........... Kalimah ALLAH - Pemimpin Pas Tak Perlu Beri Teori, Isu SEBENARNYA Adalah AlKitab ( disertakan Contoh2 ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah ALLAH - Pemimpin Pas Tak Perlu Beri Teori, Isu SEBENARNYA Adalah AlKitab ( disertakan Contoh2 )

Friday, January 11, 201311comments


Dibawah adalah kenyataan Ketua Dewan Ulamak Pas Datuk Harun Taib yang saya copy dari Harakah -

  
Saya ingin menjelaskan bahawa laporan berita bertajuk ‘Ulama PAS tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah’ yang dikeluarkan oleh MStar pada 9 Januari 2013 adalah telah memetik secara salah apa yang saya sebutkan.

Kenyataan awal saya yang berkenaan adalah ketika saya diminta memberi komen terhadap permintaan pihak-pihak tertentu supaya dibenar penggunaan terjemahan Allah dalam Bible berbahasa Melayu beberapa minggu yang lalu.

Tajuk itu sepatutnya berbunyi seperti ini ‘Ulamak PAS tetap tidak setuju bukan Islam guna kalimah Allah di dalam kitab mereka bagi menggantikan perkataan God'.

Sila baca juga artikel terdahulu ( KLiK ) mengenai penjelasan Tuan Ibrahim.

"Itu (tukar Tuhan kepada ALLAH), tidaklah wajar dilakukan. Penggunaan perkataan ALLAH dalam Bible boleh diterima namun perkataan ‘God’ (Tuhan) tidak boleh ditukar menjadi ALLAH. Ini boleh menimbulkan kekeliruan.

Nampak tak cara pemimpin2 Pas berpolitik dalam isu ini ? Perasan tak yang pemimpin2 Pas cuba mengalihkan tumpuan daripada ISU SEBENAR dalam polemik Kalimah Allah ini ?

Mereka menumpukan perhatian kita dari sudut TEORI padahal kita lebih tertumpu kepada APA YANG SUDAH BERLAKU / KEJADIAN.

Saya beri contoh, cara yang sama digunakan oleh Hadi dalam isu Amanat Hadi. Kita lebih tertumpu kepada kejadian atau insiden2 yang melibatkan pemahaman orang Pas sehingga timbul isu kafir mengkafir TAPI Hadi pula bercakap lebih kepada TEORI, tentang penjelasan apa yang beliau maksudkan melalui Amanatnya itu.  

Tidak sekali Hadi membincangkan tentang insiden2 sembahyang dua imam, sembelihan orang Umno haram, pernikahan oleh orang Umno tidak sah dan sebagainya. 

Apa yang kita mahu tahu dari Hadi adalah - apakah pemahaman serta tindakan orang Pas yang terlibat dalam  insiden2 itu direstui oleh beliau ? 

Jika iya - Kenapa ?  Jika tidak - Perbetulkan !
Kita mahukan penjelasan dalam konteks apa yang sudah berlaku. 

Sama juga dalam isu Kalimah ALLAH ini. Tumpuan kita adalah mengenai kenyataan Lim Guan Eng yang mahu kalimah ALLAH dibenar digunakan dalam Bible Melayu. Apa yang kita fahamkan adalah alKitab ( saya tidak pasti apakah wujud Bible Bahasa Malaysia )

Jadi kita bukan bercakap soal TEORI lagi tapi kita merujuk kepada APA YANG SUDAH BERLAKU, yakni penggunaan kalimah ALLAH sepertimana yang SUDAH terdapat dalam alKitab.

Persoalannya secara mudah dalam versi lain - Boleh atau tidak alKitab diberi keizinan untuk diedarkan di seluruh Malaysia ?

Cuba tanya Tokong Lim Guan Eng, bukankah beliau merujuk kenyataannya kepada penggunaan kalimah ALLAH seperti mana terkandung dalam alkitab ?

Tidak perlu lagi penjelasan dari sudut TEORI oleh pemimpin2 Pas, hanya tumpukan kepada alKitab - SETUJU ATAU TIDAK ? Kerana jika keizinan diberikan oleh kerajaan, kesannya adalah pengimportan secara besar2an alKitab.

Apakata tanya orang Pas apakah mereka SEMUA setuju dengan penggunaan nama Allah sepertimana terkandung dalam alKitab Online - KLiK.  Ini sebagai contoh apa yang akan diedarkan melalui Bible Melayu kelak jika kebenaran diberikan sepertimana dipersetujui oleh Pas dan PR.

