........... Pas - Buktikan Perjuangan Islam Anda Tidak Dayus ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pas - Buktikan Perjuangan Islam Anda Tidak Dayus !

Wednesday, January 9, 201326comments

Saya tertarik dengan satu ayat dari kenyataan Dr Hasan Ali seperti disiar SINAR -

Kalimah ALLAH: Pendirian sudah dijangka (Klik untuk baca sepenuhnya )

Logiknya masalah ini terbeban kepada Pas disebabkan parti inilah sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu memperjuangkan Islam termasuk hal yang menyentuh persoalan Akidah. Sikap Pas yang sanggup menggadaikan maruah perjuangannya amat disanjung oleh DAP dan PKR. Seingat saya belum ada lagi perkara-perkara yang membabitkan Islam dalamana Pas dapat mempertahankannya. Kes-kes kecil seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu, papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan dalam bulan Ramadan di Kedah membuktikan pandangan ini. Tindakan yang saya ambil semasa diamanahkan memegang portfolio Hal Ehwal Islam dalam barisan ExcoKerajaan Negeri Selangor seperti arak, judi, rumah urut, hotel bajet dan terakhir peristiwa DUMC menserlahkan betapa Pas sudah hilang maruah akibat tunduk dengan kehendak DAP dan PKR.

Dalam isu kalimah ALLAH yang menyentuh persolan pokok dalamIslam iaitu Akidah menyerlahkan ketidakupayaan Pas mempertahankan dirinya. Pas terpaksa memilih DAP dan PKR bukan ulama-ulama besar mereka seperti Ketua Dewan Ulama,Datuk Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din dan ,Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi yang telah menyuarakan pandangan mereka bila isu ini timbul dua tahun yang lalu. Jelas kepada kita ulama dalam Pas semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengar dan tidak hairan kalau golongan ini terus dipencilkan.

Bunyi ayat tu biasa jer tapi kalau diamati ia punya maksud dalam dan boleh dijadikan sebagai satu CABARAN kepada orang Pas !

Kalau prinsip perjuangan pun boleh ditukar dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikan demi menjaga hati pengundi kafir, akur kepada ke-fobia-an orang kafir terhadap Islam, maka tidak hairanlah kalau perkara2 lain pun Pas sanggup tunduk.

Kalau dululah setiap apa yang Pas buat kalau ditegur oleh orang Umno, dengan pantas Pas akan mencanangkan keseluruh dunia betapa Umno menentang Islam kerana bagi mereka apa yang mereka lakukan adalah atas nama Islam dan menepati cara Islam. Menentang Pas bermakna menentang Islam ! Tegur Pas bermakna menegur Islam !

Begitu hebatnya serangan propaganda mereka dipentas2 ceramah menceritakan betapa taghutnya Umno kerana kononnya tidak boleh menerima cara Pas yakni cara Islam. Sampaikan pemimpin2 Umno jadi takut nak menegur tindakan2 Pas kecuali beberapa kerat termasuk Tun Mahathir. Yang lain takut kena backlash .... ( tapi dikedai kopi mereka tetap juara hehehehee )

SEKARANG ? 

Pantang ditegur sikit oleh Dap, kelam kabut pemimpin2 Pas akan tarik balik ! Tak pulak diserang kembali Dap sebagai taghut .....  ( erk ! )

Keberanian ala pejuang Islam yang sanggup mati syahid yang ditunjukkan kalau berdepan dengan Umno bertukar menjadi seperti tikus bila berdepan dengan kafir Dap.

Bukan sembang kosong ni beb ... serius ! Sebab tu saya nak highlite kan ayat diatas sebab ternyata akan kebenaran betapa dayusnya Perjuangan Islam Pas.

Kalau ada orang Pas yang baca ni dan tak setuju, silalah berikan contoh2 bagi menyanggah ayat Hasan Ali tu -  

Seingat saya belum ada lagi perkara-perkara yang membabitkan Islam dalamana Pas dapat mempertahankannya

Lepas tu kita boleh test market dengan Dap hehehehe .... macam kes salun rambut yang penguatkuasaannya dikatakan telah 10 tahun dilaksanakan. Itu kerana selama 10 tahun itu Dap tak bising. Tahun ke-11 Dap bising, habis semua dikaji semula ! Hahahaha ...

