........... Kalimah Allah - Gereja Akan Beri Anugerah Pada Mat Sabu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah Allah - Gereja Akan Beri Anugerah Pada Mat Sabu

Saturday, January 5, 20135comments


“The PAS deputy president’s reassurance that the stance of three years ago still holds comes as a relief. We salute his consistency, admire his courage and welcome him as a friend of truth and goodwill,” TMI

Demikian PUJIAN MELAMBUNG keatas MatSabu yang diberikan oleh Bishop Paul Tan ekoran ketegasan MatSabu mempertahankan hak penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian. Semalam MatSabu berkata - 

“Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) pernah keluarkan kenyataan pada tahun 2010 untuk tidak melarang penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah.
“PAS masih kekal dengan pendirian itu,” KLiK
.
KeBERANIan Mat Sabu tidak dilepas pandang oleh pihak gereja kerana baru lagi kepimpinan Pas menyuarakan pendirian yang diperaku oleh majoriti umat Islam negara ini -

“PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.”

Malah Anwar sendiri menyatakan pendirian PR konsisten sejak 2010 bahawa kalimah ALLAH adalah hak mutlak orang Islam dinegara ini.

Ternyata Mat Sabu tidak boleh membiarkan keadaan begitu saja, beliau merasakan PERLU untuk bersuara menyatakan keadaan sebenar sebagaimana yang beliau tahu / percaya, biarpun ia bakal memanjangkan polemik kalimah Allah ini. DEMI KEBENARAN ......

Oya, Mat Sabu TIDAK LUPA untuk mengaitkan dan membawa bersama Presiden Pas Haji Hadi dan Mursyidul Am Pas Nik Aziz dalam perjuangannya !

Bishop Tan juga berkata - Line dalam parti Pas tak clear, itu yang Ketua Penerangannya boleh jadi serabut.

( “My hunch is that the lines of intra-party communication must have been crossed and the information chief got things mixed up,” )


Hmmmm .... agaknya lepas ni mesti pihak gereja akan mengurniakan ANUGERAH PENCAPAIAN SEUMUR HIDUP kepada Mat Sabu .... Keberaniannya harus dihargai !

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 5, 2013 at 9:07 PM

Org mcm dia ni la yg amat dicintai oleh kafir dap. Dahla bodo..senang pl kena beli..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 5, 2013 at 9:58 PM

Who cares what comes out from Mat Sabu’s mouth? Dia bukan ada kredibiliti pun – dah pernah ditangkap kerana berkhalwat dengan isteri orang, pro-komunis, menipu bila kata polis langgar motorsikal dia walhal dia yang jatuh sendiri, dialah orang pertama yang menggelar Anwar dengan gelaran “Al Juburi” (tapi sekarang dah kamceng dengan orang yang dia sendiri gelar sebagai seorang peliwat), dll. Mat Sabu bukan seorang ulama. Jadi, tak payahlah kita nak layan sangat dengan orang yang tidak layak untuk bercakap tentang isu-isu agama.Melayan dia bermakna kita tak pandai memenafa’atkan masa kita sahaja.

Laksa Johor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 6, 2013 at 12:43 AM

Bukan saja pingat yang akan diberi kpd mat sabu, malah dosanya juga mungkin diampunkan oleh Father LGE.... Orang pas patut banyak berterima kasih pada DAP dan LGE juga. Dosa dgn Normah bukan saja diampun oleh Nik Azis, tapi juga paderi....

....................
Reply To This Comment ...................
January 6, 2013 at 12:54 AM

Assalamualaikum Semua

Di sini saya ingin memberikan sedikit persoalan & pandangan...

Kenapa perlu ada "Bible versi Bahasa Melayu"? sedangkan kita sedia maklum bahawa mejoriti Bangsa Melayu itu beragama Islam. dan telah senonim bahawa Melayu itu Islam ~ Islam itu Melayu di Malaysia.. Cuba fikir apakah motif mereka mahu menggunakan kalimah Allah dalam bible tersebut. cadangan saya HARAMkan sebarang penerbitan bible dalam versi Melayu... Mencegah lebih baik daripada merawat. berhati-hati dengan permainan licik mereka...

....................
Reply To This Comment ...................
January 6, 2013 at 2:28 AM

Kemunculan penjajah asing selain dari ekonomi adalah juga untuk mengembangkan agama Kristian. Perkara pertama adalah komunikasi dan senjata utama adalah Bible, maka keluarlah alKitab. Begitu juga dimana saja didunia ini yang mereka jajah.

Atas alasan HAK dan KEBEBASAN BERAGAMA, Kristian berkembang tanpa halangan.

Alasan keperluan alKitab adalah pribumi di Sabah Sarawak yang sudah ramai menjadi Kristian. Padahal pribumi itu juga punya bahasa mereka sendiri ... jadi mereka juga guna alasan memperkasakan Bahasa Kebangsaan hahahaha !

Semua orang tau niat sebenar mereka adalah untuk mengkristiankan orang Melayu. Tapi kenyataan itu terlalu sensitif untuk disebut secara resmi, jadi semua pihak berputar lidah dengan hujah2 yang ..... dangkal.

Hanya satu cara saja kalau pemimpin Melayu teragak2 mahu bertindak dan terpaksa tunduk untuk menjaga hati pihak2 tertentu dalam dan luar negara - umat Islam harus bersuara.

Disitu pemimpin boleh gunakan alasan - rakyat majoriti yang mahukan begitu.

masalahnya .... seperti juga isu bangsa Melayu, kita pulak yang terikut2 rentak pemimpin kita ! Padahal kita ( rakyat ) berkuasa menggerakkan pemimpin supaya ikut suara kita.




Post a Comment