........... Nik Aziz Dan Majlis Syura - AlKitab TIDAK BOLEH GUNA ALLAH ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nik Aziz Dan Majlis Syura - AlKitab TIDAK BOLEH GUNA ALLAH ?

Monday, January 14, 201319comments

Dari mStar, berikut adalah keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas malam tadi -
Kalimah Allah Tidak Boleh Diterjemah Ke Dalam Mana-Mana Bahasa - Majlis Syura PAS 



KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

"Tindakan menterjemahkan kalimah 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar," kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan pada malam Ahad.

Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru tindakan tersebut perlulah ditegah.

"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya.

"Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.

"Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah," menurut kenyataan itu lagi.

Bagaimanapun, Nik Aziz dan Haron Din sepakat menegaskan kalimah Allah adalah alami kerana Allah Tuhan sekalian alam dan sesiapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab jahiliah yang bukan Islam menyebutnya.

"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan Yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, tunggal tidak beranak dan tidak diperanakkan," katanya.

Mesyuarat Majlis Syura PAS yang bersidang pada malam Ahad, diadakan khas bagi membincangkan mengenai isu kalimah Allah dan Amanat Hadi pada malam Ahad bermula pada pukul 9 malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian.

Pemimpin PAS dan ahli Majlis Syura yang hadir bagaimanapun enggan memberikan sebarang kenyataan sebaliknya hanya kenyataan media sahaja diedarkan kepada kira-kira 20 wartawan yang menunggu.

Selasa lalu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam namun ia tidak boleh disalah guna untuk kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan umat Islam.

TIDAK DISEBUT alKitab yang menjadi subjek utama dalam kemelut penggunaan Kalimah ALLAH oleh orang kafir ini tapi dari kenyataan yang saya besarkan diatas, saya rasa MAKSUDNYA SAMA.

Buat masa ni, komen saya cuma satu jer - ALHAMDULILLAH ....

PS - Walaupun sudah jelas, pasti orangramai mahukan kenyataan yang spesifik kepada tuntutan Lim Guan Eng bulan lepas kerana dari situlah polemik ini bermula........ sekali lagi.  Jadi saya harap Pas akan keluarkan kenyataan dengan segera - Itu adalah pandangan peribadi beliau dan kes pun selesai .....

                              ***************

Kemaskini 7:20am

Perkara yang sama cuma kenyataan RESMI Pas ini diambil dari Harakah-

Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1)    Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.


2)    Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.


3)    Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PAS.

Mesyuarat Majlis Syura Ulamak PAS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.


Tuan Guru Datuk Bentara Setia

Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia


Tuan Guru Datuk Dr Haron Din

Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 14, 2013 at 1:47 AM

Pengalaman pendirian pas terhadap 'hudud' hingga ke hari ini masih berdolak dalik. Di depan lain di belakang lain.

Kalimah ini juga akan menerima nasib yg sama.

....................
Reply To This Comment ...................
January 14, 2013 at 1:54 AM

Sebab itu kita kena minta Pas nyatakan secara spesifik kepada kenyataan Tokong supaya tidak ada salah faham baik dipihak mana pun.

Kita tidak mahu sebarang play-safe dalam isu ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2013 at 2:02 AM

Takpe, Mat Sabu, Khalid Samad dan Mahfuz pasti akan memberi kenyataan 'yang lebih seimbang'. Pas kan mempunyai dua wajah. Satu pro ulama dan satu lagi pro dap pkr. Saya rasa terlalu susah untuk pas bertegas dalam isu ini kerana undi bukan Islam pun perlu dijaga. Saya lebih suka mendengar kenyataan yang akan muncul selepas ini sama ada dari mulut hadi atau nik aziz. Kenyataan terbaru pastinya akan membatalkan kenyataan yang dibuat sebelum ini. Susah-susah sangat salahkan je utusan yang tersilap lapor.

....................
Reply To This Comment ...................
January 14, 2013 at 8:18 AM

"Wahai orang Kristian sekelian. Aku nak habaq kat Hang, Kalau PR memerintah pun jangan haraplah korang nak tulis nama Allah dalam Al Kitab korang. PAS tak benarkan".

Kuasa sebenar nak benarkan atau nak tolak terpulang kepada Kementerian Dalam Negeri yang jaga hel ehwal penerbitan sesuatu perkara iaitu UMNOlah sape lagi. Kalau UMNO gatal nak benarkan, terus terang aku tidak akan undi BN dalam PRU 13 nanti.

PAS ni tak boleh pakai, hari ni mereka kata tak boleh, esok lusa bila ada tekanan dari DAP, keputusannya lain pulak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2013 at 8:19 AM

Perasaan perut aku (terjemahan dari my gut feeling.. Kiki) rasa mereka hanya bermain kata kata.. Aku tidak percaya langsung dgn mainan munafikoon ini... Golongan ini amat berbahaya!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2013 at 9:09 AM

Askm bro din,

Klau benar spt yg dikata (asal jgn belapik2 plak lepas nie...hehehe)... Alhamdulillah. Kptsn nie pada saya memberi 3 justifikasi:

1- pendirian para mufti & jwtankuasa fatwa kbngsaan adalah betul. (Bukan apa, kedua2 institusi slalu di'discredit'kan oleh puok pas nih.

