........... Kunjungan Mesra Nik Aziz - Karpal Usaha Terdesak Menyelamatkan Pakatan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kunjungan Mesra Nik Aziz - Karpal Usaha Terdesak Menyelamatkan Pakatan

Monday, January 28, 20137comments

Saya nak komen cerita Mursyidul Am Pas membuat kunjungan mesra bertemu Mursyidul Agong PR.  Pas sebelum ini dihentak bertali arus oleh Karpal melalui pelbagai isu yang mencabar kredibiliti Pas dalam mempertahankan agama hingga menimbulkan keresahan dikalangan penyokong Pas, jadi saya melihat kunjungan Nik Aziz ini sebagai satu usaha terdesak MENUTUP BANGKAI dengan daun pisang, satu usaha ad-hoc bersifat sementara ... supaya dapat menunjukkan kepada semua yang Pas-Dap tidak punya masalah.


Saya syak pada awalnya Nik Aziz berkeras tidak mahu pergi tapi setelah diberitahu yang Karpal ada menyediakan kek harijadi untuknya, hati Nik Aziz jadi lembut ... beliau memang alahan dengan kek , apatah lagi kek bertulis Selamat Harijadi !


Maka bersinarlah kembali bulan didada Karpal ..........

Soal Karpal menentang Hudud, menyokong penggunaan kalimah Allah untuk digunakan dalam Bible Melayu, pendekkata menentang segalanya kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan umatnya dinegara ini ... SEMUA itu ditolak tepi oleh Nik Aziz.


Menakjubkan ... Besarnya pengaruh kuasa politik dalam mencorakkan perlakuan pemimpin. BERLAKON merupakan satu aset kepada politikus.

Kenapa Nik Aziz tidak gunakan kesempatan bertemu Karpal untuk selesaikan isu kalimah Allah ? hmmmm ... mungkin sebab kehadiran kek buat Nik Aziz tak tentu arah....

Teringat saya satu video 2 tahun lepas ucapan Cikgu Rahim MP Kota Bharu -




" ...di atas kesetiaan ...setiakawan Pakatan Rakyat, saya mencabar siapa2 saja yang hendak ambil Karpal Singh.... Over My Dead Body ! ( sambil tangan kanannya menunjuk-nunjukkan dadanya, waktu sama riuh bunyi suara dan tepukan dari para hadirin) , siapa saja ... if anyone wants to take you, i say to them This Cikgu Rahim, Over My Dead Body ! ... "

Saya rasa Karpal sendiri berkata dalam hati - Memang MENAKJUBKAN  !

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Pakcu Rantau Panjang
January 28, 2013 at 5:41 PM

Pakcu kata lagu ni...tak kan dengan sebiji kek dapat menimbus segala-galanya.....CUBAAAAAAAN.

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2013 at 5:42 PM

@Pakcu Rantau Panjang Tulaaa ....pakcu ke berfikir diluar kotak ! hehehee

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2013 at 6:19 PM

ada kah mungkin Nik Aziz bertemu Karpal untuk memaklumkan sendiri, dari mulut beliau bahawa Nasharuddin telah dipecat dari menganggotai majlis syura PAS? mungkin kah juga Nasharuddin telah digunakan oleh Nik Aziz sebagai alat tukar ganti dengan kalimah Allah, bermakna persoalan kalimah Allah tutup cerita? mungkin juga Nik Aziz berjumpa Karpal untuk mendapatkan dana PRU.

walau apa pun alasanya, saya berpendapat Nik Aziz sememangnya tidak wajar membuat kunjungan kerana ia menampakkan kekalahan dan kelemahan parti PAS yang benar benar mengharapkan DAP.

oh ya! halal ker cake hari kelahiranya itu?

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2013 at 7:06 PM

@انتارا_كيتsaya juga nampak spt Pas yang mengalah dan terpaksa ambil hati puak Dap melalui kunjungan Nik Aziz ni.

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2013 at 9:55 PM

Pas beruntung,buat apa pon pnyokong akan kata betul. Flipflop mcm mn pon setiap alasan akan dtelan bulat2. Pnyokong pas slalu kata,geng umno kuat bodek,huh,padahal muka dh penuh ludah sniri. Rsnya,menteri yg kuat mbodek dlm umno diletakkan libeliti oleh org umno,mcm rais yatim dan nazri aziz. Byk blog umno yg mhentam. Tp,bg pihak seberang, org yg kuat mbodek, yg cuba nk tegakkan benang basah dia la di angkat sbg pahlawan pr. Lg kuat bodek,lg pandai slhkan umno,dia la yg diangkat...

....................
Reply To This Comment ...................
January 28, 2013 at 9:57 PM

Najib pegi gaza diherdik,perli,dikutuk. Nik aziz pergi melawat org yg mnentang majlis syura parti dia sniri,apa crita? Amenoworld nk kek gak?

....................
Reply To This Comment ...................
January 29, 2013 at 1:00 AM

Bro Din...

Cuba tengok video nie.... Polemik Isu Kalimah Allah

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=hqCgBXYLdKo

Orang-orang Islam terutama orang-orang PR patut dengar.... Semoga Allah membuka hati-hati mereka....

Post a Comment