........... Kes Anwar Tarik Balik Saman KJ RM100Juta - Siapa Yang Tipu, Anwar ATAU KJ ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kes Anwar Tarik Balik Saman KJ RM100Juta - Siapa Yang Tipu, Anwar ATAU KJ ?

Wednesday, January 16, 201312comments


Pagi tadi di Mahkamah Tinggi KL, kes saman RM100juta Anwar terhadap KJ dikatakan telah mencapai penyelesaian luar mahkamah.

Dari Sinar -

Sementara itu, Anwar dalam mesej Twitter berkata, beliau berpuas hati dengan tindakan Khairy menarik balik kenyataan fitnah ke atasnya, yang dikeluarkan lima tahun lalu.

"Mahkamah: saman saya terhadap Khairy kerana menuduh saya boneka Amerika; Israel dan pengkhianat Melayu (ucapan beliau 07 sebagai bukti).

"Pagi tadi di mahkamah beliau menafikan beliau pernah membuat tuduhan tersebut. Saya berpuas hati dengan penarikan balik fitnah jahat beliau," katanya kira-kira jam 11.20 pagi tadi.

 Sinar melaporkan - Anwar tarik balik samannya kerana KJ menarik balik dakwaannya.

Sementara di Agendadaily pula -

Namun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu pagi ini bahawa Anwar ingin menarik balik saman malu tersebut tanpa kos.

Khairy yang dihubungi Agendadaily mengesahkan perkara tersebut dan mengatakan bahawa tiada permohonan maaf yang dibuat oleh pihaknya.

"(Anwar) Minta saya kata saya tidak cakap apa yang dilaporkan dalam berita,"
Agendadaily melaporkan - KJ dakwa tidak ada sebarang permohonan maaf

Bloggers pembangkang ramai yang memetik berita Keadilandaily yang mengiktiraf keputusan itu sebagai Suatu kemenangan besar kepada Pakatan Rakyat .

Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.

“Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati,” kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…,” seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut.


Keputusannya tetap sama iaitu Saman RM100juta itu ditarik balik tapi terdapat perbezaan BESAR antara kedua versi diatas. 

Kedua2nya melaporkan yang KJ tarik balik kenyataannya cuma perbezaannya adalah - KJ dakwa Anwar yang minta beliau  tidak cakap apa yang dilaporkan dalam berita .

NI LAKONAN APA NI ? SIAPA YANG BERLAKON ? ANWAR ATAU KJ ?

Amat besar perbezaan kedua versi itu dari segi ASASnya. Salah seorang ternyata MENIPU. 

Apakah akan dibiarkan saja keadaan begitu ? Anwar dan pembangkang akan menjaja keseluruh negara bagaimana seorang pemimpin Umno MENARIK BALIK dakwaan yang mengatakan Anwar sebagai boneka Israel ? Sedangkan cerita ( dakwaan ) itu banyak kali kita boleh baca dimedia pro Umno .... jadi rakyat yang mendengar akan beranggapan UMNO SEBAGAI PENIPU ?

WAKTU SAMA pula, KJ dan Pemuda Umno akan menjaja cerita bagaimana Anwar TAKUT untuk meneruskan kes saman RM100jutanya kerana ia BENAR ?

APA NI ? Apakah rakyat mahu diPERBODOHKAN ? Siapa yang bercakap benar antara Anwar dan KJ ?


PS - Sebagai seorang atas pagar, saya melihat kes ini lebih berat memihak kepada Anwar ! Sebabnya - Kalau betul dakwaan KJ, kenapa perlu KJ ikut cakap Anwar supaya menafikan beliau pernah mengucapkan kata2 yang didakwa Anwar sebagai fitnah itu ?

Jadi bagi saya, KJ yang harus bertindak memperbetulkan persepsi supaya VERSI nya diterima sebagai yang benar. 

PS2 - Tambahan - Saya katakan begitu sebab disebalik kenyataan Anwar, ia juga berupa satu bentuk fitnah terhadap KJ

Maaf, PEMBETULAN - Bila saya baca balik, Kj hanya menyatakan permintaan Anwar tapi ia tidak menyatakan apakah KJ ikut atau tidak permintaan itu.

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2013 at 1:55 PM

tengok lah nanti...KJ tu salah seorang yg akan lompat ke pembangkang kalau dia menang pilihanraya dan BN menang majoriti kurang dari 10 undi....memang x boleh percaya orang ni....suka jadi pelakun tambahan.

....................
Reply To This Comment ...................
January 16, 2013 at 2:06 PM

Tambah lagi -

Antara Sinar dan Agendadaily, lebih ramai yang baca Sinar.

Jadi ada baiknya KJ buat satu PC dengan semua media arus perdana dan perbetulkan VERSI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2013 at 2:19 PM

emm.... KJ kene saman anwar semula kerana memfitnahnya mohon maaf.... saman 1 bilion....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2013 at 2:21 PM

setau aku kalau KJ mohon maaf, itu lah modal terbaikkk utk anwar teruskan saman dia. anwar mana pernah bagi chance pada isu yg menyebelahi dia?? pikir2kan ....

....................
Reply To This Comment ...................
January 16, 2013 at 2:43 PM

Salam Din,

Anwar said, "It's time to play the game."

KJ reply, "It's on bebeh!"

Who's playing who?

....................
Reply To This Comment ...................
January 16, 2013 at 3:00 PM

Orang osford cakap 'bebeh' ? :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2013 at 3:05 PM

kj: dulu aku dah tolong hang keluar dari penjara dan bagi pasport tak kan le tak boleh settle.

nuar: ok janji hang tarik balik.

....................
Reply To This Comment ...................
January 16, 2013 at 3:05 PM

Kalau boleh saya tak naklah rakyat diheret dengan satu lagi DEBAT kalau begitu, kalau begini .....

Baik KJ buat PC panggil semua media termasuk TV dan kata ANWAR PENIPU ! Dari situ KJ dah baling bola kekaki Anwar. Atas Anwar pula nak jawab atau saman balik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2013 at 3:32 PM

hahah..kalu ketua pemuda pun kaki fitnah..bloger n pencacai lain lagi la..yg pengikut plak angguk2 je...hahahah..ke ahli umno dh kena main?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2013 at 3:34 PM

BIASALAH...POLITICIAN.. WHAT DO YOU EXPECT BRO DIN? ACCEPT THE FACT LAH.. SPINNING THE FACTS IS THEIR TALENT..WE RAKYAT MARHAEN WONT BE ABLE TO CHALLENGE THEM IN THIS..HEHE

....................
Reply To This Comment ...................
January 16, 2013 at 4:11 PM

Bagaimana kalau KETUA PAKATAN RAKYAT yang kaki fitnah ?

Nah, nampak kan kalau kes dibiarkan tanpa sebarang tindakan..... semua akan main tuduh2.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 16, 2013 at 7:07 PM

Banyak blog2 pakatan sudah mula spin Anwar menang kes sebab KJ tarik balik kenyataan.

Bagus lah kJ, sama ada anda dungu, didunggukan atau sepakat berdinggu.

Post a Comment