........... Pihak Gereja Perak Gugurkan Tuntutan Kalimah Allah Dalam Bible Melayu - Tahniah Pas Perak ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pihak Gereja Perak Gugurkan Tuntutan Kalimah Allah Dalam Bible Melayu - Tahniah Pas Perak !

Thursday, January 31, 201310comments

Sebenarnya tajuk diatas adalah satu ANDAIAN saya saja.. tapi dibuat berdasarkan info yang saya baca di Harakah ini -


IPOH: Pertemuan PAS dengan Ketua-Ketua Paderi seluruh Perak hari ini berlangsung dengan penuh mesra dan harmoni.
Perjumpaan selama dua jam yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa itu diadakan di Gereja St Michael, Ipoh.

 ........PAS juga telah memberikan penerangan tentang pendirian PAS berhubung isu kalimah Allah yang dimainkan oleh Umno ketika ini.

Jelas beliau lagi, paderi-paderi yang hadir itu juga mengambil kesempatan itu untuk mengemukakan persoalan tentang isu-isu sensitif yang dimainkan dan tawaran PAS dalam Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk memerintah kelak.

Biar saya jelaskan andaian saya tadi. 

Pas berbincang dengan Ketua2 Paderi Perak dan isu Kalimah Allah turut dibincangkan dan diakhiri dengan -

“Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan pertemuan ini kerana ianya melahirkan perkara positif di antara kedua-dua belah pihak,”

Kita semua sudah maklum pendirian Majlis Syura Pas yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam Bible Melayu sebagai menggantikan nama Tuhan Kristian. Ia adalah satu ketetapan yang tiada kompromi ...... kan ?

Jadi hasil perbincangan dengan pihak Kristian yang kita maklum menuntut penggunaan kalimah Allah dalam Bible Melayu, Mujahid berkata ia telah melahirkan perkara POSITIF, pastinya andaian kita adalah pihak Kristian telah faham dan menerima pendirian Majlis Syura. 

Dengan kata lain, pihak Kristian Perak telah bersetuju untuk menggugurkan tuntutan penggunaan kalimah Allah dalam Bible Melayu !

MELAINKAN ketetapan Majlis Syura boleh diubah-ubah.

ATAU pihak Pas Perak dan pihak Gereja Perak telah Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju.


PS - Kenapalah payah sangat orang politik ni nak berterus terang jer. Kalau dah cakap sesuatu tu, biarlah lengkap dan jelas. Jangan biarkan orang membuat andaian sendiri.

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2013 at 4:35 PM

Wah..nampaknya isu kalimah Allah sudah jadi milik PAS...nampaknya islam dh jadi milik PAS..nampaknya PAS yg berkuasa dlm isu agama islam di MAlaysia..tahniah PAS..mana mufti?mana KDN?mana majlis fatwa?....ternyata2 ulama2 yg dilantik kerajaan tak buat kerja..mana suara tok guru pondok?..bagi la fatwa baru..dpt lagi 2j..hihihihi.
Nampaknya umno hanya berdiam diri dlm isu kalimah ni.....xde respon pun dr Dr Mashitan n khir..

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
January 31, 2013 at 5:45 PM

' bersetuju utk tdk bersetuju' -statement utk sedapkn hati penyokong pas. klu tak setuju mn blh setuju. the way they put it, like we don't have cortex on our brain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2013 at 6:07 PM

mcm HIV din..
positive means disaster!
-aldan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 31, 2013 at 6:35 PM

agaknya pehak gereja pun dah jadi macam Pakatan yang tak akan sehaluan. penganut penganutnya pulak macam mana agaknya. dahlah Islam dipecahbelahkan, ini Kristian pulak tuh. mereka dah tak nak rakyat Malaysia ni beragama kot, Athesi, free thinker?

....................
Reply To This Comment ...................
January 31, 2013 at 7:08 PM

@AnonymousKenapa yang boleh jadi panas dalam blog ni ..... ?

....................
Reply To This Comment ...................
January 31, 2013 at 7:09 PM

Artikel ini bertanyakan soalan kepada Pas - perkara positif dalam isu kalimah Allah tu maksudnya apa ?

....................
Reply To This Comment ...................
KA
January 31, 2013 at 7:27 PM

laaa mati-mati saya ingat mereka sudah bersetuju menggugurkan tuntutan LGE tu.

rupa-rupanya di beri cerita yang separuh lengkap untuk kita sendiri berteka teki. Cumanya penyokong PR akan seronoklah dan memuji kepimpinan PAS walaupun mereka tak tau sebenarnya apa yang di persetujui oleh mereka samada PAS yang mengalah or pihak gereja yang mengalah. Yang penting Takbirr :)

....................
Reply To This Comment ...................
January 31, 2013 at 7:32 PM

@KAAmboi, pandai dah menyindir ler ni :)

Baguslah kalau semakin ramai orang kita jadi semakin konfiden bila bersuara.

....................
Reply To This Comment ...................
January 31, 2013 at 10:06 PM

Saya rasa keputusan si Mujahid gereja (kerap masuk gereja) dan gerombolannya ialah mereka memujuk pihak gereja dgn mengatakan bahawa majlis syura hanya main2 saja..... Sebenarnya mereka bersetuju kot (salahguna kalimah). Pihak gereja usah risau.... Keputusan majlis syura hanya nak menyedapkan hati pengikut pas.
Tentunya dlm pertemuan tu, umno disalahkan secara total dlm masaalah ini, mereka (pas) dlm misi cuci tangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2013 at 8:38 AM

DENGAN KAFIR HARBI..PAS MEMANG TIADA TELUR..BIKIN MALU SAHAJA!

Post a Comment