Satu Lagi BUKTI Pas Mengubah Fatwa Demi Kepentingan Sendiri

Monday, January 28, 201317comments


Dewan Ulama Pas Pusat hari ini mengeluarkan kenyataan melalui Setiausahanya bagi menghilangkan kegusaran penyokong Pas untuk mengundi calon kafir semasa PRU13 nanti - Harakah

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad baginda menegaskan bahawa pengkhianatan paling besar ialah pengkhianatan pemerintah orang awam.

"Maka sebarang cara yang boleh membawa kepada terhapusnya kezaliman perlu diusahakan termasuk dengan kerjasama antara muslim dan bukan muslim dalam pilihanraya. Justeru itu mengundi calon pilihanraya bukan Islam yang boleh menyumbang kepada usaha tersebut tentulah sangat wajar sekali,"


"Justeru rakyat Malaysia wajar sekali memberikan undi yang padu kepada calon-calon pilihanraya Pakatan Rakyat termasuk kepada calon-calon bukan Islam,"

Semasa mengucapkan Amanatnya 32 tahun lalu, Hadi ada berkata - 

Hak orang Islam dalam Negara Islam bukan sahaja boleh jadi RAKYAT, tapi dia boleh jadi PEMERINTAH, boleh jadi KERAJAAN, boleh jadi PEMIMPIN, tapi hak orang bukan Islam - Dia diizinkan menjadi RAKYAT, TAK BOLEH jadi PEMERINTAH !

Klik untuk artikel dan audio Amanat Hadi dimana ada suara Hadi mengucapkan ayat diatas.

Dibawah ada lagi bukti kenyataan2 pemimpin Pas dulu yang ternyata BERBEZA -
.

Klik imej untuk besarkan


Hukum Mengikut Rasa

PAS tidak konsisten, hukumnya berubah-ubah mengikut kepentingan PAS sendiri. Pada tahun 1963 Dewan Ulama PAS Kelantan telah memutuskan hukuman bahawa orang Islam yang bekerjasama dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram. Tiba-tiba pada bulan April 1999, PAS bekerjasama dengan parti DAP, sedangkan parti itu menolak pembentukan negara Islam ( Utusan Malaysia 22 April 1999 ) . Nik Aziz bersyukur kerana DAP menerima PAS walaupun menolak negata Islam ( Berita Harian 12 Mei 1999 ) .

Ketua Dewan Ulama PAS Terengganu semasa berucap di kampong Gong Duek Besut, Terengganu pada 1 April 1981 antara lain berkata, " Orang munafik ialah orang yang mengambil kafir buat kawan baik ... siapa adik kakak, ambil orang kafir buat kawan baik? ". Disambut beramai-ramai - 'UMNO'. Ha.... UMNO ... Apa hukum orang ni ? .....( pendengar jawab munafik )  dan disambung "Munafik".

Pada 24 Januari 1999, Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata diKampung Pulau Melaka, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik, termasuk DAP dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang, malah katanya dengan syaitan sekalipun beliau terima.


KLiK untuk baca seterusnya Pas Parti Ajaran Sesat - Dalil2nya


                *************************************

1 - Pertama sekali kita kena bersetuju bahawa pendirian Pas dalam bekerjasama dengan kafir, dan mengundi calon kafir , sering berubah-ubah. Kalau susah nak fokus, tumpukan saja pada kenyataan Dewan Ulama di awal artikel dengan Amanat Hadi diatas ..... BERBEZA kan ?

2 - Selalunya alasan yang diberi adalah perbezaan itu dibenarkan kerana mengikut peredaran masa dan keadaan. Cuba baca balik .... Tidakkah kenyataan2 yang mengHARAMkan kerjasama itu bunyinya berbentuk HUKUM secara UMUM yang seharusnya tidak berubah mengikut masa.

Apakah KEADAAN yang mungkin dikatakan telah berubah ?

- Apakah orang kafir dulu BERBEZA dengan orang kafir sekarang ? - Hampir tidak ada bezanya, kan ?

- Apakah Umno dulu BERBEZA dengan Umno sekarang ? - Tidak banyak bezanya dalam konteks penentangan Pas terhadap Umno. Apa yang dikritik oleh Pas dulu hampir SAMA dengan kritikan mereka sekarang.

- Nas dan Hadis yang disandarkan PASTINYA tidak berubah ! 

