........... Kalimah Allah - HAPUSkan Enakmen Berkaitan Jika Kerajaan TIDAK MAMPU Kuatkuasakan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah Allah - HAPUSkan Enakmen Berkaitan Jika Kerajaan TIDAK MAMPU Kuatkuasakan !

Tuesday, January 8, 201331comments

Perkembangan terbaru isu kalimah ALLAH -

Nik Aziz: Bukan Islam wajar diberi ruang guna kalimah ALLAH

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat sepatutnya orang bukan Islam diberi ruang menggunakannya.

Menurutnya, ruang tersebut boleh diberikan namun beliau menegaskan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam adalah berdasarkan ketetapan tertentu.

PR setuju bukan Islam guna kalimah ALLAH

PETALING JAYA - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencapai pendirian penggunaan kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut Kristian dengan syarat ia  tidak disalahgunakan.

Keputusan tersebut diumumkan selepas mesyuarat pemimpin tertinggi PR yang dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Pada sidang media selepas itu, Hadi berkata, Pas berpendirian konsisten seperti yang pernah dikeluarkan pada 4 Januari 2010 lalu di mana kalimah ALLAH adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Menurutnya, penganut Islam dari berbagai bangsa tetap menyebut perkataan ALLAH apabila menterjemah ke dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

"Walau bagaimanapun, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran," katanya.

Maknakata, Pas @ PR TIDAK PUNYA MASALAH atau BERSETUJU dengan kenyataan Tokong Lim Guan Eng sebelum ini yakni MEMBENARKAN kalimah Allah digunakan dalam Bible dan diedarkan diSELURUH MALAYSIA tidak terhad kepada Sabah Sarawak saja.

Sinar juga menyiarkan kenyataan dari pihak istana Selangor -

Kalimah ALLAH: Sultan Selangor kesal permintaan Guan Eng

"Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah ALLAH yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang Iain sebagaimana yang telah difatwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010."


"Selanjutnya DYMM Tuanku menitahkan bahawa mana-mana pihak adalah ditegah dan dilarang sama sekali dari menggunakan atau memperalatkan agam Islam sebagai modal politik mereka kerana ia akan mengakibatkan kemusnahan kepada keamanan yang dikecapi oleh rakyat pelbagai agama di negara ini,"


Saya rasa tidak perlu untuk ulang sebut hujah2 yang telah dibincangkan sebelum ini. Semua orang pun dah tahu, jadi pada pendapat saya apa yang PENTING ketika ini adalah supaya Majlis Raja2 @ kesemua Sultan2 dapat bersuara dan menyatakan pendirian mereka selaku pihak yang paling berkuasa dalam soal ini.


Tidak perlu kita politikkan lagi isu ini. Kita dah ada undang2 berkaitan penggunaan kalimah ALLAH oleh agama selain Islam. Sebelum digubal pastinya sudah dibincang2 secara mendalam oleh mereka yang pakar dalam soal agama, jadi siapalah kita untuk mempertikaikan keputusan para ulama.

JIKA PIHAK BERKUASA TIDAK MAMPU MENGUATKUASAKAN UNDANG2 YANG MEREKA SENDIRI GUBAL MAKA SAYA MINTA DI HAPUSKAN UNDANG2 ITU !

Saya sebagai rakyat beragama Islam tidak akan hormat pada kerajaan yang LEMBIK. JANGAN BERPOLITIK DALAM ISU AGAMA !

Baca juga - artikel saya berkaitan isu ini - KLiK

Share this article :

+ comments + 31 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2013 at 4:07 PM

hekeleh cakap lebat daripada kau gertak kerajaan baik kau gertak PR yg jadi dalang tu! ape punya bengapp

....................
Reply To This Comment ...................
KA
January 8, 2013 at 4:09 PM

seriusly geng2 PR ni dah kenapa? asik bersetuju jer dgn dap ni.ada je cara dan alasan mereka agar dapat memenuhi permintaan dap. dia orang ni kenapa yer.
"Walau bagaimanapun, Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam amalan mereka walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran," katanya." - kenapa sampai beginiiii

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2013 at 4:27 PM

CELAKALAH SESIAPA YANG MENAGKU ISLAM TETAPI MENYOKONG PR.

....................
Reply To This Comment ...................
Pakcu Rantau Panjang
January 8, 2013 at 6:13 PM

Pakcu pun naik hairan dengan sikap puak Melayu ni..sikit saja China gertak terus setuju. Sultan sendiri tak berkenan kita yang Tok Lebai ..turut setuju. Tok Lebai dalam satu kapal pun tak sehaluan..tapi bila di cucuh punggung oleh Apek dalam satu angkatan turut keluar fatwa setuju ish..ish..ish.Pakcu yang dogol pun hairan.

