........... Pertemuan Nik Aziz Dengan Karpal dan Yang Mulia Bishop - SATU HIPOKRIT ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pertemuan Nik Aziz Dengan Karpal dan Yang Mulia Bishop - SATU HIPOKRIT !

Tuesday, January 29, 201315comments

Berulangkali juga saya baca artikel Harakah mengenai pertemuan Nik Aziz dengan Yang Mulia Bishop Sebastian Francis .... ada saya copy sepenuhnya dibawah. Baru saya perasan, rupanya Yang Mulia Bishop yang pergi menemui Nik Aziz dan Nik Aziz selaku tuan rumah , menghadiah kek coklat berstroberi kepada Yang Mulia Bishop.



Tak ditulis pula apakah Nik Aziz dapat merasa kek tersebut atau Yang Mulia Bishop bawa balik seluruh kek itu .....

OK serius .... mula2 saya nak kaji, benarkah pertemuan itu tidak dirancang atau dirancang saat akhir sebagaimana yang cuba digambarkan oleh artikel. 

TG Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan dikatakan mempunyai jadual penuh di Pulau Pinang, namun beliau membatalkan satu pertemuan supaya beliau dapat berjumpa dengan Sebastian dalam masa yang singkat.

Perenggan diatas saya lihat sengaja ditulis untuk berikan gambaran bahawa pertemuan itu tidak dirancang dan ia bukan salah satu agenda utama trip Nik Aziz ke Pulau Pinang ? Anda percaya ? 

Disebabkan kesungguhan dipihak Pas mahu menunjukkan ia tidak dirancang awal, makanya saya tidak percaya .... hehehehe .. Seperkara lagi, satu lagi pertemuan iaitu juga membabitkan kek adalah dengan Karpal. 

Selain dari dua majlis 'besar' ini, majlis2 lain dalam program Nik Aziz ke Utara adalah biasa-biasa saja. Dari FBnya, cuma tercatat lawatan tidak resmi kekediaman MB Kedah dan kuliah zohor di Masjid Jamek Batu Uban Pulau Pinang.

Tidak terasa akan apa yang dikatakan sebagai JADUAL PENUH beliau di Pulau Pinang itu melainkan kalau ia melibatkan program yang Pas tidak mahu hebahkan. 

Hanya dua pertemuan dengan Karpal dan Yang Mulia Bishop ini saja yang diberi perhatian LEBIH. Jadi saya beranggapan trip Nik Aziz ke Pulau Pinang ini adalah KHUSUS untuk menangani kemelut kalimah ALLAH. 

Tapi kenapa perlu Nik Aziz yang semua tahu tidak berapa sihat tubuh badan sanggup melalui perjalanan jauh menemui kedua tokoh kafir itu ? oya, pagi ni Nik Aziz dah berada di Kelantan semula ! Tidak ada pula sebarang kenyataan dikeluarkan berkaitan pendirian tentang isu kalimah ALLAH, apakah ada dibincangkan tentang penggunaannya dalam Bible Melayu atau sebagainya .......

Yang ada cuma - 

- Ia amat bermakna kepada yang cintakan keamanan tatkala ada pihak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh dalam polemik perbezaan agama.

- Kedua tokoh itu turut bersetuju bahawa tenaga yang dihabiskan untuk pertelingkahan agama sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat.

- kek 
 

 








KENAPA TIDAK DIBINCANGKAN ISU KALIMAH ALLAH ?

Kenapa tidak dinyatakan bahawa dalam kedua pertemuan itu, Nik Aziz telah menjelaskan kenapa Majlis Syura mengambil ketetapan menentang pendirian Karpal dan Yang Mulia Bishop yang mahukan kalimah ALLAH itu bebas digunakan dalam Bible Melayu ? Kenapa tidak digunakan kesempatan itu untuk memahamkan mereka ?

