........... Kalimah ALLAH - Akhirnya Hadi Salahkan Umno Juga ....Klise la | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah ALLAH - Akhirnya Hadi Salahkan Umno Juga ....Klise la

Saturday, January 12, 201328comments

Seperti skrip yang sudah diduga oleh rakyat, setelah terperangkap dengan kata2 sendiri sampai terbelit lidah, akhirnya Hadi salahkan Umno juga dalam isu Kalimah ALLAH ...... very the cliche la... Dari FB Hadi 

Kerajaan Umno-BN yang mempolitikkan isu kalimah Allah hingga beraku kecelaruan pemikiran rakyat.

Umno sengaja mempolemik isu kalimah Allah dan cuba melemparkan kesalahan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.
Isu kalimah Allah itu diketengahkan bagi memancing undi orang Melayu yang masih ramai disifatkan sebagai ‘buta.

setiap kali menjelang pilihan raya keluar (isu)…apa ini, tidak betul, salah. Pada hal tanggungjawab membenarkan cetak Bible itu, Umno (kerajaan). Dia kerajaan, di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dia yang kawal semua.

ISekarang hendak ‘lempar’ kesalahan kepada kita. Jika kita yang memerintah lainlah, ini dia (BN) yang memerintah tapi dicampak ‘benda’ (isu ) itu kepada kita.

Umno hendak main politik dengan kalimah Allah, bukan boleh begitu. Kita (PAS) bertanggungjawab dengan kalimah Allah ini bukan main-main politik. Kita orang Isam jangan rosakkan Islam.



Isu dimulakan oleh TOKONG PR dan dari situ rakyat hendak tahu pendirian parti2 komponen PR sebab hendak kepastian apakah itu juga pendirian KONSENSUS atau peribadi Tokong. 

Yang Pas serta PR gelabah beruk tu apahal ? Nyatakan sajalah pendirian PR bagaimana .... Begitu juga Pas yang memperjuangkan Islam, pasti rakyat nak tahu juga pendirian Pas bagaimana. Bukankah Pas @ PR mahu menjadi kerajaan menggantikan Umno BN ? Jadi salahkah rakyat bertanya ? 

Pertanyaan akan menjadi desakan kalau nak jawab pun tergagap-gagap !

Kami SETUJU bla bla bla TAPI kami TIDAK SETUJU walaupun kami SETUJU bla bla bla Dalam SETUJU jadi TIDAK SETUJU kalau bla bla bla. Walau ada yang TIDAK SETUJU dan ada yang SETUJU tapi sebenarnya kami sepakat SETUJU bla bla bla...Gini lah, LEPAS MENANG BARU CERITA LAH  ! bla bla bla ....last sekali - SALAH UMNO !

Kita (PAS) bertanggungjawab dengan kalimah Allah ini bukan main-main politik. Kita orang Isam jangan rosakkan Islam.

Maksud Hadi apa ? SETUJU atau TIDAK SETUJU melalui kenyataan akhir itu ? alahai ...

Share this article :

+ comments + 28 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 10:56 AM

Umno/Bn memerintah..dia yang kawal kelulusan...
Ya benar, mmg Umno/BN yg mentadbir..sbb itu Umno/BN terus menjaga akidah ummat Islam.
Tapi Pakatan yg diketuai oleh DAP telah mmpergunakan parti politik PAS (PAS bukan satu jalan hidup) untuk membangkitkn isu kalimah Allah menerusi saluran politik.Jd siapa sbnrnya yg mmpolitiikn isu ini?. dan SATU PERKARA PENTING YG SANGAT JELAS DAN TIDAK PERLU NAK DISPIN, ..jika pakatan memerintah negara, PAS atas suruhan ketua mereka kafir DAP, pasti akan ikut shaja untuk Membenarkan pggunaah kalimah ALLAH kepada org bukan Islam.

ingatlah wahai umat Islam, akan maksud firman ALLAH (ALLAH yg di imani oleh org Islam), sesungguhnya Yahudi dan Nasrani (kristian) tidak akan ikut kehendak org Islam melainkn org Islam TUNDUK dan PATUH pada kehendak mereka...

apakah anda hendak percaya firman ALLAH atau nak percaya dengan percaturan politik PAS, HAdi dan Nik AZIZ????