Tak pelik lah esok-esok nanti anak Melayu dengan anak China kata Tuhan kita sama,hidup kita pun sama..mati pun sama....ni yang jadi susah oiiii......

....................
Reply To This Comment ...................
January 8, 2013 at 6:16 PM

yA SAYA SETUJU, HANYA MAJLIS RAJA2 DAN PIHAK BERKUASA AGAMA SAHAJA YANG BOLEH MEMBERI KATA PUTUS. PIHAK BERKUASA PULA AKAN JALANKAN APA-2 KEPUTUSAN MAJLIS RAJA DAN PIHAK BERKUASA AGAMA.
KERAJAAN USAH TERJEBAK DLM MEMPOLITIKKAN ISU INI. BERKATA BENARLAH, KELAK ALLAH AKAN BANTU MENEGUHKAN PENDIRIAN KERAJAAN DLM USAHA TERSEBUT INSYAALLAH.
JANGAN SESEKALI DIHIRAUKAN APA SAJA DESAKAN DAN ANCAMAN DARI DAP ATAU PAS ATAU SESIAPA SAJA... TERUSKAN MENGHARAMKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DIDALAM BIBLE MELAYU, INI HANYALAH SATU PROVOKASI, BUKANNYA ADA APA2.
KITA INGIN LIHAT SEKALI INI, KERAJAAN BENAR-2 BERANI DAN TEGAS. SEKALI-SEKALA TUNJUKKAN BAHAWA INI NEGARA KITA DAN KITA BANGSA YANG BERMARUAH.
BN TIDAK AKAN KECUNDANG DALAM PRU13 WALAUPUN KITA BERTEGAS DALAM ISU INI... YAKINLAH PADA BANTUAN ALLAH.

....................
Reply To This Comment ...................
KA
January 8, 2013 at 7:11 PM

Pas suka sangat ayat berbelit-belit buat ayat tu tak clear kejap cakap boleh tapi ada syarat tapi pastu cakap boleh balik,baca pun pening.memang dia orang sengaja buat ayat yang mengelirukan supaya nanti bila ada yang menyoal mereka boleh saja putar belitkan ayat balik. hmmmm

....................
Reply To This Comment ...................
January 8, 2013 at 8:15 PM

Hei PR ! Jangan kau usik kalimah itu, Bukan kau yang punya .....

Dah !

....................
Reply To This Comment ...................
January 8, 2013 at 8:17 PM

Bagaimana dengan kredibilit Dewan Ulama Pas yang pada awalnya menentang ?

....................
Reply To This Comment ...................
January 8, 2013 at 8:18 PM

Ahli politik lebih yakin pada benda yang mereka nampak dan mampu kawal .... tu yang semua tu bodek lebih kalau ada pihak yang kuat sikit suaranya

....................
Reply To This Comment ...................
January 8, 2013 at 8:18 PM

Itulah dia POLITIK :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2013 at 8:24 PM

SIAPA YANG BOLEH MUKTAMAT KAN PERKARA INI?MAJLIS RAJA2?MAJLIS FATWA?JEMAAH MENTERI?SAYA SOKONG CAKAP NOBAL...BN XKAN KECUNDANG HANYA KERANA ISU INI..BIARLAH UNDI KRISTIAN KE PR TETAPI MAJORITI UMAT ISLAM KAT MALAYSIA TAHU SIAPA YG MEMPERJUANGKAN DAN MENJAGA KESUCIAN KALIMAH ALLAH INI..

....................
Reply To This Comment ...................
KA
January 8, 2013 at 8:26 PM

hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
January 8, 2013 at 8:34 PM

Esok lusa akan ada lah dijual salib yg diukir tulisan Allah.. Haa Hadi dengan Anwar mesti bole jawab...

....................
Reply To This Comment ...................
January 8, 2013 at 9:35 PM

Hmmm ... menarik senario tu... patung salib ngan tulisan ALLAH. Tak pun dinamakan gereja - Gereja Jemaah Allah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 8, 2013 at 11:37 PM

Kredibiliti Dewan Ulama PAS dah goes down the drain.PAS dah tak endahkan pendapat Datuk Harun Din walaupun telah dipersembahkan dengan hujjah yang terang dan jelas.

http://www.youtube.com/watch?v=XQ09mRi_pjo&feature=youtu.be

Oleh itu, anggaplah PAS is Islamic party no more.Gugurkan sahaja perkataan "Islam" daripada PAS....baru betul.