Pertelingkahan agama ? Setahu saya, isu kalimah ALLAH ini TIDAK melibatkan sebarang pertelingkahan agama antara penganut Islam dengan penganut agama lain terutamanya Kristian. Apa yang berlaku cuma perdebatan INTERNAL/DALAMAN, iaitu sesama umat Islam untuk mendapatkan pendirian resmi dari parti politik Pas dan PR mengenai hak Bible menggunakan nama ALLAH. 

TIDAK ADA sebarang pertelingkahan antara agama yang saya kesan .... mungkin ada kes2 terpencil, yang itu saya tak perasan lah sebab terpencil sangat.

Paling menarik, kenapa TIDAK ADA pertemuan Nik Aziz dengan Tokong Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri dan dalang yang memulakan isu ?

Jadi timbul persoalan, kenapa orang tua yang tidak berapa sihat itu sanggup berjalan jauh untuk SESI FOTOGRAFI bersama Karpal dan Yang Mulia Bishop, kemudian terus balik Kelantan ?

TEORI saya - Hanya untuk mengembalikan sokongan pro Pas kepada Dap dan mengambil hati orang kristian supaya mengundi Pas.

Ingat, walaupun Dap dan Pas dalam PR tapi mereka bertanding atas lambang parti masing2. Kesan dari isu kalimah ALLAH pastinya memberi kesan kepada penyokong2 Pas untuk mengundi lambang Dap dan begitu juga kepada pengundi2 kafir untuk memangkah lambang Pas.

Nak tak nak, terpaksalah diheret Nik Aziz yang dah tua itu yang rata2 ramai menerima sebagai IKON Pas untuk melakukan DAMAGE CONTROL.

Ya, kedua-dua pertemuan dengan Karpal dan Yang Mulia Bishop itu tidak lebih hanyalah berupa  SESI PUBLISITI  semata2 untuk mengambil hati pengundi.

POLITIK semata-mata. 

Cuba tanya Nik Aziz, apakah ada perkembangan positif dalam pemahaman Karpal atau Yang Mulia Bishop terhadap ketetapan Majlis Syura yang menentang penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Melayu ? Apakah mereka berdua kini AKUR dan TERIMA pendirian Majlis Syura ?

Mana ada bincang ! Lainlah kalau ditanya pendapat mereka tentang KEK .....

Makanya saya simpulkan semuanya hanyalah satu HIPOKRIT !


Dari Harakah


  PULAU PINANG: Pertemuan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bersama Bishop Katolik Sebastian Francis semalam memberikan satu ketenangan mendalam kepada rakyat Malaysia.

Ia amat bermakna kepada yang cintakan keamanan tatkala ada pihak bertanggungjawab cuba menangguk di air keruh dalam polemik perbezaan agama.

“Alhamdulillah, dengan izin-Nya, misi mengharmonikan hubungan antara agama berjaya ketika berkunjung ke negeri Pulau Pinang. Amat gembira kerana sempat menerima kunjungan Father Sebastian Michael Uskop Roman Katholik bagi negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu. Terima kasih YB Dr Mujahid yang menguruskannya,” tulis Nik Aziz di Facebooknya.

Dalam pertemuan bersejarah semalam, Nik Aziz menghadiahkan satu kek kepada Bishop Sebastian, yang menerajui Penang Diocese yang meliputi Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak dan Kelantan.

Di atas kek itu tertera perkataan mudah tapi penuh bermakna: “Kpd: Yg Mulia Bishop, Daripada: Tn Guru Dato Nik Aziz, Mursyidul Am PAS.”

TG Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan dikatakan mempunyai jadual penuh di Pulau Pinang, namun beliau membatalkan satu pertemuan supaya beliau dapat berjumpa dengan Sebastian dalam masa yang singkat.

Dalam pertemuan itu, Sebastian mendoakan kesihatan kepada Tuan Guru Nik Aziz.

