........... Mat Said Bagi 'Kek Sebiji' Pada Pas ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mat Said Bagi 'Kek Sebiji' Pada Pas !

Wednesday, January 30, 20131comments

Saya rasa tak perlu nak tambah apa2 bahan untuk KEK yang MatSaid bagi pada Pas ni...Kepada Pas, Selamat Menjamu Selera !



Pas takut bayang-bayang sendiri

KEMAMAN - Pas kelihatan takut dengan bayang sendiri bila tidak bersedia menyerahkan senarai nama calon Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk saringan.

Menyatakan demikian, Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, parti pembangkang itu memang tidak berani menentukan bersih atau tidaknya bakal calon mereka.


“Sudah menjadi sikap Pas dan pakatan pembangkang yang suka menentang prosedur termasuk berkaitan saringan oleh SPRM. Kita (Barisan Nasional) memang akur dengan saringan yang dibuat oleh SPRM kerana mahu pastikan calon kita bersih dan tidak timbul masalah kemudian, berbanding Pas,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini.


“Pas yang gemar menuduh Umno/BN terbabit rasuah, penyelewengan dan sebagainya, cepat-cepat desak dan pergi ke SPRM untuk disiasat, tetapi apabila pemimpin mereka sendiri terbabit, mereka tidak lapor pun untuk disiasat,” katanya.


Beliau mengulas keputusan Pas tidak akan menyerahkan senarai nama bakal calon mereka kepada SPRM, sebagaimana dilakukan Umno dan BN, kerana percaya semua calon mereka bersih.

Baru-baru ini, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga ini Pas berpuas hati dengan semakan dan siasatan senarai nama calon yang dibuat jawatankuasa dalaman parti itu yang telah diteliti Majlis Syura.

Share this article :

+ comments + 1 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 30, 2013 at 2:32 PM

hahaha apo bondo la. Kalau setakat nak check sendiri semua confirm tak bersalah. Bingai punya PAS!

Post a Comment