........... Kes Saman 100juta Anwar-KJ : Saya Tidak Faham Kenapa KJ Bersetuju Kes Ditarik Balik ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kes Saman 100juta Anwar-KJ : Saya Tidak Faham Kenapa KJ Bersetuju Kes Ditarik Balik !

Thursday, January 17, 201313comments


Dalam peperangan setiap pihak akan sentiasa berstrategi, ada strategi bersifat mengalihkan isu ( defensif ) dan ada strategi serangan. Ada juga strategi bermuslihat ( nampak macam defensif tapi sebenarnya menyerang ). Ada yang jelas boleh dibaca, ada yang kabur dan yang paling kelas strategi muslihat yang selalunya memakan masa yang panjang.

Ada strategi yang memberikan pulangan segera dan ada yang lambat tapi yang kelas adalah strategi yang memberi pulangan berterusan dalam jangkamasa panjang ....

Dan tidak ada yang lebih mahir dalam selok belok berstrategi dari orang politik kerana disitulah letaknya kemahiran mereka. 

Mukadimah diatas saya tulis kerana saya selaku orang bukan politik mengaku tidak pandai membaca strategi politikus. Apa yang berlaku didepan mata, saya akan terjemahkan menggunakan akal. Bila tidak termasuk dalam kelompok orang yang berstrategi, makanya tidak mustahil penulisan saya kadangkala tidak seiring dengan arus. 

Saya sentiasa mengikuti penulisan rakan2 bloggers dan sering saya perasan adakalanya saya keseorangan dalam memperkatakan tentang satu2 isu. Makanya saya berfikir, perkara yang saya sangkakan begitu jelas ( Obvious ) tidak semestinya sama jelas oleh yang lain, atau penilaian isu itu antara kita berbeza.

Macam isu yang menjadi perhatian saya dua hari ni iaitu kes Anwar tarik balik saman rm100juta terhadap KJ .......saya perasan cara saya menilai isu itu amat berbeza dengan bloggers lain. Ramai lebih berminat mengulas pihak mana yang MENANG bila Anwar tarik balik kes saman itu. Menang dalam konteks Penakut / Berani dan Dakwaan Benar / Salah.

First of all, memanglah Anwar SAJA yang boleh tarik balik saman sebab dia sebagai pihak yang menyaman.  Takkanlah pihak yang disaman mahu tarik balik ? ? 

Jadi keputusan nak teruskan atau nak tarik balik adalah HAK ANWAR seorang selaku plaintif. Melalui pembacaan saya telah tulis 3 artikel mengenai kes ini semalam ( KLiK, KLiK dan KLiK ). Dan apa yang saya fahamkan keputusan Anwar untuk menarik balik saman adalah bersyarat, iaitu KJ kena tarik balik kenyataannya. Dalam soal ini, KJ berkata beliau tidak tarik balik tapi mendakwa kenyataannya disalah lapor.

Dan ini adalah analisis saya -

- Kenapa perlu penarikan balik saman itu BERSYARAT ?  Sebab Anwar perlukan satu alasan yang munasabah. Dia yang menyaman jadi kalau ditarik balik tanpa alasan pastinya orang akan tertanya2 .... apa hal ? Penakut ? 

Jadi alasan itu sebenarnya tidak penting,ia cuma sekadar ALASAN. Yang lebih penting adalah KENAPA Anwar tarik balik ?

- Kenapa perlu KJ layan permintaan Anwar dengan bersetuju memberi ALASAN itu kepada Anwar ? Kalau tak layan tak boleh ? Sebab atas Anwar nak tarik balik atau nak teruskan........ Jadi KENAPA KJ LAYAN ? Sebab KJ juga tidak mahu teruskan perbicaraan .....KENAPA ?

Adakah kerana KJ tidak punya bukti yang cukup untuk menjustifikasikan dakwaan Pengkhianat dan Boneka Israel / US yang dilemparkan terhadap Anwar ? Bagaimana dengan dakwaan salah seorang saksi KJ iaitu Ezam yang mendakwa punya bukti2 itu ? KLiK  Adakah bukti2 itu tidak cukup kuat ?

- Kaitkan segalanya dengan PRU13 yang hanya menunggu masa saja ! Pemimpin Pas sendiri dah malas nak meneka tarikh PRU13 ..... No point sebab dah terlalu hampir. 

Bayangkan sekiranya perbicaraan diteruskan ..... apa yang bakal berlaku dalam mahkamah ? KJ akan kemukakan saksi2 dan bukti2 bagi memberi justifikasi dakwaan Pengkhianat yang dilemparkan terhadap Anwar.