Dalam perbincangan mereka, TG Nik Aziz menyentuh mengenai hal kerohanian, di mana perkara ini sangat dipersetujui oleh Sebastian yang turut merintih mengenai fokus berlebihan pada kebendaan dalam pembangunan insan masa kini.

“Negara ini perlukan kekuatan kerohanian Tuan Guru sebagai contoh,” kata Sebastian yang dipetik Anil Netto, seorang wartawan yang hadir bersama dalam pertemuan tersebut.

Kedua tokoh itu turut bersetuju bahawa tenaga yang dihabiskan untuk pertelingkahan agama sepatutnya boleh digunakan untuk perkara yang lebih bermanfaat.

Semasa mengambil gambar bersama, Nik Aziz juga sempat bergurau mengenai pertemuan tersebut.

“Saya tak pasti apa media media perdana akan tulis mengenai pertemuan kita,” kata beliau.

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2013 at 3:14 PM

wa tau apa caption yg sesuai utk gmbr 2 org tu din.

bishop yg mulia dan pawn yang hina..
-aldan

....................
Reply To This Comment ...................
Xpas
January 29, 2013 at 3:24 PM

mudah mudahan 2 org dm gambar tu tak dihimpunkan dlm satu jamaah di mahsyar nanti, rujuk AlKahfi 99.

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2013 at 3:36 PM

@Anonymoussiapa pula knight / kuda ? hehehehe ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2013 at 3:40 PM

PAS bukanlah parti Islam...ia hanya sebuah parti politik seperti parti2 PKR, DAP, PBS, MIC, MCA, UMNO dan lain2...beza sedikit hanya parti ini menggunakan Islam sebagai modal kempen...tapi bukan berjuang untuk Islam pun...tanya lah puok2 bewok tu apakah ada sekelumit jasa nya kepada Masyarakat Islam di bumi Malaysia ini? Bagi aku tak napok langsung sebarang jasa...melainkan hanya memecah belah Masyarakat Melayu sahaja...begitu juga dengan pemimpin-pemimpin mereka...mereka bukanlah ulamak yang benar-benar memperjuangkan Islam...mereka adalah ularmak politik yang hanya cari makan melalui politik atas nama Islam... bila sebut kata politik maka jadi lah apa yang terjadi pada hari ini...semua boleh jual..usah kata negara atau agama..hatta ibubapak dan anakbini pun mereka sanggup jual...sebab mereka adalah juga manusia biasa berselindung dibalik serban sebesar bakul serta jubah meleret sampai ke tanah..tanyalah apakah bakti yang telah mereka sumbangkan terhadap umat Islam di Maalysia...selain dari maki hamun dan sumpah seranah semasa berceramah...tanyalah puak2 ulamak2 bewak ni...apakah yang telah mereka ajarkan kepada umat islam selain dari menghukum itu haram ini haram...kumpulan tu kapir kumpulan ni kapir...zuhud sgtkah bapak kepada segala tok guru ini apabila pergi berlutut kepada puak2 kapir harbi demi secalit undi dan kuasa...muhasabah diri lah brader wei...setelah 60 tahun berjuang apakah kejayaan yang brader dan parti barder telah capai...terutama dalam bidang yang brader kata brader perjuangkan? Bagi aku kalu betul perjuangan brader dah lama dah brader takluki negara ini... masa negara ni bernama Malaya lagi mungkin dah boleh takluki...tapi sampai sekarang apakah kejayaan brader? Elek...nehi..sifar...nil..kosong...Jadi adakah perjuangan brader di redhai nya?....Tepuk dada tanya iman?????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2013 at 5:00 PM

salam,

bab darah politik yg mengalir di dalam setiap urat dan daging serta tulang tak dapat disamakan dengan orang yg tiada darah berpolitik sebagai kerjaya. tak tersampai akal fikiran kita bila orang politik melakukan sesuatu tindakan. memang macam main catur, jauh ke hadapan langkan strategi mereka. hulur untuk dimakan kemudian buat check mate. fuhh fening kapla. kerja yg dibuat macam haramjadah, taktikal berpolitik, tak pas srp pun jauh ke hadapan.

