........... Khalid Samad - ALLAH Dalam Bible TIDAK Menimbulkan Kekeliruan Umat Islam | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Khalid Samad - ALLAH Dalam Bible TIDAK Menimbulkan Kekeliruan Umat Islam

Saturday, January 26, 20134comments


Beberapa pemimpin Pas mengkritik Jakim ekoran teks khutbah Jumaat kerana menggelar mereka yang bertegas menggunakan kalimah “Allah” untuk merujuk kepada tuhan mereka sebagai “musuh Islam”. TMI

“Langkah Jakim ini cubaan untuk mengapi-apikan sentimen benci kepada penganut Kristian.

“Sikap adu-domba mereka ini adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab,” kata Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Klik link diatas untuk baca seterusnya artikel menarik itu , saya cuma nak tumpukan pada bagian ini -

Dalam pada itu, Khalid juga berkata tidak bersetuju dengan Jakim yang mengatakan tuntutan bukan Islam untuk menggunakan kalimah “Allah” adalah bertujuan untuk mencetuskan kekeliruan dikalangan umat Islam.

“Kalau Jakim berkata demikian, maka terbuktilah Jakim yang selama ini tidak melaksanakan kerja mereka dengan baik.

“Lebih baik khutbah itu menerangkan tentang perbezaan akidah umat Islam dan bukan Islam, supaya Muslim lebih memahami tentang Islam yang sebenarnya,” ujar beliau lagi.


Tidak salah kita bersangka baik malah saya juga sering CUBA bersangka baik dalam setiap penulisan. TAPI dalam soal tuntutan kristian untuk menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Melayu, saya TIDAK DAPAT KETEMU SEBARANG SANGKAAN BAIK kecuali niat tidak baik terhadap umat Islam negara kita.



Malah saya hairan bagaimana Khalid masih boleh bersangka baik tapi waktu sama tidak boleh terima ? Maksud saya, bukankah Khalid juga sependirian dengan Majlis Syura yang mengharamkan perbuatan itu ? 

Saya harap MP Khalid dapat memberi penjelasan kenapa beliau tidak setuju penggunaan kalimah Allah dalam Bible boleh mencetuskan kekeliruan dikalangan umat Islam..... dan mungkin Khalid juga punya pandangan yang tujuannya BUKAN untuk berdakwah kepada umat Islam.

Saya juga berpendapat maksud Jakim dengan label 'musuh Islam' itu bukanlah dalam ertikata musuh yang harus diperangi tapi musuh yang seharusnya kita sebagai umat Islam mengambil sikap berwaspada dan tidak mudah percaya kepada segala kata2 mereka.

Kenapa lah pembangkang ni suka mengambil maksud secara terus .... ? dah tak pandai dah nak guna otak untuk menafsir maksud sebenar. Macam juga bidalan syaitan yang dikenali seperti yang diucap oleh Tun Mahathir. 

Tapi bila pemimpin2 Pas pula bercakap cara berkias, contohnya Nik Aziz yang sanggup terima bantuan Syaitan untuk memerangi Umno, pandai pulak beri alasan ia cuma kiasan.


Oya, dah alang2 sebut nama Khalid Samad ni, saya nak copy satu perenggan dari blog beliau tentang Amanat Hadi -

Saya telah baca berulang kali, tetapi tidak pula jumpa ayat yang mengkafirkan ahli UMNO sempertimana yang telah digembar-gemburkan! Jangan-jangan ada yang terasa kot?!

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 26, 2013 at 9:23 PM

Mereka ni expert dgn Kenyataan2 yg berbentuk provoksasi dgn tujuan utk menyakitkan hati pihak lawan mereka & kemudian apabila pihak lawan marah, mereka serang balik dgn ayat2 quran...apa kita.nk kategorikan mereka ni....busuk hati?

....................
Reply To This Comment ...................
January 27, 2013 at 12:37 AM

kategori mereka ? Ahli politik pembangkang !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2013 at 1:19 AM

Perlu baca dan sebar-

http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2013/01/saturday-lite-ungrateful-d-has-two.html?m=0

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 27, 2013 at 6:22 AM

Sebab dap yg mulakan..

Cuba bayangkan klu mca atau mic yg mulakan..confirm hujah dia ni tukar 100%..akan keluar semua alasan dan hukum yg dia sembunyikan dr pengetahuan org ramai..

Post a Comment