Saya ulang - KJ akan bentangkan segala bukti2 yang UMNO ada bagi menguatkan hujah Anwar adalah Pengkhianat bangsa dan negara !

Segalanya akan dibentangkan dan kes pula punya kredibiliti mahkamah ...... SEMUA orang akan mengikuti perjalanan mahkamah, SEMUA orang baca dakwaan2 terhadap Anwar - HALLO ? TIDAKKAH ITU PENTAS CERAMAH KEMPEN PRU13 YANG TERBAIK BUAT UMNO  ? ? ?

Seharusnya Anwar TIDAK MAHU teruskan perbicaraan, tapi saya tidak faham kenapa KJ juga sepakat tidak mahu teruskan padahal Umno punya segala kelebihan jika kes diteruskan ?

Alasan Anwar mahu tumpukan perhatian kepada kempen ...... dan KJ @ Umno BERSETUJU ? ? ? Tidak masuk akal !

Alasan KJ juga sama, mahu tumpukan pada kempen ..... Halo ! Proseding mahkamah dimana segalanya dibentangkan adalah juga satu bentuk kempen, malah LEBIH EFEKTIF DAN MENYELURUH !


Nah - SIAPA YANG MENANG DAN SIAPA YANG KALAH ?


Balik kepada mukadimah diatas, saya akui mungkin saja KJ punya strategi tersendiri kenapa beliau turut bersetuju tidak mahu kes diteruskan dan saya akui apapun strategi itu, ia diluar kemampuan saya berfikir ( berdasarkan apa yang saya tahu ). Makanya saya tidak puashati !

Kalau KJ tidak layan permintaan Anwar,ie KJ tidak perlu berikan apapun alasan, percayalah Anwar akan tetap tarik balik kes berdasarkan analisis saya diatas. Menang atau kalah kes bukan lagi prioriti tapi pendedahan segala bukti2 dan maklumat dimahkamah akan memberi pukulan maut kepada Anwar @ PR.

Jadi kenapa perlu KJ BERSETUJU KES DITARIK BALIK ?

PS - Kemungkinan saya akan bertemu bloggers yang pro KJ dua tiga hari ni ( dinturtle nak tubek gi Kolumpo ! ), saya harap sesiapa dapat bertemu saya dan berikan penjelasan / pencerahan ..... saya tidak faham. Umno nak menang PRU13 ke tidak ?

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
January 17, 2013 at 2:45 PM

Mcm bro din ckp,sepak terajang politik ni sukar nk dijangka.Terdapat DUA kemungkinan munasabah di sini:

1)Mungkin betul spt kata kebanyakkan yg KJ ni mmg musang berbulu ayam yg punya perancangan sulit sejak dulu untuk menghancurkan umno dari dalam.

2)Mungkin KJ pon tahu dia akan kalah di mahkamah.Ini kerana spt yg kita tahu di mahkamah PEMBUKTIAN TANPA SEBARANG KERAGUAN adalah WAJIB, yg mana sedikit kesilapan teknikal akan menyebabkan KJ kalah dn secara tak lgsg menambah lagi rasa SIMPATI rakyat pd Nuar dn secara tak lgsg blh backfire UMNO semula.

Apapan dlm politik SEGALNYA MUNGKIN.Tp sy secara peribadi spt juga Bro Din masih prejudis pd KJ ni.Bagi sy dosa dia sekeluarga pd umno terlalu BESAR untuk dilupakan.

....................
Reply To This Comment ...................
January 17, 2013 at 4:30 PM

analisis yg sungguh kritis bro... salute!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2013 at 4:39 PM

Tu la... Berita bagitau saman ditarik balik, terus bini aku kata, lain kali jangan cakap tanpa bukti kat orang(kata kat kj). Persepsinya mangatakan si kj tu yang cakap bohong hahahaha... Memang umo n puak puak umno makin bengong.... Jahanamla macam ni

....................
Reply To This Comment ...................
January 17, 2013 at 6:14 PM

point no 2 saudara - kalah atau menang tidak seharusnya dijadikan isu sebab bila prosiding mahkamah dijadikan pentas berkempen ie. semua maklumat didedahkan dengan kesan yang maksimum dan kemungkinan kes tidak akan selesai dalam waktu terdekat ( maknanya selepas PRU ).