-anak Tawau

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
January 12, 2013 at 11:13 AM

kalau ayat akhir tu jd TARUHAN...mmg JELAS la ada bibit-bibit konar baring...cuma konar baring ni sudah terLAMBAT....akhirnya jd konar MAUT....hehehe

cakap/pusing/auta mcm manapun, isu nama Allah ni terSGTlah sensitif bg umat Islam....kau yg KATA dah terima & MAJORITI rakyat Islam Malaysia dah melihat/mendgr, alamatnya tinggal nak jd NELAYAN je la....tp tolong jgn minta subsidi dgn kerajaan....HARAM!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 11:32 AM

Din aku salute kau. Napa pro pembelit tak masuk blog kita ini???. Napa mrk tak rebut ya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 11:43 AM

Senang je. Lim guan eng lempar Batu pas kelam kabut keluar kenyataan n buat sidang akhbar.

Kalau dh mcm tu pendirian hadi yg kerajaan bertanggungjwb yg pegi terhegeh buat kenyataan tu buat ape. Biar la kerajaan handle jwb lim guan eng sorang. Hang duk senyap sudah la.

Kalau tgk motive hadi seolah2 wajib pertahan guan eng dr umno so ape yg so called ulama ni buat baru la atas dasar political.

Cuba cacai fikir yg hadi buat kenyataan tu atas bermotivekan akidah ke politik? So sape2 main isu?

Kalau akidah yg hadi concern kenapa elak isu nama Allah SWT dlm bible?

Lagipn kalau so called ulama ni pentingkan akidah sgt tu isu Amanat dia tu still pending utk dijelaskan pada cacai yg bodo yg ikut bulat2 instead of demand nk masuk tv.

Kelakar Tuduh org politikkan isu bila dia pn tumpang sekali. Kalau ye pn maksum xkan sampai mcm tu nk sanggah

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 12:22 PM

Assalamualaikum wbt abg din...

Kan saya dh cakap...hehehehe... nie dalil yg khilaf @ ulama yg khilaf? Pada saya skang nie ulama yang 'bluff'... dah xleh nk jawab mula la tuding kat org lain.

Pertanyaan saya lah kpd readers sumer .... sampai bila pas nk idup dgn cara mcm nie? ... takkan la klau ditakdirkn satu hari nanti pas dpt merintah Malaysia nie, buah nie jgk nk di pakai bile timbul isu yg dia sendiri @ yg seangkatan dgnnya create.

To 'kipas susah mati' pas klau ada lah kat blog abg din nie ~ memerintah negara x semudah buat wayang atas pentas. Ader mat sabu yg jd wak dogol, ader mahpus omar yg jd hanuman ikan @ nuar berahim yg jd maharaja seramo.

....................
Reply To This Comment ...................
January 12, 2013 at 1:10 PM

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)".


H.R Termizi

Lalu bagaimana kita nak melihat lg?

....................
Reply To This Comment ...................
January 12, 2013 at 1:28 PM

Sebenarnya kerajaan tak dapat nak kawal kelulusan buku, kerana banyak buku yang yang bertemparan dan banyak penerbit sendiri. Konsep Laissez-Faire telah diamalkan dalam bidang penerbitan. Contohnya: banyak je buku pembangkang, chin peng, dll. kat kedai buku MPH. Banyak je buku PTS ditulis oleh penulis berideologi parti pembangkang (malah Hadi pun ada tulis buku untuk PTS) {tak semua penulis PTS}

....................
Reply To This Comment ...................
January 12, 2013 at 2:01 PM

Anak Tawau dimana, Tanjung Batu, Titingan, Taman Ria, Pasir Putih, Kem Kabota,Dah Hua, Kg Pisang? Nasi Kuning Tamrin sedapkan?

