........... Pemecatan Nasha Hasil Kerja Keras Mat Sabu ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pemecatan Nasha Hasil Kerja Keras Mat Sabu ?

Sunday, January 27, 20138comments


Sekarang semua orang pun dah tahu cerita pemecatan Nasha dari  keanggotaan Majlis Syura Pas, dihebahkan selepas 2 minggu diputuskan. Dari Sinar -

Majlis Syura Pas lucut Nasha kerana langgar peraturan

“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat, selebihnya saya tidak mahu ulas… maaf ya.
“Surat mengenai perlucutan Nasharuddin sebagai anggota Majlis Syura sudah diserahkan selepas mesyuarat itu,” kata Setiausahanya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh.


Ketika ditanya sama ada pihak Majlis Syura ada menghubungi Nasharudin selepas keputusan itu dibuat, Nik Zawawi berkata, pihaknya tidak ada menghubungi Ahli Parlimen Bachok itu.
“Beliau juga tidak ada menghubungi kami untuk penjelasan lanjut
.




 Saya baca juga artikel dari blog Pas Cenangau berkaitan isu ini. Ada di persoalkan apakah Nasha tahu keputusan ini sebelum berangkat ke Palestin bersama Najib .... seperti menyanggah kenyataan diatas yang menyatakan surat itu diserah SELEPAS mesyuarat. Hmmmm .... kat pintu belakang kot ?

Tapi menarik satu komen dari orang depa -

Tak mustahil Majlis Syura' pecat ust Nasha ni hasil tekanan dari Lajnah Politik PAS Pusat. Mungkin bang Mat Sabu walaupun nampak macam patung tapi buat kerja keras dibelakang tabir sampai Majlis Syura 'terpaksa' buat keputusan macam tu.

Hasil kerja keras Mat Sabu ? hmmmmm .... dulu masa Hasan Ali kena pecat pun nama Mat Sabu dikaitkan telah bekerja keras dibelakang tabir .... kena simpan teori ni.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Pakcu Rantau Panjang
January 27, 2013 at 11:23 PM

Pakcu dah agak pun..sapa-sapa yang berani kritik pemimpin mana-mana parti pun nyawa akan melayan.
Apa lagi kalau cuba rapat dengan UMNO lagi cepat KO...betapa pun untuk UStaz sememangnya dia mempunyai prinsip yang tersendiri.......walahualam.

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2013 at 11:35 PM

mendakwa perjuangan berlandaskan Islam, tetapi berlaku kejam terhadap anggota sendiri. apa yang saya fahamkan, didalam PAS sesiapa yang menegur akan kesilapan parti untuk kebaikan, akan dipercat atau dipinggirkan. beberapa nama besar didalam PAS satu ketika dahulu saperti Datuk Hassan Ali, Hassan Basri dan sekarang Nasharuddin telah menerima nasib yang sama. semuanya dari golongan ulamak. nama nama lain saperti Datuk Harun Din dan Ismail kamus ditenggelamkan begitu sahaja. saya tidak langsung percaya majlis syura mereka tidak dapat menilai antara yang benar dengn yang batil. kalaulah semua kalangan ulamak yang benar benar ingin mengembalikan dasar perjuangan parti dipecat, apa kah yang akan terjadi kepada paarti PAS kelak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2013 at 11:52 PM

Pakcu ni orang Kelantan dan saya rasa tentu faham akan gelora politik di Kelantan. harap harap Pakcu dapat memberikan pandangan akan PRU yang akan datang. maksud saya ada kah, pada pandangan Pakcu, BN akan memerintah atau orang orang Kelantan masih lagi selesa dengan keadaan semasa?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2013 at 2:23 AM

Heran tengok korang ni,kalau dh asyik ponteng mesyuarat dn asyik mengekor Najib kesana kemari,nk di simpan buat apa.Klau ahli MT UMNO tk dtg mesyuarat dn dok bergayut di belakang Presiden PAS,UMNO nk simpan lg ke?Tk payah le nk tny pandangan org tntang peluang BN di Kelantan,di Parlimen Malaysia pun dh ter cungap2 UMNO.Klau UMNO sayang sngt dgn Nasha dn Hasan Ali beri lh mereka bertanding bwh lambang BN.Nawaitu mereka kn sama dgn majoriti calon2 BN yg lain.

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2013 at 7:25 AM

@Anonymoushehehehehe ... betul tu !

SAMA jer Pas ngan Umno ! kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2013 at 8:01 AM

tinggalkan terus jamaah khawarij ni lg selamat, insyaALLAH dunia dan akhirat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2013 at 1:23 PM

Anwar - > mat sabu - > ahli pas pro anwar

Modus operandi sama seperti dlm umno

Kebetulan org yg anwar suka semuanya tidak ikhlas demi agama dan bangsa

Kelak bila ada lagi isu seperti kalimah Allah tinggal berapa sgt dlm majlis syura yg akan tentang. Semua keputusan akan pro anwar lepas ni

Allah SWT maha besar kononnya tun dulu kuku besi. Now dlm pas pantang ade pendapat berbeza terus pecat. Xpenah lagi nampak dap n pkr pecat org derang. Pas sekarang x ubah mcm pelacur politik. Elok2 digugurkan nama islam dr pas.

X habis2 buat malu islam je.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2013 at 1:27 PM

Anon 2.23

Cuba citer dia ikut najib buat apa? Pegi haji pegi palestin. ape yg korang busuk hati sgt?

Dia buat bende amal agak2 dia dpt dosa ke pegi dgn najib? Kiblat ko ape? Asal bukan umno ke berpandu islam?

Susah betul org kalau dh bernafsu kebencian sampai x dpt beza yg benar dgn yg salah.

Pengikut nabi? Pejuang agma? More like kaki benci umno ade la

Melayu hampa

Post a Comment