........... Kalimah Allah - Aksi Putar Lidah Oleh Tuan Ibrahim | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah Allah - Aksi Putar Lidah Oleh Tuan Ibrahim

Friday, January 11, 20135comments


SINAR ada menyiarkan satu artikel menarik berkaitan isu Kalimah Allah dari sudut pandangan Pas, kononnya nak beri pemahaman kepada pembaca akan pendirian Pas yang bersetuju kalimah ALLAH itu digunapakai oleh penganut agama selain Islam - Memburu pencerahan kalimah ALLAH ( Saya copy sepenuhnya dibawah sebagai rujukan )

Bagus juga kita ikuti usaha wartawan Sinar ini kerana dari situ kita dapat lihat bagaimana pemimpin2 Pas menunjukkan kemahiran mereka dalam SENI MEMUTAR LIDAH dalam memBENARkan apa saja keputusan yang mereka buat. Paling menarik, dalam keadaan yang bagi kita merupakan satu pententangan pendapat sesama mereka pun, pemimpin Pas akan cuba BENARkan kedua2 pandangan berbeza itu ! Cuba fahami apa yang Tuan Ibrahim cuba katakan ini -

Menjawab soalan kami, Tuan Ibrahim berkata, Pas tetap menentang keras penggunaan kalimah ALLAH  dalam situasi yang menggambarkan ALLAH sebagai makhluk atau mempunyai anak, namun tidak menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimah itu dalam penghayatan keagamaan mereka.

Menurut beliau, dalam kenyataannya sebelum ini, apa yang dirujuk hanya dalam konteks untuk menterjemah perkataan 'God' dalam Bible versi bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, yang lebih sesuai dan tepat diterjemah sebagai Tuhan, bukan ALLAH.

"Tetapi apabila orang bukan Islam mahu menggunakan kalimah ALLAH dalam upacara doa atau penghayatan keagamaan mereka di gereja, kami tiada hak untuk menghalang. Perkara ini sudah lama berlanjutan.

"Jika dihalang mereka menggunakan kalimah ALLAH, Pas juga mahu mencadangkan supaya Rukun Negara yang pertama, kepercayaan kepada Tuhan diganti dengan kepercayaan kepada ALLAH," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, Pas tidak menghalang penggunaan kalimah ALLAH dalam konteks penghayatan keagamaan, bukan menukar perkataan 'Tuhan' menjadi ALLAH.

"Itu (tukar Tuhan kepada ALLAH), tidaklah wajar dilakukan. Penggunaan perkataan ALLAH dalam Bible boleh diterima namun perkataan ‘God’ (Tuhan) tidak boleh ditukar menjadi ALLAH. Ini boleh menimbulkan kekeliruan.

“Ia salah dari segi agama (Islam) dan umat Islam percaya bahawa ALLAH adalah Tuhan seluruh alam, tidak menyerupai mana-mana makhluk atau mempunyai zuriat,” katanya.

Menurutnya, kenyataan Abdul Hadi dalam isu kalimah ALLAH tidak bercanggah dengan Islam, malah kedua-dua perkara tersebut merupakan aspek yang berlainan.


OK, SIAPA FAHAM APA YANG TUAN IBRAHIM CUBA KATAKAN SILA KOMEN ! Sebab saya sendiri tak faham ...

Jangan lupa ISU SEBENAR apa yang dituntut oleh Tokong Lim Guan Eng - Penggunaan kalimah Allah dalam Bible, apakah pihak Kristian mahu menggunakan kalimah Allah sebagai menggantikan nama Tuhan mereka atau sekadar mahu menyebut ALLAH sebagaimana maksud yang kita fahami ?

Payah sangat ke nak mengaku yang Pas ini DAYUS ( KLiK ) bila berdepan dengan Dap ? SETIAP KALI bertentangan pendapat dengan Dap, pasti kelam kabut dibuatnya pemimpin2 Pas. Pemimpin Dap relaks jer, mereka hanya perlu berkeras dan tetap dengan pendirian .... maka tak keruanlah jadinya Pas.

Ingat lagi isu Hudud yang diakhiri dengan Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju ? Bagaimana mungkin persefahaman sebegitu boleh dianggap sebagai satu kemenangan oleh Pas ? 

Nah sekarang isu kalimah Allah pula, Dap masih TETAP dengan pendirian mereka .... tapi lihatlah Pas. Kedepan, kebelakang, kekiri, kekanan mereka berputar dalam usaha MEMENANGI HATI SEMUA PIHAK. Alahai Pas ....... MEMALUKAN !