tapi kek tak boleh nak tolak la. tu bukan politik. tu tak tahan pasal masa kecil dulu tak buat besday. pasal orang tua dulu kata ikut kristian. la ni boleh sambut pasal nik ajis dah kongsi nama god. hepi besday. apasal kek warna hijau dan warna merah bila jumpa orang yg berlainan. kalu ah jib gor tu, dah pasti pelbagai andaian daripada orang sorga pas (sorga kelapan- yg terkini)

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2013 at 5:41 PM

@Anonymous'brader' tu saudara tujukan pada saya ker ?

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2013 at 5:42 PM

@AnonymousKEK jangan dipolitikkan ok !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2013 at 6:09 PM

Aq kompius la....YANG MULIA BISHOP.....kira bishop neh dah sama taraf dgn Raja2 Melayu ke?.....konpius...

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2013 at 6:13 PM

@AnonymousSaya kompius juga, jadi saya ikut jelah apa yang tertulis atas kek itu 'Yang Mulia Bishop'

Takut tak tulis karang, orang Pas serang pulak blog saya !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 29, 2013 at 6:55 PM

baguslah beb kamu komen yg mulia tuh. aku sebenarnya tercari cari penjelasan dan tak mau komen dulu. aku tertanya tanya kenapa bro kita gunakan yang mulia, besar sangat bishop tuh? tapi bila dah dibalas komen kamu, barulah lega aku rasa.

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2013 at 7:01 PM

@AnonymousSebenarnya ada tertulis dalam artikel Harakah itu kalau diberi perhatian -

Di atas kek itu tertera perkataan mudah tapi penuh bermakna: “Kpd: Yg Mulia Bishop, Daripada: Tn Guru Dato Nik Aziz, Mursyidul Am PAS.”

Oya, saya takkan tulis benda yang pelik kalau tak bersebab :))

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2013 at 11:44 PM

Tongkat nik aziz ada stiker "R", ko ade din???mcm dl ms jd mat rempit,pantang ada stiker cantik mst nk tempek kat kepak mator...caya ah nik aziz,jiwa muda...ptt nk btanding lg. Isu kalimah Allah,dimana hadi? Nk mintak lg sejam siaran lgsg? Ada yg kononnya mjawab isu ni,tp sbnrnya sgt rapuh. Bl kita halang org bkn islam guna kalimah Allah.yg dihalang adalah guna kalimah Allah dlm bible,dan bible dlm bahasa melayu di semenanjung. Takut2, kalimah tu dihina atau disalah tafsir.
Contoh,klw ada movie barat, yg mgunakan kalimah Allah dgn cara yg slh. Sepatutnya blh dihalang tayangan di malaysia. Tp,klw dh diluluskan,org kristian ckp jgn halang,tu tuhan diorg. Nik aziz nk jumpa karpal lg utk bbincang? Sbb tu,patahkan langkah mula lg bagus dr nk mhalang bl dh bkembang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2013 at 11:26 AM

nik aziz kowtim dengan karpal kot..isu2 sensitif lepas pru baru cerita..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2013 at 10:46 AM

Singh is "King"?

anakbochek.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
February 1, 2013 at 10:55 AM

Mungkin saya ni suka berkhayal kot tapi melihatkan gambar dan suasana di atas mengingatkan saya kepada pertemuan Najib dan Pope yang dipolitikkan oleh PR tidak lama dulu. Apakah Pok Nik cuba menyaingi Najib? Tak dapat jumpa Pope, jumpa Yang Mulia Bishop pun kira memadailah.

Yang kedua, lawatan Nik Aziz ini dah macam lawatan Bung Nuar ke Amerika untuk apology tour pulak rasanya. Kalau tak apoligize sekarang takut terbang pulak undi puak DAP pada PAS.

anakbochek

Post a Comment