3 - Apakah yang telah BERUBAH ? Saya lihat yang berubah cuma PAS ! Faktor2 lain hampir sama  tapi pendirian Pas yang telah mengalami perubahan.

Dulu Pas tidak terfikir langsung akan undi orang kafir, tumpuan mereka hanyalah dikawasan majoriti Melayu. Matlamat mereka hanyalah untuk mengalahkan calon Umno, tidak terlintas yang Pas mampu menjadi kerajaan dinegeri yang majoriti Melayunya rendah.

Dulu Pas langsung tidak mengharapkan walau satu pun undi orang kafir, market mereka 100% adalah orang Melayu. Makanya keluarlah hukum yang mengHARAMkan kerjasama dengan orang kafir, HARAM mengundi calon kafir kerana hanya Umno yang terlibat.

Sekarang ? Bukan saja Pas telah bekerjasama dengan parti orang kafir, malah mereka juga telah menubuhkan Kelab Penyokong yang terdiri dari orang kafir ! Terbaru Pas akan melantik orang kafir menjadi calon Pas, memakai lambang Pas dan bertanding atas tiket Pas. 

Jika ditakdirkan menang, Pas bakal punya wakil rakyat kafir ! Sebab itulah Dewan Ulama Pas terpaksa mengeluarkan kenyataan / fatwa BARU yang mengHALALkan perkara yang dulunya HARAM - Satu PERUBAHAN yang BUKAN disebabkan oleh perubahan persekitaran atau apajua faktor luar TAPI disebabkan oleh Nafsu KUASA POLITIK yang semakin besar dalam kepimpinan PAS.

Bagaimana mungkin dulu semasa diHARAMkan pemimpin Pas merujuk kepada Nas dan Hadis, dan sekarang semasa diHALALkan pemimpin Pas juga merujuk kepada Nas dan Hadis ? ? ? 

4 - Makanya saya katakan, Fatwa Pas berubah-ubah mengikut kepentingan sendiri .

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2013 at 9:35 PM

PAS adalah parti CIB*I...FULL STOP. untuk ahli2 CIB*I...SEMUA SEKALI....DARI atas sampai BAWAH...

anti PAScib*i


....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2013 at 9:48 PM

Apa nk hairan din,dl fatwa sapa undi anuar msk neraka,skrg ni org tua yg dicaci tu la diorg pgg tangan angkat tangan tinggi2. Slalu diorg bceramah,kluar hadis,kluar ayat quran. Bagus mmg bagus,itu kehebatan mereka. Tp,setiap hadis adan ayat quran kena terangkan ms mana diturunkan,keadaan apa dan untuk apa. Lg sedih jika ayat quran dibacakan separuh,sambungan sengaja xdihuraikan. Sbb tu,nmpk pas ni flip flop tahap mosfet. Guna hadis xkena dgn keadaan sebenar,cuma nk menangkan diorg

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2013 at 9:58 PM

amat jelas sekali, dalam konteks perjuangan, PAS sudah meninggalkan Islam atau lebih tepat lagi telah menggadaikan Islam. perjuangan kini berlandaskan nafsu dan kuasa. sememang ketara PAS telah mengharamkan yang halal dan sebaliknya. DAP terangan kafir yang dahulunya haram sudah menjadi halal bagi PAS. bayangkan, seandainya menang calun kafir yang berlambangkan PAS menjadi pemimpin bagi orang Islam PAS yang mendakwa memperjuangkan Islam, dapat kah calun tersebut deliver sapertimana kehendak Islam sedangkan parti itu berada didalam Pakatan yang ditunjangi DAP?

PAS telah hanyut dan terlena dibuai mimpi ke Putrajaya yang mengikut akal, tak mungkin akan akan ternyata. sebaiknya PAS keluar dari Pakatan daripada kelihatan seolah olah menyembah DAP..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2013 at 10:05 PM

Kita boleh kasi byk bukti. Pas pada saya makin byk pekung dibuka makin hina pas kelihatan. Tp cuma pada kita dan yg atas pagar.

Masalahnya cukupkah kalau pengundi atas pagar sedar. Mcm mana utk pengundi yg taksub berubah fikiran.

