........... Isu Pendatang DiBeri IC - Layakkah Mereka Jadi Rakyat Malaysia ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Pendatang DiBeri IC - Layakkah Mereka Jadi Rakyat Malaysia ?

Friday, January 18, 201317comments

“Malaysia menerima rakyat asing menjadi warganegara jika mereka memenuhi syarat- syarat tertentu dan ramai (rakyat asing) yang berada di Sabah melebihi 20 tahun dan bercakap dalam Bahasa Melayu.

“Mereka( rakyat asing) berhak menjadi rakyat dan yang menjadi masalah ialah ada orang tidak senang jika ada orang lain menjadi rakyat Malaysia walaupun mereka (rakyat asing) memang tinggal di Malaysia. Itu yang menimbulkan masalah,” katanya pada sidang media selepas program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Beliau berkata, rakyat asing berhak mendapat kerakyatan sekiranya memenuhi syarat ditetapkan.

“Saya bagi di zaman saya (menjadi perdana menteri) kerana mereka berulang alik dari selatan Filipina ke Sabah tidak menerima sempadan Sabah yang digariskan penjajah.

“Di Sumatera dan Semenanjung, kita menerima rakyat asing ini sebagai rakyat di sini,” katanya.

Dr Mahathir berkata, bekas Perdana Menteri pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman melakukan perkara lebih teruk dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.

"Dia (Tunku Abdul Rahman) beri sejuta kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?

“Ya saya memang buat (beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang,” 


Tapi pembangkang duk bising juga, menjerit2 isu pendatang yang diberi  IC ini ..... saya berpendapat kerajaan KENA LAYAN juga isu pendatang ni. 

Sebagai rakyat, saya tidak mahu melihat ada orang luar yang senang2 jer diberi taraf kerakyatan walaupun mereka TIDAK LAYAK. Tak perlulah kita menuding jari menyalahkan semua orang, apakata kita bertindak proaktif mengatasi masalah ini. 

Pembangkang duk bising ni sebab nak dijadikan isu politik, harap pengundi marah ATAU mahu lihat kerajaan bertindak memperbetulkan keadaan ? Benda ni kena jelas dulu.

Kalau mahu perbetulkan keadaan, saya NAK la komen / beri pendapat. OK ?

Tidak salah kerajaan nak beri kerakyatan kepada pendatang asing. Perkara ini berlaku setiap hari dimana2 negara didunia ! Atas alasan ekonomi, politik, perkahwinan dan sebagainya.... kan ? Apa yang penting adalah kita kena pastikan mereka yang diberi kerakyatan ini BENAR2 LAYAK untuk menjadi rakyat Malaysia.

Perkara PALING UTAMA adalah mereka MESTI MAHIR dan FASIH dalam Bahasa Kebangsaan. Ini sebagai BUKTI mereka mahu hidup dinegara kita, berinteraksi dan belajar memahami budaya kita. Yalah, kalau nak bercakap bahasa Malaysia pun mereka tak pandai, bagaimana nak percaya yang mereka ikhlas ? 

Dan kerajaan tidak boleh pilih kasih dalam hal ini. Kriteria SAMA harus diberikan kepada SEMUA kes, tak kira dari negara mana mereka datang. 

Tapi saya lihat satu masalah besar kalau nak buat ujian kemahiran bahasa kebangsaan ni...... bayangkan pegawai pemeriksa bertanya pendatang ni tentang kemahiran bahasa kebangsaannya, lantas ditertawakannya kita balik.... Sebab ?

Rakyat sendiri pun ramai yang tak fasih dan tak faham Bahasa Kebangsaan ada hati nak buat tapisan pulak pada pendatang !

Umpama kita mahu mencari roommate berkongsi sewa rumah, syarat UTAMA yang kita berikan adalah orang itu mesti pembersih. Padahal rumah kita macam sarang tikus ! Takke di gelakkan orang .....

