........... Listen Versi Ustaz Azhar Idrus ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Listen Versi Ustaz Azhar Idrus !

Wednesday, January 23, 201316comments


 Dari Harakah - 

 “Tu listen lain tu, dengar molek, kalu menteri tadak amal, susah di dalam kubur, dah kalu kita rakyat jelata tadak amal, lebih lagi, faham dak lagi, tu contoh,” kata pendakwah ikon anak muda, Ustaz Azhar Idrus.
Cuba klik video pendek dibawah -




Ok apa peringatan yang diberikan oleh UAI diatas. 'Menteri' yang disebut itu boleh saja mewakili SIAPA SAJA BERTARAF PEMIMPIN tanpa mengira parti, ngo atau organisasi. 

Jawatan sebagai PEMIMPIN ada tanggungjawabnya , baik kepada diri sendiri maupun kepada mereka yang dibawahnya. Jawatan itu adalah satu AMANAH.

Berapa kerat pemimpin yang sedar jawatan yang mereka pegang itu merupakan satu AMANAH yang diberikan supaya mereka dapat BERKHIDMAT kepada rakyat ?

Jawatan dan pangkat BUKAN lesen untuk mengaut harta, bukan peluang untuk memiliki rumah besar dan kereta mewah.

Begitu amanah dalam memimpin umat kejalan yang benar ...sekiranya umat berpecah belah, berprasangka negatif antara satu sama lain kesan dari apa yang diajar oleh pemimpin, maka bertambah2lah dosa yang harus dipikul pemimpin itu.

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 23, 2013 at 11:41 PM

berpusing pusing ceritanya tetap sama iaitu memberikan peringatan kepada pemimpin. persoalanya ada kah mereka mereka yang dimaksudkan itu benar benar pemimpin yang berilmu dan bertanggungjawab. bilamana diberikan peringatan hanya sebilangan pemimpin saja saya kira yang bermuhasabah sedangkan yang lainya akan membayangkan orang lain seolah olah peringatan itu tidak ada kena mengena dengan diri mereka. mereka baik dan maksum. apa pun bagi mereka yang sedar, berikanlah peringatan walau pun tidak diendahkan. pemimpin yang baik akan menganggap mereka mereka yang lain itu saperti cermin yang senantiasa akan memberikan teguran yang terbaik untuk diri mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 24, 2013 at 12:04 AM

yg aku tahu setiap dr KITA manusia ni PEMIMPIN...cuma yg membezakan pangkat, kedudukan & gelaran je.

mungkin bila sebut pemimpin, majoriti akan terpandang/teringat pemimpin kerajaan...mata terjojol ke depan, jari galak menuding orang

rupanya2 masing2 lupa utk LISTEN:
Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan kamu akan dipertanggungjawabkan terhadap orang yang di bawah pimpinan kamu; seorang pemerintah adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan terhadap rakyatnya; seorang lelaki adalah pemimpin kepada anggota keluarganya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anggota keluarganya; seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap anak-anaknya dan pimpinannya; dan khadam adalah diamanahkan terhadap harta tuannya dan akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang berada di bawah amanahnya." - [Hadis riwayat Bukhari]

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2013 at 12:07 AM

Uai memimpin kpd cramah beliau... Harap dia blh tegur sebilangan pnonton yg suka tlajak... Lawak dlm cramah blh jd penarik phatian xbg ngantuk,tp senyum dgn ketawa kecil sudah,buat apa menjerit woooo....
Amanah:setiap individu ada amanahnya,sbb tu kita ni khalifah kat muka bumi. Benda plg berat ialah amanah,tp itula yg ramai dok brebut skrg...

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2013 at 12:23 AM

Antara Kita, otakgeliga dan anon 12:07 - Anda merupakan antara pengomen2 yang baik yang menambahnilai artikel2 saya- TerimaKasih ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2013 at 3:08 AM

bro, napa tak ada ruang balas? kalau ada ruang reply, senang sikit nak balas atau nak tambah komen kawan kawan. dulu kan ada.

namun UAI memangnya crowd puller. kalaulah UAI dapat memberikan nasihat nasihat yang berguna diselit selitkan dicelah celah lawak beliau, saya fikir pendengar akan lebih tersedar. saya rasakan UAI bukan sahaja punyai peminat dari kalangan PAS sahaja, malah UMNO pun ada; yang diatas pagar tak kiralah. baguslah tu, kita bersangka baiklah sesama maknusia dan diharapkan UAI dapat melakukanya..

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2013 at 3:55 AM

Ruang balas ada masalah sikit. Masih dalam.proses baikpulih.