Mula2 saya buat carian nama Allah dalam New Testament -

Kalimat yang tersusun sama persis - 

Hasil pencarian kata Allah dari Perjanjian Baru dalam Terjemahan Baru menghasilkan 1.363 ayat.

dan

 Hasil pencarian kata Anak Allah dari Perjanjian Baru dalam Terjemahan Baru menghasilkan 64 ayat.

Contoh2nya -




Adakah pemimpin2 Pas merestui penggunaan kalimah Allah seperti diatas ?

Mungkin apa yang pemimpin2 Pas setuju penggunaan ALLAH adalah seperti Dari Old Testament mengenai kejadian alam Genesis 1 -


Mungkin nampak OK ..... Itu kalau diambil secara berasingan, TAPI perlu diingat, ayat seperti diatas TIDAK diedarkan secara berasingan tapi terkandung dalam satu buku alKitab yang juga terdapat ayat2 seperti dibawah ..... TIDAKKAH ITU MENGELIRUKAN ?

Jadi ia harus dilihat secara keseluruhan yakni alKitab secara pakej.

New Testament 2 Yohanes -


 Dari New Testament 2 Korintus - 



Seriusli saya nak tanya orang Pas......sekiranya diberikan kebenaran menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible Melayu, apakah anda fikir pihak gereja akan mengambil kira penjelasan secara TEORI oleh pemimpin2 Pas yakni mereka akan menulis satu Kitab Bible Bahasa Malaysia yang BARU atau mereka akan gunapakai saja alKitab yang diimport dari Indonesia seperti contoh2 diatas ?

Tak perlu berputar lidah memberi penjelasan2 yang bakal memeningkan kepala umat Islam, ISU UTAMA sebenarnya mudah saja - 

ANDA SETUJU ALKITAB DIEDARKAN DIMALAYSIA ATAU TIDAK ? 

PS - Perasan tak, tidak sekali pemimpin2 Pas sebut alKitab..

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2013 at 7:16 AM

Hadi pernah berkata bahawa kita boleh memakan sembelihan yahudi dan kristian kerana mereka menyebut nama Allah. Tapi itu hanya boleh berlaku jika mereka mengikuti ajaran old testament 100% yang merujuk kepada kitab injil original.

Allah dalam old testament bermaksud Allah Yang Esa. Manakala dalam new testament ada unsur trinity. Tapi apa yang berlaku ialah old testament dan new testament bercampur aduk dalam satu kitab. Kenapa pemimpin PAS susah sangat nak cakap bahawa mereka hanya setuju kalimah Allah digunakan jika penganut kristian menggunapakai naskah asal yang dibawa oleh Nabi Isa A.S. dan menolak bible versi baru yang kandungannya telah jauh berbeza dari versi asal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2013 at 7:20 AM

mashallah!! (mash ANAK ALLAH)!!

sebenar ny aaku setuju di edar kan di kelantan. sebab kat kelantan pompuan dia org kata Padri Nik tak pandai islam lagi. Jadi ini masa nya ajar kan kristian dulu.

astagfirullah (astagafiru anak allah)!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2013 at 10:27 AM

Assalamualaikum wbt & salam pagi jumaat...

Abang Din,

Macam comment saya yg smlm, hampir pasti... (dalam hati kecil nie harapnya taklah....hehehehe), lps nie majlis syura ulama pas akan bersidang & ... boleh jangkalah
keputusan dia... hehehe...

Sbb apa saya ckp begitu... sbb bukan sekali dema bermain wayang. Mula2 kata x bleh, pastu bleh (@ dlm bahasa lembut sket ... harus). Kalau ada nk tambah lagi ... letakkab kesalahan kpd UMNO. Saya agak readers lain pun bleh baca skill nie. Wal halal alaiku wal haram alaimu....

Cuma saya nk tambah sket ... satu pertanyaan kepada kita semua, apakah dalil yg khilaf @ ulama yang terkhilaf? Seumpama permainan mulut & kalam yang berbelit-belit, tutup separuh & bukak separuh. Maca si tikus sorok kepaa nampak ekor.




ataupun ulama' yg terkhilaf?

....................
Reply To This Comment ...................
KA
January 11, 2013 at 10:33 AM

dia mula dah... sama je kes hudud haritu.aglee to disaglee. berlakun di dpn geng2 pemimpin PR. lepas tu buat balik kenyataan utk ahli2 pas tu aka "org melayu" katakan psl sebenarnya mereka hanya setuju bla bla bla tapi tetap tak setuju bla bla bla.

apa nak jadi daa. pengikut fanatik pulak yang sebenarnya tak paham sebenarnya apa maksud pemimpin2 mereka tapi aglee je lah hehe. takpun salahkan kerajaan je lah aka umno sebab umno yang ada kuasa tapi tak jalankan kuasa dgn betul.hehehe senang je kan kerja mereka2 ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2013 at 11:26 AM

salam,

pemimpin pas akan jawab, bukannya org islam pas nak baca bible tu. semua sekolah kerajaan sekular, tu yg buat org islam terpedaya dengan ajaran kristian. org belajar kat pondok tak ada pun yg masuk kristian. dan paling mudah ialah, ni semua salah umno.