Jadi kerajaan harus BERSIHKAN dahulu rakyat sedia ada, pastikan hanya mereka yang fasih dalam Bahasa Kebangsaan saja dikekalkan. Yang tak fasih itu, tidaklah kita nak halau keluar pulak .... janganlah sekejam itu. Tapi WAJIBkan mereka pergi kelas Bahasa Kebangsaan dan setelah diberi satu tempoh yang munasabah, lakukan UJIAN. 

Kalau tak fasih juga bermakna mereka memang tak berminat nak jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Barulah dihalau keluar .....

Oya, bahasa pasar bukan Bahasa Kebangsaan ya .

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2013 at 2:10 AM

saya setuju dengan saranan saudara. cara penapisan harus dilakukan dengan lebih berkesan lagi sebelum meluluskan permohonan mereka menjadi rakyat Malaysia, begitu jugalah dengan penduduk tetap. saya yakin pehak kerajaan sedang dan telah pun mengatasi beberapa kelemahan/kelonggaran yang pernah dilakukan.

bagaimana pulak dengan rakyat Malaysia sendiri yang tidak langsung mahir berbahasa Melayu? ada kah mereka juga akan dihalau keluar? bagaimana pulak dengan bangsa Cina yang menuntut agar bahasa mereka turut dimartabatkan sebagai bahasa Kebangsaan? ada kah penapisan atau prosedur yang dilakukan mengecualikan bangsa yang dahsyat ni.

pendapat saya senang tapi kenapa kerajaan takut nak laksanakan? adakan saja SATU sekolah untuk SEMUA, selesailah masaalah. najib tak perlulah lagi ada masaalah dengan bantuan pelajaran dan bantuan sekolah. adakan dua jenis sekolah, iaitu sekolah kebangsaan dan kekalkan sekolah agama.

dengan cara ini rasanya pemberian kerakyatan atau pun penduduk tetap akan menjadi lebih mudah sebab pendatang MESTI menerimapakai cara hidup rakyat Malaysia.

انتارا_كيت

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2013 at 3:41 AM

Setuju sgt dgn pendapat ini...kalau dah berpuluh tahun duduk di Malaysia sampai beranak cucu tapi cakap bahasa malaysia masih tunggang langgang mmg nampak sgt duduk nak cari makan jer...tang nak mempertahankan ibu pertiwi nie kasi org melayu laa sbb ini negeri melayu punya...lepas buat harta bertimbun lari balik "negara asal"....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2013 at 7:40 AM

Macam tu rupanya exlaination dari Tun. tapi malaysiakini tak tulis detail macam tu bro. dia cuma quote mana yang boleh timbulkan persepsi negatif je.

kat mana boleh dapat full transkrip atau apa kata bro din upload video beserta dengan komen macam selalu buat tu. hehe

tq

-gapodio-

....................
Reply To This Comment ...................
January 18, 2013 at 9:16 AM

Assalam Bro

Sokong sangat... Masih ramai rakyat Malaysia yang tak fasih berbahasa Kebangsaan... Lebih utamakan bahasa nenek moyang mereka... Layak ke mereka digelar rakyat Malaysia dan ada yang dipilih menjadi pemimpin lagi... Sebab tu mereka kurang ajar sebab tak faham bahasa...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2013 at 9:37 AM

Pendatang yg baru sampai tak smpai 3 bulan dh diberikan ic...patutlah populasi penduduk sabah meningkat drastik....selama ini semua rakyat menganggap projek ic ni adalah dongeng pembangkang..tp skng mahathir dh mengaku..kalu kat Sabah pun Mahathir buat..Bagaimana plak dgn semenanjung?..hahahaha..sanggupkah kita membiarkan anak cucu kita dipinggirkan oleh nepal,myanmar, indon,pakistan n nigeria demi undi?...Siapa pengkhinat rakyat Sabah sebenarnya?