Perkara yang mudah kenapa mahu disulitkan ? Usaha jelik mahu memurtadkan umat Islam, kenapa mahu dibenarkan ? Seperti kata Mufti Selangor - Kenapa hendak guna Kalimah ALLAH ?

Cuba orang Pas jawab soalan mudah itu.




Memburu pencerahan kalimah ALLAH

SHAH ALAM - Bukan mudah sebenarnya untuk orang ramai terutama umat Islam memahami pendirian Pas sebagai anggota komponen Pakatan Rakyat (PR) dalam isu penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian.

Meskipun Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam perkara satu kenyataan medianya kelmarin menyebut bahawa Pas konsisten dengan pendirian awalnya sebagaimana yang dinyatakan pada 4 Januari 2010 iaitu tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah itu, pendirian Pas yang bersetuju kalimah tersebut digunakan oleh orang Kristian dengan syarat tertentu, masih juga tidak berupaya untuk menghapuskan keraguan dalam kalangan orang Islam.

Ini merujuk pada perkara tiga kenyataan media itu yang menyebut kalimah ALLAH tidak wajar disalahgunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Manakala pada perkara dua pula, pemimpin Pas itu mengakui 'ALLAH' tidak boleh diterjemah ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

Sesungguhnya amat sukar apabila kebenaran sudah diberi (dengan mengandaikan PR sebagai pihak berkuasa), bagaimana caranya untuk memastikan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam tidak akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam, khususnya dalam konteks masyarakat di negara ini.

Inilah antara perkara yang perlu diberikan penjelasan menyeluruh oleh pemimpin-pemimpin Pas, tambahan pula sebelum ini mereka sendiri memberikan pelbagai pendapat yang bukan sahaja berbeza malah bercanggah.

Paling tegas tidak bersetuju kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam ialah timbalan mursyidul am parti itu, Datuk Dr Haron Din yang dalam kenyataan pada 4 Januari 2010 - hari yang sama Abdul Hadi menyatakan pendirian Pas tidak menghalang bukan Islam menggunakan kalimah itu - berkata, mana-mana penganut Islam yang menyokong keputusan mahkamah membenarkan bukan Islam mengguna pakai kalimah itu dalam akhbar Herald The Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran.

Sebagai ulama yang diiktiraf kewibawaannya oleh pelbagai pihak di dalam dan luar negara, ketegasan Dr Haron dalam perkara itu sudah tentu tidak boleh dipandang ringan.

Bukan Dr Haron sahaja, dan bukan kenyataan pada 2010 itu sahaja, dalam masa beberapa minggu kebelakangan ini pun, beberapa pemimpin besar dalam Pas termasuk Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Harun Taib; Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pesuruhjaya Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengatakan bahawa bukan Islam tidak wajar menggunakan kalimah ALLAH, yang dalam bahasa Inggerisnya, God dan apabila diterjemah, harus menjadi Tuhan, bukan ALLAH.

Tetapi malangnya, Pas atas nama kerjasama politik dengan DAP dan PKR sebaliknya membuat pendirian yang berbeza sebagaimana yang diumumkan presidennya semalam.


Sehubungan itu, Sinar Harian bukan dengan maksud mahu mengeruhkan keadaan, apa lagi melagakan mana-mana pihak atau mencetus provokasi, cuba untuk menghubungi mereka untuk mendapatkan pencerahan.

Ini termasuk Dr Haron sendiri sebagai tokoh utama Pas. Malangnya, dua kali nombor telefonnya didail, tidak berjawab.

Demikian juga usaha kami untuk menghubungi Ketua Dewan Pemuda, Nasrudin Hassan yang selama ini diketahui suka bercakap (mudah buat kenyataan media). Pun juga kedua-dua panggilan ke telefon bimbitnya - tengah hari dan petang semalam - tidak berjawab.

Namun usaha wartawan kami boleh dikira berbaloi apabila Tuan Ibrahim seperti kebiasaannya, sudi menjawab panggilan petang semalam. Beliau sememangnya sentiasa menampilkan sikap terpuji, tidak kira dalam apa jua keadaan.

Menjawab soalan kami, Tuan Ibrahim berkata, Pas tetap menentang keras penggunaan kalimah ALLAH  dalam situasi yang menggambarkan ALLAH sebagai makhluk atau mempunyai anak, namun tidak menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimah itu dalam penghayatan keagamaan mereka.

