........... Kes Edar Bible Kepada Pelajar Penang - Bukti Sudah Ada, Dakwa Saja ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kes Edar Bible Kepada Pelajar Penang - Bukti Sudah Ada, Dakwa Saja !

Thursday, January 24, 20136comments


Tahniah kepada pihak Polis yang pantas menyiasat kes Bible Melayu DiEdar Kepada Pelajar Penang, hari ni Polis tampil menyatakan -

GEORGETOWN - Polis mengesahkan semua Bible yang dirampas dicetak dalam Bahasa Inggeris dan tidak mengandungi kalimah ALLAH seperti yang didakwa.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, setakat ini, lima naskah Bible diserahkan kepada polis dan langsung tidak mengandungi kalimah ALLAH atau sebarang terjemahan Bahasa Melayu atau Jawi.


Beliau berkata, tujuh laporan polis diterima dalam kes ini iaitu empat laporan daripada pelajar sekolah yang berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun dan selebihnya daripada orang awam.


“Sebanyak 17 rakaman percakapan dibuat bagi membantu siasatan. Siasatan awal mendapati, Bible itu ditulis dalam Bahasa Inggeris dan tiada kalimah ALLAH,”


 Menurutnya, lima naskah Bible itu bersaiz poket, berwarna biru dan mengandungi 633 muka surat.
 
“Di muka depan tertulis ‘New Testament Psalms Proverb’. Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Hari ini (semalam), beberapa arahan lanjut diterima untuk melengkapkan kertas siasatan,” katanya.


Abdul Rahim berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati, prejudis berdasarkan agama
SINAR


Dua Komen saya -

1 - Perlu diingat, adalah menjadi satu kesalahan jika ada usaha mengembangkan agama selain Islam kepada orang Islam dinegara ini. Bible Melayu bukan satu2nya isu dalam kes ini. Bukankah 5 bible bersaiz poket itu merupakan BUKTI yang boleh didakwa mengikut undang2 sedia ada ? 

Undang2 dah ada ..... NAK KUATKUASAKAN ATAU TIDAK ?

2 - Boleh pulak orang Kristian gunakan Bible omputeh yang TIDAK ADA kalimah Allah ! 

Selama ini itu yang mereka gunakan .... jadi kalau nak buat Bible Melayu, terjemah sajalah dan kekalkan nama Tuhan sebagaimana yang ada dalam Bible omputeh tu.

Jika ia boleh diterjemahkan bermakna ia adalah satu gantinama. Nama Khas kekal dalam apajua bahasa.

Jika Bible Omputeh sudah lama menggunakan Allah sebagai Tuhan mereka maka bolehlah dikatakan itu sebagai Nama Khas dan nama itu kekal dalam apajua terjemahan bahasa. Seperti contoh nama Ahmad, terjemahlah ayat yang mengandungi nama Ahmad itu dalam bahasa apapun, ia tetap akan menggunakan nama Ahmad sebab ia Nama Khas yang tidak boleh digantikan.

ALLAH adalah Nama Khas bagi Tuhan agama Islam dan tidak boleh diterjemah. TUHAN adalah gantinama yang boleh diterjemah.

Jelas disini tuntutan Tokong Lim Guan Eng yang menjadi proksi pihak gereja yang mahukan keizinan menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible Melayu punya maksud tersirat yang semua orang tahu tapi tak mungkin mereka akui - Untuk menyenangkan kerja2 mengembangkan agama Kristian dikalangan orang Islam.

Daripada tidak ada kalimah ALLAH dalam Bible, hendak di adakan dan mereka bermati2an mahu menggunakannya dalam versi Bible Melayu - tidakkah itu sudah menunjukkan satu niat untuk SALAHGUNA kalimah Allah ? 

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2013 at 4:44 PM

Saya juga pbaca blog pebangkang. Dlm isu ni,ada gak blog yg cuba nk spin bg salah umno dan tabik sring kat lge. Alasan lim guan eng saja nk provok supaya rakyat tau,ada bible kat borneo guna kalimah Allah. Blog mana sy dh xingat. Cuma sedih la,penulis blog tu blh trima alasan lge cam gitu.

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2013 at 5:22 PM

Anon 4:44- kalau dah pendirian ABU, apa nak diherankan. Agama pun mereka tolak tepi janji ABU

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2013 at 7:09 PM

oleh kerana PAS adalah didalam Pakatan, sepatutnyalah mereka menerangkan kepada DAP berkenaan Allah. Allah pada dzat, sifat asma' dan af'alnya. saya kira jika itulah yang telah diterang dan diturapkan kepada mereka, rasanya perebutan kalimat harus tidak berlaku. PAS punyai ramai ilmuan agama dan majlis syura sepatutnya digunakan untuk penyusunan program program pendakwahan. mungkin ada suara suara sumabang akan bertanya kenapa UMNO tak buat. saya berpendapat didalam BN tidak timbul perkara perkara saperti ini iaitu mencabar hak anutan agama ....... (melainkan hak keistimewaan bangsa????)

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2013 at 7:23 PM

antara kita - seingat sayalah, bukankah pemimpin2 Pas pernah canangkan di pentas2 ceramah bagaimana mereka telah mula berdakwah kepada Dap dan kesannya Dap sudah mula memahami Islam ?

:))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 24, 2013 at 8:35 PM

Nah..kepada pencacai2 pr yg sokong perkongsian kalimah Allah..tak nampak2 lagi ke? Sekejap je Allah dah tunjukkan bahawa gerakan memurtadkan umat Islam mmg sdg berjalan. Itu masih guna bible asal tu. Bayangkan jika bible bahasa Melayu serta ada kalimah Allah..apa akan jadi? Masih tak nak terima hakikat ke? Masih nak jadi bahlol? Kalau nak bahlol dan murtad pun..biarlah keturunan korang je yg kena. Semoga dijauhkan dari keturunan kami yang tidak menyokong perkongsian itu. Amiiiin

....................
Reply To This Comment ...................
January 24, 2013 at 9:04 PM

anon 8:35 - pembangkang suka bercakap dalam bentuk UMUM. Benda depan mata mereka buat2 tak nampak. Jarang mereka mahu sentuh insiden2 spesifik melainkan bercakap secara UMUM terus ...

Post a Comment