2- secara konsesus dh ada kesepakatan melampui batas politik kepartian. (Harap2 puak pas nie pikir utk kpntgn ummah la... bukan skil main wayang lagi... bahasa nk suruh bunyi arab sket tahalul siyasi...hehehe)

3- tiada istilah 'playsafe' dlm soal kpntgn ummah. (Sajer nk tuju kat puak ulama pinggiran ... dah mcm lalang pulak... ader kat blh plak buat prbandingan dgn nama Allah dlm lagu negeri2...hehehe)

Apa pun nk ucapkab tahniah la kat dewan ulama kerana mengambil pendirian yg selari dgn hasrat majoriti umat islam. X kesahla nk kata buat u-turn ke, konar baring ker, drift ke,.... yg penting isu nie memerlukan kesepekatan umat dlm menangani nya. Cuma lepas nie jgn pulak ada bahasa lembut versi yg lain... bukan apa bila dok depan bos2 & tokong takut ada pulak pernyataan bersama pimpinan pakatan rakyat. Hehehe... dh byk kali berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2013 at 9:17 AM

Gamenya kat cni bg saya,diorg dh bjaya. Pngikut pas mmg tegar,ikut bulat2 apa pemimpin diorg ckp,wlw bbelit2. Isu Allah ni,utk alihkan isu tanah kelantan,rasuah dan slh kira undi. Bloger dh alih arah utk mnyerang bl pas dh stuju guna nama Allah dl,lupa isu lain.tgk dh twist mcm ni,bloger dh nk cari point lama blk

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2013 at 9:17 AM

apapun... mcm pakdin... Alhamdullilah... semoga utk isu ini umat Islam kat Malaysia bersatu hati... tak jd mcm kes murtad DUMC...

semoga hikmah disebalik isu ini menjadi perpaduan Melayu Islam di Malaysia.... amin

zz

....................
Reply To This Comment ...................
January 14, 2013 at 9:23 AM

alhamdullillah akhirnya mereka 'terpaksa' menyatakan juga kebenaran. Walaupun terpaksa bergandingan dua org Morsidul, dengan sangat berhati-2 mereka kena jaga hati orang-2 islam, terutama pengikut yang sedang gelisah.
Meskipun tidak berani meyebut bible kerana takut dijerkah oleh LGE, tapi kita tetap melihat dari sudut positif.
Dalam demokrasi, rupanya ketakutan kepada 'hilang undi' merupakan perkara utama selepas takuti Allah.... inilah syirik yang paling besar dan paling hina.

....................
Reply To This Comment ...................
January 14, 2013 at 9:25 AM

Tidak semua blogger melihat dari sudut politik.

Tapi kalau nak main politik sekalipun, isu ini belum habis diperah :))

....................
Reply To This Comment ...................
January 14, 2013 at 9:26 AM

Perkembangan berkaitan 1-2 hari ni pasti menarik

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2013 at 9:56 AM

Bro din,

Saya agak confuse dgn term ' menterjemah ' brbanding dgn tuntutan oleh pihak gereja untuk ' mengguna'. Apakah mksudnya di sini:

1- larangan hanya utk terjemahan.mksudnya masih blh guna ttp hndaklah diterjemah sehingga mncapai mksud seperti pndgan syarak?

2- apakah pndangan yg dikeluarkn tidak nenyentuh larangan mengguna? Klau menyebut tue saya fhmla sbb tiada siapa pun blh larang klau siapa pun nk sebut.

Mohon pencerahan.

....................
Reply To This Comment ...................
January 14, 2013 at 10:11 AM

Menurut pemahaman saya, ALLAH masih boleh digunakan oleh sesiapa pun asalkan kena pada tempatnya, ditujukan kepada Allah sebagaimana kefahaman orang Islam. Maknanya, ALLAH itu satu nama KHAS bukannya satu gantinama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2013 at 10:16 AM

JADI PAS KENA EXPLAIN BETUL2 KEPADA RAKYAT TERUTAMANYA UMAT ISLAM DAN KRISTIAN. SAYA PERCAYA UMAT KRISTIAN DAH TERSILAP FAHAM KATA2 HADI TEMPOH HARI.
SO..JANGAN BERLENGAH LAGI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2013 at 10:19 AM

Kalau mcm tue mksudnya ... Alhamdulillah. Lega sket hati nie...huhuhu

Harap2 apa yg kita faham nie turut difahami oleh puak2 gereja. Bukan apa, saya x yakin mereka nk pkai tue utk tujuan menunjukkan Allah tuhan mereka, ataupun mereka berusaha untuk memahamkan diri mereka ketuhanan Allah sbgmn yg dipegang oleh otg islam. Tujuan nk tuntut sgt tue hanyalah nk mengelirukan supaya senang nk cucuk jarum... hehehe....

semoga kita sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT, kekal dalam keimanan dan nikmat Islam... :)

....................
Reply To This Comment ...................
Sepang Ronggeng
January 14, 2013 at 1:18 PM

Inilah first time aku setuju pandangan pas. Rupanya pas masih ada telo (walau pun sekadar telo MASIN).

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
January 14, 2013 at 2:30 PM

Tunggu je amanat Karpal dlm sehari dua ni..

....................
Reply To This Comment ...................
January 14, 2013 at 3:41 PM

Abang Din, penerangan dari blog ni boleh buat renungan juga. Best.

http://keretamayat.blogspot.com/2013/01/10-kisah-tentang-isu-kalimah-tuhan.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 14, 2013 at 5:04 PM

Tp tetap sedih dgn geng yg kononnya sgt alim jdkan isu ni sbg pengalih perhatian mslh lain.

Post a Comment