UAI ni saya perhatikan seperti ditarik oleh Pas dan ditolak oleh Umno. Jika anda ditempat beliau dan .mengambilkira ceramahsebagai punca pendapatan, tidakkah anda mungkin bertindak dgn cara yang sama ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2013 at 4:36 AM

mungkin ada betulnya. pada mulanya saya kira UAI berceramah saperti juga penceramah penceramah lainya. ada juga diantara UTubenya tidak memihak kepada PAS tapi kafir mengkafirnya serta bahasa tak elok yang digunakanya itu yang saya tidak boleh terima. juga disebabkan itu beliau dianggap memihak kepada PAS dan dilabel ustaz cari makan. walau bagaimana pun saya berpendapat beliaulah satu satunya ustaz yang saya kira dapat menyatukan semula akidah umat Islam dengan syarat beliau BERUBAH serta berpegang kepada prinsip ISLAM sebenarnya. mungkin saya salah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2013 at 8:47 AM

Apa ni ustaz,pemimpin umno barisan ustaz berani tegur tapi kat tuan presiden dan mursyidul am pas ustaz tak berani nak tegur pasal penggunaan kalimah Allah dan banyak hukum hukum ikut suka hati dia orang. Cuba berlaku adil ustaz, jangan nampak dosa org je....dosa puak2 terdekat kita elok di ambil perhatian jugak. Apa jahat sangat ke pemimpin umno tu yg sampai org pas benci sangat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2013 at 8:58 AM

KALAU BERCERAMAH, ADALAH AMAT MOLEK JIKA TIDAK PARTISAN. TEGUR KEDUA2 BELAH PIHAK.. JIKA ASYIK NAK TEGUR SATU PIHAK, YANG PIHAK LAWAN DI SPARE KAN..ITU BUKAN PENCERAMAH YANG CREDIBLE. MATLAMAT CERAMAH/MAJLIS ILMU ADALAH MEMBIMBING DAN MENYATUPADUKAN UMMAH..DAN KENA INGAT, PIHAK YANG SATU LAGI BUKANNYA BETUL DAN BAIK SANGAT PUN..

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2013 at 12:32 PM

Bukan nak mempertahankan UAI tapi secara logiknya saya lihat -

Soal bahasa kasar yang digunakan UAI itu adalah cara orang Terengganu bercakap. Ramai yang kata loghat Teganu ni kasar bunyinya. Tapi bila dia berceramah dikampung sendiri, langsung tidak kedengaran janggal atau kasar. Sounds normal.

Kan dah tahu yang brceramah adalah sumber mata pencarian beliau, siapa yang panggil dan bayar akan jadi majikan. Adakah penulis yang dibayar akan mengkritik majikannya ?

Cuba Umno panggil dan bayar UAI baiiiikk punyer harga untuk satu siri ceramah yang mampu buat UAI tidak perlu lagi bergantung kepada sumber Pas, saya pasti cara UAI bercakap juga akan berubah mengikut siapa majikannya !

wallahualam..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2013 at 4:33 PM

Klw kata uai cari mkn,xpala...kan kita dpt ilmu. Tp agak xsuka dberi label ustaz pas atau ustaz umno. Biarla ustaz mana2 pon,dua2 kena ada ahli agama utk dinasihati. Lg sedih skrg ni,isunya ustaz2 ni sniri yg bgaduh ssama sniri. Pnyokong lg la,dok pakat compare,cramah ustaz kami ramai,ustaz korg xramai. Mcm mn nk wujadkan kerajaan ppaduan,klw ustaz2 sniri perang kat twiter?

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2013 at 8:27 PM

Setakat 2 jerla taraf azhar idrus ni ceramah..Buat lawak utk tarik perhatian dn mula TEMBAK RAMBANG??Kenapa perlu guna MENTERI??Sebut jerla pemimpin supaya menyeluruh..Bila ada org kata ada agenda PARTISAN jgn la berdalih konon dia neutral..Kalau dia neutral takder dia g ceramah di HIMPUNAN HIJAU kt Kedah dulu..

1lg Din bab LAWAK KASAR PERKARA BIASA DLM LOGHAT GANU 2 rasanya susah nk terima kot..Kalau setakat kasar dlm loghat 2 ok..Tp dia cepat sgt kuar FATWA sesat,neraka,bodoh bengong siap sebut nama individu yg bertentangan pendapat dgn dia bagi sy dia mmg jenis melampau..

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2013 at 8:30 PM

To Live Again - Nak cari makan bro .... hari ni dah lepas, esok mungkin lepas, lusa ? minggu depan ? bulan depan ? :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2013 at 8:37 PM

Jika itulah alasan hang din..Inilah baru btl ceramah cari makan...adakah ini yg dikatakan ulama yg menggunakan agama untuk dunia? Entahlah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 25, 2013 at 8:46 AM

Salam semua,

Saya orang Ganu jati. Pasal bahasa kasar ni bukan bahasa orang Ganu, bahasa 'natang, bodo,hina orang' dan entah apa lg tu bahasa UAI jer. Ustaz-ustaz Ganu lain pun tak guna bahasa macam UAI dalam ceramah, tuh bahasa pasar. Bahasa macam tu kita guna bila bersama kawan rapat saja, dengan kawan biasa pun kita takut nak guna bahasa macam tu. Kalau guna alamat bertelur kat muka. Tak gitu Bro Din??

....................
Reply To This Comment ...................
January 25, 2013 at 2:43 PM

anon 8:46 - "Bahasa macam tu kita guna bila bersama kawan rapat saja " ...

Itulah dia... UAI berceramah macam bercakap dengan kawan rapat. Cakap mcm dah kenal lama, tidak ada protokol, main lepas bodoh jer ...

Post a Comment