........... Kalimah ALLAH - Nah Terbukti Hadi PENAKUT Bila Di Soal Tentang alKitab ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah ALLAH - Nah Terbukti Hadi PENAKUT Bila Di Soal Tentang alKitab !

Friday, January 11, 201316comments

Ini terbaru dari BERNAMA kenyataan Hadi berkaitan Kalimah Allah  -

Kalimah Allah Tidak Boleh Diterjemah Kepada Tuhan Kerana Pengertian Tuhan Terlalu Umum - Abdul Hadi

MARANG, 11 Jan (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang Jumaat berkata tiada percanggahan antara pemimpin PAS berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible seperti yang dilaporkan.

Beliau berkata kalimah Allah tidak boleh diterjemah kepada tuhan kerana pengertian tuhan itu terlalu umum.

"Untuk orang Islam kita terjemah Allah dalam bahasa Melayu, Allah juga, orang Pakistan (yang) guna bahasa Urdu, Allah juga, (dan) orang putih (Inggeris yang) masuk Islam, (adakah) dia terjemah God atau Lord?...tak, Allah juga. Perkataan Allah diterjemah (kepada) bahasa lain tak boleh, bagaimana (pula) perkataan God (hendak) diterjemah kepada Allah.

"Perkataan tuhan tak boleh terjemah kepada Allah. Sebab itu Allah juga (digunakan) dalam bahasa Urdu, Parsi, Inggeris. Bagi orang Islam, God kita terjemah tuhan. Tuhan itu suatu yang umum...tapi Allah dia khusus, tapi orang kafir guna juga Allah pada zaman nabi dulu," katanya semasa melancarkan buku 'Amanat Haji Hadi-Antara Fitnah dan Fakta' yang dicetak semula, di Masjid Rusila di sini hari ini.

Ditanya sama ada pakatan pembangkang akan mempertahan penggunaan kalimah Allah dalam Bible seandainya memerintah negara, Abdul Hadi berkata "nanti kita memerintah dulu, tak memerintah lagi tak boleh sebut."

Sementara itu, Abdul Hadi berkata beliau tidak akan berganjak daripada terus mempertahan amanatnya pada 1981 dan berazam untuk memberikan penjelasan kepada umat Islam dengan menerbitkan semula buku itu yang pernah dicetak pada tahun 2002.

Kandungannya tidak diubah kecuali sedikit pembetulan ejaan sebagaimana yang pernah dikehendaki Jabatan Perdana Menteri sekitar awal tahun 80-an, katanya kepada pemberita mengenai buku setebal 74 muka surat itu yang dijual dengan harga RM10 senaskah.



Cuba baca apa yang saya tulis sebelum ini ( KLiK ), Pas suka bercakap secara UMUM / TEORI tapi bila diajukan soalan dalam konteks SEBENAR perdebatan, yakni alKitab, lihatlah apa Hadi jawab -


".... nanti kita memerintah dulu, tak memerintah lagi tak boleh sebut."


Ni apa punya jawapan dari seorang PRESIDEN PARTI yang diuar2kan sebagai calon PM sekiranya PR menang ? !


Soalan itulah ISU UTAMA disebalik segala perdebatan hangat mengenai Kalimah Allah yang ditimbulkan oleh Tokong PR. Tujuan dituntut kebenaran menggunakan kalimah ALLAH oleh pihak Kristian adalah sebenarnya satu helah untuk kebenaran mengedar alKitab secara BEBAS diseluruh Malaysia !


Kenapa harus tunggu PR menang dulu baru nak jawab ? Adakah Hadi TAKUT Kebenaran bakal membawa laba politik kepada Pas ? Menjaga hati kafir Dap dengan membiarkan mereka beranggapan Pas menyokong tuntutan mereka adalah lebih penting dari menyatakan pendirian sebenar ?

Tidakkah dengan mengaitkan isu ini dengan keputusan PRU13, Hadi secara tidak langsung telah mengaku mengambil perkiraan politik dalam menyatakan Kebenaran ?


Benarlah orang kata - BERANI kerana BENAR...... tapi kalau PENAKUT macam Hadi .....?

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2013 at 7:48 PM

Hj Hadi tengah cari telornya yang hilang. Bukan sebiji tapi dua dua.

