........... Karpal Mahu Murtadkan Orang Pas Secara Pukal ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Karpal Mahu Murtadkan Orang Pas Secara Pukal !

Monday, January 21, 20137comments

Mursyidul Agung PR
Pemimpin2 Pas suka menghukum mereka yang tidak sehaluan dengan pelbagai hukuman yang berat2 .... Hukum Makruh2 diorang tak main la, terus ke Hukum Haram jer. Tapi kalau anda perhatikan, selalunya Hukum sebegitu jarang mahu disebut secara direct. Mereka akan pusing2 dulu dan dibiarkan minda kita yang kaitkan.

Contohnya, bila kita dakwa Pas menghukum orang Umno kafir, mereka akan melenting - Mana ada ? ? ? Bila kita rujuk kepada kenyataan2 pemimpin Pas, mereka akan jawab, Diorang cuma cakap kerajaan yang menolak hukum Allah dan memilih hukum ciptaan manusia adalah mereka yang telah murtad kerana telah menyegutukan Allah.

Kenapa, Umno terasa ker ? ( haaaa ....yang ini memang diorang suka sangat nak sebut ! ) 

Pemimpin2 Pas sebenarnya bukan tidak sedar akan pemahaman secara mudah penyokong2 mereka malah sememangnya itulah persepsi yang mereka mahu timbulkan dalam pemikiran. 

Seperti juga Hadi yang tidak mengaku ada mengkafirkan Umno melalui Amanatnya, malah sanggup mencabar sesiapa yang dapat berikan bukti yang beliau ada menyebut secara direct bahawa Umno itu kafir .... secara direct memanglah tidak ada ( contohnya Umno itu Kafir, Umno itu Haram ) tapi tanyalah siapapun terutama orang Pas yang terlibat dalam perkara2 mungkar seperti sembahyang dua imam dll, pemahaman yang mereka dapat dari Amanat Hadi adalah Umno itu Kafir !

Kepimpinan Pas sedar akan perkara ini dan telah membiarkan pemahaman itu bersarang dalam minda penyokong2 mereka selama 32 tahun ! Tapi kalau ditanya Hadi, pasti akan disoalnya kembali - Mana ada ? ? !

Menggunakan cara pusing yang sama, KAITKAN dua kenyataan ini dan apa pemahaman yang anda dapat -

Karpal - "Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini,” ( supaya kalimah Allah dibenar diterjemahkan menggantikan Tuhan kristian dalam Bible Melayu )
.

Haron Din - “Dalam Islam, Allah adalah Esa (satu). Kalau ada yang menyekutukan Allah dengan Triniti, maka berlakulah syirik yang membawa kepada kufur. Kalau kita reda dengan yang kufur, kita jatuh kufur sama,” 

Salahkah kalau kita KAIT dan SAMAkan kenyataan Karpal sebagai MENGGESA ORANG PAS SUPAYA MURTAD .... SECARA BORONG SEKALIGUS ! ?

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2013 at 8:06 PM

Hardy bawang adalah munafik!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2013 at 9:01 PM

payah sangatlah nak dilayankan puak puak PAS ni. saya yakin mereka bukan tak faham tetapi saja seolah olah menyakitkan hati. saya yakin juga mereka faham akan hukum, tetapi dek kerana nafsu besar mereka nak mentadbir negara konon, hukum allah diketepikan. hukum akan digunapakai kiranya hasrat mereka ke Putrajaya terlaksana (konon). calang calang ker orang macam Hadi kalau kita katakan tak faham hukum? Nik Aziz pulak apa kurangnya. Majlis syura pun dua kali lima dan sepatutnya menegur perkara perkara yang tidak berketepatan dengan agama. dulu kata politik dan agama tak boleh dipisahkan, tapi sekarang ni boleh pulak berpesan kepada pencacai iaitu kalau berkaitan politik, ikut presiden dan kalau bersentuhan dengan agama ikut majlis syura. semoga Allah berikan petunjuk dan membuka hijab mereka mereka semua, insya Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2013 at 9:46 PM

Tg hadi,mohon pencerahan.... Kafir xpas bgabung dgn org yg melawan majlis shura pas?karpal dh tentu,azmin mcm mn?dh hilang gigi ke nk garang2 dgn azmin?atau nk mintak 1jam siaran lgsg nk marahkan azmin dan karpal,atau jd pm dl br blh mrh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2013 at 10:37 PM

Tp blogger tk perasan ke yg bnyk memurtad kn org2 Melayu ada lh UMNO sendiri.Cuba tengok kata2 mrk dlm fb atau blog.Mempertikai kn Al Quran,memperlekeh dn menghina sunah Rasul.Pernah TGNA di sama kn dgn khinzir krn minum air dr dlm pinggan slps makan,Padahal itu ada lh sunah nabi.Cuba blogger tolong beritahu,masih Islam lg ke org se begini.Sehebat mana pun kita beribadat jika tidak mendapat keampunan dr org yg kita sakiti dn aniaya,tk kn kmana pergi ny kita.Ke neraka juga lh tmpt ny.

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2013 at 1:04 AM

anon 10:37 - orang biasa yang hendak dijadikan contoh ? Kalau contoh itu, memanglah dia bodoh.

Tapi komen saudara seperti mengakui ADA perkara yang sama dipihak Pas ... kan ? Saya tidak ada masalah nak hentam siapapun baik Pas maupun Umno kalau ternyata mereka melakukan kesalahan.

Saya bukan Umno :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2013 at 7:11 AM

Mohon pencerahan, kata umno yg mmurtadkan melayu? Adakah klw ada blog umno buat mcm tu,anda ckp umno yg yg mmurtadkan melayu? Aku sniri pon xstuju politik yg mcm tu. Abis,klw tok arab yg xkenal umno klw tgk gambar tu blh assume,semua org malaysia menyamakan tgna dgn babi? Jgn kesalahan individu jdkan point nk slhkan 1puak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2013 at 10:48 AM

Anon 10:37,

Ulama itu pewaris para nabi, tetapi tidak sesekali ulama itu bersifat maksum. Ulama itu wajar dihormati, tetapi jgn sesekaki membiarkan sifat taksub mengatasi dari penghormatan.

Sifat taksub merencatkan pemikiran, sebagaimana kita meng'iya'kan penghinaan kepada pemimpin negara tetapi melenting bila ulama kesayangan kita ditegur. Apakah ulama tidak boleh ditegur? Benar akhlak islam melarang sama sekali kita menyamakan sesuatu kpd perkara2 yg buruk, ianya terpakai kepada semua orang - ulama & bukan ulama.

Tetapi bagaimana golongan para ustaz & lebai yang bergelar golongan ulama melempar penghinaan kepada pemimpin negara di pentas2 ceramah dgn gelaran dan tuduhan yang bukan2? Apakah mereka ini tidak boleh ditegur? Sehingga kadang2 penghinaan yg dilemparkan mendedahkan kembali keaiban dan kedangkalan hujah yg mereka sangkakan andil yg ampuh.

Sebagaimana seorang menghina Tun Dr Mahathir sebagai mamak kutty tetapi diri sendiri pun sebebarnya berketurunan mamak chetty. :),,

Post a Comment