........... Nasihat Kepada Orang Umno - Hentikanlah Kerja BODOH Ni ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nasihat Kepada Orang Umno - Hentikanlah Kerja BODOH Ni !

Sunday, January 27, 201313comments

Satu lagi selingan .... ada yang akan anggap perkara ini kecil dan tidak perlu disebut. Level gossip kampung jer. Sebelum ni saya pun malas nak layan tapi semalam didakwa berlaku lagi.

Siapa2 yang pergi dengar ceramah kat surau /  atau padang , saya akan ambil nama ...... RM500 tak dapat lah !

Lebihkurang begitulah .... Itu contoh jer, perkara pokoknya, ada orang Umno yang mengambil pendekatan mengugut rakyat supaya tidak pergi ketempat2 ceramah yang dikaitkan dengan parti pembangkang dengan menjadikan pelbagai bantuan kerajaan baik BR1M, Bantuan Sekolah, Wang Ehsan dan lain2 sebagai bahan ugutan.

Tak ke BODOH tu ? !

Sesiapa yang mampu berfikir boleh nampak yang ia sekadar ancaman kosong, kalau boleh dilaksanakan pun melalui apajua cara, kesannya lebih banyak yang NEGATIF.

Dengan mengucapkan ugutan/ancaman itu, sipengucap telah menSABOTAJ segala usaha kerajaan dalam memenangi hati rakyat.

Orang akan bercerita dan cerita pula akan cepat tersebar. Bantuan tetap diambil, Terimakasih diucap tapi dalam hati ?

Tidak ada sesiapa boleh menghalang sesiapa untuk pergi kemana2 kecuali dalam kes2 tertenu yang ekstrim yang bukan dalam keadaan biasa. Itu adalah hak rakyat - KEBEBASAN.

Kalau takut rakyat dipengaruh dengan dakyah pembangkang, maka lawanlah dengan cara sama atau cara  lain yang terfikir, tapi bukan melalui ugutan seperti diatas !

Kemungkinan besar pengundi yang diugut itu akan mengundi pembangkang bukan kerana pengaruh ceramah tapi kerana sikap/tindakan orang Umno itu. Siapapun yang dengar cerita sebegitu akan berkata - BODOHnyalah Umno .....

Saya harap insiden sebegitu merupakan kes2 terpencil. Kepada mereka yang terlibat, HENTIKANLAH. Walaupun kecil tapi bagi sesetengah kawasan yang 50-50, yang kecil itu BESAR maknanya.

PS - Kes yang saya dengar melibatkan Wanita Umno.

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2013 at 5:45 PM

Jangan mulakan gossip. Penulis sepatutnya mengambil tindakan proaktif dengan mengambil saja butir-butirnya dan hantar terus kepada Tok Jib. Jadi bijak sedikitlah. Do not rely on hearsay.

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2013 at 5:51 PM

@AnonymousBukan hearsay ok. Pernah berlaku depan mata/telinga saya sendiri.

Belum masuk cerita perangai sesetengah JKKK yang lebihkurang sama, menjadikan kebencian terhadap Umno semakin dalam.

Ini perkara yang berlaku dalam kehidupan, dirasai dan dialami .... pastinya LEBIH dalam kesannya dari isu2 nasional yang bersifat teori/debat.

Terpulang nak terima atau tidak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2013 at 7:03 PM

mu tipu deng...apasak berita ni tak keluar utusan,bh n tv3...bg pengikut umno mcm kami..berita yg tidak disiarkan dlm utusan adalah palsu belaka...kami amat mempercayai utusan...bg ahli umno...berita ini adalah palsu n berniat jahat n bertujuan merosakan 1malaysia..hahahah...apa aku merepek ni...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2013 at 7:16 PM

lapur lah......

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2013 at 7:23 PM

Penyokong2 yang overzealous begini ada dikedua belah pihak. Mereka beranggapan tindakan mereka demi menolong parti padahal sebaliknya.

Lebihkurang mcm taksub jugalah.Atas pemimpin untuk menasihati orang2nya supaya jangan bertindak over ketahap mendatangkan aib kepada parti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2013 at 7:26 PM

kalau macam 2 patutlahbanyak kes yang utusan kalah. jangan baca dari satu sumber bro. be open minded.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2013 at 7:34 PM

janganlah jadi pengikut yang taksub saperti pencacai disebelah sana. janganlah terlalu teringinkan berita yang baik baik saja berkenaan UMNO. sekurang kurangnya dengan paparan berita ini, kita sebagai ahli sedar apa yang berlaku dan perkara yang kita tidak tahu. mungkin suasana tempat tinggal kita berbeza yang menyebabkan kita tidak sama sama melihat apa yang berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2013 at 7:48 PM

.Sememangnya gelaja sedemikianlah yang boleh mencemarkan nama UMNO dan menyebabkan penyokong yang sediada berpindah samada keatas pagar atau disebelah lawan. Saya akui pemimpin bawahan dari Ketua Cawangan hingga ke JKKK sememangnya berkepentingan. (bukan SEMUA tapi segelintir). Setiap pertolongan yang diberikan mengharapkan imbuhan dari mereka yang ditolongi. Perkara sedemikian mungkin berbeza mengikut kawasan atau tidak semua kawasan yang bermasaalah. Pokoknya ada kawasan yang punyai pemimpin bawahan yang berkhidmat untuk fulus, atau saperti kata orang kampong, tebang buluh pakai kapak, kalau hulur baru nampak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2013 at 7:53 PM

bukan tak nak lapur, saperti kata DT, perkara ini adalah merupakan perkara terpencil. lali pun nak juga jaga imej parti. PRU dah dekat dan takut takut mereka mereka itu akan mensabotaj parti. PRU kali ini adalah yang terpenting un BN. berita yang dipaparkan itu adalah peringatan kepada pelakunya dan diharapkan agar berubah sebelum diubah. mereka ingat perbuatan itu membantu parti dan tidak menyedari masyarakat hari ini tidak suka dikongkong.

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2013 at 8:40 PM

Ya, artikel sekadar peringatan kepada mereka yang suka berlagak 'samseng', suka memaksa orang lain dalam hal berkaitan politik - hentikanlah. Tak membantu langsung !

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2013 at 8:41 PM

@AnonymousKalau ada yg beri nasihat tu, berterimakasihlah, bukan mengata balik. Ini utk kebaikan UMNO juga. Setuju dgn Din, memang hal macam ini juga berlaku di tempat lain. Org UMNOlah yg kena lapor kat bos atasannya...

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2013 at 9:14 PM

satu artikel yang saya kira baik dan berani. bukanlah bermakna nak menjatuhkan parti tapi memberitahu dan menyedarkan mereka sahaja. oleh kerana kita sayangkan BNlah maka teguran sebegini patut diluahkan sebelum ianya menjadi cancer. mesti di ingat bahawa kempen dari mulut ke mulut lebih berkesan dan jangan dibiarkan pengundi rasa marah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 28, 2013 at 1:26 AM

Kalau aku..terus report kat najib. Ada tweeter ada FB..bgtau je..org2 canmtu la yg menhsabotaj usaha najib..so najib kena tahu..

Post a Comment