Satu lagi yang amat nyata adalah penentangan Pas terhadap arak.... semua masih ingatkan kes arak dijual dikedai 7E di Selangor tidak berapa lama dulu. Kalau dululah, penentangan Pas terhadap arak adalah total, tapi sekarang ...... adalah pulak syarat2 nya , apa bezanya Pas dengan Umno ?

Pas hanya gah kalau berdepan sesama Melayu jer ..... tu yang bermatian mempertahankan Amanat Hadi, cuba kalau Dap yang bantah Amanat Hadi, rasanya dah lama Hadi tarik balik.

Kenapa tidak kita CUBA TRY TEST, kalau didengar semula rakaman audio Amanat itu ( KLiK ), ada Hadi sebut ini -


Hak orang Islam dalam Negara Islam bukan sahaja boleh jadi RAKYAT, tapi dia boleh jadi PEMERINTAH, boleh jadi KERAJAAN, boleh jadi PEMIMPIN, tapi hak orang bukan Islam - Dia diizinkan menjadi RAKYAT, TAK BOLEH jadi PEMERINTAH ! 

Tengok Dap bantah ke tidak...

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2013 at 4:31 PM

camne nak hudud? nak pertahan kalimah Allah pun tak mampu..

lepas ni silakan orang2 pas letak bible dlm rumah masing2..tak nak baca Al-Quran, boleh la baca bible melayu tu..bagi chance juga anak masing2 baca. apa mau risau. ada kalimah Allah maaaaa..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2013 at 5:08 PM

adakah memperjuangkan islam tugas pas je ke bro?habis yg umno selama ni pegang pemerintahan buat apa?apa guna ada menteri agama,majlis raja2,persatuan ulama,jakim,hassan ali n harussani dan ulama2 lain jika masalah agama pun nak dipolitikkan..siapa yg berkuasa dialah yg sepatutnya menjaga agama..adakah ahli umno menganut islam hadhari pak lah dan berlainan dgn agama islam lain?

....................
Reply To This Comment ...................
January 9, 2013 at 5:24 PM

Ayat "tapi hak orang bukan Islam - Dia diizinkan menjadi RAKYAT, TAK BOLEH jadi PEMERINTAH!" memang akan timbul masaalah kpd pas jika DAP dapat kesan. kau ni Din, tak habis-2 nak pedajal puak-2 pas ni. Harap2 DAP tak tahu benda ni.... kalau DAP tahu, alamat bepuluh ribu hektar tanah kat Kelantan akan tergadai pulak kali ini kih kih kih!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
January 9, 2013 at 7:27 PM

Salam Abang Din,

PAS memang dayus. Tapi beberapa orang pemimpin pas yg saya hormat, Dr Harun Din, Ustaz Harun Taib. Mereka berpendirian tegas tidak mahu kongsi kalimah Allah. saya harap mereka dapat mengubah apa yg telah berlaku. Mereka besar pengaruhnya. InsyaAllah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2013 at 8:43 PM

Mana pergi maruah hardy bilamana dia memberi taklimat disidang akhbar semlm, kemana dia buang kata2 busuk yg dihambur 1981? Bukankah apa yg dihambur itu adalah perkara yg dia sendiri buat sekarang?
Dia tak rasa malu ke atas kata2 busuknya tersebut?