Laksa Johor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2013 at 1:42 AM

Tahniah Hj Hadi dan Nik Aziz......satu keputusan berani dan tepat membenarkam bukan Islam guna nama Allah....usaha dakwah berkesan.....ada ulama' UMNO berani??????Syabas Lim kit siang dan guan eng......tahniah Mat Sabu.......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2013 at 8:15 AM

Saudara DINPENYU diberi AMARAN agar tidak mepolitikan isu ini. Sekiranya saudara ingkar, tindakan TEGAS akan diambil terhadap saudara termasuk kemungkinan diberi AMARAN KERAS kali kedua. Sekiranya saudara ingkar juga, saudara boleh buat apa yang saudara suka macam puak-puak bodo/jahanam/laknat PR yang lain...

Kerajaan akan sentiasa bersikap LEMBIK dalam perkara-perkara sperti ini melainkan dalam zaman TDM. Ini disebabkan konsep terkini kerajaan iaitu transformasi 'Kerajaan 1 Bijisaya'....

Arahan: Hishamudeen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2013 at 8:53 AM

dek kerana undang undang sediada yang kelihatan lesu, kerajaan seolah olahnya dah menjadi lemah dan pembangkang pula kelihatan seolah olah pehak yang membuat keputusan menentukan sesuatu peraturan.

انتارا_كيت

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2013 at 8:54 AM

lain kali mintak dia gunakan dakwat kekal

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2013 at 9:53 AM

Yg prasan,slalu anwar yg jd tukang ckp. Tp isu ni hadi awang yg bcakap ms pc.Knapa eh?

....................
Reply To This Comment ...................
January 9, 2013 at 10:23 AM

Apa plak Din..Buta mcm kt Indon la..Terang2 ditulis RUMAH ALLAH..Atas perkataan Allah 2 Salib

....................
Reply To This Comment ...................
January 9, 2013 at 10:27 AM

Kabinet boleh memutuskan penulisan perkataan Allah didalam penulisan bible berbahasa melayu adalah dilarang. Jika ada, hendaklah dirampas dan dipulangkan kembali kepada penerbit(patut dimusnahkan sahaja, tetapi sensitif). Pemuda UMNO dan badan-badan NGO Islam hendaklah menghantar memorandum dan mengadakan perhimpunan amam untuk menghantar memorandum tersebut kepada Agong dan PM.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2013 at 10:48 AM

JADI PARA PENYOKONG PAS DAN PKR YANG BERAGAMA ISLAM SEKALIAN, BIBLE YANG ADA KALIMAH ALLAH PUN KORANG BOLEHLAH PAKAT2 LETAK KAT RUMAH KORANG..HEHEHE

....................
Reply To This Comment ...................
aloya
January 9, 2013 at 11:00 AM

Pas= Pelacur politik abad ini!

....................
Reply To This Comment ...................
KA
January 9, 2013 at 11:26 AM

Din, boleh tgk link ni http://keris7lok.blogspot.com/2013/01/dr-maza-sokong-kalimah-allah-untuk.html :)

....................
Reply To This Comment ...................
January 9, 2013 at 2:17 PM

Assalamualaikum...

Perbezaan penggunaan kalimah ALLAH. Ada orang menyatakan kalimah Allah di Malaysia telah digunakan pada lambang PDRM, Dalam lagu-lagu negeri juga ada yang menggunakan kalimah Allah. dengan alasan begini mereka membenarkan bible boleh menggunakan kalimah Allah..

Persoalannya, Lambang PDRM dan lagu-lagu negeri yang diguna pakai oleh bukan Islam jelas merujuk kepada Allah Yang Maha Esa. Sedangkan yang ingin digunakan dalam bible adakah ia merujuk kepada Allah Yang Maha Esa???

Kenapa kita perlu membenarkan kepada mereka menggunakkannya jika kita sendiri tahu ianya bukan merujuk kepada Allah Yang Maha Esa yang kita sering lafazkan syahadah didalam solat fardu...

Kerana sedikit undi sanggup membenarkan ia digunakan.. apa nak jadi dengan pemimpin-pemimpin Islam di Malaysia ni...

Sedih dan kesal dengan tindakkan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
January 9, 2013 at 2:22 PM

undang2 tidak lesu cuma penguatkuasaan hampir tidak ada langsung

....................
Reply To This Comment ...................
January 9, 2013 at 2:23 PM

nak alih isu Amanat kot ?

....................
Reply To This Comment ...................
January 9, 2013 at 2:23 PM

Point yang bagus, terimakasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2013 at 5:33 PM

Pemuda UMNO?

Ketua nya sudah berhijrah ke 1/2Malaysia. Jadi tindakan ketua nya ialah membisu setengah dan membuta setengah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 10, 2013 at 12:43 AM

The three stooges. Habisla Malaysia kalau dapat kat tangan diaorang.

Post a Comment