........... Kalimah ALLAH Dalam Bible, Anti Hudud, LGBT ...SEMUAnya OK Bagi Pas | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah ALLAH Dalam Bible, Anti Hudud, LGBT ...SEMUAnya OK Bagi Pas

Tuesday, January 22, 20139comments

Ada 2 perkara yang saya nak komen bila lihat sketsa sinis dibawah sepertimana disiarkan di FB Nik Aziz.


1 - Kalimah ALLAH - Nampak sangat yang Pas cuba mengalihkan tumpuan penyokong2nya dari isu Kalimah ALLAH ! Pas dan PR sememangnya dah JEM dengan isu ini. 

Pas nak kata apa lagi dah ? Jelas dan terang pendirian Pas BERLAWANAN dengan pendirian PR. Lagi menarik, Hadi sendiri yang tampil menyatakan pendirian bersama PR menyokong kalimah Allah dipakai oleh Bible Melayu sebelum Majlis Syura memutuskan nya sebagai HARAM.

Sejak Majlis Syura umumkan pendirian mereka, langsung tidak kedengaran komen2 dari pemipin dan pencacai mereka berkaitan isu ini ! Apatah lagi menjawab gesaan Karpal supaya Hadi mengubah pendirian Majlis Syura.

Cara paling mudah - BUAT TAK TAHU JER DAN ALIHKAN ISU ! Kalau ditanya media, jawab macam Anwar - Kita jawab apa pun, dia pusing... jadi baik no komen. Kemudian pakat dengan media dan pencacai PR supaya jangan sesiapa pun tanya soalan berkaitan Kalimah ALLAH.

Soal syarak dan halal haram tak perlu dibincangkan, bukannya susah perdayakan para penyokong mereka yang semuanya macam dah kena MANDREM, macam orang bodoh je main ikut apa pemimpin mereka cakap, sebiji macam PAK TURUT ! 

Bukannya Pas tak pernah buat begitu. Ingat isu Hukum Hudud dimana bila masing2 berkeras dengan pendirian yang bercanggah, akhirnya Pas dan Dap Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju ! ? ? 

Penyokong Pas pun lega ..... entah apa yang mereka faham dengan Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju dalam Hukum Hudud dengan Dap, tak tahulah ........  Buat atau Tak Buat Hudud kalau PR menang ? Menang dulu baru cerita  .......

Ingat lagi setahun yang lalu kita heboh dengan isu LGBT ? Dap tidak punya masalah untuk mengiktiraf Hak LGBT atas nama Hak Asasi tapi Pas mana mungkin bersetuju ...... kan ? So .... apa kesudahannya ? Tutup jer mata dan buat tak tahu ....

BUKTI - DEMI KUASA, Pas tidak punya masalah bekerjasama dengan pihak yang menyokong Hak Kaum Lut, yang menentang Hudud sampai sanggup mati, yang berkeras mahu menyengutukan ALLAH ...... SEMUANYA DEMI KUASA POLITIK !

Hmmmm .... patutlah Hadi tukar perkataan Islam kepada Kebajikan. Taklah rasa bersalah sangat penyokong Pas hendak bekerjasama dalam semua perkara itu dengan Dap sebab perjuangan bukan lagi atas nama Islam tapi Kebajikan.

Memang Hadi berpandangan jauh .....

2 - Amanat Hadi

Siapa kata dah selesai ? Tapi secara jujur, isu ini buat saya tertanya2 .....  apakah kesudahannya kelak ? Hadi tetap berdegil mempertahankan apa yang disebutnya 32 tahun dahulu. Hadi tidak menyesal dan tidak akan tarik balik. Semua insiden2 mungkar kesan dari Amanat itu - ADA HADI KISAH ? 

Ada ke tidak Fatwa yang mengharamkan Amanat itu - ADA HADI KISAH ?

Jadi dimana kita nanti dalam isu Amanat Hadi ? Setakat berdebat, setakat keluar fatwa tapi kalau Hadi tetap berdegil juga ...... BIAR JELAH ?

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2013 at 8:33 AM

salam.

ni keluar tajuk sikit. kau perasan x din, mutu psywar opposition jauh lebih efektif berbanding blogger pro bn?
cth mudah mcm isu amnat hadi ni la.. diorg x perlu berkarya membebel pjg2.. cukup dgn 1 muka sketsa kartun dah boleh jd modal utk counter umno balik.
byk lagi isu lain, mcm royalti myk, isu air.

lg satu diorg sgt memanafaatkan media sosial nie.. dgn 1 klik share @ like, kartun ni dah menerawang ke pelusuk negara.

berbanding blog pro umno yg masih dgn stigma lama. tajuk je dah mcm blog hiburan. #panas nik aziz bla bla bla.. #hot news anwar bla bla bla.. tajuk mcm nie kita nak share pun x lalu.. sbb kita tau kawan2 kita di fb bukan semua pro umno. x kan nak diorg nak baca bila baca tajuk je dah memualkan diorg..
berbanding kartun mcm nie, x ade tajuk yg provoke, simple, sinis tp menikam..
aku rasa x keterlaluan kalau ckp blogger umno ni lebih syok sendiri.. harap rating tinggi tp kalau yg baca pun supporter umno sedia ada nak buat apa..msg x smpi ke sblh lawan..
apa kata kau din?

aldan.