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2013 at 8:07 PM

begini ke presiden parti?

balik jd nelayan daa..

p/s: dia sendiri yg ckp dlu kan.. hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2013 at 8:19 PM

Mujur tokong tu tak mintak nak sembahyang dlm masjid, kalau tak..... Parah hj hadi nak bersilat untuk cari jalan menghalal dan nik azis nak buat fatwa baru. Alasan dap ialah duit bina masjid bukan duit umno, tapi duit rakyat, jadi mana boleh diskriminasi. Puak2 pas akan jaja alasan, pemimpin akan putar belit fakta dan Dr Maza akan masuk daun supaya isu jadi bertambah rumit....
Tuan2 boleh bayangkan, kalaulah para sahabat nabi macam umar al faruk masih ada, agaknya siapakah yang akan dia pancung dulu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2013 at 8:23 PM

Ulamarmak Politik macam ni lak.....Cuba scan serban dia, tengok nampak seekor atau dua ekor burung ada dalam Otak dia...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2013 at 9:05 PM

Bri,
Klu wife ramai memang la penakut sikit..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2013 at 9:49 PM

Haha..tggu hadi ckp,"manifesto pr?oh xblh bgtau skrg...tggu menang dl br blh jwb". Nmpk sgt xde perancangan, bg kuasa br fikir mcm mn nk buat. hebat...din,mahfuz mana mahfuz?dok tggu nih,jwpn luar kotak kasut beliau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2013 at 11:21 PM

Cakap berbelit2 kan dah jadi 'mainang' puak2 nie. Nak heran mendenyer... cer kabo sket bile mase puok2 nie cakap atas realiti? Mat saleh kabo 'speak half truth, only be sure it's again and again... people will accept it and only find it's a sincered truth, regardless in realm it's just a parody or a sense of myth' ... hehehe...

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2013 at 11:53 PM

Minta2 tokong tak baca komen saudara ni! mau dimintanya atas dasar Kesamarataan

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2013 at 11:55 PM

Yalah, Mahfuz dah ketinggalan bas. Dia duk cerita hal aes sorang2, orang tak layan dah :-)

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2013 at 11:58 PM

Errr... Ni nak kena cek ngan Mahfuz dulu.:-)

....................
Reply To This Comment ...................
January 12, 2013 at 12:37 AM

Orang Kapir Arab yang gunakan Allah tu bukan penganut Kristian. Ini Haji Hadi kena faham. Orang Kapir di zaman Nabi tu bukan orang Kristian sahaja. Ada juga yang tidak ada agama. Orang Kapir ini sebut Allah yang mereka tahu iaitu Tuhan di langit Yang Maha Berkuasa Yang Tunggal.

Boleh Haji Hadi buktikan orang Kristian di zaman Nabi juga memanggil Allah kepada tuhan mereka?

....................
Reply To This Comment ...................
January 12, 2013 at 12:50 AM

Saya tidak nafikan mungkin ada penganut ugama selain Islam yang gunakan ALLAH tapi disini apa yang penting adalah NIAT mereka.

Perlu dibezakan Niat menggunakan kalimah itu semata2 untuk beribadat atau Niat untuk memurtadkan orang Islam. Disini yang nampak, ikhlaskah puak Kristian Malaysia bersungguh2 mahukan Bible Melayu untuk mereka yang tidak pernah mahu mengiktiraf Bahasa Melayu itu sendiri ?

Cakap Melayu pun hancur, nak ajar Bahasa Melayu disekolah vernakular pun mereka tentang, alih2 bila dalam soal alkitab, mereka bermatian mahu memperkasakan Bahasa Kebangsaan !

Hanya orang Islam yang BODOH dan HIPOKRIT saja yang akan sokong ,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 12:52 AM

nah .. baca ni Din..bley tercabut serban Hadi..

http://www.satuhala.blogspot.com/2013/01/bila-lembu-dan-anjing-diberikan-nama.html

....................
Reply To This Comment ...................
January 12, 2013 at 1:04 AM

Ya, menarik artikel itu. Diharap yang lain akan klik untuk kesana !

TerimaKasih..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 7:16 AM

Din dh ingat mahfuz...rindu mahfuz. Jwpn yg akan mmatikan serangn umno... Haha.. Mmatikan sbb dok pk apa yg dia merapu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 4:48 PM

Terbaik!!! =|)

Post a Comment