Menurut beliau, dalam kenyataannya sebelum ini, apa yang dirujuk hanya dalam konteks untuk menterjemah perkataan 'God' dalam Bible versi bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, yang lebih sesuai dan tepat diterjemah sebagai Tuhan, bukan ALLAH.

"Tetapi apabila orang bukan Islam mahu menggunakan kalimah ALLAH dalam upacara doa atau penghayatan keagamaan mereka di gereja, kami tiada hak untuk menghalang. Perkara ini sudah lama berlanjutan.

"Jika dihalang mereka menggunakan kalimah ALLAH, Pas juga mahu mencadangkan supaya Rukun Negara yang pertama, kepercayaan kepada Tuhan diganti dengan kepercayaan kepada ALLAH," katanya.

Tuan Ibrahim berkata, Pas tidak menghalang penggunaan kalimah ALLAH dalam konteks penghayatan keagamaan, bukan menukar perkataan 'Tuhan' menjadi ALLAH.

"Itu (tukar Tuhan kepada ALLAH), tidaklah wajar dilakukan. Penggunaan perkataan ALLAH dalam Bible boleh diterima namun perkataan ‘God’ (Tuhan) tidak boleh ditukar menjadi ALLAH. Ini boleh menimbulkan kekeliruan.

“Ia salah dari segi agama (Islam) dan umat Islam percaya bahawa ALLAH adalah Tuhan seluruh alam, tidak menyerupai mana-mana makhluk atau mempunyai zuriat,” katanya.

Menurutnya, kenyataan Abdul Hadi dalam isu kalimah ALLAH tidak bercanggah dengan Islam, malah kedua-dua perkara tersebut merupakan aspek yang berlainan.

Selain ulama Pas, Sinar Harian juga berusaha untuk mendapatkan kenyataan daripada tokoh-tokoh ulama lain termasuk Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria; Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad dan Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.

Malangnya, usaha menghubungi mereka tidak berjaya.

Sama ada kenyataan Tuan Ibrahim boleh dianggap pencerahan atau sedikit sebanyak mampu merungkai kekeliruan, itu boleh dinilai sendiri oleh pembaca. Kami seboleh mungkin akan berusaha untuk mendapatkan pencerahan yang sebenar daripada Abdul Hadi sendiri.

Semoga Presiden Pas itu sudi bersemuka dan menjawab soalan kami, demi untuk anda, pembaca Sinar Harian dan semua orang Islam.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2013 at 2:39 AM

Kalimah Allah adalah hak mutlak umat Islam. Ia tidak boleh dijual atau digadai sewenang-wenangnya. Semua polemik ini sebenarnya berpunca daripada bible bahasa melayu yang dibawa masuk dari negara jiran. Di negara tersebut, mereka telah lama menggunakan kalimah Allah meskipun dikenali sebagai negara islam terbesar di dunia.

Tapi di Malaysia, situasinya adalah berlainan sama sekali. Di Malaysia, Tuhan Kristian ialah Jesus, manakala Tuhan umat Islam ialah Allah. Kita dan mereka menyembah Tuhan yang berlainan, Oleh itu, nama Tuhan pun mesti ada perbezaan. Tuhan kita adalah Esa iaitu satu dan bukannya tiga (trinity).

Alangkah murahnya nilai Kalimah Allah apabila ia dijual semata-mata demi putrajaya dan memenangi hati pengundi bukan Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2013 at 2:54 AM

Terguling-guling tokong dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya gelak, sampai sakit perut, tak tahan melihat tahap kebodohan orang PAS. Tahap kebodohan terlampau yang tak sanggup kita lihat.

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2013 at 3:42 AM

sebetulnya tuan ibrahim tak perlu bersusah payah membelitkan kata2.katakan saja tidak setuju kalimah allah digunakan dalam bible kerana ia seolah suatu pencemaran kepada konsep tauhid dalam islam.walau bagaimanapun tidak setuju ,tetapi pas tak berhak menghalang perbuatan sedemikian selagi tiada peruntukan undang2 yang melarangnya.mudah bukan?tak perlulah keluarkan kenyataan yang seolah2 tidak setuju tetapi seolah bersetuju pulak.adoiiiiii.berbelit2 sungguh nawaitu dan kata2....

....................
Reply To This Comment ...................
January 11, 2013 at 6:04 AM

Sila baca artikel terbaru, selepas yang ini, mengenai isu sama

TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 11, 2013 at 3:31 PM

Pemimpin wajib bertaubat

Post a Comment