........... Kalimah ALLAH - Pas Wajib Perbetulkan Pendirian Dalam Perjanjian Bersama PR | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah ALLAH - Pas Wajib Perbetulkan Pendirian Dalam Perjanjian Bersama PR

Sunday, January 20, 20139comments

Pas tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah ALLAH walaupun Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta untuk kaji semula. Demikian ketegasan yang disuarakan oleh Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh. Sinar

Sudah TETAP !  Tak Boleh KAJI Balik ! 
  Nik Zawawi turut melahirkan kebimbangan kerana sekiranya kontroversi tersebut tidak dihentikan akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Bagi Pas, bila Majlis Syura sudah buat keputusan, ISU DAH SELESAI.  Benarkah ?

Cuba kita baca balik apa yang dikatakan oleh Karpal semalam -

“Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura." kata Karpal.
.
Isu BELUM selesai lagi bang ! Sebab keputusan yang dicapai oleh Majlis Syura itu bersifat INTERNAL / Dalaman Parti. Bila satu pendirian yang dibuat oleh Pas itu BERCANGGAH dengan pendirian yang pernah disuarakan oleh Pas dalam Persetujuan Bersama sesama pemimpin2 PR, Pas perlu maklumkan kepada PR.

Kalau dulu ada cara-caranya semasa Presiden beri persetujuan untuk kalimah Allah digunakan dalam Bible, jadi sekarang bila Pas mengubah pendirian, maka Pas kenalah ikut cara-cara yang sama. 

Itu bagian MAKLUMAN. 

Kemudian Pas @ PR kena fikirkan pula bagaimana mahu mengatasi perbezaan pendirian yang bersifat fundamental ini ? Ia bakal beri IMPAK sekiranya PR ditakdirkan berkuasa nanti.

Rakyat mahu tahu apakah pendirian PR dalam isu ini. Dulu semua setuju, sekarang Pas dah tak setuju, jadi macamana keadaannya sekarang ? 

Jika PR jadi kerajaan, apakah Bible Melayu akan dibenarkan pakai kalimah Allah ? BOLEH atau TIDAK BOLEH ? Itu yang kita nak tahu. Janganlah pulak jawab - Dah menang nanti baru kita beritahu ..... Itu amat TIDAK BERTANGGUNGJAWAB namanya !

Sebab Hadi pernah beritahu media pada 11 Januari lalu -

Ditanya sama ada pakatan pembangkang akan mempertahan penggunaan kalimah Allah dalam Bible seandainya memerintah negara, Abdul Hadi berkata "nanti kita memerintah dulu, tak memerintah lagi tak boleh sebut." ( KLiK )

Mana Aci macam tu ! Pengundi harus diberitahu sepenuhnya jenis kerajaan yang macamanakah yang mereka harus pilih. Malah kepada pro PR pun, mereka harus tahu apakah yang bakal jadi sekiranya mereka terus menyokong PR.

Tidak cukup memilih parti hanya berdasarkan kebencian kepada parti lawan atau kelemahan2 yang ada pada parti lawan TAPI kita harus juga yakin parti yang kita sokong itu sebenarnya LEBIH BAIK dari parti lawan.

Jika dengan BN kita dah tahu peel mereka, dengan PR ramai yang masih tertanya2. Apa yang PR duk laung2kan selama ini cuma kelemahan2 yang mereka nampak pada Umno BN, bagaimana dengan CARA PR pula ? 

ADAKAH LEBIH BAIK , SAMA ATAU LEBIH TERUK ?

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2013 at 4:59 PM

Lebih baik jin yg kita kenal dari ulama yg kita tak kenal.. Aku pinjam kenyataan TDM.. Kiki

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2013 at 9:03 PM

amboi! amboi! amboi!

buat face lift nampak. tahun baru dengan identiti baru nampak. rasa segan sikitlah nak masuk rumah baru.

syabbas bro. ini baru dikata transformasi. kadang kala nak jugak buat susun atur yang lebih baik yer? bestlah bro, dengan satu suasana baru.

any way harap perjuangan tak bertukar sudah ler.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2013 at 9:12 PM

kalau pasal penampilan baru blog tuan, sudah tentulah lebih baik; tapi kalau cara PR tentulah lebih teruk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 20, 2013 at 9:52 PM

PAS parti takleh buat kira bicara...sekali haram srkali halal,sekali boleh,sekali tak boleh.....ahli-ahli pad takleh fikir ke?.....cukup cukup sudah......

....................
Reply To This Comment ...................
January 20, 2013 at 10:38 PM

Harap maaf, saya tengah buat facelift , nak ubah rupa persembahan agak lebih up-to-date :)

....................
Reply To This Comment ...................
January 21, 2013 at 4:34 AM

Senarai bloglist akan saya buat nanti, penting buat saya juga nak baca pandangan orang lain. Ramai yang komen diartikel Under Construction yang saya terpadam tadi. Cuma proses renovasi ini belum siap sepenuhnya. Harap bersabar ya ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2013 at 8:27 AM

INI NAMANYA UBAH..CHANGE!!!

TAPI LEBIH BAIK. KALAU PR, UBAH KEPADA LEBIH HANCUS!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 21, 2013 at 10:07 AM

pakatan rakyat adalah pakatan cacamarba. sekarang pun dah cacamarba.
percayalah..jika ditakdirkan mereka berkuasa. 5tahun pemerintahan mereka hanya cacamarba belaka.

....................
Reply To This Comment ...................
KA
January 21, 2013 at 12:44 PM

tahniah saudara Din. Kena get used lah dgn layout yang baru ni.

Jangan lupa letak kan link blog2 lain juga ye terutama blog pembangkang.

saya suka baca dua2, tgk pendapat or isu2 dia org gak.

Post a Comment