........... Kalimah ALLAH - Tak Betul, Salah, Mengarut ....Tapi Boleh Guna ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah ALLAH - Tak Betul, Salah, Mengarut ....Tapi Boleh Guna ?

Tuesday, January 15, 20132comments

Saya ingin membuat sedikit komen berkaitan kenyataan Nik Aziz semalam mengenai isu kalimah ALLAH ( KLiK ) Bagi saya apa yang disebut oleh Nik Aziz tidak salah, betul belaka ....... beliau dianggap sebagai ulama oleh penyokongnya maka kenyataannya yang bersifat pandangan seorang ulama harus di respek.

Cuma saya lihat kenyataan Nik Aziz itu masih bersifat UMUM dan akan diterjemah dalam pelbagai rupa bagi menyokong pandangan yang berbeza. Orang Pas akan memuji Nik Aziz sebagai konsisten dalam mempertahankan maruah Islam sementara orang kafir Dap juga akan memuji kenyataan yang sama sebagai menghormati pendirian mereka mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible Melayu !

Perbuatan orang kafir yang mahu menggunakan kalimah Allah disifatkan oleh Nik Aziz sebagai TAK BETUL, SALAH, MENGARUT .....bagian ini akan disorak takbir oleh orang Pas sebagai satu pendirian yang tegas dan konsisten, puji2an akan datang bertali arus mengangkat Nik Aziz sebagai ulama yang sebenar ulama, berani dan beristiqomah ....... TAPI ...

Nak guna boleh tapi SALAH.


Dia nak kata, boleh. Kami nak larang macamana ? Dia nak sebut ... tapi tak betul. 


Nah, bagian ini akan dijulang oleh Dap dan puak gereja sebagai MENGHORMATI / TIDAK MELARANG hak mereka mahu menggunakan kalimah Allah sebagai gantian nama Tuhan mereka ! Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju.

Kami TIDAK BERSETUJU pendirian anda tapi kami BERSETUJU untuk menghormati pendirian anda.... maka kami tidak akan melarang anda teruskan niat anda ... walaupun kami tidak menyokong.

Apakah begitu yang dimaksudkan oleh Nik Aziz ? Jika iya, maka Nik Aziz tidak lebih hanyalah seorang Ulama Politik ! Dakwaan yang sering beliau dan Pas berikan kepada semua ulama bukan Pas yang tidak menyokong pendirian mereka, terkena kepada diri mereka sendiri. Ulama Playsafe !

Tujuan utama disebalik penggunaan nama ALLAH dalam alKitab dan sebarang media mereka adalah untuk berdakwah kepada orang Islam ( dalam katalain - memurtadkan orang Islam ). Hanya mereka yang HIPOKRIT saja tidak mahu mengakui perkara ini walaupun dalam hati mereka akur. Semuanya kerana mengejar kepentingan politik.

Tak perlu lah nak huraikan lagi isu penggunaan kalimah ALLAH ini, saya percaya semua orang pun tahu segala hujah2 yand ada kecuali ada hujah baru yang belum diperdengarkan oleh sesiapa pun. Apa yang kita ingin tahu adalah dalam konteks penggunaan nama ALLAH oleh pihak Kristian dalam Bible Melayu atau alKitab -

Di LARANG atau Di BENARkan ?

Tertakluk pada penguatkuasaan undang2 ( Jelas dan Tegas ) atau bebas berdasarkan tanggungjawab Moral ( Kabur dan berdasarkan tafsiran masing2 )

Kita sudah punya Enakmen Syariah yang digubal khusus bagi menangani masalah ini, maknanya isu ini sudahpun diperdebatkan oleh para ulama kita dan keputusan sudahpun disepakati. 

Apa yang perlu Nik Aziz dan kepimpinan Pas nyatakan cuma - SETUJU ATAU TIDAK. Itu saja. 

Tidak perlu menuding jari menyalahkan pihak lain. Jika Pas dakwa Umno sendiri gagal menjaga nama ALLAH dari disalahgunakan oleh orang kafir, apakah Pas juga mahu turut sama dilihat gagal ? Apakah Pas SAMA dengan Umno ?

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2013 at 11:48 AM

Kalu sama yg mana jantan yg mana betina?? O.o

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 15, 2013 at 7:22 PM

pas mmg suka mengarut.

seingat saya isu sebenar pasal penggunaan kalimah Allah dlm bible menggantikan jesus dlm versi bm. lepas tu derang pegi melalut pasal apa salahnya guna kalimah Allah oleh bukan islam, sape yg persoal bukan islam ckp Allah? kalau derang sebut kita boleh buat apa? kalau derang hina lain la. maka keluar la segala hadith tafsiran betapa bolehnya bukan islam nk sebut Allah, sampai keluar negaraku dan sebagainya, kalau itu isu sebenar hanya bab menyebut memang la barangkali boleh(wallahualam). tp yg focusnya yg ditentang adalah menggunakan nama Allah dlm bible.

sama la bila ckp pasal hak melayu derang pegi melalut pasal Allah x membezakan sape2 melainkan iman, sape yg ckp pasal iman ? focusnya pada hak.

ini la cth pas mempergunakan islam. bila berhadapan isu sebenar, kebetulan kerajaan tackle dgn betul, maka derang xde pilihan lain, pantang sependapat mesti bertentangan maka derang pn cuba melawan, tp x boleh lwn sbb bende tu mmg dh betul, maka diselewengkan isu, kene sipi2 tempias, ade sebut nama Allah pn jadi. nk buktikan derang betul now boleh la pakai hadiths kitab semua. bila tanya isu sebenar kelam kabut. ceramah 3 jam 1 minit pn x sebut isu sebenar.

inilah akibat bila dh nafsu membenci jadi tuhan derang, dilihat sependapat pn x boleh hatta pasal akidah ummah sendiri. apalagi kalau bukan assabiyah perangai derang ni. berpuak2 biar sampai ke tahap extreme. call urself ulama, pewaris nabi, parti islam?, boleh blah!

now lepas ahli protest baru gelabah keluar pulak kata x boleh. boleh la hadi pegi book flight pegi africa lagi kali ni.

ps: pasal nik aziz, Allah maha besar kalau dulu dia hina tun ckp tun nyanyuk, now kona baring beb... kalau dulu dia ckp tun gila kuasa, now... x sedar diri masih nk bertanding. semua tuduhan hinaan dia kene balik kt batang idung.

melayu hampa

Post a Comment