....................
Reply To This Comment ...................
January 18, 2013 at 10:06 AM

saya setuju sebab dah lebih 50 tahun masih ada pemimpin baik kerajaan mahupun pembangkang lebih2 lagi yang cakap tak serupa bikin menggunakan bahasa rojak.

....................
Reply To This Comment ...................
January 18, 2013 at 10:44 AM

http://agendadaily.com/Muka-Hadapan/pengkhianat-ini-jawapan-dr-mahathir.html

....................
Reply To This Comment ...................
January 18, 2013 at 10:47 AM

Jika ada yang tidak layak tapi diberikan IC juga, buatlah repot polis.

KELAYAKAN itu pula kriterianya apa ? Maka kita tapis juga rakyat sedia ada dengan kriteria sama sebab takut ramai yang dah terlepas sebelum ini ....kan?

....................
Reply To This Comment ...................
January 18, 2013 at 10:52 AM

Pembangkang menimbulkan isu pendatang ini disebabkan semangat PATRIOTISMA atau kerana UNDI ?

Jika Patriotisma, ayuh kita BASUH semua rakyat !

....................
Reply To This Comment ...................
January 18, 2013 at 11:27 AM

Aku keliru Din, mana satu yang Tun Cakap dan mana satu pendapat Din.

....................
Reply To This Comment ...................
January 18, 2013 at 12:08 PM

Quotation selalunya saya sengetkan... :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2013 at 4:08 PM

ada yang mengaku lahir di malaysia tapi bahasa kebangsaan..aduhai..power lagi mat bangla yang baru sampai malaysia 3bulan lalu.. boleh caya ke depa itu lahir di malaysia?
bagaimana pula isu beribu2 pelancong2 dari china yang datang malaysia tetapi tiada rekod keluar dari malaysia yang dihebohkan sebelum ini? takde sape2 nak tubuhkan RCI ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2013 at 4:11 PM

toksah peningkan kepala..

ambil contoh ostat badrolamin dan ketua pemuda pas sabah sudah cukup. depa asal mana? skrg ni depa di pihak BN atau di pihak PR? nah..cukup sekadar depa berdua ni, ada pencacai PR nak komen tak?
jadi masih nak salahkan kerajaan kononnya ini semua sebab undi?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2013 at 4:12 PM

c+p dari blog mymassa

Suruhanjaya RCI Sabah telah lari dari tujuan dan skop mereka apabila memberi tekanan hanya kepada orang-orang Islam sahaja, walhal di sebalik semua ini pelampau-pelampau Kristian di Sabah, Gereja-Geraja di Sabah, NGO-NGO Kristian di Sabah, IDS dengan dibantu NDI, KF, Pertubuhan Kristian Asia Tenggara membawa masuk orang-orang Papua New Guniea, Kepulauan Solomon dan orang-orang Toraja dari Sulawesi Utara untuk meramaikan orang Kristian di Sabah!

RCI , jika kamu mendiamkan diri akan hal ini, kami boleh beri kamu nama-nama mereka yang mendapat IC melalui gerakan Kristian dan IDS semasa Datuk Jeffrey Kitingan!

....................
Reply To This Comment ...................
Antihipokrit
January 18, 2013 at 4:32 PM

Din, bagi aku, kalau yg diberi warganegara itu adalah kaum serumpun, dan Islam tak jadi masalah. Pembangkang bising sbb Malaysia tak jadikan kewarganegaraan ni mcm di Singapork. Cuba kalau kerajaan bagi 3 juta kewarganegaraan kpd rakyat China. Ialah China kan terlebih rakyat, mesti DAP dan MCA diam je.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 18, 2013 at 9:51 PM

Singapore memberi kerakyatan kepada ramai warga China untuk meramaikan orang Cina bagi mengalahkan jumlah orang Melayu. Itu gamaknya yang diaorang nak berlaku kat M'sia. Saya sokong 100% ramaikan umat Islam di Sabah. Tun memang the best.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
January 9, 2015 at 6:50 PM

Setuju

Post a Comment