Satu je yang kita perlu ingat dan perlu hadapi jika PR menjadi pemerintah, Islam Di Malaysia tidak sepertimana sekarang ni. Kristian pun tidak sebagaimana sekarang ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 2:46 PM

dh agak dh, kes ni hadi akan bselat lidah blk. anuar tau, pnyokong pas taksub dgn pemimpin depa. segala alasan, kata2 pnyokong pas akan hangguk saja, last2 slh umno. sbb tu, masa kenyataan akhbar hari tu hadi yg bg ulasan bkn anuar. slalunya mst anuar yg nk bg kenyataan,kononnya dia la perdana menteri pr. lega la anuar, kenyataan hadi yg keluarkan aritu, order teh ais, duduk atas kerusi gelak tgk hadi spin crita... pencabar perdana menteri dia dh senget. tgk nnt, dia akan bg kenyataan yg tnjkkan dia la yg hero, slhkan umno lg

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 2:52 PM

Salah kerajaan kata kamu. Bodoh. Yang sokong keluarkan Bible dalam versi Melayu ni siapa. Geng kamu juga.Kalau geng kamu berkuasa maka ramailah mubalikh2 berceramah dalam bahasa Melayu mengajak orang Melayu menganut kristian. Bukankah kamu merelakan pengunaan nama Allah menggantikan nama tuhan2 dalam Bible. Andai kamu sesat , jangan tuduh orang lain sesat. Kamu nak ke neraka janganlah ajak orang lain bersama , macam syaitan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 3:02 PM

Assalamu'alaikum,

Maksud Surah Al-Kafirun:

Dengan Nama ALLAH yg Mahapengasih lagi Mahapenyayang.
1. Katakanlah (ya Muhammad): Hai orang2 yang kafir,
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
3. Dan kamu tidak akan menyembah apa yang aku sembah,
4. Aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah,
5. Dan kamu tidak pernah pula menyembah apa yang aku sembah,
6. Bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku.

Jadi sebelum melalak sana sini, harap Pak Nik dan Pak Hadi juga mereka yang sewaktu dengannya hayatilah dulu firman Allah SWT itu. Nama ALLAH yang Mahamulia dan Mahasuci itu tidak selayaknya dibibir orang2 kafir. Na'uuzubillah min zalik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 3:02 PM

Hadi dah kena check mate. Mengaku jerla yang pas tersilap strategi. Walaupun jelas bahawa pas nampaknya terdesak memerlukan undi bukan Islam. Jika pas nakkan putrajaya, takde sape pun kesah. Tapi jika pas nak menjual atau menggadai Kalimah Allah, orang Islam akan tentang habis-habisan. Sekali lagi nak tegaskan bahawa ini adalah isu aqidah dan bukannya isu politik. Ia bukan isu melibatkan umno atau pas semata-mata, ia adalah isu yang melibatkan seluruh umat Islam di Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 3:16 PM

Umno yang memerintah, dia kerajaan, dialah yang membuat keputusan, apa pulak nak kaitkan dgn pas....
Tapi bila kerajaan buat keputusan, pas akan mula mempolitikkan setiap isu, tak terkecuali kalimah Allah.
Itulah bicara orang2 yang lidah mereka telah dibelenggu oleh politik dan iblis....

....................
Reply To This Comment ...................
January 12, 2013 at 4:13 PM

UMNO tak salah, PAS tak salah, PKR tak salah, melayu tak salah, islam tak salah, DAP pun tak salah, yang salah hanye kerajaan yang memerintah. Kerajaan negara Islam Malaysia ade kuase mempertahankan kalimah Allah dari di cemari oleh kristian.

Sekarang Wak nak tengok kuase menteri UMNO yang menjage hal ehwal agama Islam - Dtuk Khir Jamil, ape menteri Islam UMNO ni boleh buat..........

....................
Reply To This Comment ...................
January 12, 2013 at 4:27 PM

Saya cuma menunggu nak tengok bilalah agaknya Dap pula yang menggelabah tarik balik kenyataan KERANA dibantah oleh Pas.... bila ya ?

....................
Reply To This Comment ...................
January 12, 2013 at 4:33 PM

Letaklah ayat atau hadis mana sekalipun, ia bergantung kepada terjemahan. Terjemahan itu pula bergantung kepada niat dan tujuan sipenterjemah.