....................
Reply To This Comment ...................
January 10, 2013 at 1:20 AM

Saudara juga bersetuju dengan pendirian Pas @ PR yang Allah boleh digunakan oleh ugama lain ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2013 at 1:25 AM

fatwa politik boleh berubah2 mengikut kesesuaian keadaan, tempat dan situasi semasa. fatwa ini juga ada tamat tempohnya bergantung kepada matlamat politik. dalam kes ini, matlamat politik pas ialah putrajaya.

apa jua cara adalah halal asalkan matlamat tercapai. cuma pas tersilap bukan semua boleh dijual atau digadai atas alasan tahaluf siyasi.

pas terlupa agaknya bahawa islam bukan hakmilik mutlak pas. oleh itu, pas tidak berhak membuat keputusan tentang kalimat Allah bagi pihak seluruh umat islam. siapa pas nak mendakwa bahawa mereka mewakili orang islam di malaysia.

orang kristian hanya layak menggunakan kalimat Allah jika mereka berpegang kepada kitab injil dan taurat yang asal. tapi tidak boleh sama sekali digunapakai jika mereka berpegang kepada bible versi baru. dalam kitab taurat disebut bahawa Allah adalah Yang Maha Esa dan bukannya trinity. juga disebut dalam kitab taurat ialah kemunculan nabi akhir zaman yang menjadi penutup segala nabi iaitu Nabi Muhammad S.A.W . jika penganut kristian masih teringin nak menggunakan kalimat Allah, sila ikut ajaran Rasullullah S.A.W seperti yang disuruh dalam kitab injil dan taurat versi asal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2013 at 1:54 AM

Kalau begitulah kata2 saudara. Jika saudara nak rumah saudara selamat dari dimasuki pencuri, saudara serahkan tugas tu bulat2 kepada polis je sebab tu kan tugas polis. Saudara tak payah grill dan lock rumah saudara dengan mangga kunci. Betul kan begitu saudara ?

Saudara, soal akidah tertanggung atas bahu semua umat Islam, tiada terkecuali. Cuma yang bezanya mengikut keupayaan dan bidang kuasa masing2. Semuanya ada peranan dan fungsi tersendiri. Usahlah saudara mudah menuding jari sedangkan saudara tak tahu sejauh mana usaha mereka dalam mempertahankan akidah umat Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2013 at 2:28 AM

pihak kerajaan dan penyokong2 kerajaan mmg dah terang2 tak setuju. tp bila ada puak yg kononnnya lebih alim pl bersetuju..jd nmpk tak d mana punca masalahnye? asyik2 nak salahkan kerajaan. klu takde si kitul..si kafir confirm tak berani punye..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2013 at 8:10 AM

Mgkin saudara xtau,apa itu konsep islam hadari. Bkn agama baru,bkn tolak atau tambah ayat al quran dan sunnah. Bg isu kalimah Allah ni,mgkin saudara xjelas ttg apa itu negara demokrasi,ada parlimen. Ahli parlimen jaga ada suara,bkn mcm pemerintah kuku besi. Fhm? Jd,klw isu ni dbangkitkan kat parlimen, pihak pr akan sokong kristian guna Allah. Klw pr dh ramai dlm parlimen,mcm mn? Sbb tu,ini modal kukuh undi sy nk sokong bn pru13 ni. Wlw bn xbagus mana,tp pr sgt xbagus

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2013 at 11:32 AM

Actually kita expects pas jadi champion issue ni memandangkan yg lain semua dikafirkan dan diperlekehkan keislaman sertai ilmu termasuk la imam besar mekah.

Lebih2 bila dabik yg mereka sorang yg perjuang Islam.

Harapkan pagar, makin sesat kita jadi

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
January 10, 2013 at 11:41 AM

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2013 at 12:56 PM

Bro din ~ pada akhirnya masalah ini akan terarah kembali kepada satu pihak yang amat senang untuk disalahkan - UMNO. Nanti tengoklah 2 3 hari lepas nie, bila dh tersepit xleh nk jawab, maka Nik Aziz akan keluarkan statement ~ Nie semua salah UMNO, sebab UMNO ambil dasar kebangsaan, bukan dasar islam. Mmg nmpak sinikal ttp begitulah hakikat yg berlaku. Bukan sekali atau 2 kali, dah berjuta2 kali. Asal ada masalah pastu x leh nk jawab maka akan disalahkan UMNO sedangkan yg mmg jelas tukang create masalah adalah diri mereka sendri @ puak2 yg bersama mereka.

