI TUTUP MULUT DORANG. APA KERAJAAN FIKIR SILENT MAJORITY MACAM KAMI NI TIADA HAK KAH?

Post a Comment