X rela rasanya kitta sengsara diperintah pr semata2 kerana org yg taksub x mampu melihat kebenaran. Ironinya mereka la yg paling rajin sembahyang memohon petunjuk

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2013 at 10:13 PM

@terjun tirukKebencian hasil retorik pemimpin Pas terhadap Umno melebihi kesedaran mereka terhadap putar belit pemimpin mereka

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2013 at 10:17 PM

@AnonymousYa, sampai naik boring duk ulang2 :)

Sebenarnya 'kita' kena beritahu mereka pilihan bukan saja antara Pas atau BN tapi juga UNDI PROTES.

Seperti pro BN yang protes semasa PRU12 telah menyedarkan Paklah supaya berundur, penyokong Pas juga mampu lakukan yang sama

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2013 at 10:25 PM

Assalamualaikum....

Kerana kuasa mereka sanggup berubah... itulah hakikatnya,,, penyokong hanya mengiyakan sahaja kehendak pemimpin...

Teringat cerita Musang Berjanggut Part Menteri Nikah Kahwin dengan Isteri Tun Nila... Undang-undang dia yang buat jadi boleh diubah-ubah... itulahlah yang sedang berlaku dalam PAS...

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2013 at 10:31 PM

@dinturtle Bagi penyokong PAS inilah masanya untuk mereka peroleh kuasa... itu yang diutamakan sekarang...

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2013 at 10:31 PM

@Muhamad Sharileh, bukan Nik Aziz ke Menteri Undang2 dalam filem tu ? Laaaa.....

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2013 at 10:36 PM

@dinturtle Itu sebenarnya nak kata.. tapi tak sanggup pulak rasanya nak luahkan...

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2013 at 11:23 PM

Ramai yg bpendapat pas dh lari dr perjuangan...maksudnya DULU pas mmg bteraskan islam,skrg ja yg agak tbabas. Tp,bg aku...pas ni dr dl sama ja,hanya mgunakan agama islam utk kepentingan peribadi. Mgkin aku blom khatan lg kot masa pas btl2 bjuang utk islam yg sbnr. Flipflop yg sgt klakar,dl pas umpamakan merekalah pejuang hamas kat palestin,umno ni fatah,tali barut barat israel. Bl najib jumpa hamas kat gaza,aik,diorg plak yg fatah. Skrg fatah dgn hamas pon dh share kuasa

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2013 at 11:53 PM

@terjun tirukSaya tidak kata dulu mereka betul, artikel ini cuma membuktikan yang pendirian mereka berubah2 dalam mereka mendakwa mengikut Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2013 at 4:24 AM

bagi penganut agama pas surga itu milik mereka. mereka amat yakin akan hal ini. bahkan bagi mereka solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain amal ibadat orang umno tidak diterima oleh Allah nampaknya mereka telah mendapat kasyaf dari Allah dalam hal ini. Bagi mereka tidak solat, tidak berzakat dan tidak beramal ibadat orang pas adalah lebih mulia daripada orang umno yang melakukan amal ibadat kerana surga telah dijanjikan kepada mereka - ahli pas. Aku amat berharap ulamak di dalam pas akan bangkit mempertahankan pengikut mereka semasa hari kebangklitan nanti di atas fatwa yang mereka telah keluarkan... dan menjadi pemberi syafaat di atas janji surga yang mereka lafazkan ... kerana bagi penganut agama pas ... imam mereka adalah setaraf dengan nabi khidir, yang telah dibukakan rahsia oleh Allah tentang hal kejadian yang akan berlaku pada masa hadapan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2013 at 7:55 AM

Bro,

Cuba baca apa yang yang penyokong PAS komen kat artikel harakah tu. memang totok sungguh. fiqh siasah, muamalat semua keluar untuk membenarkan apa yang sebelum ini haram.

patut pun pas dok kena buli ngan dap & Pkr. penyokong semua bangang abadi.



-gapodio-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2013 at 2:15 PM

salam,

saya selalu gak sembang dengan penyokong pas ni. nak bagi sedar tu, macam nak cari permata dalam lumpur atau cari jarum kat padang rumput. mereka memang tak nampak salah diri sendiri w/pun dah berdiri di hadapan cermin besar dan 3d lagi. tapi boleh cuba dan cuba lagi. moga usaha bro. din berjaya dengan izin Allah swt.

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2013 at 5:56 PM

sungguh bermutu analisa ini... syabas DT.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2013 at 10:11 PM

Tapi kalau nak lagi gempak, berilah tajuk "PAS YANG AJAIB" baru gempak sikit he he he!!!!

Post a Comment