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2013 at 10:54 AM

salam Aldan,

Ya, saya setengah setuju pandangan saudara :) Awalnya blogger Pas blur juga nak jawab isu Amanat. Malah imej diatas juga tidak menjawab isu Amanat atau kalimah Allah tapi kalau dibaca komen2 di FB NA , dengan segala takbir dan puji2an yang mereka tulis, seolah segalanya dah dijawab.

Satu kelebihan utama yang Pas miliki adalah penyokong yang taksub, yang akan menyokong apasaja tindakan pemimpin mereka.

Saya lebih tumpukan penulisan kepada golongan atas pagar.

Soal rating, kedua pihak sama hard-up ! Tinggi hit = tinggi rating = tinggi persepsi pengaruh = banyaklah masyuuuuuuk !

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2013 at 11:15 AM

Betul 2 Din,

Ini bkn soal psywar bagus atau aper.Ini soal penyokong TOTK a.k.a TAKSUB..Kalau nk tgk pd sketsa di atas sbgai contoh,bagi sy ksetsa tersebut amat jelas MEMBODOHKAN penyokong Pas yg taksub.Sebab isu Amanat Hadi pon C.N Al-Afghani yg timbulkan.Bekas ahli Pas.Bab kalimah Allah pon tokong cocky LGE yg timbulkan.

Tp sketsa di atas dibuat seolah semua isu ditimbulkan Umno.Ini jelas menunjukkan yg penyokong mereka mudah utk membodohkan membahlolkan penyokong mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2013 at 11:17 AM

Pada saya la abg din, akibat ketaksuban ~ merencatkan pemikiran, minda tertutup, x responsif tapi totally reactive kpd perkara2 yg bertentangan dgn keyakinan mereka. :)

Sebab itukah bagi gol taksub nie, sebanyak mana kita mempromosikan kehebatan & jasa2 Tun Dr. Mahathir sekalipun, mereka akan tetap melihat ianya dari sudut sisi yang gelap. (Seolah2 lebih percayakan back-mirror)... tetapi saya setuju dgn pendapat abg din dalan concentrate gol atas pagar. Cuma gol atas pagar nie ada dua jenis pendapat saya ~ gol jenis yg tak kesah & jenis yg kritis. (Saya mengkin masuk gol yg agak kritis kot...hehehe)...

Jadi pada saya samaada hits tue penentu kepada sampainya mesej kpd sasaran, saya setuju dgn adlan. Byk lagi mesej yg disampaikan oleh blogger2 pro BN yg x smpai kepada sasaran. Mungkin sbb gol pro-BN nie lebih suka mendiamkan diri...hehehe....

Wlau apapun, utk abg Din, terus kan berjuang, membincangkan suatu isu melalui suatu perspektif yg berlainan. Terus sesakkan pemikiran kita dgn intelektual berbanding pihak2 yg berasa hebat dgn kaedah populariti, mind twist, bipolar perception atau hits sekalipun. SAYA SOKONG ABG DIN!!!!

Ya mughalibal qulub, sabih qulubana ala dinika wata atika... Ya Ar-Rahman, Ar-Rahim.

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2013 at 11:30 AM

Saya pun sokong abg din ! hehehehe :)

Adalah 2-3 orang taraf pemimpin Umno ( bukan blogger )yang saya jumpa, bila diperkenalkan oleh kawan akan dinturtle, terus ditanya - ranking no berapa ? aduyai ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 22, 2013 at 11:50 AM

Haramkan nama islam digunakan pada parti politik..sebagaimana kita haramkan penggunaan nama allah pada org bukan islam...aku syorkan pas menukar namanya kpd nama baru memandangkan hudud sudah tidak lagi jadi agenda penting.....hudud digantikan dgn kebajikan....kitab quran mereka gantikan dgn buku jingga....majlis syura mereka gantikan dgn majlis presiden....elok benarlah ditukarkan segera nama pas itu....nama yg paling sesuai utk pas adalah Partai Untuk Kebajikan dan Undi atau ringkasnya PUKI.....

....................
Reply To This Comment ...................
January 22, 2013 at 12:10 PM

PUKI ? Hahahahaaa ... VERY THE KREATIF !

....................
Reply To This Comment ...................
January 23, 2013 at 12:12 AM

PUKI? Setuju sangat tu... Tapi din, cadangan untuk mansuhkan nama islam pada pas patut diwar2 kan semula. UMNO hanya perlu tekankan bahawa pas Kini dah tak nak laksana hudud, buat apa letak nama islam lagi.... Yang pasti, tekanan ini akan meyebabkan Pas terpaksa membuat pendirian baru terhadap hudud.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 23, 2013 at 1:05 AM

Kasar sangat lawak tu.sensorlah sikit Din turtle.kena gak jaga adab kalox nanti biadap.dia orang nak cakap tu dia punya pasal,tapi ko Din kena lah jaga line sikit.barulah di hormati.x gitu...

Post a Comment