........... Kelab WE LOVE PM ? ? Dutanya Pula ..... ? ? ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kelab WE LOVE PM ? ? Dutanya Pula ..... ? ? !

Friday, January 4, 201315comments

Berita ni remeh jer ..... tapi tengah malam buta ni, berita remeh lah yang dicari. Lagipun ada satu perkara remeh yang dah lama saya nak komen tapi tak tertulis dek sebab keremehannya. Kebetulan terbaca berita remeh ni, tahap keremehannya naik setingkat dan sekarang saya nak tulisla .....

Ingat lagi cerita budak genius Pelajar Terbaik SPM 2004 yang awal tahun lepas mencetuskan satu lagi sensasi cuma waktu itu dalam bentuk negatif ...


Nak refresh balik cerita lama tu - KLiK

TERBARU Amalina dilantik sebagai DUTA pendidikan Kelab 'We Love PM' bagi sektor luarnegara.



Berita penuh di - mynewshub

OK, apa gossip saya malam ni ?

Pertama - Dah takde calon lain ke yang mahu dijadikan DUTA atau IKON Kelab WE LOVE PM ? Tak kiralah untuk bahagian Pendidikan sekalipun.

Nak tak nak bila ditubuhkan sebuah kelab yang bernama WE LOVE PM, ia akan dipolitikkan. Samalah seperti kalau menjadi calon PRU, pastinya calon yang dipilih ....seperti kata Najib, seorang Winnable Candidate yang harus memenuhi pelbagai kriteria dan merupakan yang Terbaik dari yang Baik.

Adakah Amalina merupakan orangnya ?

Well..... mungkin pihak yang memilihnya punya sebab2 mereka yang tersendiri. Tapi kalau sayalah, antara kriteria utama adalah calon mesti bebas dari kontroversi. Lainlah kalau dah memang takde orang lain yang lebih baik ...

Kedua ..... haaaaaa, yang ni sensitif sikit. APAKEBENDANYA KELAB WE LOVE PM ? ? ?

 Perlu ke kelab yang bernama seumpama itu ? Aktivitinya saya tak tahulah, saya mahu bersangka baik jadi saya tidak akan persoalkan. Tapi NAMA KELAB itu yang saya musyhkil ....

RAMAInya manusia KAKI BODEK NAJIB dalam Malaysia ni,  ek ?

Bukankah kata2 keramat seperti - Pemimpin tak penting, PARTI lebih penting ! atau Saya berkhidmat untuk PARTI ! - selalu diperkatakan oleh pemimpin2 kita. Mungkin Najib sendiri pernah ucap.

Walaupun namanya We Love PM tapi siapapun tahu PM itu merujuk kepada siapa. 

Kalau kata keahlian terbuka, tak semestinya Melayu..... kenapa tidak KELAB WE LOVE MALAYSIA saja ? Semaikan semangat cintakan patriotisma dan perpaduan dikalangan pelajar dan semua yang berada diluarnegara...... TANPA mengira parti atau kaum. 

NEGARA diDAHULUkan .... bukannya PM ! 

Maaflah, tapi dari PM yang pertama hinggalah yang ke6 ni, Najiblah yang paling dambakan perhatian. Atau mungkin Najiblah yang didambakan oleh rakyat ?

OKlah, Oklah ...... Najiblah yang TERBAIK ! Dah alang2 tuh, apakata tubuh satu lagi kelab ..... hehehehehe , ni LAGI GLAMER dari Najib. Saya tak perlu sebut nama pun SEMUA orang dah tahu siapa hehehehehe ...... 

Point utama saya - AGAK-AGAK LAH ...... Wasatiah lah sikit waima nak bodek sekalipun !

PS - Sebagai perbandingan, cuba kalau ada Kelab Saya Sayang Mursyidul Am, anda rasa apa ? Ke dah ada ? ? ? 

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2013 at 5:01 AM

salam bro...saya pun setuju jugak..terkedu sikit pemilihan duta mereka ni...dah takde lagi ke pelajar BN yang cerdik kat negara luar tu? huhu

....................
Reply To This Comment ...................
January 4, 2013 at 8:12 AM

AsSalam Din..ni salah penasihat2 DSN yang nak bodek dia..kenapalah buat DSN macam budak2..memalukan.
Time for DSN to delete adviser2 dia yang menambah pening dia..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2013 at 8:13 AM

Kalau tengok dalam rancangan Nona haritu, memang pencapaian Amalina begitu membanggakan. Dari segi pencapaian akademik, dia boleh menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar Melayu. Memang intelligent budak ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2013 at 8:21 AM

Pulok dah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2013 at 8:27 AM

tu laaa..

bodek tahap gaban betul. aku yg penyokong BN ni pun meluat.

Kelab Sayang Malaysia, Kelab Patriotisme, Kelab Cintai Keamanan, Kelab Kecemerlangan Untuk Anak Malaysia, Kelab Anti LGBT bla bla bla atau yg seumpama dgnnya lebih menyeluruh berbanding LOVING SEORANG INDIVIDU. waima seorang PM sekalipun.. isu2 camni pasti akan dipolitikkan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2013 at 8:34 AM

Askm.. Hahah memang terbaik, bodek nak jadi calom pru hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
January 4, 2013 at 8:54 AM

zarina anjoulie lebih layak aku rasa...

....................
Reply To This Comment ...................
January 4, 2013 at 10:15 AM

Pelajar TERBAIK bukan hanya diukur dari pencapaian akademik semata2.

....................
Reply To This Comment ...................
January 4, 2013 at 10:17 AM

Welll .... AhJibGor Fan Club yang Najib sendiri lancarkan ?

....................
Reply To This Comment ...................
January 4, 2013 at 10:18 AM

TIDAK DINAFIKAN Keintelligentsia nya !

....................
Reply To This Comment ...................
January 4, 2013 at 10:20 AM

Benda2 macam ni buat rakyat terfikir, denyut nadi rakyat yang jenis macam mana yang Najib nak dengar ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2013 at 10:36 AM

Najib nak jadi macam Nik Aziz, melahirkan penyokong taksub, supaya jawatan hari ini sukar diganggu gugat. aku lihat Najib adalah PM yang tersangat teruk, individu yang mengejar nama dan glamour, dah sama ngan Rosmah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2013 at 10:40 AM

yang kena bodek pun makin besar kepalanya. lepas PRU ni, kalau BN masih berkuasa, Najib kena ujudkan satu kementerian BODEK MEMBODEK. calon menterinya pun dah ada.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2013 at 7:16 PM

salam,

rasa geram bila baca ni. dulu ada we love pak lah. lepas pru12, habis lari org yg love pak lah. ni ada lagi yg guna silat tahap bodek yg tertinggi sekali ilmunya. nampak gayanya, pru13, ah jib gor dan rosmah boleh balik pekan kot. tak sempat la nak diwajibkan semua pejabat kerajaan kena beli 1buku rosmah 1malaysia bodek ah jib gor didahulukan. memang punahsihat ah jib gor dan pak lah orang yg sama pasal guna ilmu silat yg sama. memang nak termuntah dan tercirit bila ada kelab ni.

pasal ikon, kira mereka hanya fikir untuk bebudak yang bukan beragama islam dan untuk orang yg beragama islam tetapi kurang mengamalkannya. kalu yg mengamalkannya, amalina sekarang ni, kurang diminati la oleh ibu bapa nak buat contoh. takutttt ... kita kurang liberal bab agama ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 4, 2013 at 7:19 PM

yang jenis mengampu jilat punggung mungkin diutamakan didahulukan.

Post a Comment