Lepas keputusan diumumkan, apakah penting lagi keputusan mahkamah ? 100juta ? eleh ...... :))

....................
Reply To This Comment ...................
January 17, 2013 at 6:16 PM

Ya saya terima persepsi ramai adalah KJ yang tarik balik / penakut walau apapun yang kita debatkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2013 at 6:31 PM

Kedua2nya product united mno...kedua2nya pilihan hiden hand utk hancurkan bangsa malayu...hidden hand letak mereka yg punya nafsu rakus utk agenda mereka. Bila busuk mereka dalam poket hidden hand, senang utk mereka mencatur gerak pimpinan pilihan mereka. Itulah sihir demokrasi yang menempatkan yg burul di tempat.teratas sesuatu bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2013 at 7:28 PM

bro... utk kaitkan dgn ajen asing ..nanti mungkin juga melibatkan hubungan diplomatik dgn amerika ( negara asing yg dikaitkan) itu.. urusan pembuktian ttg ajen asing ini mungkin menyusahkan biarlah isu ini dijustifikasi di luar mahkamah - jouhar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 17, 2013 at 8:04 PM

saya tertarik membaca satu artikel dari : http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2013/01/desperates-resorting-to-sabotage.html

KJ menjadi PM sebelum usia 40tahun? ada kah mungkin persefahaman dengan Anuar sudah termeterai?

....................
Reply To This Comment ...................
January 18, 2013 at 12:51 AM

bila kita bercakap tentang pengkhianat bangsa dan negara ....skopnya LUAS ! Apasaja boleh dikemukakan....

....................
Reply To This Comment ...................
January 18, 2013 at 12:52 AM

hehehehe ..... artikel yang menusuk kalbu :)

....................
Reply To This Comment ...................
January 18, 2013 at 4:27 PM

Betul apa bro ckp..Tp berdasarkan pengalaman yg lepas2,puak pencacai ni bukan nk baca kronologi kes,penghujahan pihak pendakwa & pembela,dn juga fakta penghakiman.Diaorg hnya nk tgk KEPUTUSAN.

1)Sebagai contoh dlm kes Liwat 1,Hakim jelas menyebut LIWAT BERLAKU cuma keraguan teknikal spt tarik dn masa yg tidak konsisten menyebabkan nuar DIBEBASKAN.Maka menjeritlah pencacai mengatakan KONSPIRASI JAHAT UMNO TELAH TERBONGKAR.ANWAR TAK BERSALAH! MAHATHIR ZALIM bla bla bla..

2)Kita tgk plak dlm Liwat 2,terang2 DNA lelaki Y adalah matching dgn DNA yg dijumpai pd sampel rambut,berus gigi tuala dll.Dikatanya itu adalah KEZALIMAN UMNO KERANA MENGAMBIL SAMPEL TANPA KEBENARAN.Bila diminta memberi sampel secara SUKARELA supaya KEADILAN DAPAT DITEGAKKAN,maka dia plak kata nnti sample itu akan DIMANIPULASI OLEH UMNO UTK MENGHALANG DIA JD PM.Maka hakim pon TERPAKSA MEMBEBASKAN dia sbb tiada bukti yg JELAS.Maka menjerit la penacacai mengatakan UMNO TERLALU TAKUT PD NUAR.INI KONSPIRASI JAHAT UMNO.

3)Kes kekalahan umno Selangor dlm menyaman Mustapa Ali dlm isu DUMC.UMNO kalah hnya kerana salah SOP yg hanya membenarkan S/ AGUNG menyaman bagi pihak pertubuhan, itu pon penacaci percaya yg MEMANG UMNO TERLIBAT DLM KES DUMC.

Contoh2 di atas bukan sahaja jd bakfire pd umno tetapi jugak memberi laba politik pd pembangkang hasil dari simpati golongan atas pagar yg mgkin kurang memahami isu pokok yg berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
January 18, 2013 at 8:05 PM

Individu tersebut diyakini ada kaitan secara sedar atau tak sedar masa era pak nya, melalui media primum n tv tree menyerang habis2an khir toyo n samy vellu beberapa tahun sebelum pru.Malah tun m juga sipi2 kena...transparent kut namanya..

....................
Reply To This Comment ...................
January 18, 2013 at 8:39 PM

Jika nak bercakap hal pengkhianat AGAMA n bangsa, ada sekumpulan drpd mereka sedang bertenggek dalam umno dan barisan blogger umno pula diprogramkan untuk mempromosi dan membela mereka yg sedang memperjuangkan cara kumpulan mereka..

Post a Comment