........... Perang Psikologi Sinar ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Perang Psikologi Sinar ?

Sunday, January 27, 20134comments


Seperti yang saya komen dua hari lepas mengenai artikel Sinar yang mendakwa 4 pemimpin besar Umno kantoi dalam ujian tapisan SPRM  - KLiK , Harakah tak tunggu lama untuk buat followup -

Gagal tapisan SPRM tetapi tiada tindakan undang2?

Sekurang-kurangnya empat pemimpin politik termasuk menteri besar dan ketua menteri tidak melepasi tapisan SPRM untuk menjadi calon tetapi persoalan timbul kenapa mereka tidak diambil tindakan.

Sebelum ini saya tulis -


Bagaimana pula jika nanti pihak SPRM umumkan SEMUA nama lepas, tidak ada seorang pun yang gagal ........ tidakkah nanti akan ada pula yang menuduh SPRM menutup perbuatan rasuah pemimpin Umno ?

Dari tak ada apa boleh jadi satu isu pula ! Tak pasal2 integriti SPRM sekali lagi dipertikaikan ...... hanya atas info sumber yang boleh dipercayai oleh Sinar.

Seperti yang ditulis oleh rakan blogger teganuku

Melalui perang psikologi awal ini, sedikit sebanyak pemikiran rakyat sudah dipengaruhi kononnya calon Barisan Nasional yang dikemukakan kepada SPRM ini terpalit rasuah sedangkan SPRM sendiri belum memaklumkan apa-apa kepada parti...jika benar wujud keadaan sedemikian, apakah sumber itu daripada SPRM sendiri?"

Omputeh kata damage already done ... 

Orang kata kalau nak lepas cakap, lepaskan pada Umno BN, selamat sikit sebab tak kena saman. Ya ker ?

Satu lagi, jangan sebut nama sapa-sapa, sebut UMNO jer. Kalau sebut nama pemimpin, ada 2-3 orang tu pantang... apalagi kalau blogger yang sebut. Adalah tindakan balas.... paling cikai pun kena buang link muahahahaha .... Tapi kalau sebut UMNO, takde siapa ambil pot. Ya ker ?

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2013 at 11:12 AM

Stail penulisan yg tidak mengikut standard BM dan menggunakan sumber yg berasaskan khabar angin. Adakah Sinar Harian (SH) ini punya agenda tertentu? Seperti suatu kes dahulu di muktamar pemilihan parti pas, SH juga mengeluarkan artikel mengenai rasuah yg menular dlm sessi pemilihan tersebut juga berdasarkan khabar angin.

Adakah SH ditaja utk mengeluarkan caption sensasi dimuka depannya dan agenda siapa yg SH perjuangkan?

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2013 at 12:33 PM

Salam.
Tuan minta pautan(LINK) blog http://revolusifikiran.blogspot.com dlm blog tuan. Sy senaraikan blog tuan dalam senarai BLOG POLITIK HANGAT. Blog sy revolusifikiran.blogspot.com blog santai gambar-gambar dan fakta-fakta yang menarik. Terima kasih kerjasama tuan.

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2013 at 12:44 PM

@Arya Tejasudah saya linkkan di blog Pelbagai , TerimaKasih :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2013 at 4:27 PM

menurut satu berita yang saya terbaca dri sebuah blog bukan pro, ada menyatakan SPRM telah menyerahkan keputusa saringan kepada parti parti yang berkenaan. ada kah mungkin pembocoran yang berlaku adalah dari dalam parti itu sendiri?

Post a Comment