Rakyat akhirnya termanggu2. Bukan-nya susah mane, bila puak2 lebai kepiah hijau nie pegi kay masjid, buat sket tazkirah @ ceramah maka teralih la masalah yg dia buat kepada org yg lain yg trpaksa tanggung & tepaksa tolong selesaikan masalah nie.

Yang pelik bila salahkan org sbb dasar kebangsaan, tapi dalam masa yg sama bila duduk dlm majlis so called mesyuarat pimpinan pakatan xder plak nk tunjukkan dasar islam yg kononya jadi pegangan. Semua jadi pak turut, pantang lain sket bil si wheelchair tue bedehem maka jadi lah penikus. Sorok kepala nampak ekor.

Umat Islam wajib sedar ttg perkara nie. Jgn baru terantuk baru nak mengaduh.

....................
Reply To This Comment ...................
January 10, 2013 at 1:02 PM

Aku khuatir tindakan PAS membenarkan penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian bakal mengundang bala Allah terhadap negara tercinta ini.

Lihatlah apa yang berlaku kepada negara jiran kita yang tidak mahu aku sebutkan namanya, akibat penggunaan nama Allah yang caca marba sehingga mengelirukan, negara mereka begitu banyak dilanda bencana Alam. Mungkinkah ini balasan dari Allah terhadap mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2013 at 5:32 PM

salam,

malas nak fikir fasal bab ni. patutnya semua pemimpin melayu tak kira apa parti pun kena berjuang untuk agama islam. kita mesti bersatu kerana memperjuangkan agama Allah. kalu bersatu, kita kuat dan tak ada yg berani nak lawan. tapi kalu dah pemimpin tak ada telur dan bercap pun tak ada, londeh ajer la kat pihak lawan. tang ni memang ...... (makian untuk semua pemimpin melayu) nak buat camna kita ni warga kerdil yg dok harap kepada pemimpin sahaja. moga Allah swt( tuhan orang Islam - gamaknya kena tulis macam ni satu hari nanti) terus melindungi umat islam di malaysia ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
January 10, 2013 at 6:38 PM

Saudara,
Tolong jawab soalan Abang Din. saya pun nak tau, betul ke gitu?

....................
Reply To This Comment ...................
Abangpi
January 10, 2013 at 6:43 PM

Kalu mung dok jawak, memang gining la puok puok mung. soalang pokok utama mung dok leh jawak dok pong pang pong pang kabo mende lain. kalu medical term dia dissociative disorders.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2013 at 9:20 PM

din, napa ko dah jarang online. tak bestla macam ni din. dulu ko kerap je online. ko bz ke din?

....................
Reply To This Comment ...................
January 10, 2013 at 10:03 PM

4 hari gi KL tak bawa laptop, Kena gi CC nak berblog ! :) Ni baru balik kampung ...

....................
Reply To This Comment ...................
January 10, 2013 at 10:05 PM

Biasalah mereka akan cuba alih tekanan / isu ... sekurang2nya saya tekan dua2 hehehehe ... cuma mana satu yang lebih berat je ditekan :)

....................
Reply To This Comment ...................
January 10, 2013 at 10:07 PM

Dulu bolehlah mereka nak cakap belit2, sekarang dengan teknologi internet kenalah berhati2. Pas kena mula belajar konsisten !

....................
Reply To This Comment ...................
January 10, 2013 at 10:09 PM

Kreativiti mereka menyalahkan Umno memang kelassssss + Selamba. :)

....................
Reply To This Comment ...................
KA
January 10, 2013 at 11:38 PM

laaa dtg KL tak habag

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2013 at 12:22 AM

Next trip saya habag no ... :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2013 at 3:02 AM

Ada lagi ke perjuangan Islam bagi parti PAS PIS PUS ni? Macam tak nampak je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2013 at 3:14 AM

Muka Hadi ni pun dah tak de seri lagi, macam muka Anwar. Siksa benar nampaknya hidup orang yang cita-citanya hanya nak ke Putrajaya.

Post a Comment