Akal diberi supaya kita boleh menilai, tapi kalau akal disuntik dengan ketaksuban, kemampuan untuk menilai sudah terhakis tanpa disedari.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 4:34 PM

Abg din ... off topic sket ~ blog abg din dh jadi buah mulut ramai org kat luar ~ BN @ PR @ atas pagar. Ingat nk tubuh kelab peminat blog Dinturtle. Jadi biler nk belanja kitarang air buah gelas besor pok sang?heheheh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 4:37 PM

pas tak salah...? amboi...budak pasti pun tau, yg bagi kebenaran dan sokong pnggunaan kalimah ALLAH kpd bukan Islam adalah pas....jd bila mana DAP memerintah atas nama PR (nauzubillah) org bukan Islam guna kalimah ALLAH dan cakap dgn org Islam yg iman tak cukup kuat;, 'tuhan kamu dan tuhan kami sama iaitu Allah..sbb itulah kjaan (pr) pun dah iktiraf serta akui...PAS nak jawab apa?
itu salah ibu bapa mrk tak beri didikan agama.sebab itu dia murtad!!'
hantula kamu pas. penyesat...rasanya hadis riwayat Termizi yg diberikan oleh Belang di atas, sudah dapat dilihat kebenarannya...

....................
Reply To This Comment ...................
January 12, 2013 at 4:40 PM

Ye ke dok mu nih ? Aku dok dengar mende pung ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 4:44 PM

Orang dok cakap ramai doh.... cumer biasa arr sek2 jenih silent majority. Bukang jenih puak hok dok sembang beso, perhimpunang tue la, perhimpunang nie la. Best ar bace blog abg din sebab pedah dalang sinis.hehehe...

....................
Reply To This Comment ...................
January 12, 2013 at 5:17 PM

Wak..wak... Mmg kerajaan ada kuasa x perlu nafi2 lagi tapi kuasa tu dtg dari mana? Kuasa dtg dari rakyat, bahkan sekarang ni apa2 tindakan kerajaan perlu mendapat sokongan rakyat. Tanpa rakyat kerajaan jadi lemah dan tak berupaya! Menang tanpa majoriti mutlak pun susah nak bergerak bayangkan menang dgn majoriti mudah? Kalau nak senang, kita tuding je jari. Tak payah buat apa2. Lagi elok wak mintak je british jd kerajaan blk.

Nak gubal undang2 perlu majoriti yg lebih dari mutlak. Supaya kerajaan sedar dan selesa bhw mereka mendpt sokongan mutlak dari rakyat. Tapi kalau dah pas dah menang besar dan tetap pendirian, macam mana nak luluskan resolusi dlm parlimen? Siapa yg nak sokong? Boleh wak cerita dgn lanjut lg?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 5:53 PM

Aku sokong pasal aku pong suka baca blog dinturtle. FYI blog yang mula2 aku bukak bila online ialah blog dinturtle, pastu barulah aku bukak blog GAP, MIK, House PK, RBFOnline, TheUnspinners, MYKMU, Tranungkite, SuaraPakatanRakyat,.GelagatAnwar dan Papagomo. Bayangkanlah din, aku bukak blog engko dulu apa-apa hal. Blog-blog superstar aku bukak kemudian. Sebab tu aku cakap blog engko ni ada ramai peminat termasuk aku.

....................
Reply To This Comment ...................
January 12, 2013 at 6:11 PM

Hidup, Hidup.... Hidup Dinturtle ! Muahahahaha .....

Yalah, TerimaKasih banyak2... Selagi ada penyokong2 seperti anda, selagi itu Dinturtle berenang :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 6:25 PM

Teh tarik la secawang bang din weh... huhuhu

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
January 12, 2013 at 6:56 PM

HIPOKRIT terbesar Hadi pak Tongkol.

....................
Reply To This Comment ...................
January 12, 2013 at 7:17 PM

Begheh ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 9:55 PM

Aku pun budak tawau. Akan tebus balik kesilapan aku mengundi pakatan rakyat sebelum ini. Tidak akan ada satu pun undi kami sekeluarga untuk pakatan rakyat selepas ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 12, 2013 at 10:39 PM

sokong pokdin... pokdin jadi calon mana pru13 nnt..
kalu dun ladang.ke K.trg ke.. soheh doh sy pakoh pokdin...

zz

Post a Comment