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2013 at 2:15 PM

Firman Allah Subhanahu wata’ala yg artinya :

” Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka ( orang - orang musyrik itu ): ” Siapakah yang menciptakan mereka ? Niscaya mereka menjawab :” ALLAH ” , maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan ” ( QS . 43 : 87 )

” Katakanlah :” Kepunyaan siapakah bumi ini dan semua yang ada padanya jika kamu mengetahui ?” Mereka akan menjawab :” kepunyaan Allah ”. Katakanlah : ” Maka apakah kamu tidak ingat ? ”. Katakanlah : ”Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya Arsy yang besar ? ” Mereka akan menjawab : ” Kepunyaan Allah ”. Katakanlah: ” Maka apakah kamu tidak bertaqwa ?” Katakanlah : ” Siapakah yang ditangan – Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi , tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari azab-Nya , jika kamu mengetahui ?. Mereka akan menjawab :” Kepunyaan Allah ” Katakanlah ( kalau demikian ) , maka dari jalan manakah kamu tertipu ?” ( Q S . 23 : 84-89 ).

” Dan mereka telah mengambil sembahan –sembahan selain Allah agar sembahan itu menjadi penolongnya dihadapan Allah ”( QS . 19 : 81 )

“ Ingatlah , Hanya kepunyaan Allah-lah Agama yang bersih ( dari Syirik ). Dan orang –orang yang mengambil pelindung ( penolong ) selain Allah berkata : “ Kami tidak menyembah mereka , melainkan supaya mereka mendekatkan ( permohonan ) kami kepada Allah dengan sedekat – dekatnya “ sesungguhnya Allah akan memutuskan diantara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang –orang yang pendusta dan sangat ingkar “. ( QS Az-Zumar : 3 )

“ Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi Neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia , mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami ( ayat – ayat Allah ) dan mereka mempunyai mata (tetapi ) tidak dipergunakan untuk melihat tanda - tanda kekuasaan Allah , dan mereka mempunyai telinga( tetapi ) tidak dipergunakan untuk mendengar ( ayat – ayat Allah ). Mereka itu seperti binatang ternak , bahkan mereka lebih sesat lagi . mereka itulah orang-orang yang lalai “ ( Q.S 7 : 179 )

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2013 at 2:26 PM

Mubaligh Kristian bukannya bodoh nak sua kan alKitab begitu saja dan harap orang Islam akan terus murtad. Mereka punya beratus tahun pengalaman berurusan dengan orang Melayu, mereka kenal orang Melayu dan mereka tahu menawan hati orang Melayu. Kalau tidak masakan jutaan orang Indonesia Muslim telah murtad ?

Pemimpin Pas bantah God digantikan dengan Allah, jadi saya bertanya, apakah mereka bersetuju dengan alKitab ? Kerana kesan utama dari persetujuan adalah kemasukan alKitab dengan bebas.

Tidak perlu berbahas tentang TEORI, tumpukan pada alKitab.

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2013 at 2:28 PM

Umno adalah parti politik sama seperti Pas. Kalau Pas bermain politik dengan isu ini, maka Umno juga terpaksa ikut sama.

Tapi kalau Pas dan Umno bersatu dalam isu ini .... ?

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2013 at 2:31 PM

Berdebat dari segi teori memang tidak akan ada kesudahannya sebab semuanya bergantung kepada tafsiran masing2. Tapi kalau berdebat bersandarkan sesuatu yang pernah berlaku ie alKitab, barulah jelas butirnya. Payah sikit nak spin :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2013 at 2:47 PM

Depan pengikut pas diaorang akan cakap ini cuma strategi politik. Saya percaya ulama yang menentang penggunaan kalimah Allah oleh kristian tidak akan dibuang oleh parti. Pas memerlukan ulama seperti mereka bagi membuktikan kononnya pas masih bertegas dengan pendiriannya. Tapi sebaliknya di hadapan pemimpin2 PR , pas menyatakan pulak persetujuan bersama. Inilah pas yang mempunyai dua wajah. Sekejap setuju, sekejap tak setuju. Hari ini setuju, esok tak setuju. Pendirian yang sering berubah-ubah dan tidak konsisten hanya kerana ingin meraih undi bukan Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2013 at 7:02 PM

Diharapkan begitulah... tapi napok mcm xdok jalan.hahaha. ..

Post a Comment